Quantcast
Channel: nurulshahira.com
Viewing all 311 articles
Browse latest View live

Mudahnya Bayar Parking di Selangor Melalui Aplikasi Smart Selangor Parking

$
0
0
Mudahnya Bayar Parking di Selangor Melalui Aplikasi Dalam Talian Smart Selangor Parking | Hai. Teringat semasa ada Majlis Apresiasi Pelajar di Hotel Sri Petaling baru-baru ini, kena bayar parking kenderaan walaupun di hadapan hotel kerana petak parking tersebut di bawah kendalian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Naik ke dewan, berborak dengan pengarah dan kawan lain, rupanya diorang pun tak tahu parking berbayar, risau juga kalau kena kompaun kan? 

Nak turun beli kupon gores untuk sejam dua pun rasa tak berbaloi. Eh, tak tahu ke ada Aplikasi Dalam Talian untuk Bayar Parking Selangor? 

Aku dah lama pakai apps ni. Pertama kali guna semasa nak parking untuk buat penilaian Latihan Industri pelajar di Bangi. Dah siap parking, nak turun tiba-tiba ternampak pegawai MP tengah buat operasi. 

Ni kalau turun sekejap pergi cari kupon mau tiba-tiba balik dah dapat kompaun? Takkan nak tunggu dalam kereta pula kan? Jadi cuba scroll play store cuba nasib kalau ada aplikasi bayar parking Selangor.

Tinggggg!!! Ada rupanya! Aplikasi Smart Selangor Parking namanya. Cuma muat turun dalam play store & boleh bayar parking untuk mana-mana Majlis Perbandaran di Selangor ni.

APLIKASI SMART SELANGOR PARKING 

BAYAR PARKING SELANGOR MENGGUNAKAN APLIKASI SMART SELANGOR PARKING
LANGKAH 1
Muat turun Smart Selangor Parking dari Play Store ( Android) atau App Store (iOS).

BAYAR PARKING SELANGOR MENGGUNAKAN APLIKASI SMART SELANGOR PARKING
LANGKAH 2
Daftar Pengguna Baru. Isi semua maklumat.

BAYAR PARKING SELANGOR MENGGUNAKAN APLIKASI SMART SELANGOR PARKING
LANGKAH 3
Kemaskini No. Plat Kenderaan. Setakat ni aku dah masukkan 3 nombor dan this apps work perfectly.

BAYAR PARKING SELANGOR MENGGUNAKAN APLIKASI SMART SELANGOR PARKING
LANGKAH 4
Beli Kredit. Kredit boleh topup bila-bila masa dan minimum kredit RM10. Kredit dalam apps ini tiada tarikh luput. Kemaskini terkini, dah boleh guna di 10 PBT, mula-mula aku guna dulu hanya 6 PBT.

Settle kemaskini no plat kenderaan dan beli kredit (untuk pertama kali gunakan apps ini), baru boleh nak bayar parking. 

BAYAR PARKING SELANGOR MENGGUNAKAN APLIKASI SMART SELANGOR PARKING


BAYAR PARKING SELANGOR MENGGUNAKAN APLIKASI SMART SELANGOR PARKING

BAYAR PARKING SELANGOR MENGGUNAKAN APLIKASI SMART SELANGOR PARKING
 Pilih PBT. 
Jika on kan GPS, secara automatik aplikasi ini akan kesan lokasi PBT dimana kita berada.

BAYAR PARKING SELANGOR MENGGUNAKAN APLIKASI SMART SELANGOR PARKING
Ini contoh belum masukkan no plat kenderaan. Dalam kotak biru TIADA bermaksud tiada kenderaan didaftarkan.

BAYAR PARKING SELANGOR MENGGUNAKAN APLIKASI SMART SELANGOR PARKING
Dah masukkan no. plat kenderaan. Tekan no. plat tersebut & boleh pilih berapa lama masa bayaran. Minimum 1 jam.

BAYAR PARKING SELANGOR MENGGUNAKAN APLIKASI SMART SELANGOR PARKING
Timer bermula. Bila semakin menghampiri waktu tamat bayaran parking, akan keluar notifikasi makluman. 

So, senangkan? Lepas ni nak tolong bayarkan parking orang lain pun boleh. Cuma tambahkan no plat, kemudian tekan bayar. Nak transfer kredit dalam aplikasi kita kepada orang lain pun boleh 😉

Jadi semasa majlis tu, aku tolong bayarkan parking kawan aku. Parking DBKL 1 jam RM1. Mahaiiiii!! Selalu MPKJ 1 jam baru RM0.50 je. Patut KL kaya raya, hihi. Jadi sekarang kalau nak bayar parking dah tak perlu beli kupon. Everything cashless kan sekarang..





Kenduri Lagi 😉

$
0
0
Hai. Masih ingat 'kakak' Mimi dalam entry ini? Haaaa, minggu ni kan dah mula cuti  sekolah? Makanya dua beradik ni, 'kakak' dan 'adik' Mimi dah balik cuti di sini dan....minggu ni kan aku dah kata ada jemputan walimah. Jadi jomlah bawak mereka ke kenduri kahwin!

Jemputan Kenduri kahwin di Kajang Perdana Avenue, Kajang

Hari Sabtu di Kajang Perdana Avenue. Actually, kami pernah berbuka puasa di sini, tak ingat tahun Ramadhan ke berapa. Pakej Iftar Kajang Perdana Avenue ni memang best! Sengkak perut makan sampaikan balik rumah terus terduduk mengah.

Jemputan Kenduri kahwin di Kajang Perdana Avenue, Kajang
Dah sampai!
Kajang Perdana Avenue ni dulu bekas pasar. Tapi mungkin sebab tak dapat sambutan, Felda D'Saji ambil alih. Jadilah dewan kenduri kendara.

Sini parking pun senang, ada ballroom beraircond, wing terbuka di kiri dan kanan. Spacious! Ada surau, bilik persalinan & toilet. 

Settle salam tuan rumah, jom kita makan!

Jemputan Kenduri kahwin di Kajang Perdana Avenue, Kajang

Jemputan Kenduri kahwin di Kajang Perdana Avenue, Kajang
The lauks.
Ayam kuzi dan daging masak hitam. Daging lembut, just nice kunyah. Ada juga acar sayur & acar buah, tapi tak ambik sebab memang kurang sikit makan acar.

Yang paling best adalah.... Air!
Ada air ais krim soda lemon. Ais krim soda + lemon + asam masin + daun mint + laici.  So shedappppp sampai tambah berkali-kali.

Baca juga : 5 idea air fruit punch yang mudah disediakan

Then  ada juga air sirap selasih dan teh ais.

Jemputan Kenduri kahwin di Kajang Perdana Avenue, Kajang

Jemputan Kenduri kahwin di Kajang Perdana Avenue, Kajang

Baru nak mula makan nampak barisan orang beratur panjang ambil KAMBING. As a kambing lover, it is a must to join the crowd and get a taste of it. But in this case, bukannya a taste, tapi sepinggan! Haha.

Kambing is sooo good, daging lembut dan juicy and more importantly, tak bau hamis. Cuma sos blackpaper termasin sikit. Tapi masih ok boleh dimakan sambil jilat jari, hehe. Takpelah, mungkin tukang buat sos berdarah manis..

Jemputan Kenduri kahwin di Kajang Perdana Avenue, Kajang

Jemputan Kenduri kahwin di Kajang Perdana Avenue, Kajang

Jemputan Kenduri kahwin di Kajang Perdana Avenue, Kajang

Boleh tahan cantik Kajang Perdana Avenue ni. Luas pun boleh tahan. Nak duduk boleh dimana-mana wing, kiri atau kanan. Kami pilih wing kanan sebab ada kambing. Dengarnya wing kiri ada udang & aiskrim? 

Aduh! Nyesal tak ambik! 

Jemputan Kenduri kahwin di Kajang Perdana Avenue, Kajang
Goodies tuan rumah. 

Alhamdulillah lauk sedap & anak buah aku berebut telan goodies­.  Terima kasih banyak-banyak atas undangan tuan rumah. Dan semoga   rumah tangga yang baru dibina berkekalan hingga ke syurga. Amin.

Jemputan Kenduri kahwin di Kajang Perdana Avenue, Kajang
Terima kasih pengantin dan tuan rumah! :)

Makan Gaji

$
0
0
Cerita siang tadi. Pergi renew license di Pejabat Pos Beranang. Lupa nak renew weh! Dah expired 23 hari! 

Fuh padahalkan ada satu hari tu kena roadblock, dah berdebar bila sedar yang license dah mati seminggu. Aku dah fikir sesiap ni kalau kena check nak bagi dialog apa..

