Quantcast
Channel: nurulshahira.com
Viewing all 311 articles
Browse latest View live

Terapi Nanotron PERCUMA di Beranang

$
0
0

Terapi Nanotron PERCUMA di Beranang | Aku sebenarnya baru pertama kali dengar pasal Terapi Nanotron ni. Itu pun sebab makcik aku ajak mak join terapi ni dan mak aku ajak aku ikut sekali. Aku pertama kali dengar Nanotron? Adik beradik Megatron?

Pusat Terapi Nanotron yang aku pergi ni di Beranang. Bersebelahan dengan Kedai Kek Flourlush & Restoran RH. Mak dan abah dah beberapa kali join. Cop dalam buku pun dah panjang. Aku? Baru pertama kali join hari Rabu lepas.

Terapi Nanotron PERCUMA di Beranang

Terapi Nanotron PERCUMA di Beranang
"Senyum mak Ira nak ambik gambar"😎

Masa ni warm-up pun belum. Tengah panggil nama pada kad. 

Banyak juga kerusi dalam ni. Sekali masuk boleh 60 orang. Sekali sesi kalau dah penuh kena tunggu sesi lain pula.

Oh ya, datang sini ada kad. Ala-ala kad rawatan yang ada rekod kehadiran. Setiap kali hadir dapat point. Point tu nanti kumpul, untung-untung menang motor hadiah.


Terapi Nanotron PERCUMA di Beranang
Tunggu Dr Mohd Rasyid bagi talk. Sambil duduk atas kerusi panas, sambil tu dengar talk. Sebelum tu ada senaman regangan sikit. 

Topik hari tu kenapa selalu mengantuk di siang hari. Quite interesting topic. Bila aku dengar, tengok ciri-ciri mengantuk siang hari, ada sikit setepek kena batang hidung, hehe.

Oh ya. Kat Nanotron ni senang je. Pilih kerusi, duduk. Once duduk tu terus ada rasa panas-panas kat belakang badan sampai punggung.

Mula-mula duduk ehhhh, panas gila pulak. Tak senang duduk aku. 

Rupanya kan suhu dia boleh laras. Kahkah. Suhu sesuai untuk dewasa antara 50 - 70. Aku rasa 54 pun panas dah. Yang tune 70 memang kulit hebat!!


Terapi Nanotron PERCUMA di Beranang
Depan tu hadiah yang aku cakap tadi. 

Terapi Nanotron PERCUMA di Beranang
Syarat utama mesti 30 tahun ke atas. Syarat lain antaranya kanak-kanak, ibu mengandung dan orang ada penyakit kulit tak dibenarkan. 

Balik dari terapi ni best juga rasa badan. Asyik sendawa dan banyak keluar peluh. Ala-ala bertungku jugak effect dia.

Oleh sebab FREE, syok jugak kalau dapat pegi hari-hari. Tapi kerja kan, hari Sabtu aje lah masa yang ada.

Makcik aku pun ada jugak buat benda macam ni, tapi dia baring atas katil. Efek mungkin sama, tapi kalau dapat kat aku katil tu, maunya tidur 5 jam! Kahkah.

WAKTU OPERASI PUSAT TERAPI NANOTRON

Isnin - Jumaat (9.00 pg - 9.00 mlm)
Pagi (2 sesi) : 9.00 & 10.45 pg
Petang (2 sesi) : 2.45 & 4.00 ptg


LARIAN ‘EVERYONE CAN RUN 2019’ – BERLARI SAMBIL BERAMAL

$
0
0

LARIAN ‘EVERYONE CAN RUN 2019’ – BERLARI SAMBIL BERAMAL

LARIAN ‘EVERYONE CAN RUN 2019’ – BERLARI SAMBIL BERAMAL
Satu acara larian untuk menyokong para warga pembelajaran kurang upaya akan diadakan pada 16 Jun 2019 ini di Central Park Bandar Utama.

Dianjurkan oleh Dignity & Services iaitu sebuah organisasi kebajikan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong orang dewasa dengan ketidakupayaan belajar, acara larian ini bertemakan ‘Everyone Can Run’ (Semua Orang Boleh Lari) dengan tiga kategori iaitu jarak 2km (kategori baru tahun ini), 5km dan 10km.
LARIAN ‘EVERYONE CAN RUN 2019’ – BERLARI SAMBIL BERAMAL
Umur dan kekurangan upaya bukan masalah, sesiapa pun boleh mengambil bahagian!

"Kami mahu memastikan tiada peserta yang diabaikan. Jadi itulah sebabnya kami memperkenalkan kategori larian 2km tahun ini, " jelas Pengarah Eksekutif D&S, Helen Teh.

