Quantcast
Channel: nurulshahira.com
Viewing all 311 articles
Browse latest View live

Nak Balik Kampung? Muat Turun VSP Dahulu Untuk Maklumat Polis!

$
0
0
Pernah dengar VSP? VSP atau Volunteer Smartphone Patrol merupakan inovasi baru oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertujuan bagi memudahkan orang awam menyalurkan maklumat atau aduan yang memerlukan bantuan daripada pihak polis.

VOLUNTEER SMARTPHONE PATROL (VSP)

Buat yang meragui status kesahihan aplikasi ini, tidak perlu risau kerana VSP dibangunkan menerusi kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MAMPU dengan PDRM dibawah Program Rakan Cop. 

Muat turun Aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP)

MUAT TURUN APLIKASI VSP DI SMARTPHONE

Aku dah muat turun aplikasi ini di dalam smartphone, sebab hari raya yang semakin menjelang ni, mesti nak keluar beraya atau balik kampung. Kalau sebelum ini, kita hanya mengharapkan bantuan pihak polis untuk meronda taman/kampung kita, apa kata kali ini dengan adanya VSP, kita pula yang maklumkan pihak polis secara terus menerusi VSP tentang masa ketiadaan kita supaya pihak polis boleh merancang masa rondaan yang sesuai.

Muat turun Aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP)

Daftar terlebih dahulu. Kena masukkan nama dan nombor telefon bimbit.

Antara modul yang terdapat di dalam VSP:

1) Aduan
Muat turun Aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP)


2) Balik Kampung
Muat turun Aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP)
 Hantar maklumat balik kampung kepada pihak polis untuk memudahkan pihak polis membuat rondaan dan pemantauan.

3) Direktori
Senarai alamat dan no. telefon ibu pejabat kontinjen polis.

Jangan lupa juga ambil langkah pencegahan sebelum pulang beraya ke kampung. Antaranya mematikan dan mencabut semua plug elektrik yang tidak digunakan, menutup semua lampu dan kipas serta memaklumkan kepada jiran yang boleh dipercayai sepanjang ketiadaan kita.

Selamat pulang ke kampung halaman dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri :)


 

Beza raya tahun ini dan tahun lepas

$
0
0

Dah sampai 27 Ramadhan kan? Sekejap je rasa, tup-tup dah menghampiri penghujungnya. Kalau masa awal-awal Ramadhan hari tu, rasa ehhhhhh..... lamanya masa berlalu. Baru mula puasa, perut pun asyik sebu masuk angin. Manjang sendawa keluar angin kerjanya sehari 2 tu.

Kentut? Slow-slow ah lepas. Agak-agak nak meletup macam bom ko larilah laju-laju keluar office, kahkah.

Tapikan, tahu tak dulu masa kecik, sekolah rendah tak silap. Aku pernah tanya kat mak
Kalau kentut batal puasa tak?

Rasanya konfius batal puasa dengan batal wudhuk. Ekeke. Tabahnya lahai mak aku layan soalan anak. Tapikan kalau ikut lojik, mau ungu muka semua orang nak tahan kentut masa puasa.

Rasanya ini Ramadhan ke-7 aku sejak bekerja. Ramadhan ke-3 sejak balik posting KL. Dan kan....... Rindunya nak Ramadhan lagi kat Tawau. Tawau berbuka awal sejam dari KL. Itu yang paling dirindui, kahhhhhhhhh. Orang KL baru nak solat Isyak, kitorang kat Tawau dah balik Terawih. 
  
SINGGAH PASAR
Dan waktu-waktu macam ni kan, lagi seminggu nak raya, aku dah siap-siap beg nak balik kampung. Seminggu sebelum raya dah mohon cuti untuk 2 minggu, mohon tiket balik raya, pergi Pasar Gantung shopping brooch, kain batik, kain pelekat.

Lepas tu pegi Pasar Ikan pulak. Nak shopping ikan uols, hiks.



Dulu setiap kali balik, lobster, ikan kerapu, ikan jenahak, udang laut dan entah hape-hape lagi aku bawak balik. Dah macam pemborong ikan weh! Frozenkan siap kat rumah, hari nak balik menggulupur beli polisterin box, wrap siap bawak naik kabin. Mengengkeh bawak beg, bawak badan & bawak ice box. Kahkah.

Itu pun korang tak tahu dalam beg baju aku bukan setakat ada baju. Ada sekali amplang (amplang sotong sedapnyaaaaaaaa, malam ni mimpi keluar air liur), ikan bilis siap kopek indrasabah, udang kering.

Amacam. Usahawan berjaya tak? Sebab kalau baca entry tu, sekali aku bawak balik sampai 20kg ikan bilis okayyyyyy. 

Bila balik seminggu awal, adik ko dan semua orang lain kerja lagi. Aku time tu dah bersenang lenang kat rumah.. Boleh keluar pergi Jalan TAR shopping mopping. Oh syorga!

Tapi, bila dah balik sini. Walaupun office kau sekangkang kera dari Jalan TAR / Mid Valley / Sunway Pyramid / Sogo, pun tak dapat nak keluar shopping. Hari Jumaat ni dah raya, hari Rabu pun aku masih kerja lagi. Staff kat office aku tu, sorang-sorang mula hilang cuti. Esok pun aku suspect berapa ketul je ada. Menguap la aku esok sepanjang hari.

Nasib badan.

Walau macam manapun, rezeki dapat posting KL ni lepas 5 tahun memang tak dapat disangkal. Alhamdulillah. And kauorang tahu, even dah 2 tahun pun, aku masih rasa bersyukur dapat posting balik KL. Kawan-kawan batch selepas aku cakap sekarang susah sangat nak mintak pindah. Banyak kekangan. Kerenah birokrasi.

Jadi bersyukur. Syukur masih berjumpa Ramadhan lagi, dan Syawal, Alhamdullillah :). Sooooooo, mari menzahirkan perasaan syukur itu dengan bagi aku duit raya.

Eh.

Money Changer Murah di IOI City Mall Putrajaya

$
0
0
Money Changer Murah di IOI City Mall Putrajaya | Misi mencari money changer yang menawarkan kadar tukaran matawang yang kompetitif masih diteruskan 😉.

Kalau sebelum ini, dalam blogpost sebelum ni aku cerita yang aku jumpa money changer murah kat Semenyih, dan pada aku kadar tukaran kat situ agak ok. Boleh tahan murah. Dah hepi ni senang lepas ni nak tukar duit. Dah macam tetiap minggu gaya gembira bercerita ni, kihkih.

Tapi aku lupa pulak, yang bila kedai kecik ada beberapa currency yang tak ada. Contohnya, macam aku nak tukar duit Brunei baru ni kat money changer Semenyih tu, takde sebab orang jarang tukar dollar Brunei. 

Jadi, malam sebelum bertolak terus deras ke IOI Mall Putrajaya. Sebelum tu dah google, ramai bagi feedback kata kat situ money changer murah la, ape la, rate lebih kurang Masjid India. 

Yang aku pergi ni kat sini. 


MONEY CHANGER MURAH IOI MALL PUTRAJAYA

Ada 2 money changer, sebelah menyebelah. Lokasi baris kedai depan Dubuyo. Level LG tak silap. GMT dan Visionary Creation. Dalan review ramai suggest Visionary Creation. Dalam facebook group pun sama. Tapi kebetulan masa aku sampai, GMT bagi harga dollar Brunei lagi best!

Money changer murah di IOI Mall Putrajaya

Okeh. Setakat ni dah pernah tukar kat Masjid India, Semenyih& IOI Putrajaya. 

Rate mana lagi best?

Entahlaaaaaa, cara aku periksa harga tukaran  semasa dan kalau jumpa kedai yg  rate hampir dengan market, tuko je lah. Tak kosser nak compare, haha.

Pesta Durian Murah & Sedap di Taman Medan, PJ

$
0
0
Pesta Durian Murah & Sedap di Taman Medan Petaling Jaya | Musim durian tiba lagi, yeyyyyy. Peminat durian yang jumpa durian dan durian dan durian lagi berlonggok tepi jalan menunggu untuk dilapah dibuka kulit, dimakan peh. Nikmat dunia.

Kalau malam sebelum ini aku dah makan durian 4 biji yang abah beli di rumah, semalam tengahari aku sambung kenduri durian lagi di office, kali ini di Taman Medan, Petaling Jaya.

Pesta Durian Murah & Sedap di Taman Medan, PJ
Baru makan doyan 6 bijik muka dah besar pinggan 😒

Keluar lambat sikit daripada waktu lunch, dalam pukul 2.00 petang macam tu. Rezeki juga tempat Pesta Durian Murah & Sedap tu dekat sepelaung je dari office. 3 minit perjalanan kereta dah sampai. Dan bila kami sampai je just nice lori durian pun sampai. Terus berpusu-pusu orang yang menunggu serbu durian.

Pesta Durian Murah & Sedap di Taman Medan, PJ

Pesta Durian Murah & Sedap di Taman Medan, PJ
Durian Kampung RM5/RM8
Durian Kawin RM8 / RM10
Durian D101 RM12
Durian Udang Merah RM12
Durian Musang King RM20

Officemate aku memang memborong habis durian. Ada durian kampung, durian kahwin, durian D101, udang merah & musang king. Eh jap. D101 dengan durian kahwin tu baka yang sama ke? Konfius 😅

Pesta Durian Murah & Sedap di Taman Medan, PJ

Lagi kelako. 101 aku ingat ioi. Siap promote cakap doyan ioi. Kahkah. Ingat ioi putrajaya ke hape? 😆

Ada yang tanya kat facebook aku, musang king murah ni RM20 sebab durian gred B ke?

Eh, musang king ada gred-gred ke? 

Tanya aku yang serba tak tahu ni, errr. Memang hampeh la kan. Hehe. Aku tahu makan je. Kalau tanya beza durian musang king, udang merah, kampung? Haram aku tahu 😆. 

Pesta Durian Murah & Sedap di Taman Medan, PJ
Bawa expert pilih durian. Tangan brader ni memang hebat pilih durian. Semua yang kitorang makan memang sodap. 

Pesta Durian Murah & Sedap di Taman Medan, PJ
Udang merah.
Ya ampun. Malam ni mimpi durian balik even dah mencekik 6 bijik

Tapi yang pasti, durian kat sini memang THERBAIKKKK!! Merecik hawau orang kata. First time aku makan udang merah & musang king. Ya ampun. Balik opis pun tangan semerbak bau durian. Petang tu bakal pelajar datang dengan parents dia nak tanya untuk kemasukan semester depan. Ada 3 benda yang aku perasan masa kami tengah berborak.
1) Kolej bau durian
2) Aku bercakap bau durian
3) Tangan aku bau durian

Dan aku dah sabun tangan laaaaa!!!!