"Hah dah mati? Alamak tak perasan la. Bukan ke saya renew 2 tahun?"

Sambil buat muka blur.
Jangan korang tak tahu aku pakar buat muka blur. Dan muka singa (ini hari-hari buat kat office). Dan muka mintak simpati (ini dulu ex aku selalu dapat, kahkah). Dan muka mintak pelempang. Eh. 

Mintak-mintak tak ramailah guna alasan yang sama kalau kena roadblock. Amin.


Renew license di Pejabat Pos Beranang
Pejabat Pos Beranang.

Tenang je Beranang ni waktu-waktu office hour. Jalan raya boleh buat main tingting.

Aku suka Beranang.
Walaupun selalu berzikir kata jauhnyaaaa nak pergi office (Beranang - office sehala 50km), tapi aku masih suka suasana Beranang.

Beranang, ada a part of it masih suasana kampung, ada rumah kampung. Ada a part of it dah membangun bersama waktu dengan wujudnya taman-taman perumahan.

Tapi suasana tenang dan kadangkala jem tu masih ada. Dan aku suka.

Renew license di Pejabat Pos Beranang
Jalan lama menghala ke Mantin.

Someone need to stress to the MP untuk baikpulih & pemuliharaan bangunan-bangunan lama di Beranang ni. So sad to see, bangunan lama macam ni makin terbiar rosak padahal ini semua boleh menarik visitor to come. 

Dan banyak lagi tapak yang ada nilai sejarah, berpotensi dibangunkan sebagai heritage site, terbiar begitu juga. Dah kenapa kita ni? *U need to read this with wrinkled on your forehead, baru jadi*

Renew license di Pejabat Pos Beranang
Sekolah mak.
Eh silap. Mak bukan polis 😂. Sekolah mak sebelah balai polis ni. Dah kenapa nak tangkap gambar sekolah tertangkap balai? 

Something wrong ni. 
Sindrom flatulence agaknya.


Renew license di Pejabat Pos Beranang
Siapa kata orang Melayu pemalas? Ini salah satu bukti yang orang kita ni kuat berniaga. Punyalah banyak barang nak pos ok!

Berniaga online ni, kalau kena caranya memang lumayan. Dan aku salute orang-orang yang sentiasa cari jalan how to expand. 

Berbalik kepada brader tadi, tak tahulah sehari berapa banyak parcel. Seminggu berapa banyak. Fuhhh. Berapa lah agaknya income dia ye? Silap hari bulan, orang makan gaji pun kalah dengan income diorang ni.

Renew license di Pejabat Pos Beranang
Ini muka orang makan gaji! 

Resepi Aiskrim Malaysia Coklat Ala Magnum Guna 5 Bahan Sahaja

$
0
0
Resepi Aiskrim Malaysia Ala Magnum Guna 5 Bahan Sahaja | Hai. Kembali lagi dengan segmen resepi. Resepi aiskrim kali ini biasalah yang buat orang Malaysia, tapi nak gempak yang penting kebaboom nama  ala oversea uols. 

Itu sebab nama dia jadi Aiskrim Malaysia Ala Magnum (Bukan Magnum Kuda okeh!).

Resepi Aiskrim Malaysia Coklat Ala Magnum Guna 5 Bahan Sahaja

Ini kiranya projek cuti sekolah sebab anak buahan balik bercuti. Konon nak bagi adalah benda nak kunyah-kunyah di saat siang hari. Cakap dengan mak diorang, dan zassss sepantas kilat selepas hantar Khayra keluar kenduri kahwin dengan mak (manjang kenduri, hehe), kami cari bahan buat aiskrim.

RESEPI AISKRIM MALAYSIA ALA MAGNUM

Bahan-bahan :
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 sb ovelette
1sk esen vanila
1/2kg coklat coins


Resepi Aiskrim Malaysia Coklat Ala Magnum Guna 5 Bahan Sahaja

Cara-caranya :
1) Blender susu cair, susu pekat, ovelette dan esen vanila sampai sebati. Ketepikan.


Resepi Aiskrim Malaysia Coklat Ala Magnum Guna 5 Bahan Sahaja


Resepi Aiskrim Malaysia Coklat Ala Magnum Guna 5 Bahan Sahaja

2) Masukkan 10 keping atau lebih coklat coins ke dalam plastik aiskrim. Mula-mula masukkan 12 keping, lepastu rasa eh macam banyak je coklat nanti tak cukup nak makan 😂. Jadi kami kurangkan jadi 10 keping je. 

Khayra datang mintak coklat"Acik nak  coklat 1 je" 

Aku pun percaya Khayra dan bagi beg plastik coklat. Rupanya... 1 tu 1 genggam! Kahkah. Panjang akal betul bebudak ni. Tipah tertipu 😂. Oh, guna coklat Beryl's sedapnya lahai. Kalau ada bajet, nak godiva pun silakan haha.

Baca juga : Resepi Homemade Aiskrim Paddle Pop


Resepi Aiskrim Malaysia Coklat Ala Magnum Guna 5 Bahan Sahaja

3) Letakkan plastik aiskrim yang dah siap diisi coklat ke dalam bekas berisi air panas. Tekan guna sudu supaya coklat cair.


Resepi Aiskrim Malaysia Coklat Ala Magnum Guna 5 Bahan Sahaja

4) Ratakan coklat yang dah cair ikut paras ketinggian coklat yang kita nak.


Resepi Aiskrim Malaysia Coklat Ala Magnum Guna 5 Bahan Sahaja

5) Masukkan aiskrim vanila yang dah siap blender tadi dalam bekas. Aku guna plastik piping susah yakmat. Gigilan magnitud 7. Jadi guna measuring cup. Pun boleh. Ikut suka korang la kan.

Resepi Aiskrim Malaysia Coklat Ala Magnum Guna 5 Bahan Sahaja

6) Paip masuk aiskrim oversea vogue tadi ke dalam plastik berisi coklat. Tak perlu tunggu coklat keras. 

7) Ikat ketat kepala plastik.

8) Masukkan dalam peti ais dan tunggu hingga aiskrim beku.


Resepi Aiskrim Malaysia Coklat Ala Magnum Guna 5 Bahan Sahaja
Siap!
Ni kira resepi paling mudah dengan bahan yang mudah dicari. 1 kali buat boleh dapat 15 batang aiskrim (coklat coin ada banyak lagi balance). Nak lagi banyak aiskrim, tambahkan susu segar 1/2L & 1 sk esen vanila.



P/s: Kalau malas nak buat dan duduk area Kluang, korang beli je dengan kawan aku. Banyak jenis aiskrim Malaysia dia buat. Ada saiz mini & biasa. Dijamin shedapppp ❤️


PM pantas untuk lock aiskrim anda.

Money Changer Murah di Semenyih

$
0
0
Money Changer Murah di Semenyih | Macam biasa bila nak travel je mesti nak cari money changer yang murah atau bagi tukaran wang yang agak menguntungkan.

Pengalaman aku sendiri pun dah tukar di beberapa lokasi money changer, memang nampak beberapa tempat yang bagi tukaran matawang yang menguntungkan.

Tapi sejak dah jumpa money changer murah di Semenyih ni, malas dah nak menapak ke Putrajaya ataupun KL sebab rate pun agak best. 


Terbaru ada 1 lagi money changer yang dibuka di Semenyih. Jadi aku senaraikan money changer yang ada di Semenyih. Setakat ni tak banyak, baru ada 2 tapi bolehlah dibuat perbandingan antara 2 money changer ini.

Money Changer Murah di Semenyih

1) Syarikat Mohd Rabeek Trading Sdn. Bhd.
Ada diceritakan pengalaman menukar duit di sini. Lokasinya terletak di kedai baris hadapan Econsave Semenyih, bersebelahan Klinik Mediveron. 

Dah beberapa kali tukar duit disini, antaranya tukaran wang Indonesia Rupiah IDR, US Dollar dan Thailand Baht THB. 

Kedai kecil, tetapi tukaran mata wang agak menguntungkan, terutamanya ketika aku tukar wang Indonesia Rupiah IDR. Cuma kekurangannya adalah ada beberapa matawang yang tidak ada, contohnya Brunei Dollar.

Money Changer Murah di Semenyih


2) Money Changer di Tesco Semenyih
Money changer ini baru dibuka di Tesco Semenyih. Lokasinya terletak di Aras 1 di sebelah ATM Maybank. Betul-betul sebelah escalator naik ke Aras 1.

