Quantcast
Channel: nurulshahira.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 311

Menara Kayangan Lahad Datu: Pemandangan Teluk Darvel. Awesome!

$
0
0
Antara tempat menarik yang ada di Lahad Datu selain Tabin Wildlife dan Pantai Sahabat adalah Menara Kayangan yang didirikan di atas Gunung Silam. Baru juga dibuka kepada umum rasanya menara ni. Jadi, selepas check out dari Felda Residence Sahabat, dalam perjalanan balik ke Tawau, singgah dulu Kayangan Menara Kayangan.

Menara Kayangan yang terletak di Gunung Silam ini terletak di Kampung Lama. Kedudukannya di persimpangan jalan lebih kurang 11km dari arah bandar Lahad Datu. Persimpangan ini juga merupakan pintu masuk ke Lembah Danum Conservation Centre. Nak ke Lembah Danum kena berjalan sejauh 63km lagi.

Tempat Menarik di Lahad Datu: Menara Kayangan, Gunung Silam Lahad Datu

Tempat Menarik di Lahad Datu: Menara Kayangan, Gunung Silam Lahad Datu

Sampai dah Kayangan :D
Bayaran masuk ke Menara Kayangan sangat berpatutan. 

Untuk Malaysian :-
» Dewasa : RM 5.00
» Kanak-kanak (1 - 18 tahun) : RM 2.00

Untuk non-Malaysian :-
» Dewasa : RM 10.00
» Kanak-kanak : RM5.00

Dari pintu masuk nak sampai ke atas gunung ni makan masa setengah jam juga. Dalam 10km gitu. Tak bawa laju sebab jalan kecik dan agak sunyi. Seram juga bila bertembung dengan kereta lain bila kita nak naik, depa nak turn. Mau berlaga muncung kereta ai.

Tempat Menarik di Lahad Datu: Menara Kayangan, Gunung Silam Lahad Datu

Tempat Menarik di Lahad Datu: Menara Kayangan, Gunung Silam Lahad Datu

Menara Kayangan dibina pada ketinggian 880m dari aras laut di atas Gunung Silam menghadap ke arah Teluk Darvel. Pemandangan atas ni, subhanaAllah, cantik sangat. Serius cantik. Datang sini, disamping kau dihidangkan dengan pemandangan menarik, dapat juga rasa ditampar-tampar udara sejuk nyaman. Bahagia. Nyah kau habuk asap jahat!  =)

Sebelah Menara Kayangan ini ada menara telekomunikasi dan bangunan selenggara dan monitoring TM. Rasanya setiap harilah van TM naik turun gunung ni. Gigih. Dan ada juga dibina restoran dekat atas ni. Tapi mungkin disebabkan kekurangan pengunjung atau kos yang terlalu tinggi, restoran tersebut sudah tidak beroperasi. Rugi pula rasanya. Kalau betul-betul sektor pelancongan disini dipromosikan dengan sewajarnya, confirm meletup meriah.

Kalau Kak Sha semua dia rasa rugi. Kedai tutup pun dia rasa rugi. Makanan tak habis pun rugi. Apa yang tak rugi kak? T_T

Tempat Menarik di Lahad Datu: Menara Kayangan, Gunung Silam Lahad Datu

Tempat Menarik di Lahad Datu: Menara Kayangan, Gunung Silam Lahad Datu

Teluk Darvel dari 2 kamera berbeza.
If they can arrange to do some activities like zipline dari atas ni ke pulau-pulau di Teluk Darvel tu. For sure aku orang first register, hehe.

Tempat Menarik di Lahad Datu: Menara Kayangan, Gunung Silam Lahad Datu

Tempat Menarik di Lahad Datu: Menara Kayangan, Gunung Silam Lahad Datu

Nak sampai tingkat atas sekali Menara Kayangan ni kena naik tangga. Agaknya faktor baru sangat hiking di Pulau Boheydulang tu, naik tangga 8 tingkat pun lutut menggigil. On the way nak turun kaki cramp pula. T_T

Kawan-kawan Hikers yang nak cuba trail hiking dekat sini pun boleh. Ada 2 trail yang disediakan dalam Hutan Simpan Silam. 1 Trail Kayangan yang ambil masa lebih kurang 1 jam 45 minutes (tahap kesusahan 4 bintang) to complete dan 1 lagi Trail Kalung-Kalungan (2 jam 35 minit) dengan tahap kesusahan 2 bintang. 

Kami confirmlah tak hiking kan. Kalau naik tangga pun menggigil kepala lutut. Tambah hiking tertanggal terus kut lutut, kahkah.

Tempat Menarik di Lahad Datu: Menara Kayangan, Gunung Silam Lahad Datu

Tempat Menarik di Lahad Datu: Menara Kayangan, Gunung Silam Lahad Datu

Waktu Operasi:
Isnin - Ahad : 8.00 pagi - 5.00 petang

Menara Kayangan Lahad Datu checked !


Viewing all articles
Browse latest Browse all 311