Pesta Durian Murah & Sedap di Taman Medan, PJ
Geng bawang bertemu durian.

Buat yang nak datang borong durian ni, dia dekat PJCC, sebelah Taman Medan. Waze je Villaria Condo PJCC sebab stall durian ni betul-betul depan kondo. Better datang awal, dalam pukul 2 gitu sebab masa tu lori baru sampai. Boleh la korang serbu dengan bergaya!

KFC Mad Mex Twister dengan Spicy Mexican Cheese. Spicy ke tidak?

$
0
0
KFC Mad Mex Twister dengan Spicy Mexican Cheese| Pertama kali makan KFC Mad Mex Twister hari ini lepas lama tak jejak kaki ke KFC. Kerap juga KFC keluarkan menu baru, tiap kali aku pegi mesti ada benda baru.

KFC Mex Mad Twister - Twister Dengan Spicy Mexican Cheese|

KFC Mad Mex Twister ini mengandungi spicy mexican cheese (itu yang nama Mad Mex), zinger strips, geng kekacang - chickpeas, corns & kidney beans, lettuce & dibaluti dalam tortilla yang dipanaskan.

KFC Mex Mad Twister - Twister Dengan Spicy Mexican Cheese|

Tadi dapat tortilla garing! Sodap. Yey. Mexican cheese pun melimpah ruah ke ladang gandum. Sesuai sangat buat penambah geng lelemak sedia ada 😆.

KFC Mex Mad Twister - Twister Dengan Spicy Mexican Cheese|

KFC Mex Mad Twister - Twister Dengan Spicy Mexican Cheese|

Zinger strip banyak, lettuce dan geng kekacang. Aku ok je dengan kekacang ni. Tapi kalau takde lagi aku suka? Haha. Mexican cheese tu level pedas dia so-so je, jadi yang tak makan pedas pun boleh makan. Tak jadi masalah.

Kalau compare Mad Mex dengan Cheezy Twister, aku lagi suka Cheezy Twister sebab takde kacang, tapi kalau dapat modified menu letak spicy zinger strips combine dengan mexican cheese. Memang meletop kebabom la jadinya. Dapat pulak cheese yang melimpah ruah. Ya Allah. Awa ta kuad 😭

Overall, aku bagi 4 bintang untuk KFC Mad  Mex Twister cawangan Tesco Semenyih 😉. 

Perbaharui Insurans Kereta Dengan Takaful Malaysia

$
0
0
Hi! Dah perbaharui insurans kereta dan cukai jalan? Jangan buat-buat lupa ya dan menjadi satu kesalahan memandu kenderaan yang tiada cukai jalan. Dan kalau nak perbaharui cukai jalan kereta, wajib ada Insurans kereta yang aktif.

Kalau sebelum ini, aku memang selalu perbaharui insurans dan cukai jalan kereta menggunakan MYEG. Senang sebab semuanya dihujung jari sendiri, buka website, tekan-tekan, bayar, dan wallah.... Cukai jalan yang baru dihantar ke pintu rumah / pejabat. Sangat membantu untuk orang yang pemalas keluar macam aku, hehe.

Kali ini, saja bertukar angin dan mencuba perbaharui Insurans kereta dengan Takaful Malaysia. Kesimpulan yang aku boleh dapat setelah menggunakan platform Takaful Malaysia untuk perbaharui insurans, ianya memang mudah dan tidak memakan masa yang lama. Serta default information seperti no. chassis boleh dikesan apabila kita memasukkan no. plat kereta dan butir peribadi lain.


PERBAHARUI INSURANS KERETA DENGAN TAKAFUL MALAYSIA


PERBAHARUI INSURANS KERETA DENGAN TAKAFUL MALAYSIA

2) Pilih Motor -  Get Quote untuk pengguna yang pertama kali menggunakan perkhidmatan Takaful Malaysia.
3) Sign In.
4) Masukkan no. IC baru, no. plat kereta, poskod dan alamat e-mel. Tekan get a free quotation.

PERBAHARUI INSURANS KERETA DENGAN TAKAFUL MALAYSIA



LANGKAH 1 - GET QUOTATION
5) Masukkan maklumat kenderaan seperti model dan varian kenderaan. Maklumat seperti no chassis dan enjin automatically detect daripada no plat kenderaan tadi.
6) Masukkan juga maklumat syarikat biaya pinjaman, aspek keselamatan (garage/anti-theft), import typedan aspek keselamatan dalaman
7) Hanya 2 nama pemandu yang boleh diletakkan di dalam Cover Note secara percuma. Pemandu ke-3 perlu tambahan bayaran.

PERBAHARUI INSURANS KERETA DENGAN TAKAFUL MALAYSIA
Tekan Get Quotation
 
PERBAHARUI INSURANS KERETA DENGAN TAKAFUL MALAYSIA

Sum covered (harga kereta semasa). Nilai ini boleh ubah tetapi ada range yang dibenarkan. Pastikan nilai kereta tidak terlalu rendah untuk mengelakkan masalah perlindungan insurans.

Anggaran sumbangan Insuran terpapar di sebelah kanan. Pecahan harga setelah tolak diskaun NCD dan rebat 10%.

Oh ye, GST 6% dikenakan disebabkan masa aku perbaharui Insurans ni pada bulan April, GST masih dikenakan. Selepas itu tekan Continue.

PERBAHARUI INSURANS KERETA DENGAN TAKAFUL MALAYSIA

LANGKAH 2 -  ADD ADDITIONAL COVERAGE
Di bahagian ni, pengguna boleh pilih perlindungan tambahan seperti perlindungan cermin hadapan (windscreen), tambahan pemandu, perlindungan banjir dan sebagainya.

Untuk cermin hadapan, perlindungan harga cermin bermula serendah RM75 untuk harga cermin RM500. Dan tambahan nama pemandu ketiga RM10/pemandu.

Klik Add to Certificate seperti diatas.

PERBAHARUI INSURANS KERETA DENGAN TAKAFUL MALAYSIA

Compensation for Assesses Repair Time (CART)
Sekiranya ambil tambahan CART, mengikut PIDM, pengguna boleh claim RM30, RM40 atau RM50 / hari mengikut cc kenderaan sekiranya kenderaan rosak dimasukkan ke bengkel. 

Dah siap pilih perlindungan tambahan , tekan Continue.

PERBAHARUI INSURANS KERETA DENGAN TAKAFUL MALAYSIA
 PERBAHARUI INSURANS KERETA DENGAN TAKAFUL MALAYSIA
Masukkan maklumat pemandu pertama dan kedua. Tekan Continue.

PERBAHARUI INSURANS KERETA DENGAN TAKAFUL MALAYSIA
Settlekan payment. Boleh guna transfer via FPX atau Debit/Credit Card. Tekan Continue.

PERBAHARUI INSURANS KERETA DENGAN TAKAFUL MALAYSIA
Selesai semua pembayaran, akan ada e-mel susulan pemberitahuan status JPJ untuk pembaharuan cukai jalan daripada Takaful Malaysia dan juga e-mel Cover Note.

Status JPJ aku. OK.

Hari seterusnya aku perbaharui cukai jalan menggunakan mesin JPJ. Comel je mesin, ala-ala mesin ATM. Haha. Senang saja cara gunakan mesin ini. Ikut saja langkah demi langkah yang tertera di skrin. Cara pembayaran boleh guna kad debit / kredit. Dalam 3 minit dah siap! Lagi mudah dan cepat berbanding beratur panjang dalam JPJ.



 

Kisah Kazim Dijangkiti HFMD

$
0
0
Kes yang dilaporkan untuk penyakit HFMD atau Hand Food Mouth Disease semakin meningkat kan sekarang? Daripada kes di Penang, sekarang ni dengarnya di Selangor pun mula menular.

Teringat beberapa bulan sebelum ini, anak buah bongsu aku, Kazim baru saja sembuh dari HFMD ni. Penyakit HFMD atau dalam bahasa melayu, penyakit tangan, kaki dan mulut memang mudah menyerang dan menjangkiti badan yang mempunyai antibodi lemah.

Pada mulanya, anak buah aku demam. Beberapa hari demam. Bagi makan ubat demam, kebah sikit panas dia.

So, nak jadi cerita one day kakak aku bawak semua anak dia pergi taman permainan. Esoknya Kazim dah demam semula. Kali ni pakej dengan kurang minum susu. Makan lagilah taknak.

Bila dah beberapa hari aku pulak stress anak buah aku asyik merengek. Masa ni dah start keluar bijik-bijik kecik kat tangan dia. Jadi kakak aku pun bawak anak dia pergi klinik.

Nurse check dan kata macam ada tanda-tanda HFMD. Tapi klinik yang kami pergi tu Klinik 1Malaysia, takde doktor. Lupa. Ingatkan demam biasa nak ambik ubat je. 😅

Tapi kakak dah risau sangat sebab anak buah aku dah tak nak makan minum. Call husband dia, then terus shoot ke hospital. Anak-anak dia lagi 2 orang tu tinggal sekejap kat rumah kami.

Malam tu abang ipar call, confirm HFMD. Malam tu kena drip air dulu sebab badan lemah tak menyusu.

Penyakit HFMD ni berpunca dari virus dan akan serang antibodi yang lemah. Mudah berjangkit melalui cecair, jadi cara untuk sembuh? 

Pastikan makan minum supaya tak dehydrated dan kuarantin dari anak yang lain. Kakak aku lepas balik je dari hospital, terus bawak anak buah aku balik kampung. Kuarantin kat kampung, dia nak berlari, larilah 1 rumah. Tapi yang kesian, anak buah tu sorang je kat kampung dengan mak dan nenek dia 😅

Lagi cepat bijik-bijik lepuh HFMD tu keluar lagi bagus. Ada gambar yang kakak hantar masa diorang di kampung. Alahai kesian Kazim tapak kaki penuh bijik air. Gatal lagi.




Dari fb Dr Taufiq Razif

Seram tak baca seorang yang dijangkiti HFMD mampu untuk menjangkitkan 5 orang lagi? Kalau di tadika ni, memang berpotensi 1 tadika dijangkiti. Sebab itu perlunya kuarantin pesakit HFMD.