Money Changer Murah di Semenyih

Aku pun baru perasan, tetapi buat masa ini masih tak sempat nak survey kadar tukaran matawang. InshaAllah aku akan update lagi sekiranya ada pertambahan dan juga kadar tukaran nya bagaimana ya. 

Oh, orang Semenyih yang dah pernah tukar di Tesco Semenyih are welcome to update the rate. 


Bila Phone Di Hijack Makhluk Comel

$
0
0
Hai lah badan. Nak marah tak boleh. Nak membebel pun bukan orang faham. Nak sorok pun susah juga sebab kita kita sentiasa nak tengok whatsApp. Jadinya, apa penyelesaiannya bila phone di-hijack makhluk comel yang selalu ketawa riang bila dapat phone kita?

Makhluk comel tersebut... Tak lain tak bukan anak buah aku lah, haha.

Bila Phone Di Hijack Makhluk Comel

Bila Phone Di Hijack Makhluk Comel
Bukti hijack.
Nasib comel. Takpelah acik ampunkan.

Ini latest photo. Tak sedar bila diorang main phone aku. Tahu-tahu je dah ada gambar tersengih ni. 

Baca juga : Alahai Cik Burung

Ada sekali tu, phone mak aku penuh dengan gambar diorang je. Same pose, 500++ photo. How they did that eh? 

Kadang-kadang makcik diorang ni bertukar menjadi naga berapi jugak, nak-nak bila kita buka phone je mulalah nak mengendeng. Padahalkan tv kartun tu terbuka je. Bila kita nak tukar tak boleh. Lepas tu, phone kita pun diorang nak pulun?

Aih, tak boleh jadi ni.
Pantang acik ko berserah sebelum berjuang. Sorry Lisa, berserah itu pasrah, I tak setuju!

Makanya, selain unlock phone guna thumb print (standard la sebab selalu lupa pattern, kahkah) sekarang main phone bila keadaan tenang. Ataupun godek phone disebalik bantal. 

Kelakar jugak sebab kadang-kadang dah sorok phone, pun tetiba penuh je muka makhluk comel ni. Nasib baik comel kan? Hai lah anak ....



Tudung Sekolah Awning Lembut yang Sangat Best dan Terlekap Cantik

$
0
0
Tudung Sekolah Awning Lembut yang Sangat Best dan Terlekap Cantik untuk Anak-anak | Hai. Dah nak masuk bulan Disember kan? Sekejap je masa berlalu. 

I come across Tudung SiComel a while ago masa tengah berborak dengan kakak pasal sekolah anak-anak dia. Biasalah, ibu bekerjaya ni, hujung tahun busy sikit nak closing account, so bila I share pasal beli tudung online je untuk anak-anak dia, why not katanya kan?

TUDUNG SICOMEL  UNTUK ANAK-ANAK

Serius comel sesuai dengan nama okeh! Yang untuk sekolah ni, design siap awning. Soft awning atau awning lembut. In fact, setiap produk yang dihasilkan Tudung SiComel ada ciri-ciri berikut :

❤️MUDAH - Awning lembut, mudah dibasuh dan dipakai. Menggunakan material berkualiti.

❤️LEMBUT - Material tudung lycra lembut dan gebu gebas. Memang anak-anak tak rasa panas.

❤️SELESA - Selesa dipakai, cutting cantik, boleh guna untuk harian atau special event. 

TUDUNG SEKOLAH AWNING SCUBA TUDUNG SICOMEL

Rupanya Tudung Sekolah Awning Scuba ni antara HOT ITEM brand Tudung SiComel. Nama dah comel sangat scuba kan? Hehe.

Actually konsep awning Tudung SiComel ni, awning dijahit terus ke badan tudung, dengan jahitan yang kemas, mudah dan selesa dipakai.

Tudung Sekolah SiComel Awning Lembut yang Sangat Best dan Terlekap Cantik untuk Anak-anak
Kuning (RM19.90)

Tudung Sekolah SiComel Awning Lembut yang Sangat Best dan Terlekap Cantik untuk Anak-anak
Pink (RM19.90)

Tudung Sekolah SiComel Awning Lembut yang Sangat Best dan Terlekap Cantik untuk Anak-anak
Ungu Muda (RM19.90)

Tudung Sekolah SiComel Awning Lembut yang Sangat Best dan Terlekap Cantik untuk Anak-anak
Biru Pengawas (RM19.90)

Tudung Sekolah SiComel Awning Lembut yang Sangat Best dan Terlekap Cantik untuk Anak-anak
Putih Mutiara (RM19.90)

Tudung Sekolah SiComel Awning Lembut yang Sangat Best dan Terlekap Cantik untuk Anak-anak
Putih Nila (RM19.90)

Actually, ada banyak warna lagi seperti hijau muda, kelabu, hitam. Tapi tak larat nak letak sini, hihi.

Boleh ke laman web Tudung SiComel di https://tudungsicomel.com/ atau tekan je banner bawah ni. Nanti terus ke laman web Tudung Sekolah Awning Scuba SiComel.

tudung sekolah
Panduan saiz tudung mengikut umur. So jangan risau kalau tudung tak muat atau longgar.

Tudung kasual dan inner pun ada tau! Silakan ke laman web Tudung SiComel di : https://tudungsicomel.com/

Segmen Blogwalking 2019 MiaLiana.com

$
0
0

Segmen Blogwalking 2019 MiaLiana.com bermula pada hari ini, 20 November 2019, iaitu tepat jam 10.00 pagi sehingga 11.59 malam 20 November 2019. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog MiaLiana.com dan LikeFanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Blogwalking 2019 MiaLiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI


5 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan akan dimasukkan ke bloglist Mia selama setahun pada tahun 2020. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 15 Disember 2019.


** jom support Mia Liana....


30 Blogpost Bulan November!

$
0
0
Alhamdulillah, bulan November 2019 berjaya juga capai target nak buat minimum 30 blogpost. Cadangnya 1 blogpost untuk 1 hari. Tetapi macam biasalah, selalu tewas dengan perasaan malas. 

Tragedi Oktober betul.

Tempat Menarik di Semenyih - Beranang : South Creek Eco Hill 2
Aku yang tertewas....

Dan juga writer's block!

Padahal cerita bersusun nak dikarang, entahlah. Rasanya ada sindrom ni sejak transfer balik KL. Penat travelling rumah - office - rumah pun jadi salah satu sebab.

Baca juga : Mudahnya Bayar Parking di Selangor Dengan Smart Selangor Parking

Rasanya cukuplah 3 tahun hiatus tu. Nak jadi rajin macam dulu (sebulan 60 blogpost aku tapau) macam jauh lagi je jalannya, haha. Jadi kita rajin 'sikit' dulu pun bolehlaaaa. Makanya bulan ni aku agak kerap juga update blog dan target 30 blogpost. Kalau ada hari-hari yang terlepas, mungkin akan ada hari yang meriah pagi petang blogpost baru. Tapi kalau tak capai 30 blogpost juga, apa nak buat kan? Hehe.

UV dan PV blog pun menurun ketara sangat. Pengurangan 26% dari bulan sebelumnya! Ada orang kata ini juga kesan algorithm baru google. Tapi aku rasa ini kesan kemalasan aku berjangkit kepada UV dan PV itu! Kahkah.

Dan suspek juga template baru ini SEO tak berapa ok. Sedangkan style blogpost aku masih sama, masih follow guidelines supaya entry mesra SEO.

Ataupun style tu dah lapuk?

Apa-apa pun, pencarian template blog masih diteruskan. Dan doakan aku lebih rajin update blog, rajin blogwalking dan idea mencurah-curah.

Oh ya. Bloglist baru belum berisi kecuali bloglist afb. Patut tak buat bloglist baru tu dan..... Siapa nak diisi dalam itu?


Smallest Thing Called Love

$
0
0
Riadah Pagi di South Creek, Setia Eco Hill 2 Beranang | Hai. Ini aktiviti biasa kalau anak buah aku balik bercuti di rumah mak. Mesti nak pergi main di taman permainan. Bukanlah kat kawasan rumah aku takde taman permainan, tapi itu versi kecik (katanya!). Heboh nak pergi taman besar.

Selalunya versi taman besar anak buah tu adalah The ParC di Setia Eco Hill Semenyih. Tapi taman tu kalau weekend dan cuti sekolah ramainya umat manusia!

Acik tak enjoy ok!
Acik perlukan space untuk main buaian jugak!

Jadinya aku bawa anak buah, sedang elok pula mak depa ada, sekali harung semua bawak pergi South Creek, Setia Eco Hill 2, Beranang pulak.

