Quantcast
Channel: nurulshahira.com
Viewing all 311 articles
Browse latest View live

Burger Kat Mane? Untuk Pengusaha dan Peminat Burger di Serata Malaysia!

$
0
0
Anda pengusaha dan peminat burger yang sentiasa inginkan kelainan dalam menilai citarasa burger? Pernah tak terfikir supaya ada one-stop-center atau laman web yang interaktif dan inovatif untuk memudahkan kita mencari peluang menikmati burger sedap dan menarik? Hanya klik di hujung jari dan...Burger Kat Mane?


Pelancaran rasmi laman web Burger Kat Mane? www.burgerkatmane.com.my;

Laman web Burger Kat Mane? www.burgerkatmane.com.my  telah dilancarkan secara rasmi dan kini siap sedia untuk menerajui usaha pengusaha burger untuk menaikkan taraf bisnes mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Apa yang menarik mengenai laman web Burger Kat Mane? kepada peminat dan pengusaha burger?


Pelancaran rasmi laman web Burger Kat Mane? www.burgerkatmane.com.my;
Hadir di majlis perasmian, dari kiri adalah operator burger Mohamad Hazlan Yusop (Lan Burger), UFS Managers Angeline Ho, Nadia and Alessandra



Laman ini menawarkan pelbagai manfaat termasuk peluang masa kini di mana pengusaha burger berkemampuan mengadakan publisiti serta pos tawaran mereka sendiri kepada pelanggan sambil menjimatkan masa, tenaga dan kos dengan menggunakan kuasa media sosial.


Pengurus Jualan UFS Malaysia iaitu Angeline Ho berkata: “Selain dari ciri B2B, aplikasi unik ini membolehkan orang ramai untuk mengambil bahagian dengan ciri ciri mudah guna. Pengusaha mahupun pelanggan senang mendaftarkan diri.

“Pelanggan boleh menggunakan aplikasi canggih ini untuk mengunjungi pilihan burger tempatan atau bereksplorasi mencari sendiri kerana laman ini berdasarkan lokasi berpeta.

“Mereka juga boleh memilih untuk menilai dan menghargai gerai burger kegemaran mereka secara atas talian dan berkongsi pendapat dengan pengguna lain juga melalui Facebook di laman Burger Kat Mane.”

Pelancaran rasmi laman web Burger Kat Mane? www.burgerkatmane.com.my;
Pelancaran rasmi BurgerKatMane? oleh pihak pengurusan UFS (dari kiri) - Alessandra Abreu, Marketing Manager Angeline Ho  dan Channel Activation Manager Nadia Mohd Irwan

Dicipta oleh Unilever Food Solutions (UFS) Malaysia, laman web ini dijangka menyediakan pletform bersepadu yang amat diperlukan untuk masyarakat pengendali burger yang dianggarkan berjumlah lebih 10,000 gerai di seluruh negara dan peminat serta pengikut berjumlah berjuta pelanggan burger.


Nusrat Perveen, Ketua Negara UFS berkata: Menikmati hidangan burger sudah menjadi satu gaya hidup untuk ramai rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat. Pengusaha burger juga sering mempamerkan kreativiti dan inovasi mereka untuk membuat persembahan burger yang bukan sahaja lazat tetapi unik dalam membezakan dari pesaing lain.



“Selain dari menggunakan bahan-bahan sesuai seperti Lady’s Choice MayoMagic dalam burger dan melalui usaha seperti projek di atas, kami sentiasa mencari jalan untuk menyediakan serta menggalakkan penyediaan makanan hebat rasa dengan pengalaman makan yang sahih segar, menarik dan membawa kepada gaya hidup sihat dari sumber-sumber yang mampan.

Pelancaran rasmi laman web Burger Kat Mane? www.burgerkatmane.com.my;
Wedding burger yang dipersembahkan dengan penuh kreativiti oleh operator burger Mohamad Hazlan Yusop

“Tujuan kami di UFS: Kami membebaskan cef untuk kerjaya tersayang mereka. Sebagai sebahagian daripada Unilever, iaitu salah satu pembekal terkemuka di dunia barangan pengguna bergerak pantas dengan jualan di 180 negara dan sebagai perniagaan perkhidmatan makanan berdedikasi Unilever, kami menerajui industri dalam menyediakan bahan-bahan makanan inovatif, berkualiti tinggi serta profesional dan perkhidmatan nilai tambah yang dicipta oleh 300 cef professional, meliputi 50 jenis kuisin melalui 200 juta hidangan sehari.
“Unilever Food Solutions adalah sebuah syarikat berinspirasi global terdiri daripada tenaga kerja yang berbakat, profesional dan bersifat keusahawanan serta bekerjasama dengan cef dan rakan kongsi pengedaran setiap hari.
“Dalam budaya positif dan terbuka ini kita mencari inspirasi setiap hari, memberi kuasa kepada pihak majikan dan setaf untuk membuat perbezaan yang lebih besar di setiap peringkat dalam organisasi.
“Dan melalui rakan perkongsian jangka panjang dengan pembekal, pelanggan dan lain pihak berkepentingan, UFS tentu sekali mencapai satu perbezaan,” kata Nusrat.

Pengusaha burger semestinya harus tidak melepaskan peluang ini untuk memasarkan produk mereka ke sasaran peminat yang lebih meluas. Hanya perlu ke laman web Burger Kat Mane? dan terus mendaftar! Peminat burger juga boleh mendaftar secara PERCUMA di laman web dan mencari lokasi-lokasi burger yang berdekatan untuk dicuba!

Highlights info row image03-22462288


Dari EFG kepada AFB

$
0
0
Assalamualaikum 

Let's change feed blog. Atau let's feed exchange. Atau pun, in malay, marilah bertukar blog feed. Biasa dengar atau nampak? Pemblogger tegar dan otai, inshaaAllah, mesti tahu lah. Otai lah katakan. Untuk blogger ikan bilis macam aku ni? Yg pv sehari semput cukup-cukup makan aje nak sampai 350. Phewwww. Mesti tak pernah dengar, atau dengar tapi tak tahu nak buat apa.

#exchangefeedgroup
#exchangefeedgroup

#exchangefeedgroup adalah salah satu cara untuk mempromosikan blog. Promosi dari segi macam mana? Feed blog yang terlibat akan terpapar di blog berlainan dalam masa 3 hari. Maksudnya, kalau dalam 1 group tu ada 20 orang blogger, maka feed terbaru dari blog korang akan terpapar selang seli 3 hari di blog A, 3 hari kemudian di blog B, 3 hari kemudian di blog C dan seterusnya sehingga habis pusingan 19 orang. Dan cycle akan bermula semula.



Dengan menyertai #exchangefeedgroup ni, peluang untuk entry post kita dilihat dan dibaca oleh oleh orang lain lebih cerah. Sebab, pembaca setia blogger C mungkin tak pernah pun tahu kewujudan blog korang, tapi bila feed blog korang berada di blog blogger kesayangan, dapat pulak tajuk yang menarik-tertarik-kau-memang-de'-boom, kemungkinan tak untuk entry kita diklik dan dibaca?



Selain daripada bertukar-tukar feed, sesama ahli group juga banyak berkongsi ilmu dan tips blogging. Tips untuk ringankan loading blog, belajar tips seo, jadikan blog kita mesra seo. Apa lagi, semua adalah, sebabnya ahli-ahli dalam group ni memang sangat-sangat mesra, pemurah ilmu, yang ikan jaws jaga dan bantu ikan bilis supaya dapat membesar dengan jayanya jadi geng anak ikan jaws.


Macam hari ni, aku baru aje join #exchangefeedgroup. Baru tau. Tak sampai lagi 24 jam. Tapi, bila mintak tolong dengan blogger +ewento marcello , pemilik Blog Ohsem, untuk repair template blog aku. Supaya lebih mesra-mesra alam gitu SEO. Dan hasil dia? In a blink, 100% dah. Padahal aku sendiri godek-godek, google, seminggu, still tak dapat naikkan rate SEO tu. Nampak tak betapa group ni sangat membantu :). Lagipun admin dia Kak +irra yyan , pemilik blog irrayyan journey tak makan orang pun. Feel free to whatsapp her ^^

Ukhuwah macam ni lah yang dapat menbantu sesama blogger untuk lebih bersemangat dalam berblogging dan memanfaatkan sepenuhnya kebaikan berblogging. Kualiti berblogging meningkat, hati pun senang :)

Kalau ada yang berminat nak jadi keluarga #exchangefeedgroup ni, boleh whatsapp / sms / email no. phone dan alamat email yang tertera pada banner ye. Jangan malu-malu, jangan segan-segan. Kalau malu tinggal. Bai bai bai. Hehehehe :)


- P/s: Hai. Dah petang macam ni, baru aku sempat nak buat 1 entry. Sehari ni, entah tak tahu la apa yang disibukkan. Nak kata sibuk masuk kelas, sekejap aja buat taklimat tadi. Agaknya sibuk makan, sebab tengok atas meja tadi, rupanya aku dah makan megi cup dengan soto ayam. Just for lunch! Pheww. Balas dendam kena bersenam mop lantai semalam? T_T

#exchangefeedgroup
#exchangefeedgroup
#exchangefeedgroup
#exchangefeedgroup
#feedblog

Update : 
EFG dah dibubarkan, TETAPI....... kini bertukar kepada AFB. Rebranding gitu. Feed pun dah automatik. Ramai juga kawan baru. Tetapi semangat tolong menolong dan kerjasama tetap TERBAIK!  macam dulu :)

Pada aku, pentingnya sertai kumpulan blogger yg buat kita rasa selesa, baru terasa semangat nak berukhuwah, ye tak? Hehe.

This post ditimbulkan semula seiring dengan anniversary aku dgn EFG, kahhhhhh. Anniversary bagai. :D

To AFB, semoga ukhuwah kita akan berpanjangan hendaknya :)



Ke Arah Pengurusan Sisa & Lebihan Makanan Yang Lebih Baik

$
0
0
Unilever Food Solutions bekerjasama dengan MPSJ
sejajar dengan Rancangan Kehidupan Lestari

Setiap kali Ramadhan menjelma, kemunculan bazar ramadhan yang tumbuh bak cendawan selepas hujan tidak dapat dipertikaikan. Dengan kemunculan bazar ramadhan yang banyak, pastinya suasana membeli makanan akan menjadi sangat meriah, dan yang paling dirisaukan adalah. Apa terjadi dengan lambakan makanan yang tidak habis atau sisa makanan?

Chefmanship Akademi (CA)
Chefmanship Akademi (CA) yang dikelolakan oleh Unilever Food Solutions (UFS) kini bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk penyelesaian program yang inovatif dengan memperkenalkan modul baru iaitu pengurusan sisa dan lebihan makanan.

CA merupakan satu-satunya pusat setempat untuk pengendali makanan mempelajari tentang kualiti makanan, perkhidmatan dan efisiensi supaya boleh menjadi cef yang bagus berasas penekanan seperti yang diterangkan sebelum ini.

Program ini juga adalah sebahagian dari Rancangan Kehidupan Lestari Unilever (Unilever Sustainable Plan) dengan matlamat untuk meningkatkan stail kesihatan, kesejahteraan dan kesihatan di Malaysia.

Nusrat Perveen UFS Malaysia Country Head dan MPSJ YDP Yang Bahagia Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan melancarkan Chefmanship Academy

Ketua Negara UFS Nusrat Perveen berkata di upcara pelancaran: “UFS memulakan program pertama CA 2017 bersama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk taklimat khas dengan penglibatan lebih dari 1,600 pengendali makanan sepanjang 3 hari sempena Bazar Ramadhan tahunan.

“Kami telah menerima maklumbalas positif untuk modul terkini iaitu keselamatan makanan serta pengiraan kos dan sungguh wajar untuk memperkenalkan program terkini iaitu pengurusan sisa dan lebihan makanan.

UFS Malaysia Country Head Nusrat Perveen (paling kanan) dan MPSJ YDP Yang Bahagia Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan (tiga dari kanan) bersama penyumbang dan pengurusan tertinggi MPSJ.

“Berdasarkan data dari Instititut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), pembaziran makanan oleh rakyat Malaysia berjumlah 8,000 tan sehari dan kebanyakannya masih bersih dan boleh dimakan.

“Perbadanan Bangsa Bangsa Bersatu menganggarkan pembaziran makan sedunia berjumlah 1.3 bilion tan, bernilai RM4.4 trilion setahun dan cukup untuk memberi makan kepada 3 bilion orang!”

Kerjasama UFS
UFS sudah bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan seluruh Malaysia sejak CA dilancarkan pada tahun 2013. Untuk Lembah Klang, pelbagai sesi CA telah dilanjutkan dengan jayanya dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ),
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Selayang (MPS),  Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) serta Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Klang & Pantai.

Program CA juga dikendalikan dengan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
 
Pengendali makanan Bazar Ramadhan sedang menunggu giliran untuk mendaftar ke Chefmanship Academy.

​N​
usrat
berkata: “Chefmanship Akademi dari Unilever Food Solutions merupakan inisiatif pertama seumpamanya di Malaysia. Dari titik permulaan dengan penglibatan 400 orang, kini dianggarkan lebih 43,000 pengendali makanan sudah terlibat dalam CA. “Kami amat bangga bekerjasama dengan rakan sepandangan dari pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri dan persekutuan dan ini membantu kami untuk terus maju.