Tips melegakan ulser mulut HFMD

Penyakit tangan, kaki dan mulut HFMD

Tanda & gejala HFMD

Kesian baby tumbuh bijik-bijik lepuh kat mulut, especially lidah. Kita ada ulser sikit pun dah mengaduh. HFMD tumbuh penuh 1 lidah. Itu penyebab baby / kanak-kanak taknak minum, makan dan menyusu. Bahaya dehydrated.


Infografik punca penyakit hfmd

Infografik komplikasi dan kesan penyakit hfmd

 Boleh menyebabkan buta! Jangan main-main dengan after-effect HFMD.
INFOGRAFIK CARA PENCEGAHAN PENYAKIT HFMD
Infografik KKM

Alhamdulillah pengalaman, sekali terkena inshaAllah kami akan lebih berhati-hati lepas ni. Kazim pun, ikut kata kakak aku dalam banyak lepuh-lepuh dalam mulut dan tapak kaki, masih lagi aktif berlari dan minum susu. Ikut kata doktor kalau aktif dan minum air, kira dah ok lah. Tapi kakak cuti seminggu jugak nak tunggu bijik lepuh tu keluar habis. 

Dengan berita penyakit HFMD makin merebak, rasanya lepas ni aktiviti ke taman permainan kami terpaksa ditunda buat sementara waktu. Jadi, kalau anak-anak buah aku balik, aku nak ajak diorang pergi mana pulak? Hm.


Kedai Sebelah - Kafe Stylish Hipster di Petaling Jaya

$
0
0
Kedai Sebelah - Kafe Stylish & Hipster di Petaling Jaya | Aku pertama kali rasanya makan kat kafe hipster macam ni, tu pun kat sini somewhere around last year. Tahun 2017.

Stylish sungguh deko dalaman dan luaran. Aku dengan kawan tertarik nak singgah sebab satu nama unik. Dan dua sebab deko menarik. Tiga sebab kedai ni specialty dia aiskrim kon murah-murah.

Depan kedai ni ada outlet Tupperware. Lepas habis menyoping tupperware, sibuk pula cari tempat nak makan.

Kedai Sebelah - Kafe Stylish Hipster di Kelana Jaya

Kedai Sebelah - Kafe Stylish Hipster di Kelana Jaya

Order spaggetti aglio olio. Harga dah tak ingat sebab pergi dah lama, baru teringat nak update! Haha. Lepuk tangan dia!

Tapi yang ingat, kalau nak request extra udang kena tambah duit. Heeeee, takpe-takpe. Nanti aku beli udang sekilo buat sendiri. Makanlah sampai muntah udang, ekeke.

Kedai Sebelah - Kafe Stylish Hipster di Kelana Jaya

Tapi deko memang hipster stylish habis. Aku suka sangat! 

Kedai Sebelah - Kafe Stylish Hipster di Kelana Jaya

Kedai Sebelah - Kafe Stylish Hipster di Kelana Jaya

Barang vintage! 
Mesin taip lama dan telefon pusing nombor zaman tok kaduk pun ada. Sesuainya buat prop ambik barang review. Eh.

Kedai Sebelah - Kafe Stylish Hipster di Kelana Jaya

Mana entah datang batang kayu kering tu. Tengok sebelah tu, guna kayu pallet je buat letak nama kedai.

Kedai Sebelah - Kafe Stylish Hipster di Kelana Jaya


Kedai Sebelah - Kafe Stylish Hipster di Kelana Jaya

Macam pinggan arwah nenek. Pesen pinggan lama tu.

Kedai Sebelah - Kafe Stylish Hipster di Kelana Jaya

Budak dalam gambar ni pun dah ada adik baby tahun ni. Punyalah lama simpan cerita dalam draft, haha. 


Presentation wise. Udang 3 ekor. Cuma rasa a bit bland. Harga memang aku akui tak ingat, tapi rasa memang ingat sangat. Pencinta makanan memang macam ni kan? Haha. 

Kedai Sebelah
D-G-02, Jalan SS06/20A,  SS6, 47301 Petaling Jaya Selangor

Buka dari 9.30 pagi - 12.00 malam




Pablo Matcha Cheesecakes dan Cheese Tart

$
0
0
Review Pablo Matcha Cheesecakes dan Cheese Tart | Aku memang suka makan cheese tart. Half baked cheese tart laaaagilah suka. Kalau jumpa cheese tart, baik yang King's takpun Hokkaido Baked Cheese Tart, mesti beli buat kudap-kudapan 😁

Kebetulan selalu ke Putrajaya berbengkel, ada sekali tu aku singgah IOI Mall. Syurga dunia rasanya masuk mall masa office hour, haha😂. Orang tak ramai jadi memang boleh perasan banyak outlet.

Lepas tu terperasan kedai ni. Pablo Cheese Tart. Promoter dia pun bukan main melambai-lambai ajak singgah. Singgah depan kedai dan perkara pertama aku tanya. 
Halal ke tak?

PABLO CHEESETART

PABLO MATCHA GREEN TEA CHEESECAKES

Pablo Cheesecakes besar gabak ok! Saiz cheesecakes ni dah besar pinggan. Harga pun lagi mahal dari pinggan ok! Lain sangat saiz banding dengan Hokkaido. Masa datang ni ada perisa matcha (teh hijau), strawberry dan original.

Jadi saja cuba Pablo Matcha Cheesecakes. Dan ada juga beli original cheese tart.

PABLO MATCHA GREEN TEA CHEESECAKES

Dah biasa makan Hokkaido dan King's Half Baked Cheese Tart, harus beli buat kudapan (kahhhhhhhh 🙈🙈) dalam kereta nak bandingkan dengan yang lain. Sebab aku ada baca review blogger yang kata Pablo lagi best!

Entah. Tu semua subjektif ikut apa yang orang rasa la kan?

PABLO MATCHA GREEN TEA CHEESECAKES

Matcha Cheesecakes selling fast. 
Dekat sini jugak jadi benda ridiculous. Lepas aku bayar harga cheesetart, dapat je cheesetart lepas tu terus blah jalan. Menonong je balik.

PABLO MATCHA GREEN TEA CHEESECAKES

Aku beli seketul je mini cheese tart. Jadi la buat celah gigi. Haha. Dapatlah beg kecik mini cheese tart. Lupa nak ambik Matcha Cheesecakes yang besar gabak tu! 

Lepas menonong, rasa takde benda menarik aku pusing balik ikut laluan aku datang dari parking kereta. Kebetulan lalu lagi Pablo.

Then tiba-tiba promoter Pablo tahan, sambil kata "Akak ye yang beli matcha cheese tart tadi? Tertinggal kat kedai"

Ya ampun. Buat malu je tertinggal cheesecakes!  

PABLO MATCHA GREEN TEA CHEESECAKES

PABLO MATCHA GREEN TEA CHEESECAKES

Inilah Pablo Matcha Cheesecakes yang tertinggal tu. Ekeke. Rupanya bila kita beli yang versi besar pinggan ni, staf Pablo akan re-heat. Jadi kena tunggu sekejap. Adeh.

PABLO MATCHA GREEN TEA CHEESECAKES

Bandingkan saiz dengan ipad.

PABLO MATCHA GREEN TEA CHEESECAKES

Matcha cheesecakes ni saiz dia memang besar! Serius besar dan berat. Paling sedap makan masa sejuk!

Lupa nak bagitahu rasa original cheese tart. Sedap jugak, crust tart tu rapuh je bila gigit. Dan rasa cheese dia lebih padu dan buncit. Hehe. Beli 1 je, masuk kereta terus selesai. Tapi kalau ikut selera aku, lebih prefer Hokkaido. Selera korang tak pasti la pulak.

PABLO MATCHA GREEN TEA CHEESECAKES

PABLO MATCHA GREEN TEA CHEESECAKES

Matcha Cheesecakes guna Uji Matcha Powder. Dan dalam tu ada paste kacang merah. Memang kombinasi yang menarik dan sedap! Tekstur kek lembut. Paduan rasa antara matcha dan cheese serasi je kat tekak aku.

Mula-mula potong tu ingat coklat, rupanya kacang merah. Menjadi juga kombinasi kacang merah dengan teh hijau. 

PABLO MATCHA GREEN TEA CHEESECAKES

 Sekarang Pablo ada Premium Cheese Tart. Tak rasa lagi, tapi kalau dah nama premium. Hm. Lagi sedap?


Mencerap Cakerawala di Klana Beach Resort Port Dickson

$
0
0
Mencerap Cakerawala di Klana Beach Resort Port Dickson | Kalau tak disebabkan kerja kena hadiri mesyuarat atau bengkel kerja, jangan haraplah dapat selalu overnight kat hotel. Dapat semalam dua keluar hirup udara segar tepi laut, berubah angin bandar pun dah cukup best rasanya. Recharge energy sambil-sambil buat kerja sikit, ala ape de kes killing two bird with one stone kan. Hehe. Yang kali ini aku ke Pantai Teluk Kemang, Port Dickson dan menginap di Klana Beach Resort Port Dickson

Oh ya lupa nak cakap. Ini adalah entry campak belakang.


KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON

Pagi hari kejadian, ada promosi kolej komuniti di Dataran Teluk Kemang. 2 hari berkampung di Teluk Kemang, aku dengan kawan dah rangka selepas habis je aktiviti promosi di siang hari tu, malam nak berjalan ke mana. Dan pilih hotel mesti dalam range bajet yang boleh claim, ada swimming pool dan free breakfast!

Swimming pool tu yang tak boleh blah. Entah sempat ke tidak nak berendam! Haha.

Hotel dari kompleks bangunan berhadapan dengannya.

KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON
 Kompleks Baitulhilal, Lot 4506, Batu 8, Jalan Pantai
Si Rusa 71050 Port Dickson
No. Telefon: 06-6487888
Laman Web: www.klanabeachresortpd.com.my

Tempah hotel macam biasa di Agoda. Harga dah tak ingat, tapi bolehlah masuk dalam range gred semasa yang aku boleh claim. Klana Beach Resort ni terletak bersebelahan je dengan Pantai Purnama berhadapan dengan laut Selat Melaka. 

Kami check-in hotel waktu petang selepas selesai berkemas khemah untuk promosi esok harinya. Dalam pukul 4 petang macam tu. Dan waktu kami sampai parking yang sebanyak-banyaknya di sekeliling hotel ini agak penuh dengan kereta. Haaaa, kalau nak tahu, parking sekitar hotel ini bukan sekadar memuatkan kenderaan pengunjung hotel sahaja, malah memuatkan kenderaan tetamu lain. 

Nak tahu kenapa aku cakap begitu, hm hm hm. Kena baca sampai hujung yaaaaa.