Sepanjang jalan nak sampai tu, Sarah asyik berzikir kat telinga "Acik Ira kata nak bawa pergi taman besar? Ini jalan lain?".

Biasalah ingatan diorang kalau taman besar adalah Taman Eco Hill 1 tu. Yang Eco Hill 2 ni pernah pergi tapi tak kerap. So acik kau buat surprise la kata nak hantar balik. "Cik Ira kata nak pergi taman besar? Taman rumah kita kecik". 

Ye lah nak. Berzikir lah kat telinga acik sampai esok. Bagus jugak tolong cairkan taik telinga acik ni.

RIADAH PAGI DI SOUTH CREEK, SETIA ECO HILL 2 BERANANG


Tempat Menarik di Semenyih Beranang | South Creek, Setia Eco Hill 2 Beranang
Sampai!

Eco Hill 2 ni playground dia condition masih cantik. Bersih. Khayra dan Sarah memang suka main kat sini. Dan kali ni bawa yang kenit ni.

Tempat Menarik di Semenyih Beranang | South Creek, Setia Eco Hill 2 Beranang
Muka tak boleh blah! Kahkah.

Tempat Menarik di Semenyih Beranang | South Creek, Setia Eco Hill 2 Beranang
Tengah bersedia nak melompat 😂


Tempat Menarik di Semenyih Beranang | South Creek, Setia Eco Hill 2 Beranang
Pergi seberang kolam tu ada lagi mini playground. Kebetulan masa sampai takde orang, dengan aku-aku sekali masuk gelongsor. Nasib baik muat! Phew. Ingatkan sangkut nak kena panggil bomba. Syukurlah acik masih slim haha.

Tempat Menarik di Semenyih Beranang | South Creek, Setia Eco Hill 2 Beranang
Tempat Menarik di Semenyih Beranang | South Creek, Setia Eco Hill 2 Beranang
Comel benda alah macam basikal ni. Apa entah nama dia?

Tempat Menarik di Semenyih Beranang | South Creek, Setia Eco Hill 2 Beranang
Jambatan cantik.

Aktif sangat yang kenit ni sampai basah kuyup baju. Rambut dah macam stail kelapa acik tengok 😂. Aku dah pernah cerita pasal taman ni sebenarnya masa mula-mula buka dulu. Masa tu laaaaagilah takde orang! Kami datang, kami balik rupa itu je pengunjungnya. But now dah makin ramai. Oklah tu kan.

Tempat Menarik di Semenyih Beranang | South Creek, Setia Eco Hill 2 Beranang
Tempat Menarik di Semenyih Beranang | South Creek, Setia Eco Hill 2 Beranang
Asyiklah test sticker camera

Tempat Menarik di Semenyih Beranang | South Creek, Setia Eco Hill 2 Beranang
Life is sweet isn't it? (Sesweet orang dalam gambar atas ni *flip tudung)

Life is sweet when we know how to appreciate the smallest thing...called LOVE ❤️❤️


Akaun YouGov Dah Cukup 5,000 Points! | Percuma Tebus 2,500 Points AirAsia BIG

$
0
0
Akaun YouGov Dah Cukup 5,000 Points! | Hai. Dah lama rupanya tak buat survey dari YouGov sampai terlupa yang dah lama sebenarnya points YouGov dah lebih 5,000 points!

Boleh kata setiap minggu YouGov hantar email untuk buat survey, tapi kakak ko ni malasnya setinggi pinggan dalam singki. 

Dah rajin sikit baru ingat, ye lah dah ada 5,000 lebih points! Nak buat ape dengan points ituuuu?

Akaun YouGov Dah Cukup 5,000 Points!
5,510 points rupanya 

Akaun YouGov Dah Cukup 5,000 Points!

Minimum points boleh tebus kepada 4 pilihan di atas adalah 5,000.

Kalau kaki travel syoklah dapat 2,500 points. Lepas sangat kejar AirAsia BIG Points yang 500 points tu. 

Nak cash, bolehlah pilih transfer masuk ke PayPal. Tapi dapat RM70 aje lah. Atau yang guna Prepaid boleh dapat RM60 topup.

Atauuuuu..... Nak derma ke UNICEF? Pun boleh. Dialu-alukan sangat 😉.

Sebelum ni dah pernah share pasal YouGov ni dalam Facebook.  Now share dalam blog pulak. Nah link url YouGov.

Silakan join sebab siapa nak bagi 2,500 AirAsia BIG Points kan? Lagipun tempoh masa jawab survey sekejap je. Tak sampai 5 minit pun. Okeh. Bagi fikir kejap nak tebus apa points ni. Hehe.




Cara Baca dan Pilih Tayar Kereta Yang Perlu Pembeli Tahu

$
0
0
Cara Baca dan Pilih Sebelum Beli Tayar Kereta | Rasanya majoriti isi rumah di Malaysia ni confirm ada kereta, kan? Dan kebiasaannya, bilangan kereta yang ada tu... Lebih dari 1?

Bila ada kereta ni, memang sentiasa kena ada backup / tabung kereta in case nak servis atau kena tukar spare part. Paling mudah biasanya... Tukar tayar baru.

Macam aku sendiri pun pernah kena. Baru je tukar 4 biji tayar, minggu depan tayar bocor tahap tak boleh tampal. Makna kata, tayar baru lah jawabnya.

Jadi, untuk menjadi pemandu yang bijak, pentingnya kita tahu tayar bagaimana kita nak guna, yang kita nak beli dan kemungkinan... Harga tayar semasa supaya pelaburan yang kita keluarkan berbaloi. So, let's check it.

MAKSUD SIMBOL PADA TAYAR - CARA BACA SIMBOL TAYAR

MAKSUD SIMBOL PADA TAYAR - CARA BACA SIMBOL TAYAR
Gambar Kredit : Google

1) Tarikh tayar dibuat (manufacturing date)
Lokasi tarikh ini biasa printed di sisi tayar seolah-olah dalam oblong kecil dan mempunyai 4 angka (kadangkala dimulai dengan huruf dan diikuti 4 angka)

Sebagai contoh:
X2318 - Minggu ke 23 (roughly bulan Jun), Tahun 2018

2) Lebar Tayar
Diukur dalam unit mm. Tayar yang lebih lebar mempunyai contact lebih bagus dengan permukaan jalan.

3) Nisbah Aspek 
Semakin rendah nisbah aspek, semakin tipis tayar. Kebiasaannya tayar dengan nisbah aspek 55 memberikan prestasi pengendalian yang lebih memuaskan, tetapi mungkin memberi kesan kepada keselesaan.

4) Diameter Rim
Jika nak gunakan rim bersaiz lebih besar daripada saiz rim asal, saiz tayar juga turut berubah.

5) Indeks Beban
Panduan maksimum berat beban yang boleh ditampung oleh tayar.

6) Kelajuan Maksima
Panduan kelajuan maksimum yang boleh ditampung oleh tayar. Semakin tinggi rating kelajuan maksima (U,H,V) semakin mahal harga tayar.

TIPS BELI TAYAR BARU YANG PERLU PEMBELI TAHU

1)Tarikh luput tayar adalah 5 tahun selepas dibuat. Ini kerana getah sebagai asas tayar mengeras. Ini yang selalu dipanggil expired.
2)Tayar yang tidak pernah digunakan walaupun setelah 3 tahun masih dinamakan sebagai 'tayar baru'. 
3)Tayar tahun semasa dibuat juga adalah tayar baru. Jadi pentingnya untuk tanya atau tahu baca term 'tayar baru' pekedai.
4)Nak beli tayar yang berusia 3 tahun? Tiada masalah. Masih lagi dalam tempoh belum expired. Cuma, sepatutnya harganya lebih rendah daripada tayar tahun semasa. Jadi, pandai-pandailah nego ok!


Pengalaman Bawa ATV di Kemensah Ampang

$
0
0
Hai. Hampir lupa pula nak cerita Pengalaman Bawa ATV di Chalet Warisan Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang baru-baru ini. Bawa All Terrain Vehicle (ATV) merupakan salah satu checklist aktiviti 'liar' yang aku nak sangat buat sebenarnya. Takdelah liar sangat, haha biasalah statement selalu over, ekeke tapi adalah beberapa benda yang aku nak juga rasa sendiri. 
Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang
Jom kita ber-ATV

Antara yang dah masuk dalam checklist, antaranya berenang dengan jerung (dah buat masa travel ke Maldives) dan bawa ATV. Terima kasihlah kepada officemate yang dah realisasikan checklist aku, dan rasanya checklist ramai staf kolej kami juga hehe.