“UFS Malaysia berganding bahu dengan PBT utama dan organisasi swasta supaya pengendali  makanan yang terlibat dalam CA dapat meningkatkan teknik dan memperolehi pandangan mendalam untuk pengurusan makanan, menjimat masa dan beroperasi lebih berkesan terutamanya dengan pertambahan kos operasi termasuk bahan makanan.”
Pengendali makanan akan diberi lebih kesedaran tentang trend industri dan memahami keperluan peraturan. CA menggabungkan maklumat terkini dengan penyelidikan industri supaya dapat menyediakan pengalaman mengikut k​erja dan membangunkan praktis bisnes yang sesuai.                 
Kehadiran yang memberansangkan di Chefmanship Academy yang bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)     

Dengan mengadakan Chefmanship Akademi, UFS menyasarkan supaya kesihatan orang ramai tidak terjejas bila makan di luar. Penyedia makanan akan membantu dalam memartabatkan kebersihan makanan dan tidak mengutamakan kemudahan atau keuntungan sahaja, terutamanya semasa bulan berbuka puasa di mana sudah menjadi kebiasaan dan keselesaan orang ramai untuk mengunjungi gerai makanan Bazar Ramadhan.
Untuk mengeratkan komunikasi dengan pengendali makanan dan pihak perniagaan runcit, UFS telah mewujudkan satu rangkaian WeChat yang merangkumi lebih dari medium utusan alat mesej segera, di mana kita juga boleh berinteraksi dan memberi maklumat dan juga tip bagaimana untuk menjadi pengendali makanan yang lebih baik.

“Kandungan rangkaian in termasuk resipi baru, aplikasi dalam mainan yang kerap dikemaskini dengan kemudahan link terus ke laman web utama, www.unileverfoodsolutions.com.my,”Nusrat berkata.


Menu Berbuka Puasa 1438H | Hari 1 & 2

$
0
0
Hai. Assalamualaikum. Selamat berpuasa, selamat berbuka puasa. Berbuka, apa menu berbuka puasa tu? Ahaks 😋

Bila masuk ramadhan ni, tetiba eh banyak sangat orang share resepi. Resepi mudah semudah 123, cara-cara masak menu berbuka puasa 10 minit siap! Hehehe. Kan? Dah la lepas tu tayang gambar lauk sedap. Kita tengah puasa tau awaaaa. Menjejes air liur atas keyboard. 🙈🙈

So kali ni takmo dah share resepi. Malas dah nak snap gambar banyak-banyak masa masak. Lemau takut henpon termasuk dalam kuali awaa jadi henpon masak lemak cili api. Sedap sangat sampai berdarah hati nanti. Heh. Tapi aku nak share ape menu yang dah 2 hari ramadhan ni. Mana tau jadi inspirasi ramadhan ke 26 nak masak apa nak masak apa, kan? Hehe tau dah.

Menu Berbuka Puasa 1438H | Hari 1

Menu Berbuka Puasa 1438H | Hari 1 & 2; Resepi Ayam Kungpow; Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi; Sambal Ikan Masin Sepat

Menu Berbuka Puasa 1438H | Hari 1 & 2; Resepi Ayam Kungpow; Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi; Sambal Ikan Masin Sepat
-Ayam Kungpow
-Udang Masak Lemak Cili Api
-Telur Dadar
-Sambal Ikan Masin Sepat Kakak Gemok's Kitchen (tak masuk frame gambar)

Menu Berbuka Puasa 1438H | Hari 1 & 2; Resepi Ayam Kungpow; Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi; Sambal Ikan Masin Sepat
Ayam Kungpow

Dulu selalu makan kat Tawau. Chinese Muslim Restaurant mesti ada menu ni. Bila balik sini dah start craving nak makan. Tapi yang aku masak ni stail humban apa yang ada dalam fridge. 

Ada cili kering, cili merah, lobak merah, bawang je. Nak lagi best tambah cendawan butang, broccoli. Sedap weh lauk ni buat makan ratah gitu je. Habis sekor ayam 😋

Menu Berbuka Puasa 1438H | Hari 1 & 2; Resepi Ayam Kungpow; Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi; Sambal Ikan Masin Sepat
Udang Masak Lemak Cili Api

Mula-mula nak guna udang lipan yang beli kat Tanjung Karang tu, tapi kensel sebab malas nak siang udang lipan tu. Haha 😂

Jadinya guna udang biasa. Sebab sendiri masak, letak terung & tempe dalam tu. Mak balik makan, ya Allah ko campur tempe dalam ni ala-ala lontong ke? 😂

Tapi tetap lechen. Oh ya, lauk ni bukan aku masak, ini adik aku. Aku sebagai kakak mithali delegate tugas dengan jayanya. Kihkih.


Menu Berbuka Puasa 1438H | Hari 2

Menu Berbuka Puasa; Resepi Sotong masak kicap; Resepi ikan selar goreng cili padi; Sayur tauge kasar masak air
- Sotong masak kicap daun limau
- Ikan selar goreng cili padi
- Telur dadar (lagi 😅. Fav food sangat)
- Sayur tauge masak air
-Sambal ikan masin sepat Kakak's Gemok Kitchen. Ini selagi tak habis, selagi tu ada atas meja. Makan sikit-sikit sebab pedas nak meninggal. Tapi sodap weh. Padu dan jitu buat simpanan lauk malas masak, haha. 

Menu Berbuka Puasa; Resepi Sotong masak kicap; Resepi ikan selar goreng cili padi; Sayur tauge kasar masak air
Sotong Masak Kicap

Ala, semua orang tau kan cemana nak masak kicap. Senang je. Tapi trik aku, campur kicap dengan sos tiram & pepper. Nanti rasa dia laaaaagi sedap tau! 

Menu Berbuka Puasa; Resepi Sotong masak kicap; Resepi ikan selar goreng cili padi; Sayur tauge kasar masak air
Ikan Selar goreng cili padi

Goreng cili padi ni best bila bawang banyak. Baru kick, kack, kuck, kock, keck. Takyah resepi kan sebab senang sangat. 

Haaaa, itu menu kat rumah aku 2 hari ramadhan ni. Esok tak tau lah rajin ke tidak main masak-masak kelentang kelentung kat dapur ni. Hari keje kan 😵😵

Tapi start esok boleh balik pukul 4. Yihaaaaa. Ni kalau tetiba korang nampak muka aku kat bazar Kesuma tak pun Taman Medan, maksudnyaaaaa?


Murahnya...

$
0
0
Beberapa minggu lepas, gigi aku buat hal lagi. Berdenyut-denyut gusi, membawak ke bahagian gigi lain sakitnya. Padahal sakit di bahagian gigi geraham bawah ni, tapi sebab sakit ngilu berulang, nah terus aku rasa macam semua gigi aku nak tertanggal dari gusi.

Haha. Melampau sangat 😂😂

Tapi serius kan. Sakit gigi ni bukan main-main. Masa mula-mula je gigi ni meronta bagitahu dah mula diancam kaviti, tuan badan buat dunno je. Berlagak kononnya ubat gigi Colgate yang setiap bulan restock tu cukup power berkuasa menentang kaviti. 

Tapi akhirnya terpaksa juga aku ke klinik gigi selepas beberapa siri kesakitan, yang terakhir aku ingat aku telan ubat sakit gigi hurix dan ubat tahan sakit adik aku 3 biji.  

Hari Isnin tu, aku purposely bercuti. Semata-mata nak memenuhi ajakan si gigi yang diancam kaviti. Lagipun lubang di gigi geraham ni.... menangis kalau kena cabut 😭😭. 

Penakut. Ye lah, siapa yang tak takut nak pergi klinik gigi kan? Dengan mesin dia yang walaupun kecik tapi boleh belah gigi kau? Trauma okay. 

Gagahkan diri aku ke Klinik Kesihatan Beranang petang isnin tu. Oh ye, korang jangan tak tahu yang ada Klinik Pergigian di dalam Klinik Kesihatan. Dulu aku pun ingat yang Klinik Kesihatan ini hanya handle kes-kes pesakit luar dan ibu mengandung. Silap besar dah. 29 tahun baru tahu. Kesian. 

Rupanya Klinik Pergigian Beranang telah tetapkan yang untuk Isnin - Jumaat waktu petang hanya untuk kes-kes temujanji. Walk in macam aku hanya pada waktu pagi (kecuali kes kecemasan). Dan klinik pergigian lain juga ada jadual macam ni, cuma mungkin dedicated time yang berbeza. Korang boleh pastikan sendiri. 

Misi petang Isnin tersebut GAGAL. Menyesal pulak membuta sampai tengahari. Huwaaaaaa.  Balik dari klinik, nak ubati patah hati disebabkan kesilapan sendiri ni, aku drive terus ke McDonald! Haha. Sebab Isnin tu gigi tak sakit dah, dan lagi terlampau viral aiskrim durian D24 ni, sampai aku tertanya-tanya. Sedap sangat ke weh? 

AISKRIM MCFLURRY DURIAN D24 MCD 

http://www.nurulshahira.com/2017/09/murahnya.html

Taraaaaa, presenting aiskrim durian D24 McD yang dah sold out katanya untuk tahun 2017 ni. Kalau korang nak, tahun depan 2018 baru keluar lagi. Tunggu musim durian baru aiskrim ni keluar nak. Mohon bertabah 😂

Review aku untuk aiskrim durian D24 McD ni. Best ke tak?

 http://www.nurulshahira.com/2017/09/murahnya.html

Muka bangga dapat beli aiskrim durian. Kahhhhh. Sebenarnye kan, beberapa hari sebelum tu aku dah cuba beli, tapi tak berjaya. Katanya stok puri durian habis. Gila ah. Siap pesan "cik boleh datang esok hari untuk dapatkan aiskrim kami"

Hot stuff sangat 😂😂

http://www.nurulshahira.com/2017/09/murahnya.html

Datang Isnin tu, terus beli 2 okeh! 2 ketul aiskrim untuk aku sorang! Kahhhhh. Ini kalau tak sedap nahas nak mengabiskan sorang.

Aiskrim Durian D24 McD ni sebenarnya aiskrim vanila tu je. Ala aiskrim vanila yang biasa kita makan chocotop tu. Cuma beza topping atau tambah oreo. Tambah oreo jadi Oreo McFlurry. Tambah durian jadi ape anak-anak?

Durian McFlurry.

Bijak.

Ada kawan aku kata aiskrim ni biasa-biasa je. Tapi yang aku telan McD Semenyih ni cenggini haaa 👍👍. Puri durian yang diorang letak banyak! Dan durian tu diblend kasar. Sedap je kunyah-kunyah cebisan durian tu dalam aiskrim tu. Lagi best bila korang kacau sebati aiskrim vanila dengan durian tu.

http://www.nurulshahira.com/2017/09/murahnya.html

Macam ni. Peh. Sedap okeh!

Sampai ke esoknya aku sendawa bau durian lagi. Haha. Esoknya kerja sebab tak sanggup nak sendawa durian dekat doktor gigi. Nanti pengsan doktor, masuk surat khabar pulak doktor pengsan bau mulut pesakit berbau durian. Kihkihkih. Kita kena kurangkan kontroversi dan tingkatkan prestasi kan?

So next Rabu tu, cuti lagi and here we go to Klinik Pergigian Beranang.

http://www.nurulshahira.com/2017/09/murahnya.html

Masa aku sampai, lepas bayar RM1 untuk pendaftaran, it's only takes 5 minutes untuk nama aku dipanggil masuk ke bilik rawatan. Untuk yang pertama kali ke klinik gigi, kita kena isi chart lengkap dengan details kita. Kad chart tu chart yang sama macam masa kita sekolah rendah dulu. Warna pink lagi, hehe. Dan nurse akan tanya basic question seperti ada alahan, ada sejarah cabut gigi, masa cabut gigi banyak darah tak, unstopable bleeding. Jawab je dengan yakin bergaya.

Masuk bilik, baring di kerusi, bagitahu doktor yang gigi sakit, which teeth. Dan lepas tu........... Sampai part yang aku trauma.

Rasanya aku trauma sebab kita boleh nampak apa jenis alat yang doktor guna masuk dalam mulut kita. Dengan mulut menganga, air liur toksah cakap la. Menjejes je. Syukur ada alat yang sedut air liur tu. Haha.

Oh ye, benda alah untuk sedut air tu kita kena pegang sendiri. Pegang sendiri sebab yg nak disedut tu air liur ko jugak. Bagilah contribution sikit, ye tak? Dan lepas tu gigi kena kepit, kena trim (trim? What kind of word is this? 😂). Gusi kena tekan. Sempat jugaklah genggam-genggam tangan sendiri sebab takut. Haha.

Rupanya the gap between gigi yang berlubang tu ditampal. Gigi aku berlubang dan start rasa ngilu bila saraf di kawasan terdedah (gap between teeth). Minum air sejuk atau makan aiskrim? Cuba elakkan kena bahagian tu kalau xnak ngilu. Bila first time nampak gigi dah ada berjarak, ingatkan dah kena cabut dah gigi geraham tu. Goyangkan sendiri macam kuat perkasa lagi. Matilah sakit nak cabut.

Alhamdulillah buat masa ini gigi geraham itu selamat di medan pergigian 😂. Keseluruhan prosedur ini hanya mengambil masa 15 minit. Dan aku hanya perlu membayar RM2 untuk perkhidmatan tampalan ini. Murah sangat kan?