Bilik kami.
2 katil single dengan pemandangan laut. Spoil sikit sebab ada bumbung depan tu 😟 .  Tapi masih boleh nampak laut dan orang-orang yang berjalan ambik angin.

Come with Wi-Fi (Ini laju gila tak tipu. Siap tak guna internet sendiri sebab Wi-Fi laju sokmo), flat screen TV dan barang buat air. Alah biasalah kettle, gula, teh, kopi semuanya samalah macam hotel lain.

Kerusi ajak membawang



Majalah islamik tau! Bila dah check-in baru tahu rupanya hotel ini dibawah seliaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Cafe InshaAllah halal dan nak berenang di swimming pool kena berpakaian mengikut syariat.Tapi kalau tengok honeymoon package yang ditawarkan agak best!

Jam hijau tu aku beli masa travel ke Sapporo, sekarang dah hilang sebab tertinggal kat Aceh. Huwaaaaaa. Tinggal kenangan je lah dalam gambar.



Ada cermin wajib bergambar


Bilik air

Jamban dengan hose adalah perkara wajib.

Overall puas hati dengan keadaan bilik. Katil empuk, bersih dan aircond sejuk. Tak lupa kerusi oren menyala di tepi sudut itu. Memang bagi inspirasi nak deco rumah pakai warna-warna menyerlah gitu.

Petang lepas siap solat, terus tukar baju nak terjun POOL! Yeahhhhhhh. Pool ada 3, pool khas untuk budak, wanita dan lelaki. Ye kawan, diorang memang buat pool asing untuk korang terjun mandi-manda.

Pool wanita bersambung dengan pool budak. Pool lelaki kat belakang pool wanita, dipisahkan dengan penghadang. Tapi yang kelakarnya masa petang kami datang tu, ramai family yang terjun mandi manda. Tapi semuanya masuk dalam pool wanita. Siap ayah-ayah dia pun sama. Aiseh, ini sejenis tak pandai baca papan arahan atau saja je taknak beralih pool.

Sebelum terjun dalam kolam ni, aku masuk dulu bangunan di depan hotel ni. Tadi ada aku cakap kan parking hotel ini memuatkan juga kenderaan pengunjung lain. Hah, sebab ada bangunan ini!

Balai Cerap Teluk Kemang Port Dickson!


Untuk tetamu hotel, kami dapat menikmati kemudahan yang disediakan secara PERCUMA. Ada 2 kemudahan yang pengunjung hotel dapat di sini, antaranya:

Solar Observatory
Pukul 3.00 ptg - 5.00 ptg.

Night Sky Observatory
10.30 mlm - 12.00 tghmlm 


Tak ada rezeki nak mencerap matahari disebabkan petang hari langit mendung. Tapi bolehlah staf Balai Cerap baik hati bagi jugak aku masuk dalam kapsul tengok keadaan kat dalam. Pengalaman pertama ni, ya Allah eksaited gila! Hahaha. Korang dapat bayangkan kalau hari tu memang dapat cerap matahari. Laaaaaaaagi menggila eksaitednya kat situ. Kahkah. Tapi malam dah set jam nak join Night Observatory pukul 10.30 malam.


Malam tu makan kat Restoran Ikan Bakar Mesra. Perjalanan dari hotel ambil masa dalam 7 minit je. Dah nama restoran ikan bakar, pastinya makan ikan bakar uols. 

Kami pilih ikan siakap bako sambal? Ke Portugis nama dia? Rasa sedap, tak cicah sambal kicap pun ok. Ikan pun fresh. Sekor ikan ratah tanpa nasi 2 orang makan. Langsai.


Kita pakejkan dengan air kelapa. Lepas tu tamak rasa setakat ikan tak cukup nak puaskan nafsu perut, kita tambah lagi udang goreng tepung. Dan sayur campur. Tanpa nasi. Konon Diet Atkins 😆😆

Dah  pukul 10.30 malam. Jom mencerap cakerawala.

 Bila nak cerap, bumbung bulat tu terbuka. Besar gila rupanya teleskop. Patutlah boleh nampak bulan penuh ke tak penuh kalau nak raya. Dalam introduction awal, staf balai cerap cerita yang mereka pernah dapat saksikan solar flare. Kejadian tersebut direkodkan dan sekarang semua pengunjung dapat tengok video rakaman tersebut.


Double eksaited wehhhhhhh sebab dapat tengok planet! Sebab selama ni aku memang minat perkara berkaitan aeronautik dan space. Movie like Prometheus, Interstellar memang genre favourite aku. So boleh fahamla kan macam mana tahap eksaited aku.

Boleh take turns nak tengok melalui teleskop tapi tak boleh pegang langsung teleskop sebab itu setting diorang. Best sangat tapi nak naik atas menara ni, ya ampun. Mengah aku naik tangga bertingkat-tingkat. 

Esoknya. Sambil-sambil jaga khemah tu sempat juga lari makan. Makan pulak taknak kalah, mesti nak yang best-best! Laksa Penang & aiskrim kelapa! Muehehehehehe. Aiskrim kelapa adik kedai ni bagi sampai melimpah ruah! Aiskrim berscoop-scoop. Penat aku jaga bagi aiskrim tak mencair.  


Kes makan aiskrim kelapa kat sini lah yang buat aku ketagih nak makan aiskrim kelapa lagi.  Jumpa lagi aiskrim kelapa siap mintak extra kacang. Nyummeh! Pleaselah aiskrim kelapa ada kat mana-mana, with extra kacang untuk aku sorang. Ya ampun.




My mum is my travel buddy

$
0
0
Mak dah lama berhenti kerja. Last mak kerja masa aku sekolah lagi, last kat Salak Tinggi seingat aku. Dah berhenti kerja pun, takdelah jadi suri rumah sepenuh masa sebab tolong abah berkedai runcit.

Masa tu merasalah macam mana ada kedai runcit. Hehe. Tambah pengalaman, sebelum ni aku pernah rasa berniaga ayam kat pasar malam. Kerja kat Jusco. Memacam kerja rasa. Tapi kerja kat kedai runcit abah ko? 

Heaven! Nak minum air laaaaa paling gembira. Ambik je dalam fridge, zasssss. Urk. Bunyi kenyang. 😁

Masa tu kita dah widely use smartphone. Tapi mak still guna yang jenis handphone picit button sebab kata tak reti guna nak touch screen segala ni. 

Last-last bila abah belikan handphone baru, tetiba muncul kat whatsapp ko. Ada aku cerita kat blogpost ni. Kelako.

Tahun 2017, 2018 tahun menggila travel. Travel dengan officemate. Dengan adik beradik. Dengan orang yang first time jumpa kat airport. Sebelum ni gila travel gak, tapi sebab takde kawan dulu aku selalu angkut mak. Mak la travel buddy ai uols.
Travel Brunei, baru lagi ni. Awal bulan hari tu, bertiga dengan Eja. Yeye je mintak mak posing comel. Ekeke.

Penang. Berdua je dengan mak.

Penang with mom. Entry ini baru Part 1. Ya ampun. Entry travel selalu KIV lama.

Bukit Tinggi, Pahang. Ini berlima celebrate birthday abah.

Entry birthday abah Part 1& Part 2

Aceh. Yang ini berompek dengan Amin dan Eja.

 Bawak mak naik MRT for the first time. 

Raya 2017 dulu. Comel jugak abah aku bergambar tunjuk angpow duit raya, hehe.

Yaaaa, my mom is my travel buddy. Lepas ni pun inshaAllah ikut mak jugak nak JJCM Hatyai uols. Join geng Muslimah area rumah aku yang semuanya kawan-kawan mak. Geng bas sekolah lah kita lepas ni 😋


Lunch di Restoran Khadijah Ibrahim | Khadijah's Kitchen Petaling Jaya

$
0
0
Lunch di Restoran Khadijah Ibrahim | Khadijah's Kitchen Petaling Jaya |  Bukan Kak Sha koranglah kalau tak buat blogpost cerita tempat makan-makan. Selalu memang cerita tempat makan kat kawasan Petaling Jaya sebab dah kerja sini. 

Blogpost campak belakang ni seperti biasa diperam sampai jadi tapai, haha baru terhegeh nak upload. Bila kemaskini gambar baru perasan restoran Khadijah's Kitchen dah ada perubahan sikit kat hiasan dalaman dan signage kedai. Takpelah, yang penting menu dan presentation makanan tak berubah, ye tak?

KHADIJAH'S KITCHEN PETALING JAYA

Rasanya datang sini sebab nak celebrate birthday Kak Wawa, office mate aku. Dulu masa office belum siap renovate, kami memang duduk berhimpit 5 orang kat 1 ruang kecik. Now dah siap renovate, Kak Wawa duduk sebelah aku pulak. Team #makcikbawang sangat.

Waktu lunch pergi ok lah jugak. Sebab masa tu kebetulan kurang orang. Masuk-masuk je terpegun sebab deko cantik sangat. Banyak gambar Khadijah Ibrahim, pencapaian sepanjang berkhidmat dalam dunia seni semua terpampang / tergantung. Eh, takdelah semua kan. Tapi ada banyaklah. 

Peminat Khadijah Ibrahim mesti suka datang sini. But sadly, tak ada rezeki jumpa. 
Lunch di Restoran Khadijah Ibrahim | Khadijah's Kitchen Petaling Jaya

Lunch di Restoran Khadijah Ibrahim | Khadijah's Kitchen Petaling Jaya
Depan tu kaunter pembayaran.
Pun nampak cantik je, hehe.

Lunch di Restoran Khadijah Ibrahim | Khadijah's Kitchen Petaling Jaya

Lunch di Restoran Khadijah Ibrahim | Khadijah's Kitchen Petaling Jaya
Laksa Penang
Kalau tengok dari gambar pun dah nampak, kuah memang pekat meletop. Recommended. Aku order yang ini.

Lunch di Restoran Khadijah Ibrahim | Khadijah's Kitchen Petaling Jaya
Laksa Johor.
Kak Wawa and Kak Huda order. Review katanya ok lah. 

Lunch di Restoran Khadijah Ibrahim | Khadijah's Kitchen Petaling Jaya
So sorry. Dah lupa nama apa menu ni 😅.
Tapi review kata biasa je. Tapi sate memang sedap. Dan tak cukup 2 cucuk. Haha.

Lunch di Restoran Khadijah Ibrahim | Khadijah's Kitchen Petaling Jaya
Cucur Udang.
Set cucur udang datang sekali dengan tauhu dan sos. Aku lagi prefer cucur udang dengan kuah kacang.