Program ini katanya ada elemen surprise tau! Memang surprise sangat sebab sampai hari Ahad petang (program hari Isnin pagi), masih lagi tak tahu apa nama tempat yang nak pergi ATV ni. Yang aku tahu, tempat dia di Kemensah Ampang. Macamkan Kemensah itu sebesar duit syiling 50 sen, ye tak? Tak lama kemudian baru dapat pin google maps. Dapat pin aje tau! Nama tempat tak dapat lagi. Gila punya secure kalahkan exam nak simpan kertas exam pelajar. 

Pagi Isnin, berbekalkan Google Maps aku pun memulakan perjalanan. Beranang ke Ampang pun trafik boleh tahan tau! Sampai lokasi dalam maps, celah bedah pulak rupanya tempat ni? Masa ni dah start blur. Betul ke weh nak naik ATV kat kawasan perumahan elit ni? Takkan bawa ATV atas jalan tar? Berhenti sekejap kat tepi, tak lama kemudian nampak kereta boss pulak. 

Aik, bos pun sama sesat? Kahkah. 

Sikit lagi aku nak balik dah kalau lokasi yang diorang bagi salah. Call kawan yang lain semuanya tak angkat phone. Sikit lagi nak menangis kahkah cembeng gila masa tu. Syukurlah ada penyelamat seorang yang angkat phone. Tak sempat hanyut dalam lautan cembeng, dah dapat nama tempat zasss teruslah kita guna waze. Nak harapkan lokasi maps yang dibagi? 

Hm. Kelaut....

CHALET WARISAN HATI RIMBA, KG. KEMENSAH ULU KLANG AMPANG


Sampai Chalet Warisan Hati Rimba ni cantik gila okeh! Terubat sikit hati cembeng tadi dengan kelawaan tempat ini. Gittuh. Tapi ini nanti aku share entry seterusnya. Nah kasi belanja sikit sebagai bloopers. Jangan kata Kak Sha tak payung..


Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang
Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang

Perkara pertama sebelum mula adalah taklimat keselamatan. Abang yang bagi taklimat kami ni yang jaga kami sepanjang masuk dalam hutan. Antara benda yang sangat-sangat ditekankan sebelum dan sepanjang bawa ATV nanti seperti...

- Jangan keluarkan kaki dari ATV semasa bawa.
- Jangan keluarkan kaki dari ATV sekiranya rasa ATV macam nak terbalik sebab confirm takkan terbalik (even ko dah senget hampir 150 darjah haha)
- Masa turun bukit, sentiasa press brake.
- Stay close dengan ATV lain semasa turun bukit (takut brek tak makan, jadi ada backup orang depan tolong tahan.
- Pakai kasut sukan
- Pakai pakaian yang sesuai sebab masuk lumpur selut. Kalau pakai baju cantik?......

Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang
Kena isi Borang Pelepasan Keselamatan. 

Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang
Selesai isi Borang Pelepasan Keselamatan marilah kita bersedia untuk bersuka ria! Pilih nak ambik ATV mana. 


Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang
Mari kita mulakan!

PENGALAMAN BAWA ATV DI KEMENSAH AMPANG

Oleh sebab ini pengalaman pertama aku membawa ATV, mula-mula agak kekok juga tetapi menyeronokkan. Pemanduan sama seperti membawa motorsikal tetapi berbeza cara menekan minyak. Kalau motor perlu memulas minyak, ATV hanya menekan butang untuk bergerak. Tiada gear 1,2,3 tetapi ada tuil untuk menukar pemanduan ke hadapan, belakang (reverse).

Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang
Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang
Mula-mula jalan lalu jalan tar. Oklah agaknya memang ATV sini lalu jalan raya kut? Kami dimaklumkan yang route yang kami lalu ni adalah Fun Ride. Kiranya laluan paling mudahlah. Route ini akan berakhir di Air Terjun Kemensah atau nama glemernya.... Air Terjun Sofea Jane.

ATV RIDE KE AIR TERJUN SOFEA JANE KEMENSAH

Kenapa Air Terjun Sofea Jane?
Sebabnya Sofea Jane pernah berlakon di air terjun ini untuk filem Cinta Kita. Oleh sebab Sofea Jane sangat 'in' masa itu, orang ramai start panggil dengan nama Air Terjun Sofea Jane. Bagi nama komersial kaedahnya. 

Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang
Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang
Geng ATV depan sangkut.
Lepak luar ATV dulu sebab macam lama je sangkutnya. Aku ingatkan highway je jem, dalam hutan pun ada. Sambil menunggu tu, sempat membawang sikit. Rupanya kata abang yang jaga kami, hujung minggu memang ramai artis yang selalu ke Kemensah nak naik ATV. 

Baca juga : Menerjah Kota Kinabalu Melalui Banjaran Crocker yang Menakjubkan!

Hasil siasatan di depan rupanya ada 2 ATV putus rantai. Jadi kami geng belakang kena tunggu juga sampai siap repair  sebab laluan dah blocking dengan ATV depan yang tak bergerak. Sambil menunggu, hujan turun renyai-renyai. Bila hujan turun ni sila lah bersedia untuk mandi selut dan lumpur, eheh. 

Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang
Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang
Masing-masing dah bersedia nak bertukar menjadi cucur badak berkubang dalam lumpur.

Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang

Semakin naik tu, adalah kena tempuh laluan berbukit, masuk lumpur, jalan berlubang, bawa ATV lalu atas dahan yang tumbang, lalu tebing yang sempit sampaikan satu tahap masa bawa ATV lalu jalan tak rata sampaikan rasa ATV nak terbalik!. Tapi jangan risau dan kekalkan ketenangan anda. Apa aku cakap kat atas tadi? Jangan keluarkan kaki nak tahan ATV sebab confirm takkan terbalik. So no need nak blocking sebab buat macam tu boleh membuatkan kita cedera.

Half way nak ke air terjun kena jalan kaki rupanya. Jadi parking di kawasan lapang sebelum jalan kaki ke bawah menuju ke air terjun. Nak jalan turun tu boleh tahan jauh juga. Ada lah dalam 10 minit dengan tanah licin lecak penuh. Masa ini rasa bestnya kalau ada boot Phua Chu Kang untuk selamatkan kasut sukan aku.

AIR TERJUN SOFEA JANE

Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang
Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang
Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang

MasyaAllah, cantik gila Air Terjun Sofea Jane Kemensah ni! Secantik Sofea Jane. Dan secantik orang kat atas ni (pengsan kejap). Masih terjaga kebersihan dan airnya. Sejuk gila!

Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang

Kami tak naik atas air terjun pun, newbies seharusnya main di bawah-bawah air saja. Yang semangat lebih main air adalah dalam beberapa orang, jadilah buat wakil yang tinggal kat atas tak turun dalam air.

Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang
Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang
Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang
Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang
Duyung jantan

Disini kami berhenti rehat, mandi (2,3 orang je yang jadi duyung yang lain bersidai atas batu kahkah), makan tengahari yang disediakan oleh penganjur dan solat. Selesai makan jalan kaki semula balik ke tempat ATV yang ditinggalkan di atas bukit tadi. Masa ini dah menyesal gila makan tadi habis licin nasi sebab mengah nak mampos okeh nak jalan kaki naik bukit pergi ke tempat parking ATV tadi.

Serius menyesal! Bos aku kat belakang pun dah tersengih-sengih naik bukit tapi senyap je lah tak cakap apa-apa. Tapi bos pun mengah kannnnn? Hahaha. Aku je membebel mengah bising kata tak fit. Kak Wawa pula asyik kata silap kita makan kat air terjun ni. Patut tunggu sampai kita dah balik kem. Padahal masa makan tak fikir azab kemudian hari, kahkah.

Perjalanan balik pemanduan lebih smooth dan laju disebabkan dah ada feel bawa ATV. Cumanya masa balik, kami ikut route lain sebab katanya route sebelum itu agak susah untuk kami disebabkan hujan sebelum ini jadinya lebih banyak lumpur. Nanti boleh sangkut lebih lama disitu.

Jadi proceed route lain, ingatkan senang dah. Rupanya hazabedah juga! Kahkah. Rekod cemerlang aku yang tak sangkut dalam lumpur, kini tercalar....... Ku bernafas dalam lumpur....

Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang
 Yang jaga depan kena bagi yang sado baru selamat...

Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang

Kalau perjalanan pergi tadi banyak menaiki bukit, balik ini pula menuruni bukit. Memang banyak bermain brek. Masa ini, ada beberapa ATV yang brek kurang mencekam katanya. Bila turun bukit berlanggar dengan ATV depan. Pertama kali kena hentaman dari belakang, terkejut jugak! Kali kedua terkejut sikit. Kali ketiga dah tergelak-gelak. Mana tak tergelaknya kalau setiap kali kena hentam, orang belakang minta maaf "Sorry brek tak makannnnn". Yelah takpelah. Diampunkan. Nanti kita tarik balik saman langgar belakang tu ya. Hehe.