Untuk yang takut nau jumpa dentist, kena beranikan diri. Sakit gigi ni, bila dia menyerang. Denyutan tu peh. Tak boleh tidur malam dibuatnya. Dan jangan tunggu sampai gusi bengkak baru nak pergi tau! A friend of mine sampai gusi bengkak, kena cabut gigi baru sakit tu hilang. But in the meantime nak tunggu gusi tu kurang bengkak, SENGSARA. Nangis.

Review klinik pergigian Beranang?
Cantik muka nak review klinik 😂. Tapi macam yang aku cakap sebelum ini, proses pendaftaran smooth, response time pantas, doktor professional & mesra, they handle it well, semua persoalan aku diterangkan dengan jelas dan bayaran murah. Pagi tu balik dengan riang raya.

Lepas ni rasanya nak buat scaling pulak. Scaling atau cuci gigi baru RM2. Jom sapa nak join!





Cabaran Raja Kuah Knorr 2017

$
0
0
Hi. Ingat lagi mengenai Cabaran Raja Kuah Knorr yang pernah diceritakan sebelum ini di entri ini? Mengenai Cabaran Raja Kuah Knorr 2017 yang dalam pencarian hidangan berkuah masakan melayu terbaik di seluruh Malaysia?

Cabaran Raja Kuah Knorr 2017


Haaaaaa, pencarian untuk tahun 2017 ini telah bernoktah apabila seorang pemenang telah diumumkan dalam pertandingan ini yang telah diadakan di Dewan Serbaguna Kampus UiTM Puncak Alam pada 4 Disember lalu. Untung orang UiTM Puncak Alam dapat makan percuma masa hari pertandingan tersebut, kan? :)

Cabaran Raja Kuah Knorr 2017
Juara Cabaran Raja Kuah Knorr 2017, Nur Fakhira Mohd Rosli (dua dari kanan) dengan Pengarah Urusan UFS Nusrat Perveen, Pengarah Pemasaran Rangkaian Claire Sullivan bersama Mohd Sharifudin Saleh, naib juara (dua dari kiri) dan Zaleha Idris, pemenang tempat ketiga.

Pengusaha makanan, Nur Fakhira Mohd Rosli, 27 tahun, mengatasi 19 orang peserta lain di peringkat akhir berjaya untuk meyakinkan para pengadil dan juri untuk dinobatkan sebagai juara Cabaran Raja Kuah Knorr 2017, cabaran yang mengangkat hidangan berkuah masakan Melayu sepertimana yang digemari rakyat Malaysia ke satu aras yang lebih tinggi.

Nur Fakhira memenangi hadiah utama berupa pakej umrah untuk 2 orang bernilai RM25,000 serta wang tunai bernilai RM15,000 dan hamper sementara naib juara Mohd Sharifudin Saleh, 47 tahun dari Melaka, membawa pulang wang tunai RM 10,000 beserta hamper diikuti pemenang tempat ketiga, Zaleha Idris, 60 tahun, membawa pulang wang tunai RM 60,000 beserta hamper. Manakala 16 peserta lain memperolehi hadiah wang tunai RM500 beserta hamper.

Dengan menampilkan 2 hidangan ayam dan 1 hidangan udang, iaitu Udang Kari Kering, Masak Lemak Tempoyak Ayam dan Ayam Kicap Szechuan, kesemua hidangan kreatif ini menambat hati para juri yang terdiri dari cef handalan!

Cabaran Raja Kuah Knorr 2017
Hidangan masakan pemenang utama Fakhira (dari kiri) Masak Lemak Tempoyak Ayam, Ayam Kicap Szechuan dan Udang Kari Kering

Menurut Fakhira, “ketiga hidangan menjadi pilihan saya kerana agak berlainan dari kuisin Melayu dan merupakan gabungan yang bercitarasa sedap serta senang dimasak dalam jangkamasa pendek iaitu tidak melebihi 90 minit,”.

Para juri yang mengadil termasuk cef selebriti Mohd Johari Edris (lebih dikenali sebagai Chef Jo), Cef Profesional UFS Mohd Hadzrin Mohd Din, Cef Budiman Bistari Mohamed serta Dr Ahmad Esa Abdul Rahman, Pengetua Pusat Seni Kulinari dan Pendidikan Gastronomi di Kampus UiTM Puncak Alam yang menentukan pemenang berdasarkan kriteria seperti kebersihan, penampilan dan citarasa hidangan.

Cabaran Raja Kuah Knorr 2017
Para juri yang terdiri daripada (dari kiri) Cef Budiman bestari Mohamed, Cef Professional UFS Mohd Hadzrin Mohd Din, Dr. Ahmad  Esa Abdul Rahman dan Cef Selebriti Mohd Johari Edris (lebih dikenali sebagai Chef Jo) sedang merasa hidangan masakan para peserta.

Cabaran Raja Kuah Knorr 2017
Para juri sedang mencuba hidangan masakan peserta Fakhira

Sejak diperkenalkan buat kali pertama tahun lalu, acara anjuran Unilever Food Solutions ini memfokus kepada hidangan berkuah terutamanya seperti kari, kicap, masakan lemak dan rempah lain.

Penyertaan bagi tahun 2017 ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia dengan syarat utama yang sungguh mudah sekali, iaitu hidangan yang menampilkan 3 jenis resepi hidangan berkuah menggunakan Stok Ayam Knorr.

Pengarah Urusan UFS Malaysia Nusrat Perveen berkata,“Oleh kerana kini terdapat satu trend menggunakan perasa ayam juga untuk menaikkan rasa dan selera, Unilever Food Solutions memberi pengiktirafan terhadap usaha masakan menggunakan Serbuk Ayam Knorr".

“Hari ini amat bererti kerana kerjasama khas UFS ini dengan UiTM yang merupakan pusat pendidikan utama dalam bidang kulinari. Kami sungguh yakin dengan pendekatan bahawa dia antara langkah untuk menjadi cef yang bagus harus bermula seawal boleh, termasuk di tahap universiti". 

“Lebih lagi, acara Cabaran Ketupat Rendang Knorr yang berlangsung pada hari dan lokasi sama dengan Cabaran Raja Kuah Knorr akan memberi pendedahan sewajar kepada kesemua 40 penuntut UiTM dari Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan yang menyertai cabaran pertama ini.”
Cabaran Raja Kuah Knorr 2017
Juara Pasukan Kencanaa (dari kiri) Nur Fatin Syahirah bt Mohd Fisol dan Nur Suhana bt Jamaluddin bersama Pengarah Pemasaran Rangkaian Claire Sullivan dan Pengarah Urusan UFS Nusrat Perveen


Dua pelajar UiTM iaitu Nur Fatin Syahirah Mohd Fisol dan Nur Suhana Jamaluddin, masing-masing berusia 21 tahun, menangi hadiah utama tunai RM200 dan hamper untuk hidangan interpretasi mereka iaitu Rendang dan Ketupat Palas. 

“Kemenangan juara Cabaran Raja Kuah Knorr tahun lalu oleh Chef Budiman Bistari Mohamed sungguh bererti kerana beliau merupakan graduan fakulti kulinari UiTM!” Nusrat berkata.

Nusrat berkata lagi,Unilever Food Solutions Malaysia terus berada di barisan hadapan dalam arena makanan tempatan, berkongsi kepakaran dan terus membuat inovasi untuk memberikan kandungan makanan terbaik untuk rakan perniagaan dan pelanggan kami.

“Dari Chefmanship Akademi berinovatif yang dilancarkan pada tahun 2013 dan melibatkan 12 pihak berkuasa tempatan di seluruh Malaysia – iaitu satu inisiatif pertama di negara ini – sehingga kedua dua acara hari ini, UFS Malaysia akan terus mengukuhkan piawaian tempatan yang diiktiraf oleh rangkaian global kami.”
Cabaran Raja Kuah Knorr 2017


Unilever Food Solutions ingin berkembang di masa akan datang untuk mencapai 800 juta pengguna setiap tahun. UFS berhasrat mencapai matlamat ini dengan cara yang mampan dan menumpukan kepada empat bidang di mana UFS boleh membuat perbezaan: memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan, meningkatkan keselamatan makanan, mengurangkan pembaziran makanan dan mencari sumber yang mampan. 

Makanan hebat harus menjangkaui sempadan geografik dan perbezaan budaya. Makanan merupakan penyatu besar dan kenyataan ini jelas sekali di sebuah negara berbilang budaya seperti Malaysia di mana semua di sini, daripada penduduk tempatan pelbagai kaum dan juga warga asing yang menginap atau melawat, menikmati hidangan yang ditawarkan dalam suasana citarasa berharmoni yang berbeza!

Beratur yang Memenatkan | Permohonan Rumah Selangorku

$
0
0
Baru rasa best nak update blog bila blog dah ada rupa semenggah ni. Hari ni rasanya puas godek blog, tengok coding, nak besarkan font itu, pekatkan font ini, itulah inilah. Rasa-rasa bila dah start edit blog, jadi obses pulak. Kahkah. Gila berangan macam hebat, padahal nak edit sikit google tutorial. Buat ini sikit google tutorial.

Tapi yang penting dah serupa semenggah selepas berapa tahun? Setahun ke? Aku tak aktif blogging. Cerita banyak sangat, gambar pun penuh sampai habis memory tapi semangat hilang aduhai. Habis income adsense kita. Eh!

RUMAH SELANGORKU

Iye, tajuk atas tu tak salah. Memang aku pergi beratur untuk cuba dapatkan Rumah Selangorku baru-baru ini. Terbaru Rumah Selangorku ditawarkan di Ecohill, Semenyih berharga RM100,000 sahaja. Dan sebenarnya, aku ni tukang beratur tukang cop tempat dalam barisan je. Sebabkan, kalau korang nak datang untuk event-event macam ni, harus datang beramai-ramai. Sebab apa aku cakap macam tu?

Hah, meh aku cerita!

Rumah Selangorku, Dokumen Permohonan Rumah Selangorku, Rumah Selangorku Setia Eco Hill Semenyih 
 
Senarai Rumah Selangorku yang ditawarkan oleh Kerajaan Selangor boleh didapati dari Portal Rasmi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Aku NASIHATKAN (siap huruf besar lagi melambangkan betapa pentingnya perkara ini, haha :D) untuk korang buat dahulu permohonan secara dalam talian di LPHS dan pilih senarai rumah-rumah yang dirasakan sesuai dengan bajet korang, sebelum terjun walk-in ke event-event macam ni.

Sebab apa? Masa aku pergi beratur macam nak rak, ada kaunter express untuk pemohon yang berjaya mendaftar di LPHS. Tak payah beratur, ko datang terus ke kaunter ekspress. Kiranya korang bas ekspress, yang beratur panjang-panjang macam dalam  gambar kat atas ni naik bas lompat-lompat.

Aku pun salah satu manusia dalam bas lompat-lompat tu T_T

Rumah Selangorku, Dokumen Permohonan Rumah Selangorku, Rumah Selangorku Setia Eco Hill Semenyih

Orang Semenyih yang selalu beriadah kat Ecohill ni mesti tahu betapa jauhnya barisan orang beratur, semata-mata nak dapatkan Laporan CCRIS. 

Adik aku sebenarnya yang nak cuba nasib beli Rumah Selangorku ni. Dah harga macam ok, RM100k dalam bajet dia agaknya. Aku pun fikir why not cuba kan? Lagi pun rumah ni baru pecah tanah je, lama lagi nak siap. Mahu makan 2 tahun jugak tu. 2 tahun lagi insyaAllah gaji dah stabil (doa-doakan ya :)) 

Jadi pagi Sabtu yang hening pun berangkatlah kami 2 beradik. Sampai Ecohill dalam pukul 9 pagi, barisan manusia dah beratur panjang okayyyyyyyyyyyy. Beratur panjang di barisan nak dapatkan Laporan CCRIS! 

Adik aku pun tak ada lagi Laporan CCRIS. Hampeh! 

Rumah Selangorku, Dokumen Permohonan Rumah Selangorku, Rumah Selangorku Setia Eco Hill Semenyih

Tengah-tengah beratur tu, borak-borak dengan orang depan macamkan dah kenal lama. Baru tahu juga, untuk pemohon bujang, perlu kemukan bersama Surat Isytihar Bujang, samada dari majikan atau Pesuruhjaya Sumpah. Untuk pemohon yang sudah berkahwin, bawa je kad nikah. Settle. Tapi adik aku memang sadis, dia tak ada juga surat ni. Kahkahkahhhhhhhhhhh. 

Makanya ...................................... Aku beratur di barisan CCRIS yang panjang berjela macam ular kena palu. Adik aku pergi beratur untuk dapatkan pengesahan bujang pula di bangunan sebelah. T_T

Dah. Yang penting, bila korang berminat nak mohon Rumah Selangorku ni, paling penting untuk lengkapkan semua dokumen sebelum datang ke event terbuka begini ya. Jika tidak kauorang bersedialah zahir dan batin untuk berada di bawah mentari pagi, tengahari dan petang. Dan juga bersedia untuk menjadi saksi pergaduhan mulut disebabkan adanya manusia tak bertamadun potong barisan.

Eh, ko pegi lah mana-mana, bila kena beratur macam ni, mesti ada manusia baru keluar dari gua yang tak tahu untuk beratur! Masa aku dah dekat-dekat nak sampai kaunter CCRIS (selepas 3 jam beratur), tiba-tiba datang brader ke kaunter CCRIS ni serang pekerja developer. 