Lunch di Restoran Khadijah Ibrahim | Khadijah's Kitchen Petaling Jaya
Ada banyak pilihan seating.

Lunch di Restoran Khadijah Ibrahim | Khadijah's Kitchen Petaling Jaya

Lunch di Restoran Khadijah Ibrahim | Khadijah's Kitchen Petaling Jaya

Lunch di Restoran Khadijah Ibrahim | Khadijah's Kitchen Petaling Jaya
So in love with the decorations.

By the way, ada beberapa menu memang original resepi Khadijah Ibrahim. Hm. We ols semua tak terorder pulak. Tak tahu sebenarnya. Masa nak bayar baru tahu. Adeh.

Restoran ni memang sesuai untuk gathering, makan together-gether dengan family ke kawan-kawan ke. Dan paling best. Memang IG spot betul. Kahkah. Itu je fikir.

Lunch di Restoran Khadijah Ibrahim | Khadijah's Kitchen Petaling Jaya
Tak ada rezeki jumpa owner, inshaAllah will come back again =)

Khadijah's Kitchen
Jalan Bukit 11/2, Seksyen 11, 46200 Petaling Jaya Selangor.


SOAL JAWAB ADSENSE

$
0
0
Bukan main tajuk entry ini. Okay. Kali ini khas pertanyaan untuk Adsense yang pernah orang tanya kepada aku, baik email atau dari komen di entry.

Aku mengaku ya, yang aku bukannya terer dalam selesaikan hal Adsense. Eh tak, salah ayat. Langsung tak terer. Ini semua sebab sebelum ini banyak try-and-error dan kumpul teori hasil bacaan blogger lain.


Aku banyak share pasal Adsense (mana yang aku tahu) sebab nak lebih ramai blogger dapat tuai hasil blog dari Adsense ( selain hasil review/advertorial) and others. Dan sebenarnya banyak cara lain lagi untuk jana duit. Please bear that in mind ya.

3 Cara Pasang Kod IklanAdsense di Blog (*Dah tak berapa valid sebab ada in-line & matched content. Lagi mudah)

BLOGSPOT
Semua tutorial yang aku sertakan adalah dari platform blogspot. Wordpress atau cara mohon untuk platform lain aku tak pasti.

GOOGLE MAIL
Permohonan Adsense hanya boleh menggunakan email google. Please jangan tanya kalau guna selain gmail boleh mohon Adsense ke tak.

INSUFFICIENT CONTENT
Kalau Adsense di tolak disebabkan alasan Insufficient Content, tolonglah percaya dan improve isi kandungan blog. Banyakkan entry original dan berkualiti (tak termasuk entry giveaway, pertandingan, lagu/lirik lagu dan sebagainya). Dan tak silap, bilangan patah perkataan pun diambil kira. Lagi banyak lagi bagus. Kalau blog baru, mungkin boleh pertimbangkan tunggu dalam 3 bulan sambil-sambil update blog. Lepas tu mohonlah Adsense banyak kali.

DIFFICULT SITE NAVIGATION
Periksa semua paparan blog, samada di pc/mobile view. Kadang kala, pada paparan mobile, ada code / bugs yang menyebabkan teks terhalang. Ini termasuk juga broken links. Sediakan page penafian dan polisi. Kalau dah lulus nanti, boleh je keluarkan page tersebut (jika nak).

BLOG BLOGSPOT
Blog Url blogspot lebih mudah untuk diapprove berbanding blog ada domain. Tapi blog yang berdomain jika dapat Adsense penuh lagi beruntung sebab 1 akaun boleh guna untuk banyak blog.  Jadi kalau ada akaun Adsense penuh, buat banyak blog. Semua blog tersebut boleh diletak kod Adsense. 

RESPONSIVE
Pertimbangkan untuk gunakan template blog yang responsive / mesra untuk semua paparan, baik pc/smartphone/tab. Chances lagi tinggi untuk lulus.

TUKAR EMAIL
Kalau dah berkali-kali apply Adsense guna email yang sama, tapi masih tak berjaya, boleh pertimbangkan guna email lain. Invite email baru sebagai admin di blog sedia ada. Lepas tu dah boleh apply Adsense semula menggunakan email baru.

Baru 7. Tolong bagi idea lagi apa nak aku kongsi di entry blogpost ni.



D'Pisang Ikan Bakar Beranang

$
0
0
Tempat Makan di Beranang | D'Pisang Ikan Bakar Beranang | Asyik cerita tempat makan kat KL, sekali sekala tukar angin cerita tempat makan kat Beranang pulak la kan? Kenapa Beranang? Bukan Berenang? 

Sebab aku tinggal kat Beranang. Memang setiap hari berulang-alik Beranang-Petaling Jaya. Berapa km tu Kak Sha? Hah, soalan feberet 😂. Nanti aku cerita ya.

Beranang ni pada aku masih boleh dikira sebagai kampung, walaupun banyak kawasan perumahan, walaupun Setia Eco Hill dan Eco World pemaju perumahan elit Eco Majestic dah siap dibina. Drama #JanganBenciCintaku TV3, rumah Shah-Fika dan rumah mama Fika kat situlah. Jangan tanya aku, aku pun tak pasti yang mana satu rumah diorang 😂.


D'PISANG IKAN BAKAR BERANANG


Hari tu pergi sini sebab saja nak JJCM kawasan Beranang ni. Asyik makan kat restoran RH Beranang je, boring jugak. Kat Beranang mostly kedai biasa, takde yang fancy sangat pun. 

D'Pisang Ikan Bakar Beranang - Tempat makan di Semenyih Beranang
Ada skrin besar. Bestla tengok bola sambil makan. Sebenarnya masa makan ni kami 5 beranak. Abah MIA berborak dengan kawan dia 😂

D'Pisang Ikan Bakar Beranang - Tempat makan di Semenyih Beranang
Sotong Goreng Tepung tersentil nama dia. Kahkah. Sotong goreng tepung sini masih tak boleh challenge kedai tomyam thai. Entah cemana Thai buat, kemain cantik dah serupa cekodok. Cantik rupa, tapi tebal laaaaaa. 

Sup Tulang faberet abah.

D'Pisang Ikan Bakar Beranang - Tempat makan di Semenyih Beranang
Aku order chicken chop with cheese. Sampai-sampai tengok cheese dia sekelepok atas ayam 😂. Adeh. Tak tahu nak gelak ke nak sedih.

Yang tiada dalam gambar, kueytiaw kungfu dan nasi goreng usa. Dan siakap bakar sebab lambat sampai atas meja. Lapar sangat, ambik gambar terus makan. Kahkah.

D'Pisang Ikan Bakar Beranang - Tempat makan di Semenyih Beranang
Sup Tulang geng #membawang dia adalah telur dadar dan sambal belacan. Gandingan serasi gitu menu abah. 

Overall, makanan ada yang ok, ada yang so-so. Kena pandai pilih. Deco kedai ok lah dan ada surau untuk solat, ruang makan kat luar/dalam kedai boleh pilih. Parking luas. Cuma waiter tu la, hampes sikit. Lama kami duduk, terkebil je mata pandang. Ehhhhh, nak kena aku yang panggil ke macam mana ni 😂.

Jom Follow:
Instagram : @nshahira88
Facebook : @nurulshahira28
Facebook Page : @nurulshahira.com
Twitter : @nshahira88


Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & LeGallery Suites Hotel

$
0
0
Travelogue 4H3M Brunei | Day 1: Brunei Internet Visitor Plan, Bas Brunei & LeGallery Suites Hotel | Bismillah. Finally, baru ada kesempatan nak mula bercerita mengenai trip bercuti 4H3M ke Brunei bersama mak dan Eja baru-baru ini. Trip ke Serambi Mekah, Brunei ini pada awalnya aku rancang 2 orang je dengan Eja. Beli tiket awal tahun lepas masa AirAsia  promo Free Seat, dapatlah harga RM 99 untuk seorang termasuk in-flight meal. Jadi bila 2 orang je, itinerary yang aku buat dah ala-ala backpacker, padat dan tak ada ruang bernafas! 😆

Tapi bila dah hujung-hujung menghampiri tarikh, mak kita nak ikut uols. Jadi, dari backpacker trip, terjunam jadi sukahati trip.
Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & LeGallery Suites Hotel
Boarding time 6.30 am okeh. Pagi buta abah hantar kami ke airport. Thank you abah sebab support anak dan bini dia yang nak berjalan, hehe.

KLIA2 macam biasa, ko datang pukul berapa pagi pun tetap meriah. Dulu masa pergi Aceh, tour guide mintak gambar bertiga depan Balai Berlepas. Gambar pengecaman katanya. Tapi bila pi Brunei ni, trip sendiri pun dah terikut tebiat guide Aceh. Ekeke.
Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & LeGallery Suites Hotel
See u when I see u.

Yang tak gemar bila boarding time pagi buta ialah bila nak solat subuh. Kami masuk gate awal, duduk-duduk dulu. Memang rezeki sangat surau & toilet betul-betul depan gate. Tak payah risau kena tinggal kapal kalau surau jauh.

Sambil tunggu tu, tengok masa menghampiri subuh, berbondonglah kami anak beranak ke toilet. Sekali....... Toilet depan gate tutup untuk dicuci! Dang! Nak masuk mintak permission pun tak lepas. Ke toilet lainlah jawabnya. Takpelah. Like sort of exercise dipagi hari. Hehe. Alhamdulillah selesai solat subuh tanpa insiden berebut telekung. Dan just nice lepas habis solat, masuk gate, terus dipanggil untuk berlepas.

Brunei.... Here we come!
Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & LeGallery Suites Hotel
Dalam flight, kami diberi kad putih seperti di atas untuk diisi. Ada 2 bahagian, Arrival dan Departure. Isi je dua-dua bahagian. Aku dengan yakin isi kat tempat Last Place of Embarkation : Aceh. I thought tempat terakhir travel? 

Bila sampai kat Kaunter Imigresen, Pegawai Imigresen double confirm. Betul ke dari Aceh sebab flight yang turun masa tu, dua-dua dari Malaysia. Royal Brunei Airline dan AirAsia. Kalau Aceh entah turun dari flight mana?

Adeh, salah translate aku ni. Malu betul salah tulis bertolak dari mana. Tebal muka. Itu sebab pentingnya English Education uols. Dan buat Malaysian yang tak pasti kita perlukan Visa atau tidak untuk masuk Brunei. Jawapannya, Malaysian tak perlu Visa untuk masuk Brunei, dan setiap kali kemasukan kita dibenarkan untuk berada di Brunei sehingga 30 hari tanpa visa.  In fact Malaysian tak perlu Visa untuk jelajah negara Asia Tenggara.

