Bukit Tinggi Pahang - Taman Jepun & Colmare Tropicale (Part 1) | Ini sebenarnya entry yang patut dipublish tahun lepas, bulan Disember, tapi terperap draft sehingga tahun seterusnya 😅. Disember = bulan birthday abah. Kitorang adik beradik biasanya sebelum ni kalau sambut birthday dengan makan-makan dan beli hadiah. Paling kerap beli bajulah sampai kadang-kadang lupa baju ape beli. Hahaha. Tau tau je baju tu kitorang beli bila mak tanya abah,
"Baju baru ke? Sape beli?"Haha.
But last time ada extra celebration bila malam birthday abah tu, kakak dengan family dia balik Beranang belanja sekeluarga makan. Jarang sangat dah tau dapat makan sama-sama sebab kakak tinggal agak jauh. Kadang kakak balik husband dia tak boleh balik sebab kerja. But that day, semua dapat balik, except Amin!
See, susah jugak nak kumpulkan semua orang bila semua dah kerja. Jadi, kesinambungan dari dinner celebration birthday abah, kami bawa pula mak abah ke Bukit Tinggi Pahang!
ABAH'S BIRTHDAY TREAT | BUKIT TINGGI PAHANG
Kami bertolak dari rumah jam 9.00 pagi sesudah siap sarapan dan sediakan bekal makanan. Perjalanan dari Beranang ke Bukit Tinggi melalui MRR2 dan Highway Karak memakan masa lebih kurang 2 jam.
Susur keluar Berjaya Hills, Colmare Tropicale Berjaya Hill jadi pilihan pertama kami. Actually, pilihan pertama aku 😅 setelah mengambil kira masa ketibaan kami. Sebelum naik ke Colmare Tropicale, destinasi pertama kami adalah Taman Jepun / Japanese Village.
Oh ya, bayaran masuk Colmare adalah RM16 / person.
JAPANESE VILLAGE / TAMAN JEPUN
Taman Jepun terletak di 3,500 kaki dari aras laut dan rezeki naik Bukit Tinggi masa ni sebab tengah sejuk berkabus tebal. Lagi tebal kabus kat atas Taman Jepun ni :)
Dalam Taman Jepun ni sendiri ada beberapa attraction, seperti Japanese Tea House, Tatami Spa, Umi Tatame Suite (Hotel, direka dan dibina oleh Japanese craftmen yang menerapkan unsur budaya Jepun), Ryo Zan Tei Restaurant dan Botanical Garden.
Benda yang mesti korang buat bila naik atas ni?
Makan aiskrim Lime Vanilla!!
Nak mula mendaki Taman Jepun ni memang boleh nampak ramai yang jalan turun sambil makan aiskrim. Kitorang pun sama join, abah pun makan aiskrim tau!
Dekat sini ramai orang photoshoot sambil pakai kimono. Kimono tu boleh sewa dan boleh berjalan-jalan dalam kawasan ni feeling-feeling kat Jepun sambil pakai Kimono. Ada photographer kat dalam rumah ni boleh tolong ambilkan gambar, nak yang printed version nanti masa turun akan ada booth tepi jalan. Boleh bayar kat situ.
Ikan koi dia gemuuuuuuuuk. Kalau bawak kucing ni meloncat terjun terus terkam ikan dalam kolam agaknya 😅
Tatami Spa.
Sebelah Spa ni jalan menghala ke Ume Tatami Suite. Nak booking Suite boleh booking dalam web colmar tropicale.
Masa ni hujan dah rintik-rintik tapi manusia ramai lagi. Ikan koi tu rasa nak sauk je bawak balik rumah, haha. Oh ye, naik atas ni memerlukan kecergasan jugak. Aku mengah weh, tetiba rasa tak fit sangat, kahhh.
Penderaan fizikal pertama dah selesai, hahaha.
Masa naik ni abah asyik gelak-gelak cakap kat mak yang mak ni kena selalu bersenam. Ekekekeke. Kalau mak korang larat naik, bolehlah bawak naik atas ni. Kalau tak kesian pulak weh nak menapak atas. Tapi Taman Jepun ni cantik sangat sampai tak rela hati mintak mak jangan jalan, haha. Udara bersih, sebab memang ada signboard tulis "Tak boleh merokok!". Watch out ya jangan-jangan berani nak nyalakan api rokok!
Taman Botani and the rest attraction tak pergi pun. Dah lambat dan disebabkan kami tak bermalam di Bukit Tinggi sebenarnya. Jadi, a bit rushing nak check in hotel kat Bentong. Tapi dalam itinerary (siap ada itinerary kauuuuu, hahaha) hari pertama ni memang dedicated untuk Bukit Tinggi je. So, next destination?Colmare Tropicale lah, ape lagi.
COLMARE TROPICALE, BUKIT TINGGI
Sebelum turun ke Colmar ni, kami sempat makan-makan bekal makanan yang bawa dari rumah tu. Takdelah makan yang berat sangat, sandwich & nuget, bolehlahkan buat alas perut 😉
Sampai Colmar, baru bertenaga nak jalan lagi, hehe.
Dah sampai. Parking di kawasan visitor parking, percuma ja. Cuma jalan kaki sikit nak masuk resort Colmar.
Resort yang bertemakan Perancis, pada aku cantik jugaklah. Tapi kalau setakat nak meronda jalan, sehari pun cukup.
Kalau larat boleh naik atas menara tu. Tak larat tapi nak naik jugak?
Ada lif 😉
Haaaa, stage performance ni yang aku tunggu sebenarnya. Tapi tak ada rezeki. Masa kitorang sampai tu, performance baru je habis.
Nak kejar stage performance next time, boleh refer waktu kat atas tu.
Colmar ni punya idea menarik sangat pada aku. Hotel dia design comel, tetingkap ni semua, hadoi. Dan setiap bangunan design luar lain-lain. I'm in laffffff ❤❤
Cuma, bilik macam kecik & rendah. Pada aku la. Tak pastilah pendapat korang yang pernah stay sini.
Itu kononnya sebab tak jadi booking kat atas ni. Dan satu sebab lagi sebenarnya nak bawak abah pergi hotspring. Release stress berendam dalam air panas kekdahnya.
Ini bukan 3D dah. Ini 6D. Tak tahulah muntah belahak ke tak kalau masuk ni.
Lalu depan 6D Motion Adventure, tertengoklah live feed orang yang tengah rasa 6D Adventure. Aku tengok menjerit kemain lagi, haha.
Belakang aku satu kumpulan ni macam minat je nak rasa, tengok kemain lama, siap bincang-bincang lagi sape nak masuk. Silakan masuk, yang penting sediakan duit saja okeh!
Overall, setakat nak berjalan tanpa buat aktiviti fizikal sekejap ke dah khatam habis Bukit Tinggi ni. Kalau nak buat aktiviti lain, boleh pegi Adventure Park Colmar.
Ada flying fox yang terpanjang di Asia Tenggara tau! Tak pun main paintball, rock climbing, high rope obstacle, canopy walk. Ah banyak lagilah. Boleh tengok sendiri.
Aku pegi dengan family, mak abah. Mau pengsan mak kalau naik flying fox 😁. Tapi kalau dengan Epa nak aje adik aku ni. Best ape flying fox.
Lepas habis ronda Colmar, masing-masing dah penat, jadi kami decide untuk check in hotel di Bentong. Oh ye, di resort ni kami tak singgah makan sebab nak makan di Bentong ja nanti.
Destinasi seterusnya........
Hotel di Bentong yang ada hotspring.