"Ada orang kata dekat saya kat bawah yang rumah dah habis. Betul ke tidak rumah dah habis?"

Buntang mata aku dengar kata rumah dah habis. Gila kau aku beratur peluh menjejes tak sempat nak kering dah tersejat dek panas, tapi rumah dah habis? Memang mendatangkan kemarahan kut!

"Kami tak tahu. Kami hanya ditugaskan untuk kaunter CCRIS ini" - Staf developer

"Tapi ada orang kata rumah dah habis. Kalau rumah dah habis, what for u still collect money here from us?"- Brader

Collect money here sebab RM10 perlu dibayar untuk mendapatkan Laporan CCRIS. Kalau kauorang pergi sendiri ke Bank Negara Malaysia dan print out dari kiosk, baru PERCUMA. Nak percuma sila ke Bank Negara Malaysia! Tapi sebab kau tak pergi, dan kau tak mohon Laporan CCRIS secara online, maka tersadailah kau disini didalam barisan yang panjang gila.

Tengah-tengah bertegang mulut, dan dan tu rakyat Malaysia pun beramai-ramai angkut phone rakam. Kahkahkah. Typical Malaysia. Semua nak rakam. Semua nak viral. Tapi kan bagus juga kebetulan ramai orang rakam. Tengah-tengah bergaduh mulut, ada pula manusia tak bertamadun nak potong barisan depan sekali okeh. DEPAN SEKALI. Ada dalam 3 manusia yang ambik kesempatan dalam kekecohan masuk dari barisan keluar terus ke kaunter. 

Amboi! Ko ingat tak ade orang nampak? Bila orang belakang dah mengamuk marah sebab ko potong barisan, tahu buat muka ketat.

Rumah Selangorku, Dokumen Permohonan Rumah Selangorku, Rumah Selangorku Setia Eco Hill Semenyih

Yang bulat hitam tu kawasan pembangunan Eco Hill. Aku pun tak tahu kenapa aku bulat tang situ. Nak ajak kauorang jadi jiran aku? Hahaha. Meh la jadi jiran aku. 50 km nak ke PJ. Ekekeke :D

Rumah Selangorku, Dokumen Permohonan Rumah Selangorku, Rumah Selangorku Setia Eco Hill Semenyih

Antara masalah rumah low-cost. Limited parking space. Ni kira konsep siapa balik awal dia dapat parking dulu.

Rumah Selangorku, Dokumen Permohonan Rumah Selangorku, Rumah Selangorku Setia Eco Hill Semenyih

For RM100k, Rumah Selangorku ditawarkan sebesar 810 sqft. Pada aku berbaloi sangat untuk yang sedang mencari rumah pertama. Masa hari kejadian ni pun, ramai juga yang muda-muda datang, aku antara muka tua kat situ. Tapi still tak dapat jugak!  Nampaknya aku tak membantu rupanya dalam mencari Rumah Selangorku, haha. Ampunlah Eja.

Adik aku tak dapat pun rumah ni. Tapi kami dapat pengalaman, insyaAllah next time kalau ada lagi open event, adik aku boleh terus ke Kaunter Ekspress. Jangan lain kali tu dia mintak aku beratur kat Barisan CCRIS lagi sudah. Aku lesing je nanti T_T

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK RUMAH SELANGORKU

Bagi yang berminat untuk cuba memohon Rumah Selangorku, kauorang boleh baca syarat kelayakan dan buat permohonan dalam laman sesawang LPHS dan selepas itu lengkapkan semua dokumen yang diperlukan. Antaranya: 

Pemohon Bujang: 

1) Salinan Kad Pengenalan 
2) Salinan Penyata Gaji Terkini (3 bulan) 
3) Surat Pengesahan Bujang daripada Majikan
4) Salinan Penyata CCRIS 
5) Salinan Bil Air atau Bil Elektrik 
6) Salinan KWSP (jika ada) 
7) Sekiranya bekerja sendiri:  
     - Pengesahan Pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah
     - Surat Akuan Bujang daripada Pesuruhjaya Sumpah

Pemohon Berkahwin:
1) Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
2) Salinan Penyata Gaji Terkini (3 bulan) pemohon dan pasangan
3) Surat akuan bersumpah sekiranya pasangan tidak bekerja
4) Salinan Penyata CCRIS pemohon dan pasangan
5) Salinan Surat Nikah / Daftar Perkahwinan 
6) Salinan Bil Air atau Bil Elektrik
7) Penyata KWSP (sekiranya ada)
8) Sekiranya bekerja sendiri:
    -  Pengesahan Pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah


Aku macam ejen pulak! Kahkahkah.

Tak adalah. Sama-sama share pengalaman, mana tahu esok-esok berkat kauorang baca entry aku ini, dapat pula beli rumah sebiji. Kan dah berjasa aku pada korang? Tak banyak pun aku mintak. KFC 1 bucket cukuplah hantar ke Tasik Kesuma ya! Hahaha :D

Preparelah semua ni kalau berminat ya!


Hiking Hutan Rekreasi Tanjung Tuan | Cape Rachado

$
0
0
Ya ampun. Tak habis lagi publish komen-komen korang dari zaman hibernate hari tu 😅. Banyak jugak soalan korang pasal Adsense ya, longgggg time ago, aku baru nk tengokkan. Tapi bila tengok, banyak dah yang berjaya. Mesti fedup kan tunggu aku, hampagas punya minah tak reply komen. Batu betul.

Bercakap pasal batu, aku baru lepas hiking Bukit Batu Putih. Bukit Batu Putih ni antara tarikan yang ada di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Port Dickson. Terletak lebih kurang 16km dari Port Dickson, memang sesuai sangat dijadikan sebagai tempat beriadah. Yang cintakan alam sekitar, suka hiking, nak eratkan family bonding? Pun sesuai datang sini. Jom!

Aktiviti di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Cape Rachado, Rumah Api Tanjung Tuan, Bukit Batu Putih Tanjung Tuan, Hiking Bukit Batu Putih, Rekreasi Port Dickson


HUTAN REKREASI TANJUNG TUAN


Istimewanya tempat ni, ia terletak di Port Dickson, tetapi tertakluk di bawah pemerintahan negeri Melaka! Kira masuk sini automatik jejak kaki kat Melaka.

Aku dengan adik tumpang bermalam kat rumah kakak di Senawang semata-mata nak cuba panjat Bukit Batu Putih ni. Dan perancangan awal konon nak kejar matahari terbit akhirnya ke longkang.

Pukul 8.30 pagi baru bertolak dari Senawang. T_T

Nak cari arah ke sini mudah sangat. Kauorang boleh waze Hutan Rekreasi Tanjung Tuan atau Cape Rachado Lighthouse. Lagi mudah? Waze je Ilham PNB Resort. Hutan Rekreasi ni betul-betul di sebelah Ilham PNB Resort.

Dari pagar masuk sehingga ke atas, memang jalan tar. Ada toilet disediakan berdekatan pagar dan juga sepanjang perjalanan ke atas ada disediakan beberapa pondok berehat. Mana tau nak picnic sokmo boleh bentang tikar sambil makan. Hehe.

RUMAH API TANJUNG TUAN / CAPE RACHADO LIGHTHOUSE


Aktiviti di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Cape Rachado, Rumah Api Tanjung Tuan, Bukit Batu Putih Tanjung Tuan, Hiking Bukit Batu Putih, Rekreasi Port Dickson

Samar-samar je rumah api ni dalam gambar aku. Kah. Padahal rumah api ni besar dan tinggi. Salah angle aku snap, hilang terus! Kah.

Antara tempat menarik kat sini, tapi sayang sangat sebab tak boleh masuk. View belakang rumah api ni cantik gila, selfie sesuai sangat. Tapi aku tak sempat ambik gambar langsung sebab hujan rintik-rintik dan nak kejar panjat Batu Putih.

BUKIT BATU PUTIH


Aktiviti di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Cape Rachado, Rumah Api Tanjung Tuan, Bukit Batu Putih Tanjung Tuan, Hiking Bukit Batu Putih, Rekreasi Port Dickson

Aktiviti di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Cape Rachado, Rumah Api Tanjung Tuan, Bukit Batu Putih Tanjung Tuan, Hiking Bukit Batu Putih, Rekreasi Port Dickson

Trail ke Batu Putih ni senang je. InsyaAllah tak sesat even tak ada direction. Laluan landai dan banyak turun naik. Yang penting guts! Dan botol air! Serius haus! 

Sepanjang kami nak naik berselisih jugak dengan ramai orang turun naik. Siap ada budak selamber jalan sorang nak turun ke bawah sedangkan group besar keluarga dia ada jauh nun kat belakang. Sempoi. 

Bila dah naik atas ni, baru aku sedar yang stamina aku teruk gila! Dalam hati menyesal kenapa bagi cadangan hiking ni. Jantung pam darah laju gila. Mengah nak putus nafas okey bawak badan berat padahal trail senang. Jumpa makcik sebaya mak aku yang selamba je turun lagi buat gua malu. 

Oh baru ingat kenapa ajak adik & kakak aku hiking. Konon nak aktifkan badan persediaan nak kurus. Kahkahkah. 

Aktiviti di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Cape Rachado, Rumah Api Tanjung Tuan, Bukit Batu Putih Tanjung Tuan, Hiking Bukit Batu Putih, Rekreasi Port Dickson

Aktiviti di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Cape Rachado, Rumah Api Tanjung Tuan, Bukit Batu Putih Tanjung Tuan, Hiking Bukit Batu Putih, Rekreasi Port Dickson

Dah sampai atas CANTIKNYA view! Hilang rasa menyesal tadi berganti rasa kagum. View serius cantik, memang puas hati berpenat lelah panjat batu tinggi ni. Nak naik atas puncak batu putih ni pun agak mencabar jugak. Kena guna tali yang ada. Tapi worth a try.

Dari atas boleh nampak jelas perbezaan warna air laut hijau, biru pekat, biru cair. Angin sepoi-sepoi. Batu Putih? Checked 

Aktiviti di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Cape Rachado, Rumah Api Tanjung Tuan, Bukit Batu Putih Tanjung Tuan, Hiking Bukit Batu Putih, Rekreasi Port Dickson
Laluan masuk ke trail Batu Putih. Senang je, confirm nampak. Ada sign coklat PERHATIAN mengingatkan kauorang untuk jaga keselamatan

Aktiviti di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Cape Rachado, Rumah Api Tanjung Tuan, Bukit Batu Putih Tanjung Tuan, Hiking Bukit Batu Putih, Rekreasi Port Dickson
Sikit lagi nak sampai rumah api. Sebelah kiri papan coklat tu lah trail ke Batu Putih


LALUAN BURUNG


Aktiviti di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Cape Rachado, Rumah Api Tanjung Tuan, Bukit Batu Putih Tanjung Tuan, Hiking Bukit Batu Putih, Rekreasi Port Dickson

Tanjung Tuan antara laluan yang penting untuk perjalanan burung-burung berhijrah dari Benua Asia Selatan serta dari Selatan untuk balik ke Benua Asia. 

Aktiviti di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Cape Rachado, Rumah Api Tanjung Tuan, Bukit Batu Putih Tanjung Tuan, Hiking Bukit Batu Putih, Rekreasi Port Dickson

Tapi tak singgah pun. Stamina dah merah macam Ultraman sebelum dia fire raksasa tu. So just singgah dan baca keterangan di papan. Peminat ekologi  (entah betul ke tidak term ni main bantai je aku) bolehlah menjelajah laluan tu. Ada rezeki, dapat saksikan kawanan burung berhijrah.

Overall, trip kali ni ok lah. Tercapai objektif nak naik bukit. Tapi objektif nak kurus tergendala sebab balik tu aku bantai melantak Nasi Ayam Pasu dengan Mango Float. Apa nak buat, Port Dickson banyak tempat makan best, hehe. 

p/s: Bayaran masuk ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan hanya RM1 seorang.


Ye Ke Ada Tips Jimat Masa Lipat Baju?

$
0
0
10 cara jimat masa melipat baju? Serius betul tajuk blog aku kali ni. Entah betul entah tidak nak bagi tips jimat masa lipat kain baju yang meninggi menimbun bak gandum di ladang nun! Haha.

 

NGELAT LIPAT BAJU

Aku pernah tengok dalam facebook rasanya yang sekarang ni dah ada mesin yang boleh melipat baju. Yesssssss, LIPAT-KAIN-BAJU gaissss. Bukan basuh pinggan mangkuk lagi dah, tapi lipat kain baju. Even mesin tu ambik masa yang lama bila nak siapkan lipat sehelai baju, it is still an invention yang mengambilkira 'keperluan' kita zaman sekarang. Ye tak? Aku ni tunggu je mesin tu jadi lagi compact, lagi murah dan yang paling penting lebih cepat lipat baju. Aku sign jadi distributor, biar korang beratur beli dengan aku ya, hahahahahaha :D

Lipat baju. Sejenis kerja yang tak susah, tapi renyah dan akan jadi susah kalau kau seumur hidup tak pernah lipat kain baju sendiri. Jenis pandai order,"mak, seluar takde"  hah, nangis sikitlah bila kau kena hantar masuk asrama. Atau pertama kali merantau duduk rumah sewa, kena basuh kain guna tangan dulu sebab rumah sewa kau kosong tak ada perabot. Dan lepas tu kau kena lipat sendiri kain baju tu. Untung kalau dapat rumah sewa ada mesin basuh ni, ye tak? Kau dah terlepas seksa menenyeh kain dalam toilet, tapi selepas itu belum pasti. Kah. Aku la tu.