Arrival side pada kad putih tu diorang ambik. Departure side nanti bila kita keluar dari Brunei baru Immigresen collect. Jadi, jangan hilangkan kad tu. Sebab Imigresen Brunei strict!
Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & LeGallery Suites Hotel
Dalam airport lagi. Welcome to Brunei. Tengok mak, so happy of her kan? 

Aku baca blog orang travel pasal Brunei, semuanya puji sebab penggunaan tulisan Jawi keseluruhannya. Dah macam tulisan kebangsaan tau! Aku tengok ukiran tulisan jawi dia cantik berseni sangat. Betullah tu apa yang orang puji. 

Keluar je dari Balai Ketibaan, disambut dengan this view! Cantik moden gak airport. Kecik sikit, tapi serius nampak baru. KFC dan Burger King. Jenuhlah korang eja jawi ya, haha.
Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & LeGallery Suites Hotel
Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & LeGallery Suites Hotel
KFC dan Burger King

Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & LeGallery Suites HotelBooth Progresif

 Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & LeGallery Suites Hotel

Brunei Internet Visitor Plan

Tak makan kat airport sebab dah makan dalam flight tadi. Kami teruskan misi nak cari pelan internet untuk kegunaan selama kami berada di bumi Brunei. Aku touch down je Brunei, terus cabut sim kad postpaid Maxis. Satu sebab tak ambik roaming. Mahal! Tak berbaloi ok. Dan lagi satu aku takut trauma kot tetiba dah balik Malaysia, datang bil kena bayar ribu raban. Tak sanggup mak noks. 

Dah survey dari Malaysia, ada 2 telco untuk visitor/traveller. PROGRESIF / DST. DST adalah syarikat penawar khidmat telekomunikasi terbesar di Brunei. Kawasan liputan yang meluas. Tetapi setelah ditimbang tara, kami pilih telco Progresif.
Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & LeGallery Suites Hotel
Progresif Visitor Plan tawarkan 2 plan yang sah digunakan selama seminggu.

$10 - 1GB data
$25 - Unlimited data. Boleh share seramai yang ko mahu.

Kami ambil pakej $25 = RM75 untuk 4 hari. Share 3 orang. Banyak sangat dah jimat berbanding buat roaming (pada aku lah). Internet Brunei ni, UNLIMITED dan LAJU. Puas hati streaming video malam-malam sebelum tidur.

Both branch Progresif dan DST berada di Balai Ketibaan. Jika keluar dari Balai Ketibaan, booth Progresif berada di sebelah deret kiri, sementara DST di sebelah deret kanan.

Oh ya, di Brunei tak ada Grab. Dart, sejenis seperti Grab jugak, je yang ada selain pengangkutan awam dan kereta sewa. Prebet sapu not sure ada ke tak. Tapi aku tak pernah cuba Dart sebab nak rasa naik bas Brunei. Hari kedua pula dah arrange sewa kereta dengan Malaysian yang dah bermastautin di sini.
Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & LeGallery Suites Hotel
DST bagi data roaming.
200MB - $3 / 3 days
400MB - $5 / 6 days
1GB - $10 / 30 days
3GB - $20 / 30 days

Keluar dari terminal ketibaan, selepas Jollibee belok ke kiri untuk ke tempat menunggu bas. Semua bas dari airport akan terus ke Terminal Bas di BSB dahulu. Jadi, untuk ke hotel, kami naik bas 23 yang tiba di perhentian bas airport. Selain bas 23, boleh juga naik bas bernombor 24/34/38.

Masa tunggu tu, non-Bruneian macam kami ada 2 orang je. Sorang look Chinese, sorang lagi English. Memang stail backpacker dengan beg sandang besar. Bila bas dah sampai haha, adeh comel sangat bas.

Bas Awam Brunei

Masuk dalam bas, terus je duduk dulu sebab nanti tengah jalan baru driver bas / konduktor ambik duit. Style bas kita dulu-dulu sungguh kan? Dan tadi kan aku cakap beg besar? Kerusi dia comel weh. Aku pun duduk mengereng je sebab beg besar 😆
Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & LeGallery Suites Hotel
Tambang bas hanya $1 sorang nak ke Terminal Bas BSB! Murah bangat! Dan tips nak hidup aman kat sini sambil bercuti, janganlah ko convert ke duit Malaysia. Haha. Geng backpacker memang suka naik bas ni sebab murah. Tapi jangan terkejut, dalam bas mostly non-Bruneian. Driver kitorang masa bas dari airport memang orang Brunei.

Bas kedua dari terminal nak ke hotel, pemandu dan konduktor orang pakistan/bangla.  Not sure. Tapi memang diorang dah lama kerja, siap cerita raya tahun ni dapat masuk Istana Nurul Iman join sambutan hari raya. Bestnya!

Sampai Terminal BSB, haus dan lapar. Sempat lagi tu beli air mineral $1 dan puding kelapa $0.50. Sejuk sedap tekak baru boleh berfikir, nak ke LeGallery Suites Hotel macam mana.

Direction dari Tourist Information Airport kata, dari Terminal BSB kami boleh jalan kaki je ke hotel. Eh, cannot lah dah lah first time sampai, bawak mak lagi. Dengan penat lagi takkan nak bawak mak jalan kaki kan? Jalan-jalan tanya orang, oh rupanya ada je bas yang lalu berhampiran hotel.

Kami naik bas no. 1A dan berhenti di Hentian Hotel Badiah. Lepas tu jalan kaki dalam 3 minit untuk sampai ke hotel. Trick nak naik bas kat Brunei ni senang je. Dia bergerak dalam loop. Confirm akan lalu Terminal BSB. Di terminal, setiap lorong bas ada tercatat board laluan bas. Kalau tak pasti juga, tanya je orang bas. Diorang sangat membantu untuk suggest korang naik bas mana. Boleh juga download maps laluan bas ni untuk mudahkan korang.

Map Laluan Bas Awam Brunei

LEGALLERY SUITES HOTEL

Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & LeGallery Suites Hotel
Dah sampai hotel.
LeGallery Suites Hotel.

Seperti biasa, tempah di Agoda. Tempahan 3 malam RM285.49. Hotel ini ada complimentary airport transfer tapi kena book awal. Aku terlambat nak book, bila dah berbalas-balas message dalam agoda, last message dia tak balas sebab dah malam. Esok paginya nak terbang dah. Tak dapatlah complimentary airport transfer. Nasib tambang bas murah.

Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & LeGallery Suites Hotel
Gambar Lobby dari Agoda.

Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & LeGallery Suites Hotel
Bilik 2831. Jom masuk. Assalamualaikum..


Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & Review hotel LeGallery Suites Hotel
Halah, dapat pulak connecting room! Masuk-masuk je try buka pintu connecting tu, ehhhhh boleh buka pulak! Tak menahan orang sebelah ni ingat takde orang. Kami terus kunci pintu dari bilik kami. Letak beg, baringkan badan. Leganya.

Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & Review hotel LeGallery Suites Hotel
Toilet ok-ok je. 

Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & Review hotel LeGallery Suites Hotel
Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & Review hotel LeGallery Suites Hotel
Perabot biasa-biasa je. Takdelah nampak baru, tapi still consider ok. Yang penting aircond sejuk gila. Okeh aku senaraikan extra marks hotel ini:
- Aircond sejuk gila
-Toilet ada hos
-TV Astro (tapi ada 5 je channel, salah satunya Astro Prima selain CNN dan sekategorinya. Memang terpaksa layan Prima je sampai muak 😆)
-Free Parking
-Sebelah restoran best. Next entry aky cerita ya
-Dekat dengan shopping complex
-Ada fridge
-Ada complimentary untuk buat air
-Arah kiblat

Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & Review hotel LeGallery Suites Hotel
SEMUA bangunan kibarkan bendera Brunei dan kain rentang kuning sempena nak sambut birthday Sultan pada 15 Julai nanti. Jalan kaki ke belakang hotel ini dah jumpa shopping complex. Kat situ kami ada makan ayam penyet yang SEDAP!

Travelogue 4H3M Brunei | Brunei Internet Visitor Plan, Bas Awam Brunei & Review hotel LeGallery Suites Hotel, Harga Bilik Hotel LeGallery Suites Hotel Brunei
Senarai harga walk-in. Rasanya book online lagi super duper murah.

Hotel ini sebenarnya boleh tahan jugak nak berjalan kaki ke bandar. Dalam 10 minit jalan kaki gitu, tapi sesungguhnya perjalanan tu worth sangat sebab lalu jambatan cantik dan kampung ayer yang versi belum dimodenkan. Tapi kalau nak lagi best, dan tak sewa kereta atau buat backpack style, elok cari hotel yang betul-betul kat bandar. Mudah nak naik turun bas dari terminal bas.

Okay, panjang lagi perjalanan cerita ini. Nak tahu cerita selanjutnya, kena baca next entry pulak ya.

Jom Follow:
Instagram : @nshahira88
Facebook : @nurulshahira28
Facebook Page : @nurulshahira.com
Twitter : @nshahira88



Sakit Lutut Kerja di Kedai Dobi

$
0
0
Sakit Lutut Kerja di Kedai Dobi | Semalam macam biasa, bila-bila hari cuti atau datang mood rajin, aku datang tolong abah kat kedai dobi. Kedai Dobi? Iye betul lah tu, hehe. Dah lama jugak abah berkedai semula ni, last time hari tu kedai runcit. Then dah jual. Rehat-rehat sekejap kat rumah. Tapi agaknya dah biasa kerja. Tiap-tiap pagi hari keluar rumah pergi pasar semua, bila dah tak ada buat apa-apa, mati kutu lah bosan duduk rumah.

Itu yang berkedai dobi pula. Alhamdulillah, kedai dobi ni tekanan dan modal pusingan kurang berbanding kedai runcit. Kami pun lagi syok boleh datang guling-guling kat kedai, hehe. 

Jadi semalam datang tu ganti abah sebab abah balik kampung sekejap. Masa datang tu dah petang, hari Sabtu. Taaaaaaapi.....Rupanya petang tu banyak pula kain nak lipat! Berbakul-bakul dan semuanya nak hari esoknya, which is hari Ahad! Itu belum kira dengan kain yang belum dibasuh lagi! Adeh. Dah lah tinggal seorang je sebab staf abah dah habis shift. Pandang je lah kain yang berbakul tu sambil kerut dahi.