Pengalaman ATV di Kem Hati Rimba Kemensah, Ulu Klang Ampang
Overall, pengalaman yang indah!
We learnt how to cooperate, we learnt how to give trust to each others, we learnt how to give support, morally and physically. And the best thing is... we learnt that... we can enjoy despite all the grades and positions in organisation. 

Happiness is not something ready made. It comes from your own actions.

Jangan lupa Like & Subscribe ok :)

Buku Dengan Augmented Reality (AR) / Virtual Reality (VR) Untuk Anak-anak

$
0
0
Buku Dengan Augmented Reality (AR) / Virtual Reality (VR) Untuk Anak-anak | Hai. Tertarik tak dengan tajuk kali kali ni? Haa, jangan tak tahu sekarang banyak dah buku yang menggunakan Augmented Reality (AR) dan Virtual Reality (VR) untuk meransang minat anak-anak membaca.

Jujurnya, aku sebagai pendidik pun, dapat idea untuk inovasi pelajar daripada buku-buku ni. Mana taknya, daripada buku biasa, baca macam biasa, boleh dipertingkatkan pengalaman membaca dengan hanya menggunakan phone!

Just scan buku yang AR, wallah keluar paparan 3D dalam phone kita! Gambar boleh bergerak dan bercakap lagi tau! Gambar statik beku? Hanya dalam buku.

VR pula kena gunakan alat khas untuk VR. Ini pengalaman laaaaagi menarik tau! Ada pengalaman menonton wayang 3D? Haaa, lebih kurang begitu lah konsepnya.

Antara buku yang best aku jumpa di Bookcafe ada AR / VR ni seperti :

Buku Dengan Augmented Reality (AR) / Virtual Reality (VR) Untuk Anak-anak
[AR]  My Little Pony : Where Equestria Comes to Life (RM70.00) 

Buku Dengan Augmented Reality (AR) / Virtual Reality (VR) Untuk Anak-anak
Work Wear : My Fashion World Coloring Book (RM12.90)

Buku Dengan Augmented Reality (AR) / Virtual Reality (VR) Untuk Anak-anak
Traditional Wear : My Fashion World Coloring Book (RM12.90)

Buku Dengan Augmented Reality (AR) / Virtual Reality (VR) Untuk Anak-anak
Buku Dengan Augmented Reality (AR) / Virtual Reality (VR) Untuk Anak-anak
Omar dan Hana : Sayang Mama Papa (RM10.0)

Buku Dengan Augmented Reality (AR) / Virtual Reality (VR) Untuk Anak-anak
Buku Dengan Augmented Reality (AR) / Virtual Reality (VR) Untuk Anak-anak
Omar dan Hana : Bismillah (RM10.0)

Buku Dengan Augmented Reality (AR) / Virtual Reality (VR) Untuk Anak-anak
Buku Dengan Augmented Reality (AR) / Virtual Reality (VR) Untuk Anak-anak
Omar dan Hana : Alif Ba Ta (RM10.0)

Aplikasi yang berkaitan boleh dimuat turun dalam android mahupun iOS. Kod pengesahan untuk menggunakan apps ada dalam setiap buku yang dibeli.

Ada banyak lagi buku-buku di Bookcafe yang menarik untuk anak-anak. Harga pun berpatutan tau! Mudah sangat dapatkan secara online dari Bookcafe di :



Talapia Hitam Goreng Berlada Untuk Makan Tengahari

$
0
0
Ikan Talapia Hitam Goreng Berlada Untuk Makan Tengahari | Hai. Ada tak yang tak pernah makan ikan talapia hitam? Sebab talapia merah biasa sangat jumpa. Kalau makan di kedai masakan nasi campur, pun biasa jumpa kan?

Biasanya talapia merah mesti goreng dan dibuat sambal berlada. Macam tu juga resepinya bila dapat ikan talapia hitam ni. Jadilah ikan talapia hitam goreng berlada.


Talapia Hitam Goreng Berlada Untuk Makan Tengahari

Kebetulan abang ipar baru balik dari kampung bagi ikan talapia hitam. Banyak pula tu. 1 plastik! Hasil memancing katanya. Ulam dicita pucuk mendatang. Rejeki terpijak sungguh!

[Baca juga] : Dah cuba sosej Korea viral - Chun di iOiCity Mall Putrajaya?

Saiz ikannya kecil sikit, adalah 2,3 ekor yang besar. Tapi walaupun kecil, isinya sedap dan takde pula rasa hanyir tanah. Itu yang best sebab emak kalau ikan sungai / ikan air tawar memang kurang sikit makan. Sebelum ni ikan patin pun emak tak makan. 

Tapi ikan talapia versi menantu bagi ok boleh makan dan sah untuk dimasak dalam dapur emak, hehe.


Talapia Hitam Goreng Berlada Untuk Makan Tengahari

Masak sambal berlada ikut style nogori. Guna cili padi (tumbuk tau!). Dan bawang besar banyak. 2 biji yang besar tu. Tumis sampai pecah minyak. 


Kobis tumis air sos tiram
Pardon my kuali. Epa boleh lupa dia masak sampai hangit melentung lauk. Berpeta terus kuali emak. Kalau dapat kat kuali aku, jangan harap silakan ganti baru hnshbshns.

Makan pula lawan dengan kobis masak sos tiram. Alah, macam masak tumis air, cuma tambah sikit sos tiram bagi perasa. Syok sikit makan sayur, hehe.


p/s : Kakak dah tanya bila nak buat corn dog pulak? Alahai, teringat cheese yang melimpah ruah masa makan corndog Chun, tasabarrr.



Sambal Udang Petai Sedap Sangat

$
0
0
Tengahari tadi masak sambal udang petai yang sedap sangat. Sedap sebab dapat udang fresh. Bila makan dengan nasi, kopek kulit udang memang boleh rasa manisnya isi udang. Aduhai sedapnya udang tak boleh bawa bincang!

masak sambal udang petai yang sedap sangat.
Kuali peta. Lain machiam sedapnya pula bila guna kuali ni haha.

Beberapa hari lepas beli udang di Tesco. Best shopping barang basah Tesco waktu petang hari bekerja ni. Sebab orang tak ramai dan.... Kadang-kadang ada harga promosi yang best. Udang RM22 sekilo saiz sederhana. Dan beli juga ikan siakap 2 ekor RM12 sekilo. Seekor saiz besar baru RM10. Syok buat siakap stim limau.

masak sambal udang petai yang sedap sangat.

Jadinya masak sambal udang petai. Petai sebeban curah dalam sambal. Bila makan kuis sikit celah sambal mesti jumpa petai. Sekali suap nasi 2,3 petai masuk, haha. Eja yang tak makan udang, tapi petai dalam sambal pun dia ambik. Memang peminat petai! Malam jangan kita berlumba 'lepaskan angin' sudah. Terpaksa MC pulak esok nanti kahkah.

[Baca juga] : Lunch di Restoran Khadijah Ibrahim | Khadijah's Kitchen Petaling Jaya


masak sambal udang petai yang sedap sangat.

Selain sambal udang petai, makan tengahari hari ini lawankan dengan kurma telur, tauge kasar tumis air dan sambal hijau tempe kentang. 

Sambal hijau tempe dan kentang
Sambal hijau tempe dan kentang

Tauge kasar masak tumis air

Tauge kasar ni memang favourite emak, menurun kesukaan ini ke anak-anak pulak. Tauge yang crunchy, dah siap masak tumis air pun masih crunchy. Cuma kali ini terlupa beli tauhu, jadinya kurang meriah taugenya. Tapi takpe, masih licin 1 mangkuk dalam cubaan pertama makan.

Kurma telur

Kurma telur yang langsung tak pedas untuk anak buahan. Diorang kalau bagi sup, kurma memang makan laju siap bertambah nasi. 

Petai beli yang dah siap kopek dalam plastik. Eheh senang nak simpan, lagipun jimat masa nak kopek petai dari sisir. Next time, mungkin sambal ikan bilis dengan....petai?

Kita tunggu....

Bermalam di Chalet Warisan Hati Rimba Kg. Kemensah Ampang

$
0
0
Selesai main ATV, kami semua balik semula ke Chalet Warisan Hati Rimba Kg. Kemensah. Kami bermalam 1 malam di chalet ini. Lupa nak bagitahu cara ke sini. Pintu masuk ke Kg. Kemensah melalui jalan di sebelah pintu masuk utama Zoo Negara. Jalan terus sampai hujung. Sampai jumpa kawasan hutan nanti nampak ada signboard.