Itu belum lagi bila kau sejenis bila lipat baju, tapi lepas tu kau tengok kenapa sama je baju kau macam tak lipat? Baik tak payah lipat kan? Kita biar je dia menimbun. 
10 cara jimat masa melipat baju

Ini entry tahun 2015: http://www.nurulshahira.com/2015/02/cerita-lipat-kain-baju.html. Jemput baca kalau berminat ya. Tapi kauorang tengok kain baju tu, hebat tak aku longgokkan kain main humban masuk je dalam beg baju bawak balik kampung? Selain humban saja, nak tak aku share 10 cara jimat masa melipat baju?

10 CARA JIMAT MASA MELIPAT BAJU


1)  Hantar ke dobi

Ye, ini tips jimat masa melipat baju paling agung yang paling digemari. Selain rumah kau tak berkecah dengan baju, kau pun akan rasa senang hati tak perlu tengok semua kain baju bersepah ni. Sangat jimat masa dan tenaga, nak-nak pula wanita bekerjaya yang dalam masa yang sama nak mengurus rumah pulak. Penat weh!

Tetapi macam biasa, cuma perlu sediakan duit lah ya. Nak lagi jimat masa, kau hantar kain baju kau pergi dobi siap pakej basuh, kering, lipat. 

2) Upah orang lipat kain baju

Tahu tak sekarang dah ada perkhidmatan lipat kain baju dari rumah ke rumah. Tinggal sediakan duit, dan kau boleh panggil servis tersebut ke rumah untuk settlekan kain baju. Bayaran dikira perjam rasanya.

3) Lipat depan tv

Ini best, selalu memang aku lipat kain baju depan tv sebab nak elak mengantuk. Memang tak rasa penat sangat, dan tak terasa kain baju tu banyak. 

4) Asingkan kain baju

Kadang kalau aku super malas, tapi terpaksa juga lipat kain baju, aku buat macam ni. Asingkan siap-siap kain baju dengan pakaian dalam. Pakaian dalam 1 bakul, haaa tuan punya tu korang cari lah sendiri dalam bakul tu. Yang lain takpe aku settlekan lipat.

5) Guna penyangkut baju

Lagi jimat tak payah lipat kain, guna je penyangkut baju untuk lipat baju-baju tu semua dalam almari.

6) Lipat sikit-sikit tetapi kerap

Kalau lipat sekali banyak menimbun memang buat sakit dada. Apa kata setiap kali selepas kain kering terus lipat. Sikit-sikit lama-lama kain tak membukit :p

7) Lipat bila anak tidur

Budak-budak ni memang ada potensi suka punggah balik kain yang kita dah lipat, ye tak? Kadang tu kita lipat, dia buat main pulak alih-alih sampai baju tu terbuka balik lipatan dia. Apa nak buat? 

8) Lipat kain sama-sama

Apa yang penting? KERJASAMAAAAAAA........
Ajaklah adik ke, kakak ke, suami ke. Anak ke. Two-is-better-than-one :)

9) Lipat atas meja sambil berdiri

Macam kelakar, tapi its work tau! Beza betul prestasi kelajuan kau bila lipat kain sambil duduk atas lantai dengan lipat kain atas meja sambil berdiri. Aku dah selalu buat lipat kain atas meja, lagi laju dan kurang sakit belakang. Guna meja makan laaaa, besar.

10) Beli mesin lipat kain

Ini, kalau ada kat rumah?
Untungla.


Ada lagi tips yang kauorang amalkan supaya dapat jimatkan masa lipat kain baju? Share please :)







Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari

$
0
0
Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari | Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018 - satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. 

Pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan. 

Kempen Hari Gaji Shopee, Shopee, Shopee sale


“Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Kempen Hari Gaji Shopee, Shopee, Shopee sale


Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya, pemindahan bank. 


Berikut merupakan kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji:


Kempen Hari Gaji Shopee, Shopee, Shopee sale



Shopee akan memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi. Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil & Gajet; Kesihatan & Kecantikan; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Perabot & Perhiasan Rumah; Perkakas Rumah; Barang Runcit & Haiwan Peliharaan; Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki. 

Kempen Hari Gaji Shopee, Shopee, Shopee sale


Shopee turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok. 

Kempen Hari Gaji Shopee, Shopee, Shopee sale


Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999. Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson.



Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.
 

AHB - Alternatif Pelaburan Selain ASB?

$
0
0
Apa lagi medium pelaburan yang selamat untuk kita laburkan selain ASB? Ye, ASB atau ASNB, majoritinya ramai yang ada akaun, melabur dan dah dapat pulangan yang agak menguntungkan. Kawan aku sendiri baru-baru ini dapat pulangan hampir RM25k hasil dari ASB yang telah matang. Menggiurkan. Haaaaaa.

Dan untuk status shariah compliance ASB, aku tak akan ulas disini kerana aku bukan ahli dalam bidang ini. Cuma kauorang boleh dapatkan info dari pembacaan dalam internet. Baca dan buat keputusan okeh :)

Dan berbalik kepada soalan pertama aku tadi, apa medium pelaburan terbaik selepas ASB? Pernah dengar pasal Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)?

Apa tu Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)?


Amanah Hartanah Bumiputera, AHB, Melabur AHB, Bagaimana nak melabur AHB, Pelaburan selain ASB dan Tabung Haji

AHB adalah dana unit trust yang patuh syariah yang melabur di dalam pasaran hartanah komersial, terutamanya di kawasan tumpuan dalam Malaysia.

AHB ditubuhkan oleh Pelaburan Hartanah Berhad ( PHB) dan diuruskan oleh Maybank Asset Management Sdn Bhd manakala pemegang amanah bagi AHB adalah AmanahRaya Trustee Berhad.

AHB boleh dibeli oleh semua pelabur bumiputera dengan harga hanya RM1.00 per unit seperti ASB, di semua cawangan bank Maybank dan AmBank seluruh Malaysia.

AHB PATUH SYARIAH

Ye, ini adalah tarikan sebenar aku ingin melabur dalam AHB. Mungkin bukan medium terbaik, tapi dah tak perlu fikir berapa banyak zakat perlu dikeluarkan, kerana setiap simpanan, AHB akn bayarkan zakat siap-siap. Dan pelaburan hartanah yang dibuat patuh syariah!

Cara buka akaun dan mula melabur pun mudah. Petang tadi aku terus ke Maybank terdekat dengan rumah. Di kaunter informasi, aku maklumkan yang aku nak buka akaun AHB.

Selepas itu, aku dibekalkan dengan 1 set Borang Pendaftaran AHB beserta Borang Pelaburan Tambahan. Isi yang berkaitan (pastikan ada akaun Maybank / Ambank kerana dividen akan dikredit terus ke akaun bank, bukan ke akaun AHB), dan lepas tu boleh terus jumpa dengan  Perunding Kewangan.

Urusan aku dari mula isi borang sehingga selesai hanya ambil masa setengah jam. Sekejap! 

Sekarang ni pelaburan AHB boleh bermula serendah 100 unit / RM100 sahaja tau! Kalau sebelum ini semasa mula-mula ditawarkan, modal permulaan adalah 500 unit tau! Haaaa, banyak beza dan rugi kalau tak rebut peluang melabur sebab kuota AHB ni selalu cepat habis, dan yang penting pulangan yang konsisten.

Macam promote AHB, kahkah. 

Tapi ni nak cerita kelakar pulak. Lepas settle semua urusan AHB, dah say hi hi bye bye dengan Perunding Kewangan, aku keluar, drive konon nak pergi BSN. Tengah-tengah drive terfikir....

"Aku tak bayar pun duit tadi?"

Kahhhhhhhhhhh. Serius lawak. Slip dah dapat tapi duit tak bagi. Mampus short la duit diorang petang ni.

Gabra okay, fikir ko nak pelaburan patuh syariah, tapi tak bayar nanti jadi kawan syaitoooooooon. Makan dividen haram. Eh. 

Berbekal rasa bersalah, terus drive laju-laju, tinggalkan BSN walaupun masa tu dah sampai, park depan BSN. Dah pukul 5.00 petang, for sure bank dah tutup. Nahas. Ni salah aku over eksaited ke salah Maybank lupa collect duit? Hahaha. Gelak sendiri dalam kereta.

Sampai Maybank, pintu dah kunci. Terpaksa panggil guard bagitahu nak jumpa pegawai Maybank yang aku jumpa tadi. Jumpa.

Cakap pun celah pintu je uols sebab orang tengah kira-kira kut. Ko menyibuk nak jumpa, haha. Dah jumpa, explain, rupa-rupanya kan. Urusan AHB tadi......... Diorang deduct terus dari akaun bank.

Akaun bank Maybank ko tadi. 

Dan rupanya AHB ni memang deduct je dari akaun, tak terima cash. Buat gabra aku je. Patutlah senang je lepas thumbprint, settle. Sonang nau. Aku pun tak keluarkan wallet. Kahhhh. 

Nasib ada duit dalam akaun.

Kesimpulannya, misi tercapai hari ini. AHB, nak compare dengan ASB & TH, banyak dah orang bincangkan dalam internet. Google je baca. Okay. Tapi yang pasti Neelofa pun melabur dalam AHB, ko tak? Hehe.




Poket Bocor & Bateri Kong. Ada Kaitan?

$
0
0
Yaaaaaaaa, duit poket untuk belanja 2 minggu aku habis dalam masa 2 minit. Yey, poket bocor bulan ni 😭

Sebenarnya, dah lama juga aku perasan yang bateri kereta aku ni macam nak kong. Almost drain gitu sebab ada beberapa kali bunyi cranking pelik masa nak hidupkan enjin. 

Tapi macam biasa, ignore je sebab aku ingat baru setahun lepas kut tukar bateri baru. I like, eh come on la, bateri lama tu tahan 4 tahun kut. Ni baru setahun jangan memain hokay.

Then pagi ni, tiba-tiba meter minyak mula buat gila. Range km perjalanan vs bilangan bar minyak tak tally. Bar minyak 4 bar, tapi range km 50 km ja? Klako. Aku ni baru isi minyak, dah terfikir kut-kut ada bocor pula? Ah sudah, ini bukan setakat poket bocor. Dengan aku-aku sekali bocor. Kahhh 😤

Tapi degil ni, tak nak tukar bateri baru. Jadi aku mintak tolong kawan aku cabut terminal bateri, then pasang balik. Kira konon macam nak reset sistem elektronik kereta balik.

Andddddd, the trick worked! Hehe. Jimat duit aku. Balik petang tu hidupkan enjin tengok 4 bar vs 165km. Baru hang nampak semenggah sikit odometer! 

Sampai Semenyih, singgah kedai abah. Dannnnnnnnnn paling best.

Nak hidupkan enjin langsung tak boleh dah! Mati terus. Kahhhhhhh. Padan muka aku konon nak jimat. Kong terus bateri kereta aku! Terpaksa juga beli bateri baru, and goooooooone my 2 weeks duit belanja 😭

But on the bright side, bila hidupkan enjin, semua petunjuk minyak dan range km perjalanan seems normal. Takdelah sebelum ni dah jalan jauh almost 100km return (pagi-petang) tapi minyak 1 bar pun x turun! Menguatkan firasat aku yang bateri ni memang dah loqlaq!

Kesimpulannya, kalau bateri kereta korang dah  mula tunjuk simptom macam tu, 
- meter minyak & range km tak tally
- lampu malap
- lampu kabin berkelip (tak semua, tapi ni kes kereta aku)

Cepat-cepat bawa pergi SC periksa bateri. Sebab bila bateri dah tunjuk cara-cara nak kong, bila-bila masa je boleh habis. Naya je kalu mati enjin kereta tengah jalan. Masak.

Meter minyak yang normal 

Fuel consumption 18.6km/L untuk Myvi yang 80% pemanduan bandar. Kira ok ke tak?

Temujanji Rawatan Akar Kali Ke-2

$
0
0
Temujanji Rawatan Akar Gigi Geraham Kali Ke-2 | Hari Selasa lepas aku melunaskan temujanji dengan Klinik Kesihatan Beranang untuk buat rawatan akar gigi kali kedua. Walau ini rawatan akar kali kedua, hati tetap berdebar-debar. Kejung. Hahaha :D


Rawatan akar gigi, Rawatan akar di Klinik Kesihatan Beranang, Harga kos rawatan akar gigi

Rawatan akar kali pertama aku buat pada bulan Januari lepas. Awal tahun hari tu. Ini semua berpunca dari sakit gigi berlubang yang terjadi sejak tahun lepas lagi. Dan itu kali pertama aku beranikan diri ke Klinik Gigi. Dapatlah tampalan sementara. 

Aku ada ceritakan pengalaman aku DISINI berdepan dengan sakit gigi yang macam GILA tu sampai telinga rasa berdesing! Dan aku makan 2 biji Ponstan dan 2 biji Panadol semata-mata nak relieve the pain. 

Alhamdulillah, pengalaman kali kedua ni ok sangat. Aku dapat doktor yang sama masa rawatan akar gigi kali pertama dulu. And I like her :). Sentiasa tanya sakit ke tak? Siap tunggu sekejap sebab aku lenguh pipi nganga mulut lama sangat, haha.