Yang bergantung baju nak gosok. Yang dalam bakul tu beratur nak kena basuh dan lipat. Ya ampunnnnn.

Selalu kalau abah balik kerja malam hari selalu kata lenguh kaki. Ye, abah pun buat kerja melipat jugak uols. Sebab staf abah selalu buat kerja menggosok kain baju. Kalau tengah masa sibuk memang abahlah yang terer lipat kain. Kadang tu aku tengok abah lipat lagi cantik dari aku lipat 😂.

Aku pun LENGUH KAKI. SAKIT LUTUT. Sebab melipat kain sambil berdiri. Kalau duduk lambat tangan bergerak. Lepas tu berulang-alik ke depan, ke belakang. Angkat kain dari mesin basuh tukar masuk ke dalam mesin pengering. Huuuuuu, lencun baju. Berpeluh. 

Nasib ada spray Biobax Cool Theraphy. Ingat tak sebelum ni aku pernah cerita pasal Biobax ni? Memang benda wajib ada dalam handbag aku selain barang mekap. Macam kelakar pulak kan simpan minyak angin dalam handbag? Kahkah. Serius aku tak tipu. Kejap aku cari entry mana. Haaa, ada ni ha ENTRY INI.


Sebab aku memandu pergi-balik dari rumah ke tempat kerja jauh. Sehala sahaja dah 50km. Belum masuk sangkut dalam traffic jam. Kalau traffic lancar dapatlah sampai dalam masa 1 jam lebih sikit. Kalau jam? Boleh capai tahap sejam setengah tau! Balik sememangnya jalan jam. Memang lenguh lutut aku. Itu sebab Biobax item wajib dalam handbag. Nasib botol dia comel kecik je. Takdelah berat sangat handbag aku.


Handbag kecik pun muat.

Semalam pun tak terkecuali. Balik je rumah lepas tutup kedai rasa nak tercabut lutut. Kadang-kadang buat kerja kat kedai ni masa tengah banyak kain memang penat jugak badan. 

Balik je rumah terus sembur Biobax kat lutut. Urut-urut sikit dan kemudian luruskan kaki sebentar sambil tengok tv. Baru lega sikit rasa lutut dan kaki ni. Sebelum ini pun aku bawak Biobax masa ke Vietnam. Penat shopping uols. Haruslah ada Biobax buat spray kaki. Pada aku, ini antara must bring travel item selain plaster.

Memang best sebab Biobax ni wangi. Selalu nak pakai kat office pun tak segan bau minyak angin sebab Biobax wangi, hehe. Tak melekit kat tangan, yang penting mudah meresap dalam kulit. Dan baju kurung aku tak kotor kaler kelabu ke coklat ke macam minyak angin biasa.


Pakai kat office.

Untuk mak dan abah memang aku dah bagi 1 botol untuk diorang guna bila-bila masa. Macam banyak pulak kan beli Biobax ni, aku punya, mak abah punya. Kemain lagi beli banyak sebab kalau beli 2 botol, sekarang ada diskaun RM20. 

Iklan promosi diskaun RM20 Biobax Cool Theraphy di laman web rasmi Biobax
Nak dapatkan diskaun tersebut hanya di laman web Biobax https://biobax.my/product/biobax/

Masukkan kod "RM20" di ruangan yang disediakan selepas memilih beli 2 unit Biobax. Dah beli banyak ni, boleh passover kat orang lain ye korang. 

Sebelum ini pun dah biasa juga tolong abah kat kedai dia. Tapi bila dah tinggal sorang, terkontang-kanting juga tau nak kejar kain, ahaha. Lepas ni ok kalau kena tinggal kat kedai pastinya aku angkut sorang adik buat teman tolong lipat kain. Bahagianya lahai kalau mesin lipat kain tercanggih di dunia wujud dan boleh dibeli letak kat kedai. Nescaya everything will be settled in a blink 😉

Cabut Gigi Geraham

$
0
0
Dah 2 hari sakit gigi. Sakit berdenyut-denyut di gigi geraham yang berlubang tu, membawak dari semalam hingga ke hari ini. 

Sebelum ini aku pernah share pengalaman buat rawatan akar kan? Hasil selepas 3 kali treatment memang ok. Gigi geraham yang berlubang tu pula dibuat tampalan sementara dan sepatutnya follow-up treatment akar ke-3 kebetulan jatuh pada tarikh hari yang sama aku ke Brunei.

Gigi kita sakit wak, tapi kita dah terlepas ke Brunei.

Jadinya aku minta reschedule dan tunggu tarikh baru. Sementara tunggu tu, aku pun lupa. Lupa juga nak follow-up dengan klinik pasal tarikh baru.

Dan hari ini kemuncak gigi sakit. Tak sempat dah nak ke Klinik Kesihatan. Rasa sakit sangat sampai ko telan air liur pun boleh tersentak! 

Tapi kebetulan pula, makan tengahari gigi tak sakit. Boleh habis nasik sepinggan. Memang dasar tahu nak gemukkan aku! Haha.

Jadi petang semalam terus cari klinik gigi. Berserah je lah, nak tunggu apa lagi? Tunggu sampai berbuih mulut aku menganga tahan sakit? 

Sampai turn jumpa doktor, baru duduk kat kerusi je dah menggigil 1 badan. Kahkah.

Masa jumpa doktor gigi klinik kerajaan pun tak gigil macam ni. Aku tak pasti gigil sebab takut. 

Atau gigil sebab nak bayar harga cabut gigi klinik swasta? Hahaha.

Bius 2 kali sebab bius kali pertama tak jalan. Bila doktor test korek gigi, aku menjerit wehhhhhh. Kahkah. Siap kata, ok ok rasa lagi.

Dapatlah bius kedua.

Dah bius, dah confirm kebas pipi, bibir, gusi semua doktor tu bawak keluar playar.

Omaigad. Playar.

"Nganga mulut besar ye. Kalau dengar bunyi grrrr, krek tu biasa ye. Kalau sakit bagitahu"

Ko rasa bunyi grrrr krek tu apa? Gabra aku.

Sebab doktor lelaki kut, gagah perkasa cabut gigi dah macam cabut paku je gaya. Cuma aku lah, rasa bila playar dalam mulut, sambil goyang-goyang gigi, dengan mulut gusi kebas, macam kena belasah pulak rasanya. Pegang pipi lagi nak check bengkak sebelah ke pipi? Haha.

Overall, proses selepas bius sehingga ke cabut gigi sekejap je. Siap tak sedar gigi dah tercabut. Gitu punya bius.

Sampai ke malam kesan bius tu aku rasa. Sambil kunyah makan nasi, tak sedar tergigit bibir sendiri. Ye lah ingatkan daging ayam 😆

Harga cabut gigi geraham + ubat tahan  = RM120. Oklah jugak kan harga?

Ni ha plastik ubat. Ponstan kemain banyak. Harap-haraplah tak payah makan banyak ponstan. Gusi. Semoga awak tak berdenyut esok ya!

Oh ye, aku pegi ke Klinik Pergigian Zakwan di Semenyih Sentral. Doktor friendly. Recommended! 



Tips Selepas Cabut Gigi | Gusi Bengkak

$
0
0
Tips Selepas Cabut Gigi | Gusi Bengkak | Hai. Hari ini masih kat opis melanguk disaat semua orang dah balik raya. Jalan pun kosong boleh buat main teng-teng. Then ni haaa, lupa nak say thanks dengan blogger @anies sebab bagi bagi hadiah jadi pengkomen tegar blog. Lama dah dapat, baru hari ni tergerak nak update. Haha. By the way, pin Aidijuma ni cantik tau! Dan sekali dengan pin ni, poskad Yehliu Geopark. Ini mesti beli masa pergi macau hari tu kan? TQ again ya ☺

Pin Aidijuma dan Poskad dari blogger Anies

Kita sambung cerita pasal sakit gigihari tu. Seminggu lepas cabut gigi geraham aku pelik kenapa gusi masih sakit. Adakah benda biasa sakit sampai seminggu? Bila aku tanya adik  yang sebelum ini cabut gigi jugak, dia kata sekejap je sakit. Eh sebenarnya the next day lepas cabut gigi pun dah ok. Dah boleh makan macam biasa. Tak payah telan ubat tahan sakit sampai habis.
 
Macam aku.

Habis aku telan ubat tahan sakit tuuuu 😭

Pelik sangat. Dah google pun masih tak dapat jawapan kenapa lepas seminggu gusi masih bengkak sakit. Jadi genap seminggu aku pergi semula ke klinik gigi yang aku pergi untuk cabut gigi tu. Dan jumpa juga dengan doktor yang sama.

Lepas dah terangkan semua, aku kena BEBEL! Hahahaha.

Saya dah kata JANGAN BERKUMUR-KUMUR. JANGAN BERUS AREA KAWASAN GIGI BARU CABUT TU. MAKAN MINUM MAKANAN SEJUK

Kahkahkah. Padan muka aku. 

Sebabnya kan, sebenarnya aku korek dalam gusi yang berlubang tu sebab aku ada nampak ada benda putih. Mati - mati aku ingat nasi termasuk kat situ. Korek guna berus gigi tau! Lepas tu geram benda tu tak nak keluar aku pegang guna tangan lagi. Ya ampun. Macam manalah tak kena bebel! Bebal jugak rupanya aku. Lepas tu mengadu sakit gusi sebab kawasan gusi tu dah ada infection.

Kena korek balik gusi aku! Sakit lebih kurang macam cabut gigi jugak. Aku nampak je benda alah apa doktor guna nak bersihkan gusi aku. Horror tau. Terbuntang-buntang mata aku pandang siling dengan lampu je. Pipi lenguh menganga pun aku tak cakap.

Siap bersihkan semua, dapat pesan lagi. 

JANGAN USIK GUSI TU DENGAN JARI. JANGAN KUMUR-KUMUR. JANGAN KOREK DENGAN BERUS GIGI LAGI

Dah tua bangka pun kena bebel, hahaha. Tapi Alhamdulillah, doktor baik je sebenarnya. Dia terangkan sampai kita faham masalah gigi kita tu. Takde marah apa pun. Cuma kita ajelah, dah buat salah, lepas tu sakit sendiri. 200% rasa bersalah atas kebodohan sendiri. Dan sebenarnya benda putih yang aku ingat nasi tu sebenarnya adalah tisu gusi yang baru nak ok. Baru nak hidup aku korek. Nahaslah kan.

