Quantcast
Channel: nurulshahira.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 311

Mulakan Dengan Nasi Goreng Atkins

$
0
0
Nasi Goreng Atkins | Hari Ahad lepas acah-acah nak mula Diet Atkins. Tak tahulah ini masuk kali ke berapa nak diet, tapi plan ke laut, cita-cita nak kurus ke gaung T_T. Mungkin sebab acah-acah, bukan betul-betul, tu yang kesungguhan pun nan hado.

Tapi Ahad lepas ni dah berasap-asap keluar dari hidung punya azam nak buat Atkins juga. Selongkar fridge, rupanya couliflower yang beli dulu sebelum balik cuti Chinese New Year tu ada lagi. Hah, itu acahan diet entah ke berapa kali agaknya! Hiks :D. 

Tekak teringin nak makan nasi goreng, tapi nasi /  karbo ni kalau makan sesenduk, mahu tambah bersenduk-senduk. Nak follow Atkins, kita buat nasi goreng style Atkins. Couliflower goreng dengan telur mata.

NASI GORENG ATKINS

Resepi Diet Atkins: Nasi Goreng Atkins

Bahan-bahan:-
Couliflower cincang halus. Kalau ada blender, blend je, senang.
Daging ayam 
Lobak merah (sikit je. Fasa Induction tak boleh sebenarnya. Tapi cheat sikit)
Bawang merah 1 biji
Bawang putih 1 biji
Telur 1 biji
Cili padi 3 biji

CARA-CARA:-
1) Tumis bawang putih, bawang merah dan cili padi sehingga naik bau.
2) Masukkan daging ayam. Masak seketika.
3) Masukkan lobak merah. 
4) Masukkan couliflower (kobis putih). Masak sehingga couliflower layu.

Resepi Diet Atkins: Nasi Goreng Atkins

4) Lepas couliflower layu, masukkan telur di tengah-tengah kuali (macam dalam gambar).
5) Kacau rata macam masak nasi goreng.
6) Perasakan dengan blackpaper dan garam (sikit je).

Resepi Diet Atkins: Nasi Goreng Atkins

Dah siap !
Nasi Goreng Atkins bersama Telur Mata Melekat di Kuali. Hiks :p
Senang je kan, sebijik cara macam nak masak nasi goreng. Kalau rajin tambah telur mata. Telur mata aku tu jadi rupa macam tu sebab melekat dekat kuali. Sungguh nak bagi naya dekat tuan. Tau kan tuan dia nak gambar bagi masuk blog. Saja nak melekat T_T

Tips Diet Atkins: Minum Teh Hijau Untuk Tingkatkan Metabolisma Badan

Antara tips untuk meningkatkan metabolisma badan & membantu pencernaan. Amalkan minum Teh Hijau selepas makan. Sekali sehari. Sangat membantu melancarkan pencernaan. Nak - nak pulak kalau buat Atkins ni ramai kata sembelit lah, apa lah. Macam aku, sebab tak dapat makan buah. So, telan Teh Hijau ni 2 gelas, haha.

So, dah mula Atkins. Minta - minta kali ni bukan acah-acah lagi. InsyaAllah =). Sapa nak join angkat tangan !


Viewing all articles
Browse latest Browse all 311

Trending Articles