Ok jom lah kita jamu mata dengan persekitaran di Chalet Warisan Hati Rimba. Serius tenang mata memandang.


Bermalam di Kem Warisan Hati Rimba Kg. Kemensah Ulu Klang Ampang
Bermalam di Kem Warisan Hati Rimba Kg. Kemensah Ulu Klang Ampang
Ada pelampung juga.

Bermalam di Kem Warisan Hati Rimba Kg. Kemensah Ulu Klang Ampang
Bermalam di Kem Warisan Hati Rimba Kg. Kemensah Ulu Klang Ampang

Yang lagi best, air sungai yang mengalir ni deras! Sejuk sangatttttt. Nampak ada buaian dalam sungai? Angan-angan tinggi nak ambik gambar kat situ ala-ala Majalah Mangga uols. Dan air dalam swimming pool? Sumber dari air bukit Hutan Simpan Kemensah. Tak sabar rasa nak terjun pool.

Bermalam di Kem Warisan Hati Rimba Kg. Kemensah Ulu Klang Ampang
Aktiviti pertama lepas ATV adalah penyampaian hamper kepada pemenang. Ada lucky draw katanya. Rupanya semua orang dapat hamper. Semua orang bertuah. Propa sangat hihi. Ada 1 je hamper yang lain daripada yang lain, tinggi dan besar berbanding hamper lain. Haaa yang itu extra special bos cabut nama orang yang pertama dapat.

Bila balik kolej kongsi pasal isi dalam hamper, rupanya isi dia sama je kahkah. Baik yang besar mahupun yang semua orang dapat tu. Jadinya toksah nak jeles kalau tak tahu okeh. Pandai organizer adil dan saksama  hehe.

Petang sambung BBQ. 
Ada kambing dan ayam. Member yang bakar kat atas ni yang bawak siap perap.  Sedap perapan dia. Kambing sampai 2kg! Ayam lagi banyak, tak ingat berapa.
Sebelum nak mula membakar tu, aku, Kakwa & 2 orang member dah cabut dulu pergi mandi pool. Tapi kami pandai sebab tak terjah pool yang depan BBQ pit ni. Kami pergi pool yang jauh sikit. Biar orang tak tahu kami kat mana. Tenang sikit sambung menjadi duyung.

Tengah berenang boleh pulak jumpa something dalam pool? Erk.. Terencat niat nak berenang. Lagipun sis tasabar nak makan kambing bako. Yang lain nak terus mandi silakan. Sis nak menggembirakan isi perut dengan kambing dan ayam bako. Siapa lambat tinggal tulanglah!! 

Bermalam di Kem Warisan Hati Rimba Kg. Kemensah Ulu Klang Ampang

Tempat basuh tangan. Air paip seperti biasa.. Air bukit. Jimat sungguhlah kan? Nampak bangku panjang belakang tu? Malamnya kami bantai karaoke sampai pukul 11 malam. Gila. Itupun dah lebih masa sebab sebenarnya masa sewaan sampai pukul 10 je. Merayu tak beragak dengan abang ATV, dapatlah kawan-kawan menyawan sambung karaoke sejam lagi. Harap bertabahlah dengan geng kuat karaoke ini. Hehe. 

Bilik Mandi & Bilik Termenung / Jamban
Bilik Mandi pun guna air bukit. Itu sebab malam bila nak mandi, air suam-suam. Syok aih mandi. Tapi yang paling kelakar, bilik termenung aka jamban jauh!. Dan ala-ala jamban kampung cangkung. Sesuai sangat untuk orang yang nak termenung lama.

Benda lagi kelakar masa aku mula-mula masuk tu, tak perasan lagi, bila dah selesai kencing baru perasan. Ada lubang di tepi pintu! Kahkahkah. Matilanak orang nampak ko kencing 😂

Keluar dari toilet siap pusing-pusing depan belakang. Okeh tak payah risau takde orang nampak ko kencing. Sebabnya toilet tu menghadap bukit. Itu sebab agaknya diorang biar je lubang tu haha. Selamat.

Dalam rasa lega itu pun, hari tu aku tahan taknak memerut. Mengada betul sedangkan kawan yang lain rilek je melepas. Padahal perut dah rasa tak selesa sebab makan kambing bakar banyak sangat tapi aku psiko perut dont you dare minta nak melepas kat sini! Tak sanggup rasanya melepas, bak kata bos "Shahira orang bandar kan?"


Nampak sangat perangai divanya haha. Apa yang bos aku tak tak tahu toilet kampung aku pun macam ni. Biasa je sebenarnya bagi aku. Cuma bawak perangai diva biasalah duduk KL khennnn 🤭. Esoknya aku sambung meeting di Putrajaya dan melepas dengan bahagia ekekeke. 

Bilik Tidur
Konsep bilik kat sini adalah 1 rumah. Kiranya rumah itulah biliknya. Depan pintu bilik ada beranda. Kalau bawak karom dah lama bersila di beranda tu. Terlupa nak ambil gambar bilik. Tapi yang aku boleh cakap adalah bilik consider ok. Sesuai sebab namanya chalet. Bukan hotel, bukan resort.

Dalam bilik kami ada disediakan kipas, tilam queen & plug point. Basic necessity. Kalau diva sangat tidak digalakkan datang dan tidur sini. Tetapi yang spesis diva tahi kucing macam aku amat digalakkan. Yang happy go lucky, jenis tak kisah, independent laaaagi silakan datang. Syok aih buat family day kat sini. 

Sebelum bertukar menjadi model Mangga

Info: 
Kalau tak bermalam, kem ini open for walk-in customer yang nak mandi pool. Masa kami datang, ada je family yang berpiknik tepi pool sambil mandi. Rate masuk tak pasti tapi seingat aku macam RM5 per head. Kalau salah betulkan aku ya!

Bermalam di Kem Warisan Hati Rimba Kg. Kemensah Ulu Klang Ampang
CHALET WARISAN HATI RIMBA, KG. KEMENSAH
Alamat : Kg. Kemensah, Ulu Kelang, 68000 Ampang Jaya Selangor
WhatsApp : 013-231 5711

5 Perkara Menarik Yang Aku Suka di Kinrara Resort Puchong

$
0
0
5 Perkara Menarik Yang Aku Suka di Kinrara Resort Puchong | Hai. Kali ini dapat terjah Kinrara Resort Puchong disebabkan ada program kolej buat disini. Terjah pun bukan bermalam, setakat 2 hari datang ulang-alik dari Beranang, tapi....2 hari pun dah cukup untuk bagi 5 benda yang aku suka mengenai Kinrara Resort Puchong ini.

Sebenarnya, tak tahu pun pasal kewujudan resort ni, hehe. Yang lagi kelakar, jarak kolej dengan resort ini hanya.... 10km sahaja. Sepelaung. Kiranya kalau kau kentut dikolej, kawan kau di resort pun boleh bau....


5 PERKARA MENARIK YANG AKU SUKA DI KINRARA RESORT

5 Perkara Menarik Yang Aku Suka di Kinrara Resort Puchong

Terus masuk 5 benda yang aku suka mengenai Kinrara Resort Puchong lah ek. 

1) Parking Banyak
Paling menyampah bila terpaksa outstation hotel yang parking seciput. Customer parking ada keliling bangunan je. Dah tu customer lain datang naik bas? Sebelum ni pernah terkena di Penang, hotel serius cantik baru lagi. Tapi parking fail. Sikit sangat. Yang banyak keliling hotel? 

Kena bayar beb. Adusss. Memang kali terakhir la datang.

5 Perkara Menarik Yang Aku Suka di Kinrara Resort Puchong
Bumbung oren Golf Club. 

Kinrara Resort ni sebelah dia ada Golf Club. Same management. Jadinya they share parking space. Selalunya parking dalam kawasan Golf Club banyak kosong. Jadi silakan park disitu jika parking resort penuh.

Errrr. Nak test bakat main golf pun syok gak. Collegue aku sempat juga pukul bola golf masa lunch break. Sejenis kegigihan tau skip lunch sebab nak hayun kayu golf haha.

2) Korean Corner Waktu Makan Tengahari
5 Perkara Menarik Yang Aku Suka di Kinrara Resort Puchong
Kimchi, salad dan sos gochujang? Entah. Tapi rasanya untuk salad dressing tu. Salad biasa ada di station lain.