Dapat lagi Ubat Tahan Sakit yang versi lagi kuat, Antibiotik 2 jenis dan Cecair Kumur Oradex. Ubat Tahan Sakit tu memang diakui kuat, malam tu lepas aku makan je terus flat sampai esok pagi. Risau jugak aku nak makan kat ofis nanti, sia-sia je aku membuta sebab makan ubat. 

Ubat Kumur Oradex bantu legakan sakit gigi
 Ini Oradex Antibacterial Mouthwash. Hari tu viral dalam FB.

Surprisingly, esoknya pergi ofis gusi tak sakit dah! Boleh makan Kepci.....

Pantang selepas cabut gigi supaya luka gusi cepat sembuh yang doktor pesan. Ada beberapa pesan, ini antara yang aku ingat.
  1. Jangan kumur-kumur dalam masa beberapa jam pada hari cabut gigi. Paling bagus sampai malam, bangun tidur esok pagi baru boleh berkumur, itu pun perlahan. 
  2. Ganti kapas di kawasan gusi berdarah setiap setengah jam.  
  3. Makan/minum makanan dan minuman yang sejuk kerana ia sangat membantu supaya darah cepat berhenti. 
  4. Elakkan makan makanan pedas, panas, berminyak dan manis. 
  5. Tidur awal selepas cabut gigi untuk bagi badan rehat. 
  6. Makan ubat yang diberikan ikut kesesuaian. 
  7. Datang berjumpa doktor semula sekiranya gusi / kawasan gigi yang dicabut sakit.

Aku kan punyalah takut dengan dentist ni siap cakap "Siapa yang tak takut dengan dentist?" Kahkah. Tapi memang serius takut sebab masa pergi pertama kali sepanjang cabut gigi tu aku menggigil habis. Dengan berpeluh lagi basah baju belakang aku. Haha. Yang kali kedua pulak takut jugak, itu yang pandang je siling. Dan bila ingat balik, rupanya aku tak ingat pun muka doktor tu macam mana. Tengok siling je dan takut punya pasal, ahaha.

Nasihat aku dan untuk peringatan diri aku sendiri. Lepas ni kalau sakit, tak kisah sakit apa pun terus ke klinik. Jangan tahan-tahan, takutlah apa lah. Kalau aku boleh lawan perasaan takut tu, korang apa lagi kan? After all, we all Wonder Woman right? 😉

Selamat Hari Raya Aidiladha 😉😉

Jom Follow:
Instagram : @nshahira88
Facebook : @nurulshahira28
Facebook Page : @nurulshahira.com
Twitter : @nshahira88


Menang Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 Dengan Resepi Ibu

$
0
0
Siti Nor Yuwana menangi Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 dengan resipi ibu dan masakan sendiri

Ingat lagi dengan Cabaran Raja Kuah Knorr 2017? Hah, bagi tahun ini, Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 telah melabuhkan tirai yang dimenangi oleh Siti Nor Yuwana Zulkifli, 35 tahun yang mempersembahkan resipi arwah ibunya iaitu Kari Ayam Warisan Bonda dan juga dua hidangan ciptaan sendiri.

Menang Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 Dengan Resepi Ibu

Pengendali makanan dari Kuala Lumpur ini juga menyediakan hidangan Masak Lemak Daging Salai Berapi dan Ayam Masak Kicap Cara Saya untuk mendapat perhatian para juri dan berjaya memenangi hadiah utama berupa pakej umrah untuk dua orang bernilai RM25,000 serta wang tunai sebanyak RM15,000 dan hamper.

Siti Nor Yuwana berkata: ”Saya juga harus berterima kasih kepada suami saya kerana mendaftarkan saya dalam pertandingan ini dan saya tidak sangka saya akan menang sehingga kami berdua dapat menunaikan Umrah bersama-sama dan juga menikmati hadiah lain!”

Menang Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 Dengan Resepi Ibu

Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 sedang meneruskan usaha untuk  menghayatkan penghargaan baru untuk hidangan berkuah Melayu yang digemari oleh ramai rakyat Malaysia.

Sejak diperkenalkan buat kali pertama pada 2016, acara anjuran Unilever Food Solutions ini berfokus kepada masakan Melayu berkuah yang mewakili sehingga 70% daripada hidangan pengendali makanan Melayu hidangan kari, kicap dan masak lemak.

Pengarah Urusan UFS Malaysia Nusrat Perveen berkata: “Oleh kerana kini terdapat satu trend menggunakan perasa ayam juga untuk menambah selera, Unilever Food Solutions memberi pengiktirafan terhadap usaha masakan menggunakan Serbuk Ayam Knorr.

“Tahun ini, kami telah mengadakan perkongsian khas dengan NSK Trade City, pemborong yang terbesar di Malaysia dan rakan ‘Cash & Carry’ kita yang terbesar. NSK Trade City terkenal dengan pelbagai jenis produk yang berkualiti tinggi dan harga berpatutan seperti tin makanan, minuman, produk penjagaan badan dan bahan pencuci. Ini hanyalah beberapa jenis produk yang dapat saya namakan! ” Nusrat berkata.

Menang Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 Dengan Resepi Ibu
 Para juri sedang mencuba hidangan masakan oleh salah satu peserta.

Para juri yang mengadil termasuk chef selebriti Mohd Johari Edrus (lebih dikenali sebagai Chef Jo), Chef Profesional UFS Mohd Hadzrin Mohd Din dan pengarang dari majalah masakan Saji Rosmarlinda Kamarudin telah menentukan pemenang berdasarkan kriteria seperti kebersihan, penampilan dan citarasa hidangan.

Penyertaan Cabaran Raja Kuah Knorr dibuka kepada semua rakyat Malaysia dan sungguh mudah sekali dengan menampilkan 3 jenis resepi hidangan berkuah yang terdiri daripada masakan berkuah jenis kari, kicap dan lemak (kunyit dan santan) dengan menggunakan Stok Ayam Knorr. Seramai 10 penyerta dari seluruh Malaysia, termasuk 1 peserta dari Negeri Sembilan telah dipilih untuk bertanding dalam peringkat akhir.

Pemenang lain untuk Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 bertuah termasuk:

Menang Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 Dengan Resepi Ibu
Naib johan Fazerina Ibrahim, 34 dari Selangor menerima tunai RM10,000 beserta hamper
Pemenang ketiga Ali Zainuddin Adnan, 39, mendapat tunai RM6,000 dan hamper
7 pemenang saguhati menerima tunai RM1,000 beserta hamper

Unilever Food Solutions ingin berkembang untuk masa depan dengan menyentuh 800 juta pengguna setiap tahun. UFS berhasrat mencapai matlamat ini dengan cara yang mampan dan menumpukan kepada empat bidang di mana UFS boleh membuat perbezaan: memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan, meningkatkan keselamatan makanan, mengurangkan pembaziran makanan dan mencari sumber yang mampan.

Cafe Jiran PJCC | Tempat Makan Best PJ

$
0
0
Review : Cafe Jiran Petaling Jaya (PJCC) | Disebabkan perasaan Monday blues masih menebal, hari Isnin jadi hari review resto gayanya. Kalau korang tengah survey tempat makan best di PJ, tekan je tags food aku. Banyak jugak dah share resto area PJ ni. Last time share pasal Khadijah's Kitchen, which is owned by artist Khadijah Ibrahim. Dan kali ini nak share pasal Cafe Jiran PJCC, which is dekat sekangkang kera dengan office aku. 

Cafe Jiran ni selalunya kami terjah bila teringin nak makan decent western food. Decent kat sini, maksudnya food presentation wise, harga pun setanding rasa. Overall satisfied. 

Oleh sebab dah beberapa series of lunch, jadi ada beberapa menu lah yang dah rasa. Antaranya ni hah,

Grilled Chicken. Come with corn, coleslaw and spiral. 

Aku suka kuah blackpaper dia. Selalu tak cukup kuah! Kena tambah lagi. Tapi ada beberapa kali bila mintak tambah kuah, kena charge tambahan.. Adeh, lepas tu terus berjimat cermat makan kuah blackpaper. 

But, kami dah jumpa tempat nak makan western food harga ekonomi! Bukan setakat harga, presentation pun ekonomi, rasa ok je. Bolehlah buat penghilang craving bila poket nipis. Will be updating next time ya! Hehe. 

Chicken Chop. Comes with coleslaw and chips.

Selalu bila kawan order ni, aku jeles tengok besarrrrrrnya ayam!  Ayam lagi besar tapi harga lagi murah dari grilled chicken. Yang ini dapat sekali 1 bowl blackpaper sauce. Selepas insiden dicharge sebab mintak add-on blackpaper sauce, aku tumpang mintak kawan aku je sebab selalu diorang tak habis dip kuah.

Kedondong Juice.
This is my favourite! Pleaselah order yang ni bila makan kat sini. Sebab diorang guna buah pure.. Sedap! 

Grilled Chicken lagi. Kali ini tak ada jagung, diorang ganti dengan bread.

Kentang Goreng.

Spagetti Bolognese.
Biasa je kat tekak aku.

Kan dah kata kedondong juice tu favourite air aku. Tak ingat entah berapa kali order air yang sama. But now sejak komitmen  bertambah dan poket sentiasa nipis, order air suam je. Sedih.

Mee Kungfu rasanya ni. 
Kawan aku order rasanya sebab ada cili potong. Style aku makan tak ada cili potong walaupun tak pedas.  

Laksa.
Order ni masa diorang perkenalkan menu baru. Rasa pada aku biasa-biasa je. Mungkin chef diorang memang King dalam Western Food. Now rasa tak sure. Sebab kalau datang sini memang order western je.

Nutella Cheese.
Okeh, ini bukan beli kat Cafe Jiran. Haha. Nutella Cheese ni beli dengan home baker kat area office aku. Aku tak ingat ig dia, tapi Nutella Cheese dia sedap gila! Harga dalam belas-belas rasanya. Kuantiti cheese dan nutella memang melimpah ruah.

Ya ampun. Sedapnya buat tambah lemak!

Cafe Jiran Petaling Jaya
No. 19-G, Jalan PJS 5/30
Petaling Jaya City Centre (PJCC)
46150 Petaling Jaya
Selangor
Opening Hour
Everyday from 12.00pm to 12.00am

Selain di PJCC ni, Cafe Jiran juga ada cawangan di Wangsa Maju dan Kota Bharu. Cawangan lain aku belum pernah cuba. Yang dah cuba, boleh share review ya 😉

Jom Follow:
Instagram : @nshahira88
Facebook : @nurulshahira28
Facebook Page : @nurulshahira.com
Twitter : @nshahira88

Viewing all 311 articles
Browse latest View live