Untuk rawatan kali kedua ni, tampalan sementara yang lama dibuang dan diganti dengan tampalan sementara yang baru. KRawatan kedua ini juga x-ray dibahagian gigi yang bermasalah. Dan selepas habis rawatan, doktor anggarkan mungkin aku perlukan 3 atau 4 kali lagi rawatan sebelum selesai. 

Tak kisahlah kan. 3 atau 4, yang penting Alhamdulillah gigi geraham kita selamat!!!! Yeyeyeye. Kalau tak nak mengunyah mesti rasa something wrong, hehehe. Dan ini jadi pengajaran sungguh supaya lebih beringat jaga gigi. Jaga gigi dengan lebih baik!

Airbnb melancarkan Pengalaman bertema Songkran buat julung-julung kalinya

$
0
0
Airbnb melancarkan Pengalaman bertema Songkran buat julung-julung kalinya

Kuala Lumpur, 4 April 2018 - Hari ini, buat julung-julung kalinya, Airbnb melancarkan Pengalaman Airbnb Songkran eksklusif untuk bulan-bulan menjelang perayaan Songkran (19 Mac hingga 15 April). Sepanjang bulan ini, komuniti tempatan di Airbnb merancang untuk membangkitkan semula keajaiban dan tradisi di sebalik festival yang paling diraikan dan meriah ini menerusi pelancaran “Pengalaman Airbnb Istimewa Songkran”. Di sini, warga tempatan dan pengembara dapat bertemu dan menyelami aktiviti-aktiviti asli Songkran yang biasa diraikan.

Dengan anggaran lebih 35,000 ketibaan tetamu (peningkatan 20% berbanding tahun lalu), Songkran nyata kian meningkat popular di serata dunia. Festival ini merupakan satu perayaan yang diraikan di negara Gajah Putih, di mana warga tempatan berkumpul untuk memberi penghormatan dan penghargaan kepada warga tua mereka, serta melawati kuil untuk upacara persembahan dan pemujaan, termasuk menyiram air ke patung Buddha demi tuah dan kemakmuran untuk tahun berikutnya.

Pengembara kini dapat menyertai sambutan ini tahun ini, dengan menempah Pengalaman Airbnb yang bukan sahaja bersifat asli, tetapi juga berpeluang mempelajari daripada Hos-Hos Pengalaman mengenai Thailand semasa Songkran dan mengambil bahagian dalam ritual tradisional yang diamalkan oleh warga tempatan.

Bagi warga Thai tempatan, jika anda mempunyai minat untuk menjadi hos dan berkongsi pengetahuan dan minat anda tentang Thailand, anda juga boleh menjadi Hos Pengalaman Airbnb!

Petikan daripada Sriram Vaidhya, Pengarah Jabatan Perjalanan bagi Asia Tenggara dan India, Airbnb
“Kami menyaksikan pengembara kembali ke Bangkok setiap tahun untuk mencari pengembaraan alternatif semasa Songkran, sama ada pengembara solo mahupun bersama keluarga atau rakan. Selain pilihan untuk tinggal di penginapan unik, para pengembara juga mempunyai keinginan untuk menikmati sesebuah bandar daripada kaca mata warga tempatan. Pengalaman Airbnb ialah cara yang sangat baik untuk membuka peluang ekonomi buat rakyat tempatan, dan telah muncul sebagai satu platform untuk orang ramai menjana pendapatan daripada minat dan bakat mereka. Aset terbaik kami ialah masa dan potensi, dan Pengalaman mempunyai cara untuk memanfaatkannya.”

Berikut ialah beberapa contoh untuk memberi anda sedikit idea tentang apa yang boleh dijangkakan daripada Pengalaman Songkran Thai:
 Traditional Thai Dance, Touch of Traditional Thai Recipe

Touch of Traditional Thai Recipe (https://www.airbnb.com.sg/experiences/86187)
Alami pengalaman Songkran tradisional dengan memakai pakaian tradisional Thai dan mempelajari lagu dan tarian Thailand yang dimainkan sepanjang Songkran (oleh hos tempatan yang telah mula menari sejak berumur 3 tahun!)

Pad Thai Delight!

Pad Thai Delight!
Pelajari maksud di sebalik Songkran dengan bimbingan daripada hos tempatan Tatiya, yang akan membawa anda menyelami amalan kebudayaan tradisional termasuk mencurah air wangi ke patung Buddha, memberi penghargaan kepada warga tua Thai, dan memakai Din-So-Pong (pelindung matahari tradisional berasaskan lumpur), kalungan bunga dan fabrik tradisional Thai.

 Authentic Northern Thai Cook Off!

 Authentic Northern Thai Cook Off!

Authentic Northern Thai Cook Off!
Fahami bagaimana Songkran diraikan di luar pusat bandar bersama hos Dwight dan Panisha yang akan berkongsi cara warga tempatan di luar bandar berkumpul sambil menikmati sajian istimewa tempatan Timur Laut Thailand (khazanah kulinari tersembunyi yang biasanya tidak akan ditemui di dalam kelas memasak masakan Thailand yang biasa).


Real Thai traditional Songkran ceremony with Sak Yant master

Real Thai traditional Songkran ceremony with Sak Yant master

Real Thai traditional Songkran ceremony with Sak Yant master
Dengarkan sendiri daripada Petz dan Arjan mengenai cara meraikan Tahun Baru dengan Rot Nam Dam Hua, cara tradisional untuk menyambut Songkran bersama warga tua Thai di kuil.

Thai Fruit Carving

Thai Fruit Carving
Founder and executive chef of Farm 22, a one-table, farm-to-table restaurant will show you the heart of Bangkok and help you master the fine art of Thai fruit carving as you learn more about the how it’s used during Songkran. “We will sprinkle water onto a Buddha image (สรงน้ำพระ is a gesture of worship during the annual Songkran festival) and learn about the significance of decorating fruits along with the bowl of bucket of water which you can sprinkle water to the image. I will be explaining they reason of do this including history of Songkran.”

Sejak pelancarannya setahun yang lalu, Pengalaman Airbnb telah membolehkan orang ramai mempelajari kemahiran baru dan menyelami pengembaraan baru bersama pakar tempatan yang berkongsi minat dan hobi mereka, dan dalam aspek ini - lebih memahami budaya dan tradisi sebuah festival yang diraikan di peringkat negara. Sehingga hari ini, terdapat lebih daripada 5,000 pengalaman merentasi 60 destinasi global, dengan sasaran untuk 1,000 bandar menjelang penghujung 2018. Bangkok merupakan antara bandar Pengalaman yang paling popular di Asia Pasifik, dan siri Pengalaman bertemakan Songkran ini dilihat bakal membawa lebih banyak pengembara ke Bumi Gajah Putih ini!

Tapis Adult/Matured Content Adsense

$
0
0
Tapis Iklan Adult/Matured Content Adsense | Hai, lama dah tak kongsi pasal Adsense. Memang aku perasan, apa-apa je perkongsian pasal Adsense memang sentiasa dapat perkongsian. Soalan. Dan oleh sebab Adsense ni boleh dikatakan evolve dengan polisi & perkembangan semasa, banyak tips & trick yang selalu blogger kongsi dalam blog.

Tapi hari ni aku tak ada tips nak naikkan earning Adsense. Tapi nak kongsi tips cara nak blok iklan Adsense yang er........ dewasa? Atau matured content.

Macam mana contohnya iklan tu?

Cara blok tapis iklan nakal adsense, block iklan tak sepatutnya adsense, iklan dewasa adsense, block matured/adult content adsense

Lelaki mesti gagah

Halah halah halah. Malulah iklan-iklan macam ni keluar kat blog. Bukan setakat blog aku, mata aku, dekat blog orang lain pun ada juga. Angkat tangan siapa pernah jumpa iklan gini?

Perlu diingat yang algorithm Adsense ni bijak. Bukan setakat keyword yang pernah kita cari di search engine, tapi apa yang pengunjung pernah cari juga akan dijadikan base keyword iklan. Atau boleh juga isi konten kita diinterpret & iklan Adsense akan keluar berdasarkan konten tersebut. 1001 sebab ya, tapi kita sebagai Publisher boleh pilih untuk tidak paparkan iklan macam ni.

Jangan ko ambik mudah ya, iklan-iklan macam ni sebenarnya banyaaaaaaaak gila dalam list Advertiser Adsense. Dan iklan begini rendah CPC, tidak relevan dengan konten, merosakkan market & menjatuhkan kredibiliti pemilik blog. Contohnya konten AHB Neelofa, tapi keluar iklan lelaki.......Apa kaitannya kan?

Kebanjiran iklan begini disebabkan ada guideline how to make matured content tapi still comply Adsense policies. They chose to advertise, tapi kita ada pilihan to block! 

Macam Mana Nak Tapis/Block Iklan Adsense Yang Tak Sepatutnya?


Cara blok tapis iklan nakal adsense, block iklan tak sepatutnya adsense, iklan dewasa adsense, block matured/adult content adsense

Log in Adsense.
Pilih Allow & Block Ads.
Pilih Ad Review Center.

Cara blok tapis iklan nakal adsense, block iklan tak sepatutnya adsense, iklan dewasa adsense, block matured/adult content adsense

Di tab Unreviewed, dipaparkan semua iklan-iklan Adsense yang berpotensi keluar di blog. Ada 2000 PAGES iklan, larat nak skroll setiap page?


Pages 1 pun dah ada iklan 'nakal'. Untuk block, tekan simbol 🚫

Cara blok tapis iklan nakal adsense, block iklan tak sepatutnya adsense, iklan dewasa adsense, block matured/adult content adsense

Halah halah halah lagi. Apaaaaaaa ni?
Satu cara lagi mudah, taip je tajuk iklan tersebut di kotak search macam kat atas. Tajuk sama, tapi link website berbeza. Block je semua. Atau boleh juga search .ru kerana kebanyakan iklan 'nakal' ini dari Rusia.

Cara blok tapis iklan nakal adsense, block iklan tak sepatutnya adsense, iklan dewasa adsense, block matured/adult content adsense

Macam ni.
Senarai iklan yang kita block ada di tab blocked, sebelah tab unreviewed tadi. Kalau rajin boleh search every pages sehingga page 2000 tu.

Lepas ni sekiranya korang ada terjumpa lagi iklan 'nakal' tu, maklumkan aku ya untuk aku block dari keluar di paparan blog aku. Kalau sebelum ni yang paling dasat pun hanya keluar iklan second wife macam dalam entry aku sebelum ini, DISINI, sekarang makin advance ya!

Yang dah letak kod iklan Auto Ads tu hati-hati. Korang lagi berpotensi iklan ni keluar di blog. 



Orang pindah kita makan | KFC & Aroi Dee Thai Restaurant

$
0
0
Bertemu dan berpisah adat manusia biasa. Hilang di mata tapi di hati tidak lupa. Berdoalah kita agar aman dan sentosa. Semoga panjang umur bertemu di lain masa......

Familiar dengan lagu ni? Hah, kalau familiar tu sahlah korang geng 80's. Hahaha.

Tak pasti aku dengar & belajar kat mana, tapi lagu ni memang fresh dalam ingatan. Nasib je masa Majlis Meraikan Pelajar Semester Akhir Batch 1 kolej aku kitorang tak nyanyi. Kalau nyanyi mungkin diiringi dengan ombak tangan kut! 

Majlis Perpisahan Pelajar Semester Akhir, majlis Perpisahan di Aroi Dee Thai Restaurant, Food review di Aroi Dee Thai Restaurant

Ok! Ini antara pelajar batch pertama kolej aku. Kolej baru buka, kawasan baru dan program baru, ambilan pertama pelajar pun pada November 2016 lepas. Tak sampai 2 tahun pun lagi. Memang ingat lagi masa mula-mula penawaran, susah gila oiiii nak ambil pelajar. 

Satu sebab kolej baru. A bit challenging nak yakinkan parents yang kolej ni memang wujud! Mungkin juga disebabkan kekurangan promosi. Ramai yang tanya lagi "Kolej komuniti ni kerajaan ke?". 

Aduh. Yg tanya pun pegawai kerajaan pangkat guru senior 😩

Tapi, benda dah lepas. Alhamdulillah, bermula dengan 12 orang bebudak ni, now we already have 100+ students! And getting ready for another new intake and new program. 

Majlis Perpisahan Pelajar Semester Akhir, majlis Perpisahan di Aroi Dee Thai Restaurant, Food review di Aroi Dee Thai Restaurant

Majlis Perpisahan Pelajar Semester Akhir, majlis Perpisahan di Aroi Dee Thai Restaurant, Food review di Aroi Dee Thai Restaurant
Hmmm. Muka tak siap T_T

Student depan aku ni baik, rajin, kira ni memang mangsa aku kalau nak mintak buat kerja. Kemas dewan. Hihi 😋 Masa mula-mula daftar, budak ni cerita yang dia tak minat pun bidang automotif. Nak jadi chef. Minat masak. Masuk belajar terpaksa je. Meronta-ronta zahir batin masuk kolej ni.

Tapi tak kenal maka tak chenta ya. Dah kenal terus jatuh chenta. Sekarang tengah praktikal di industri. Alhamdulillah bertahan jugak belajar sehingga ke titisan peluh terakhir, InshaAllah ini semester terakhir diorang sebelum majlis konvokesyen tahun hadapan. 