5 Perkara Menarik Yang Aku Suka di Kinrara Resort Puchong

5 Perkara Menarik Yang Aku Suka di Kinrara Resort Puchong
2 hari makan tengahari makan kimchi semangkuk.

Siapa peminat makanan Korea mesti terloncat! Aku pun sikit lagi nak meloncat eksaited tapi lepas tu cepat sedar diri...yang kalau lompat pun mungkin tak lebih dari 10cm jaraknya.

Kimchi sedap gilos! Padu betul rasanya. Makan dengan nasi fuhhhh. Tiba-tiba rindu kimchi. Eh.

3) Bilik Mengadap Swimming Pool

5 Perkara Menarik Yang Aku Suka di Kinrara Resort Puchong
 Bilik bawah

5 Perkara Menarik Yang Aku Suka di Kinrara Resort Puchong
Bilik atas

Pool di tengah-tengah dikelilingi bilik hotel. Syok aih. Buka je sliding door boleh terus lompat masuk kolam. Yang tingkat atas ada balkoni. Personally aku suka yang tingkat atas sebab malam-malam nak mengeteh sambil berborak sambil ditemani pool yang bercahaya. 

[Baca juga] : #JJCM Penang : One Pacific Hotel & Apartments Penang

Alahai. Awat poyo sangat 😂?

5 Perkara Menarik Yang Aku Suka di Kinrara Resort Puchong
5 Perkara Menarik Yang Aku Suka di Kinrara Resort Puchong
5 Perkara Menarik Yang Aku Suka di Kinrara Resort Puchong
Kalau book, make sure ambik pool view. Tak dapat pool view, dapat view lain? Boleh je. Tak kisahlah. Ikut selera masing-masing. Luas bilik sama je.

4) Mini Playground di Pool Kanak-kanak
Aku baca blog orang, mostly tahun 2015 dan 2016 takde lagi mini playground ni. Kiranya baru lagi lah ni.

Bukan setakat aku, collegue yang lain pun tak tahu kewujudan Kinrara Resort ini okeh! Dan kewujudan mini playground dalam pool ni.

5 Perkara Menarik Yang Aku Suka di Kinrara Resort Puchong

Sekarang ni malas betul nak keluar bercuti jauh-jauh. Masa pergi jem, balik kang jem jugak. Geram. Kinrara Resort Puchong ni dekat je jadinya.....jem? Ape tu? Kahkah.

Collegue dah kata best bawak family bercuti kat sini. Ada mini playground cukup untuk anak-anak main. Tapi bila buka Agoda & Booking.com nak book bilik. Tapi sepanjang bulan 12 full booked!

Musnah harapan.

Personally hotel dan resort yang ada playground memang bagi berita gembira untuk parents. 
5 Perkara Menarik Yang Aku Suka di Kinrara Resort Puchong

Termasuk juga aku. Semenjak terjebak masuk slide dengan anak buah aku, sentiasa tasabar nak masuk slide. Iyelah dah fefeling kuwus sebab masuk slide tak sangkut. Kahkah.

5) Persekitaran Hijau

Aduh, tenang betul dengan persekitaran sini. Green and green and green. Itu sebab aku kata tak tahu dan  tak sangka ada resort di tengah-tengah bandar.

5 Perkara Menarik Yang Aku Suka di Kinrara Resort Puchong
5 Perkara Menarik Yang Aku Suka di Kinrara Resort Puchong

Ini benda yang aku nampak sepanjang 2 hari berprogram disini. Yang lain kalau ada yang tak diberitahu, mungkin hijab ditutup haha 🤭.  Next entry aku share buffet breakfast & dinner Kinrara Resort Puchong ini okeh 😉


5 Perkara Menarik Yang Aku Suka di Kinrara Resort Puchong
KINRARA RESORT PUCHONG
Jalan Kinrara 6, Bandar Kinrara
47180 Puchong Selangor
03-80791000



Shopping di Kedai Berhantu RM2.10

$
0
0
Shopping di Eco Shop Kedai Berhantu RM2.10 | Tengahari waktu lunch tadi keluar dengan officemate ke kedai berhantu. Kedai puaka pun boleh juga. Kedai yang membuatkan perancangan awal gagal. Mana taknya, sebelum pergi dalam fikiran nak beli 1 atau 2 benda je. Paling banyak 3 benda. Tapi bila keluar 3 beg!

Mana lagi kalau bukan kedai Eco / Eco Shop RM2.10..

Shopping di Eco Shop Kedai RM2.10. Apa yang menarik di Eco Shop?
Eco Shop berhantu katanya

Yang kami pergi ni Eco Shop Desa Mentari Taman Medan. Berhadapan dengan Restoran Murni Discovery. Kalau di Semenyih Eco Shop nya 3 lot, sini lagi besar okeh! Sepanjang 4 lot, mau pitam menyoping barang RM2.10 hahaha.

[Baca juga] : 297 km

Shopping di Eco Shop Kedai RM2.10. Apa yang menarik di Eco Shop?
Ada Kicap Jalen & Sos Puteri juga.

Shopping di Eco Shop Kedai RM2.10. Apa yang menarik di Eco Shop?

Alaaaa, korang pun mesti dah biasa kan masuk Eco Shop? Lepas tu terkena saka kedai. Macam aku, sebelum pergi katanya nak beli perfumes untuk bilik je. Bukan tak tahu, perfumes Eco Shop walaupun harga murah tapi bau ok boleh tahan wangi. Untuk office aku yang kecil ni, duduk dalam aircond memang semerbaklah baunya.

Tapi bila tengok bakul balik... Hmmm. Tersawan juga rupanya.

Shopping di Eco Shop Kedai RM2.10. Apa yang menarik di Eco Shop?

Abah selalu bawa cucu dia pergi kedai RM2.00 (bukan Eco Shop) nak beli toys. Anak buah ni pun pandai setiap kali balik mesti pau atuknya. Last time nak pergi kedai yang sama, rupanya dah tutup pula. Jadinya bawak diorang pergi Eco Shop. Balik rumah dah bawak 10 toys. Janji sebelum pergi nak 1 je.....

Itu cara-cara abah tak perasan rupanya kedai tu ada 2 tingkat. Toys laaaaaagi banyak di Tingkat 2. Yang Tingkat 1 toys sikit je. Itu pun dah 10 toys. Naik Tingkat 2 pitam agaknya abah nak membayar hahaha. Okeh, apa yang korang selalu beli kalau masuk kedai berhantu Eco Shop ini?


Resepi Sambal Telur Hancur Paling Mudah dan Cepat

$
0
0
Resepi Sambal Telur Hancur Paling Mudah dan Cepat | Hai. Syoknya hari ini orang Selangor bercuti sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor kan? Aku pun sama syok aih lepak rumah sambil bergusti dengan anak buahan 2 orang ni. Banyak betul mulutnya bila 2 orang ni bergabung. Buat acik geram je tau! 

Alang-alang dah cuti ni, selain bergusti bolehlah main masak-masak. Sebab ada tripod pink baru sampai. Saje la nak test ok ke tak. Sekali kan comel je tripodnya kahkah. Nak rakam video masak pun tak sampai. Jadinya dari 3 lauk, rakam 1 lauk je. Guna tangan. Jadilah...

Resepi Sambal Telur Hancur Paling Mudah dan Cepat

Ok. Ini resepi sambal telur hancur yang senang gila. Masa penyediaan dan masa memasak roughly tak lebih 10 minit. Menu ni memang paling kerap masak (selain sambal ikan bilis) jika lapar gila tapi malas nak keluar dan malas nak masak.

Ok jom.
[Baca juga] : Resepi Pajeri Terung Simple

RESEPI SAMBAL TELUR HANCUR

Bahan-bahan:
- Bawang merah 2 biji
- Bawang putih 2 ulas
- Asam keping 1
- Cili kisar 6 sudu
- Telur 4 biji

Cara masak:
1) Tumis bawang merah dan bawang putih sampai layu.
2) Masukkan cili kisar. Masak sampai pecah minyak.
3) Semasa mengacau cili, masukkan asam keping.
4) Selepas cili pecah minyak, perasakan garam secukup rasa.
5) Masukkan telur. Kacau rata.

Jangan lupa subscribe tau!

Mak kata malunya tunjuk kuali hitam. Haha. Adoi. Ye lah mak lepas ni kita cari kuali cantik ok... Ada lagi tak lauk yang lagi simple dari Sambal Telur Hancur ni? Hehe.

p/s: Kalau tak suka asam keping, boleh ganti dengan tomato.

Resepi Sambal Telur Hancur Paling Mudah dan Cepat

Viewing all 311 articles
Browse latest View live