Lepas budak-budak ni keluar dari kolej, aku terasa sangat yang dengan batch ni aku sangat enjoy mengajar. Mungkin sebab bilangan student tu sikit, jadi tumpuan masa aku dengan diorang sangat banyak. Dan batch ni juga jenis pandai ambik hati ko. Ringan tulang. Jadi memang lebih rapat. Bonding lebih gitu kekdahnya, haha. Harap-harap diorang ni semua berjaya dunia dan akhirat, tolong doakan ya untuk anak-anak aku ni.

Next time aku mintak korang doakan untuk anak aku yang 100 lebih tu pulak ya :D

Majlis Perpisahan Pelajar Semester Akhir, majlis Perpisahan di Aroi Dee Thai Restaurant, Food review di Aroi Dee Thai Restaurant

Kawan aku order seri muka durian dengan student aku tu. Sedap gila wehhhhhhhhh. Tak tipu. Durian banyak gila, tak manis sangat. Just nice. Aku sorang pun boleh telan setengah kotak :D

Majlis Perpisahan Pelajar Semester Akhir, majlis Perpisahan di Aroi Dee Thai Restaurant, Food review di Aroi Dee Thai Restaurant

Koleh kacang, seri muka semua ada. Rajin student aku ni tolong mak dia bisnes. Berniaga makanan. Sebelum ni kitorang pernah order laksam. Nasi tomato. Nasi kerabu. Semua SEDAP! Tak tipu tau. Setiap kali pot luck kitorang order.

Laksam yang sedap kat tekak aku memang jarang dapat. Tapi mak student aku ni buat marbeles. Sayur banyak. Kuah pekat. Cili podeh. Same goes with nasi kerabu. Hadoi. Lepas ni nak order mane lagi? :(

Dah kenapa pasal order makanan pulak yg aku risau lebih ni? 


Majlis Perpisahan Pelajar Semester Akhir, majlis Perpisahan di Aroi Dee Thai Restaurant, Food review di Aroi Dee Thai Restaurant

Majlis Perpisahan Pelajar Semester Akhir, majlis Perpisahan di Aroi Dee Thai Restaurant, Food review di Aroi Dee Thai Restaurant

Tak lama lepas makan-makan dengan student, makan lagi kita. Kali ni semua staf 1 kolej terlibat. Kat mana makannya tu?

Majlis Perpisahan Pelajar Semester Akhir, majlis Perpisahan di Aroi Dee Thai Restaurant, Food review di Aroi Dee Thai Restaurant

Aroi Dee Thai Restaurant, Palm Garden Hotel, IOI Resort ❤❤



Majlis Perpisahan Pelajar Semester Akhir, majlis Perpisahan di Aroi Dee Thai Restaurant, Food review di Aroi Dee Thai Restaurant

Majlis Perpisahan Pelajar Semester Akhir, majlis Perpisahan di Aroi Dee Thai Restaurant, Food review di Aroi Dee Thai Restaurant

Antara menu petang tu:
Tomyam seafood ☑ Sedap
Sotong Celup Tepung ☑ Nyummy
Udang Mangga Thai ☑ Mahbeles
Daging Black Paper - Ok la
Ayam Goreng Kentucky
Mix Vege
Mix Fruit
Bubur


Majlis Perpisahan Pelajar Semester Akhir, majlis Perpisahan di Aroi Dee Thai Restaurant, Food review di Aroi Dee Thai Restaurant

Majlis petang tu sebenarnya nak meraikan salah seorang staf kolej aku yang berpindah ke kolej lain. Bukan setakat pindah, terus naik jadi Pengarah! 

Sebelum ni memang dia bekas Pengarah, tup tup masuk kolej aku jadi Pensyarah Kanan je. Tak aci lah bakat kepimpinan tu tak fully utilised, ye tak? Alhamdulillah penempatan baru, staf baru, all out 100% ya bos! Hehe.


Majlis Perpisahan Pelajar Semester Akhir, majlis Perpisahan di Aroi Dee Thai Restaurant, Food review di Aroi Dee Thai Restaurant

On the way masuk hilang pulak kepala aku. Ngek!


Majlis Perpisahan Pelajar Semester Akhir, majlis Perpisahan di Aroi Dee Thai Restaurant, Food review di Aroi Dee Thai Restaurant

Overall puas hati dengan rasa makanan. Tomyam putih tu paling aku suka. Hirup sampai licin, bukan setakat dalam mangkuk, dalam kendi tu pun aku bedal 😋

Aroi Dee is specializing in Thai cuisine. Kalau ikut promosi pada fb page, harga affordable dan menu menarik. Pada aku tempat ni sesuai untuk buat majlis lite lunch / dinner sebab suasana tenang. Nak booking kalu, pegi ke fb page ya.

Ok, sebenarnya ada cerita masa hari kejadian ni. Lepas dah set tarikh lunch, bayar duit (kitorang collect duit nk bayar makan lunch ni), pagi tu tiba-tiba kolej macam havoc. Eh tetiba apesal banyak kerja ni? Hari lain banyak kerja jugak, but today we all want to makan-makan right? Makan-makan ni jangan buat main ya! Tambah-tambah untuk pemakan tegar, food blogger kononnya! Eh 😋

Bos meeting, TPA TPP meeting. Semua orang besar meeting. Yang tinggal melepek staf staf ikan bilis. 

Tapi makan tetap makan. Lunch hour sharp kita keluar sebab dah janji dengan orang diraikan nak jumpa lunch.

Bila dah sampai Aroi Dee, bos bos semua tak sampai lagi. Ada yang baru nak keluar ofis. Ada on the way tapi entah kat mana. Memasing dah lapar kut. Grrrrrr. Aku pakej tak sarapan tau sebab nak telan makanan Thai. Sekali lambat. Tu yang sambil tunggu all the bosses sambil tu aku menelan kuah tomyam. Borak-gelak-makan kuah tomyam-borak-gelak-makan kuah tomyam. Diorang sampai, aku pun kembung perut dek tomyam 😑


Majlis Perpisahan Pelajar Semester Akhir, majlis Perpisahan di Aroi Dee Thai Restaurant, Food review di Aroi Dee Thai Restaurant

Ikan bilis kata "Welcome to Aroi Dee Restaurant"


Majlis Perpisahan Pelajar Semester Akhir, majlis Perpisahan di Aroi Dee Thai Restaurant, Food review di Aroi Dee Thai Restaurant

Semua bos bos. Yang diraikan tu baju kaler kelabu pakai tag biru. 

Hadiah hiasan dinding kufi. Cantik tak? Ada 3 panel, 1 panjang 2 lagi panel segi empat sama kiri dan kanan. Bubuh kat ruang tamu comel sangat. 

For En. Isham, all the best for your future endeavor :)



Nasi Ayam Beratur Semenyih

$
0
0
Nasi Ayam, Cucur Udang & Tauhu Goreng Semenyih | Kadang-kadang lunch teringin nak makan something yang lain dari nasi berlauk, tapi masih berunsurkan nasi, yang sedap, yang mudah nak dapat dan dekat.

Memandangkan aku ni nama aja tinggal kat Beranang, tapi lunch selain di Medan Peladang, aku jarang / tak tahu kat mana nak makan tengahari, jadi one day on my leave day, tanya Epa dekat mana nak makan yang ok tapi dekat? Sebab Epa memang kerja di Semenyih lebih setahun, jadi kita anggap dia tererlah hal-hal makan kat Semenyih ni. Dan Epa suggest makan kat sini.

Nasi Ayam Beratur / Nasi Ayam, Cucur Udang, Tauhu Goreng Semenyih

Tempat makan best Semenyih, Nasi ayam Semenyih, Restoran Semenyih halal, Nasi Ayam Beratur / Nasi Ayam, Cucur Udang, Tauhu Goreng Semenyih

Ikut review dalam google, 4.2. Bolehlah kut nak try?

Tempat makan best Semenyih, Nasi ayam Semenyih, Restoran Semenyih halal, Nasi Ayam Beratur / Nasi Ayam, Cucur Udang, Tauhu Goreng Semenyih

Masa mula-mula sampai, orang dah start beratur tapi barisan tak panjang sangat. Aku cop meja (sebab orang ramai nanti tak dapat meja nak duduk makan) dan Epa beratur. Sambil-sambil ko duduk nanti ada orang datang tanya order air.


Tempat makan best Semenyih, Nasi ayam Semenyih, Restoran Semenyih halal, Nasi Ayam Beratur / Nasi Ayam, Cucur Udang, Tauhu Goreng Semenyih


Tempat makan best Semenyih, Nasi ayam Semenyih, Restoran Semenyih halal, Nasi Ayam Beratur / Nasi Ayam, Cucur Udang, Tauhu Goreng Semenyih

Taraaaaa, dah sampai Nasi Ayam yang kena beratur tu. Hehe 😋

Di sini, kalau nak makan nasi ayam / bungkus kena beratur kat kaunter. Order dengan kaunter & angkat sendiri nasi ke meja. Tapi kalau nak order cucur udang & tauhu goreng untuk makan, boleh order sekali dengan air. Nanti ada orang hantar ke meja. Tapi kalau nak bungkus, macam biasa angkat bontot sila order di kaunter.


Tempat makan best Semenyih, Nasi ayam Semenyih, Restoran Semenyih halal, Nasi Ayam Beratur / Nasi Ayam, Cucur Udang, Tauhu Goreng Semenyih

Ayam boleh pilih nak part mana, of course kita ambik thigh! 

Ayam lembut juicy dimandikan dengan sos merah manis. Set nasi ayam ni didatangkan sekali dengan sup. Nasi lembut & kuantiti agak banyak. Pada aku, bila makan biasa je sebenarnya nasi ayam ni. Tapi addicted juga, tak tahu kenapa 😅

Tempat makan best Semenyih, Nasi ayam Semenyih, Restoran Semenyih halal, Nasi Ayam Beratur / Nasi Ayam, Cucur Udang, Tauhu Goreng Semenyih

Ni kali pertama sampai kat kedai ni. Baru nak cuba, jadi tak order benda lain selain nasi ayam.

Tempat makan best Semenyih, Nasi ayam Semenyih, Restoran Semenyih halal, Nasi Ayam Beratur / Nasi Ayam, Cucur Udang, Tauhu Goreng Semenyih

Tempat makan best Semenyih, Nasi ayam Semenyih, Restoran Semenyih halal, Nasi Ayam Beratur / Nasi Ayam, Cucur Udang, Tauhu Goreng Semenyih

Tempat makan best Semenyih, Nasi ayam Semenyih, Restoran Semenyih halal, Nasi Ayam Beratur / Nasi Ayam, Cucur Udang, Tauhu Goreng Semenyih

Kali kedua datang perasaan tamak 😅 order cucur udang & tauhu goreng. Nasi ayam jangan kita lupa ya, haha.

Aku suka tauhu goreng dia, lembut gebu. Guna tauhu lembutlah tu 😏. Korang tahu kan yang tauhu putih ni ada 2 jenis, keras & lembut?

Mak aku sekarang dah jadi addict pulak asyik goreng tauhu cicah dengan sambal kicap. Tapi tak kisah tauhu jenis apa, sebat je goreng asalkan nama dia tauhu putih. Kitorang pun sedap gaklah menelan. Rezeki kan, jangan ditolak, haha.

Tempat makan best Semenyih, Nasi ayam Semenyih, Restoran Semenyih halal, Nasi Ayam Beratur / Nasi Ayam, Cucur Udang, Tauhu Goreng Semenyih

Tempat makan best Semenyih, Nasi ayam Semenyih, Restoran Semenyih halal, Nasi Ayam Beratur / Nasi Ayam, Cucur Udang, Tauhu Goreng Semenyih

Sebab tu aku panggil kedai ni Kedai Nasi Ayam Beratur. Ko lambat sikit merasalah beratur sampai keluar! Kali kedua datang ni terlambat sikit, lama juga Epa beratur. Sempat aku habiskan air sirap limau baru dia sampai. Terpaksa order 1 lagi sirap limau nak gu kan dengan nasi ayam 😅


Anytime singgah Beranang, nak try boleh ke Pekan Semenyih. Lokasi kedai terletak berhadapan padang SRJK (C) Sin Ming sebelah jalan besar Semenyih. 

Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat.

Semakan Online Daftar Pemilih Pilihan Raya | PRU14

$
0
0
Semakan Online Daftar Pemilih SPR | Setelah bubarnya Parlimen, dalam masa 60 hari pilihanraya perlu diadakan bagi memilih tampuk pemerintahan negara kita. Jadi dalam nasa terdekat ini, pastinya pilihan raya umum akan berlangsung, dan perkara penting sebelum menjelangnya pilihan raya.

Dah buat semakan daftar pemilih pilihan raya?

SEMAKAN ONLINE DAFTAR PEMILIH PILIHAN RAYA

Bagi yang belum pernah mengundi/daftar undi, tahu tak yang ada beberapa saluran yang boleh digunakan untuk membuat semakan secara online daftar pemilih pilihan raya? Buat yang telah mendaftar, boleh juga buat semakan daftar pemilih dan daerah mengundi menggunakan beberapa cara ini.


1) Semakan di laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)
Semakan daftar pemilih boleh dilakukan di laman sesawang SPR melalui https://pengundi.spr.gov.my/ 

SEMAKAN ONLINE DAFTAR PEMILIH PILIHAN RAYA, Semakan di laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Semakan menggunakan mesej penghantaran, Aplikasi Mudah Alih MYSPR SEMAK
 
2) Semakan menggunakan mesej penghantaran
SPR<jarak>SEMAK<jarak>NoKP & SMS ke 15888
 
SEMAKAN ONLINE DAFTAR PEMILIH PILIHAN RAYA, Semakan di laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Semakan menggunakan mesej penghantaran, Aplikasi Mudah Alih MYSPR SEMAK


3) Aplikasi Mudah Alih MYSPR SEMAK
Muat turun aplikasi MYSPR SEMAK daripada Play Store bagi pengguna Android dan App Store bagi pengguna iOS. 

SEMAKAN ONLINE DAFTAR PEMILIH PILIHAN RAYA, Semakan di laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Semakan menggunakan mesej penghantaran, Aplikasi Mudah Alih MYSPR SEMAK


Apa lagi. Marilah kita tunaikan tanggungjawab kita untuk memilih pemimpin negara kita bagi tempoh 5 tahun mendatang.

SPM Result Giveaway

$
0
0

Assalamualaikum kepada semua rakan blogger. Bersempena dengan keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada 15 Mac 2018 lalu, Abam Kie dan penaja2 yang baik hati dengan secara rasminya melancarkan SPM Result Giveaway. Jom sertai GA yang hebat ini kerana kami sudah menyediakan pelbagai hadiah menarik dan barangan eksklusif untuk dimenangi. Kalau tak join memang rugilah. Berikut ialah hadiah-hadiah yang ditawarkan:

Hadiah Pertama: Domain DotCom X 1 pemenang
Hadiah Kedua: Kopi Pak Belalang X 2 pemenang
Hadiah Ketiga: Tudung X 1 pemenang
Hadiah Keempat: Novel Baharu X 3 pemenang
Hadiah Kelima: RM20 X 1 pemenang
Hadiah Keenam: RM10 X 1 pemenang
Hadiah Ketujuh: Topup RM10 X 4 pemenang
Hadiah Saguhati: Topup RM5 X 2 pemenang untuk peserta terawal dan terakhir!


Kesemuanya 15 orang pemenang bakal kami cari!

Syarat-syarat penyertaan:


1. Follow blog penganjur dan penaja-penaja berikut:


2. Follow instagram berikut


3. Like Facebook berikut:


4. Follow Google Plus berikut:


5. Langgan saluran YouTube * Pokucu *


6. Buat entri bertajuk 'SPM Result Giveaway'.


7. Salin dan tampal kod HTML di bawah:


8. Cuba teka berapa unit/aggregat yang Abam Kie perolehi semasa menduduki SPM tahun 1990 lalu. Sebagai 'clue', Abam Kie dapat Pangkat 1 (6 - 24 unit). Jadi pandai2lah teka, ye? Pemenang akan dipilih berdasarkan tekaan yang tepat. Sekiranya lebih daripada seorang peserta membuat tekaan yang tepat, maka peserta terawal akan memenangi hadiah berkenaan diikuti oleh peserta seterusnya. Pemenang seterusnya akan dipilih berdasarkan tekaan yang hampir tepat.


9. Terbitkan.


10. Tinggalkan pautan entri giveaway dan tekaan anda di ruangan komen entri di SINIsahaja.


11. Siap!


Jika nak join GA ini sila klik di SINI atau banner di atas. Peraduan berlangsung sehingga 11.59 malam, 22 April 2018. SEKIAN. TERIMA KASIH.


Kini Lebih Mudah Untuk Menjadi Usahawan Makanan Yang Berjaya

$
0
0
Kini Lebih Mudah Untuk Menjadi Pengusaha Makanan Yang Berjaya
Shinsegae Mamee Lancar Produk Foodservice untuk membantu pengendali makanan menjimatkan masa dan kos disamping mengekalkan kualiti makanan dan keaslian rasa


Kuala Lumpur: Mee Goreng, Nasi Goreng Kampung dan rojak buah sebagainya memang sinonim dengan industri makanan di Malaysia dan perniagaan makanan, sekiranya di tadbir dengan betul dapat mendatangkan pulangan yang lumayan.

Ia juga merupakan salah satu industri mampu membantu masyarakat “Bottom 40%” (B40) untuk berganjak ke dalam kurungan pendapatan yang lebih tinggi.

Kumpulan B40 yang terdiri daripada golongan berkolar biru, graduan yang menggangur dan berpendapatan rendah, suri rumah dan pesara dengan pendapatan isi rumah median sebanyak RM3,000.

Sempena pelancaran produk segera Shinsegae Mamee Foodservice yang disasarkan kepada peniaga makanan baru-baru ini, Shinsegae Mamee menganjurkan satu sesi panel bersama pihak berkepentingan seperti GIATMARA, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk membincangkan golongan B40 boleh berjaya dalam industri makanan.

Dalam sesi panel tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA, Haji Jamal Nasir Othman berkata terdapat keperluan untuk 91,000 pekerja mahir dalam Makanan & Minuman menjelang 2020.

Kini Lebih Mudah Untuk Menjadi Usahawan Makanan Yang Berjaya, produk segera Shinsegae Mamee Foodservice, program-program seperti Mobilepreneur & Mobile Truck, Pelancaran Produk Foodservice Shinsegae Mamee
(Dari kiri ke kanan) Md. Zawawi bin Md Isa - Ketua Seksyen Komposit Bahagian Perlesenan, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA); Chef Faizul Hazly Ghazali - Executive Chef Shinsegae Mamee; Hj Jamal Nasir bin Othman - CEO GIATMARA; Omar Farook Ali bin Seeni Abdul Kadir - Jawatankusas (Hal Ehwal Majlis Setempat) Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA); Dato’ Chef Ismail - Mamee Chef and Malaysian Tourism Ambassador for Gastronomy
Di dalam satu sesi panel tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Haji Jamal Nasir Othman berkata, terdapat keperluan sebanyak 91,000 pekerja mahir dalam bidang Food & Beverage menjelang tahun 2020.
“Dianggarkan, hampir 1,000 pelatih bidang F&B mengikuti latihan sepenuh masa di GIATMARA setiap tahun. Setakat ini, GIATMARA telah mengeluarkan 10,570 orang chef. Di GIATMARA, kita berharap agar chef-chef yang dilatih ini dapat mengusahakan perniagaan sendiri,” katanya.


Jamal juga menambah bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) melalui GIATMARA telah mengambil inisiatif untuk menggalakkan pengwujudan usahawan dengan memperkenalkan program-program seperti Mobilepreneur& Mobile Truck selain program Rintis Niaga (inkubator).


“Ia adalah satu polisi kerajaan yang amat baik dalam membantu golongan B40 berganjak kepada M40 (Middle 40%) seterusnya T20 (Top 20%),” kata Jamal.


Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA itu juga berpendapat bahawa kerjasama strategik bersama pemain-pemain industri adalah penting bagi memastikan bahawa kualiti pelatih yang dihasilkan adalah berdasarkan keperluan semasa.



Beliau menambah bahawa GIATMARA berminat untuk bekersama dengan Shinsegae Mamee memandangkan produk-produk Shinsegae Mamee Foodservice yang dilancarkan baru-baru ini menarik dan dapat membantu pelatih-pelatih GIATMARA dari segi penjimatan kos dan masa sambil mengekalkan keaslian rasa makanan.

Kini Lebih Mudah Untuk Menjadi Usahawan Makanan Yang Berjaya, produk segera Shinsegae Mamee Foodservice, program-program seperti Mobilepreneur & Mobile Truck, Pelancaran Produk Foodservice Shinsegae Mamee
(Dari kiri ke kanan) Jennifer Chee - Ketua Bahagian Perkhidmatan Makanan Shinsegae Mamee; Datuk Wira Pang Tee Nam - COO MAMEE-Double Decker; Tan Sri Pang Tee Chew - CEO MAMEE-Double Decker; Felix Pang Hee Zhong - Chief Operating Officer Shinsegae Mamee; Chef Faizul Hazly Ghazali - Executive Chef Shinsegae Mamee
  
Di dalam sesi panel yang sama, Eksekutif Chef Shinsegae Mamee Chef Faizul Hazly Ghazali berkata bahawa kebolehan memasak semata-mata tidak dapat membantu seseorang chef untuk berjaya dalam perniagaan makanan.


“Untuk berjaya dalam perniagaan makanan, pemilik perniagaan itu harus bijak merancang masa dan mengawal kos disamping menjaga kualiti makanan yang dihidangkan,” kata Faizul.


Berdasarkan ketiga-tiga perkara tersebut, Shinsegae Mamee telah mengeluarkan 10 produk segera Shinsegae Mamee Foodservice yang diperbuat dengan bahan-bahan asli dan tidak ditambah dengan perisa tiruan dan pengawet tiruan.


“Bila kita dengar perkataan makanan segera, persepsi pertama yang datang ke fikiran kita ialah tak ‘original’. Tetapi, ramai juga chef yang berjaya telah mengambil jalan pintas dengan menggunakan bahan-bahan segera untuk menjimat kos and masa.



“Walau bagaimanapun, bahan-bahan segera yang digunakan haruslah berkualiti tinggi supaya rasa dan kualiti masakan mereka tidak terjejas,” kata Faizul.


Eksekutif Chef Shinsegae Mamee itu juga menambah bahawa Shinsegae Mamee Foodservice sedang cuba mengubah persepsi bahawa semua makanan segera tidak asli adalah tidak benar dengan mengeluarkan gabungan bahan-bahan segera yang tidak ditambah dengan perisa dan bahan pengawet tiruan agar dapat membantu para peniaga makanan mengurangkan kos dan menjimatkan masa dan mengekalkan keaslian rasa makanan tersebut.

Kini Lebih Mudah Untuk Menjadi Usahawan Makanan Yang Berjaya, produk segera Shinsegae Mamee Foodservice, program-program seperti Mobilepreneur & Mobile Truck, Pelancaran Produk Foodservice Shinsegae Mamee
(Dari kiri ke kanan) Chef Faizul Hazly Ghazali - Executive Chef Shinsegae Mamee; Dato’ Chef Ismail - Mamee Chef and Malaysian Tourism Ambassador for Gastronomy

TENTANG MAMEE DOUBLE DECKER


MAMEE-Double Decker (M) Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 1971 merupakan cetusan idea bersama Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Datuk Pang Chin Hin dan anak sulungnya Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Pang Tee Chew yang berkecimpung aktif dalam industri penghasilan mee kering. Perniagaan kecil ini kemudiannya berkembang menerusi label Pacific Food Products yang terletak di Ayer Keroh, Melaka sebelum dikenali sebagai MAMEE-Double Decker. 

Ketua Pegawai Operasi Datuk Wira Pang Tee Nam bersama dengan kesemua ahli keluarga – kini generasi ketiga – berjaya membangunkan syarikat menjadi antara pengilang makanan dan minuman terbesar di Malaysia. MAMEE-Double Decker yang diperbadankan pada 1991 mula tersenarai di papan bursa Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE) pada tahun berikutnya dan telah menjadi syarikat persendirian sepenuhnya pada tahun 2012. 

Sehingga kini, syarikat dan kilang MAMEE-Double Decker terdapat di seluruh Malaysia – termasuk di Kuala Lumpur dan Kuantan, dengan kekuatan lebih 2,000 kakitangan – sebelum melebarkan sayap ke Myanmar, Indonesia dan Timur Tengah (dalam proses perbincangan)


TENTANG SHINSEGAE FOOD


Shinsegae Food adalah salah satu daripada syarikat teras gabungan Syarikat Kumpulan Shinsegae yang bermula sebagai sebuah kedai serbaneka pada tahun 1930 (Antara 10 Syarikat yang terbesar di Korea dari segi gabungan aset dengan hasil jualan USD24.8 bil. yang dicatatkan pada tahun 2016), bermatlamat untuk memperkukuhkan unsur-unsur teras dalam industri makanan. 

Shinsegae Food telah menyelaraskan fungsi-fungsi utamanya kepada sistem sejajar, antaranya sumber bahan mentah kepada penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran, pemprosesan, penyimpanan, logistik, pemasaran dan jualan, pertama kali dalam industri makanan sejak dua puluh tahun yang lepas.


Shinsegae Food merupakan peneraju dalam perkhidmatan katering makanan domestik untuk dua dekad yang lalu, kini menumpukan usaha membangunkan perkhidmatan Katering makanan yang premium dan mendahului pasaran perkhidmatan makanan Korea dengan menggabungkan perniagaan Restoran dan katering makanan. Shinsegae Food adalah pengusahaan profesional dan organisasi maju dalam penyelidikan dan pembangunan yang berterusan untuk meningkatkan daya saing pengeluaran makanan dan berusaha untuk menjadi syarikat terkemuka dalam produk-produk Makanan Sedia Ada (RTE), Sedia Untuk Dimasak (RTC) dan Makanan Rumah Gantian (HMR) dengan pelaburan dalam kemudahan dan teknologi baru.

Di samping itu, Shinsegae Food turut menerajui perniagaan berteraskan global di Korea yang melibatkan pencarian jenama produk makanan global yang terkemuka, mendapatkan lesen-lesen eksklusif dan membekalkannya ke pasaran-pasaran tempatan. Malah, restoran-restoran baru dan lebih khusus termasuk Olbaan, O’slo, Gramercy Hall dan Johnny Rockets dilancarkan untuk menggambarkan perubahan trend secara mendadak dalam budaya pemakanan.


Viewing all 311 articles
Browse latest View live