Dengan Pusat Beli-belah 1Utama sebagai penaja lokasi untuk tahun keempat berturut-turut, larian ini bertujuan mendekatkan masyarakat bersama-sama dalam suasana keseronokan sambil menarik perhatian kepada pembelajaran untuk warga yang kurang upaya.
LARIAN ‘EVERYONE CAN RUN 2019’ – BERLARI SAMBIL BERAMAL
Peserta-peserta ‘Everyone Can Run’ tahun lalu.

"Acara larian ini juga merupakan satu perayaan penyertaan," kata Pengerusi D&S, Josh Green.

Sebagai satu acara untuk oleh para keluarga dan warga orang kurang upaya,  D&S berharap dapat menarik lebih banyak keluarga dan pelari untuk berteman bersama peserta dengan cabaran fizikal dan pembelajaran untuk acara tahun ini. Lebih 800 peserta mengambil bahagian tahun lepas.

D&S berharap dapat mengumpul dana RM150,000 untuk membiayai dua projek yang sedang dilangsungkan iaitu:
*  Program Sokongan Hidup di mana ahli mempelajari kemahiran membantu diri; dan
* Bakeri Bermaruah (‘Bake With Dignity’), inisiatif pekerjaan terlindung yang membolehkan ahli bekerja dan mendapatkan wang.
LARIAN ‘EVERYONE CAN RUN 2019’ – BERLARI SAMBIL BERAMAL
Josh Green, Pengerusi Dignity & Services sedang menyampaikan ucapannya tentang acara ‘Everyone Can Run 2019’.

"Saya percaya sasaran dana itu dapat dipenuhi dengan pemahaman yang lebih mendalam daripada orang ramai. Kami bertujuan menambahkan projek-projek ini untuk memberi manfaat kepada lebih ramai orang dewasa yang kurang upaya pembelajaran, " tambah Green.

Selain 1Utama, penaja lain untuk acara larian ini ialah Navis Capital, RaceXAsia, Boh Plantatation, Southern Rock Seafood, Shucked, SL Parameter, AmBank dan Integrated Public Relations sebagai rakan perhubungan acara.
LARIAN ‘EVERYONE CAN RUN 2019’ – BERLARI SAMBIL BERAMAL
 Josh Green, Pengerusi Dignity & Services (kanan) bersama ahli-ahli Bake with Dignity menerima sumbangan daripada wakil BOH Plantation Jenny Ngo, Eksekutif Pemasaran (kiri).

LARIAN ‘EVERYONE CAN RUN 2019’ – BERLARI SAMBIL BERAMAL
Josh Green, Pengerusi Dignity & Services (kanan) bersama ahli-ahli Bake with Dignity menerima sumbangan daripada Ow Xin Dee, Pengurus Operasi Portfolio Navis Capital (kiri).

Terdapat hadiah untuk dimenangi bagi setiap kategori termasuk segmen para pelari kreatif berpeluang merebut anugerah pertandingan Pakaian Terbaik.

Menurut Teh, lebih dari 30 anggota pengakap dan sukarelawan akan bertugas sebagai marshal laluan untuk menyelaraskan lalu lintas jalan dengan polis trafik untuk memastikan keselamatan acara larian ini.

Sila layari laman web D & S di www.dignityandservices.org untuk mendaftar secara dalam talian dengan acara larian Everyone Can Run 2019.  Sesiapa yang berminat digalakkan untuk mengambil kesempatan berdaftar awal dengan yuran serendah RM18 seorang.

Waktu Bekerja Fleksi (WBF) Bikin Pening

$
0
0
Waktu Kerja Fleksi (WBF) Bikin Pening | Hari ini dah bermula Waktu Bekerja Fleksi (WBF) menggantikan Waktu Kerja Berperingkat (WBB) yang digunakan pleh penjawat awam 1 Malaysia untuk waktu bekerja.

Kalau sebelum ini WBB dah fix masuk kerja pukul 7.30 pagi dan balik pukul 4.30 petang. Kalau masuk kerja pukul 8.00 pagi, balik kerja pukul 5 petang. 

Ada lagi 8.30 pagi dan 9.00 pagi. Kalau di Tawau dulu aku memang masuk pukul 7.30 pagi disebabkan waktu Subuh Tawau yang awal. Rugi pula rasanya duduk-duduk lepas Subuh tak buat apa nak sampai ke 8.00 pagi tu.

Tapi bila  balik sini, nak sampai office pukul 7.30 pagi tu memang boleh semput ok. Separuh nyawa merempit pun tak boleh sampai 7.30 pagi. Jem sungguh jalan tak boleh bawa bincang!

So aku pilih masuk kerja pukul 8.00 pagi. Itu pun punch card kerap merah jugak! Aduh.

Bila WBF dikuatkuasa mulai hari ini 1 Ogos 2019 menggantikan WBB, akulah insan paling gembira. 

Gila tak gembira. Lepas ni insyaAllah aku akan terlepas dari title "Ratu Lambat". Kahkah. Ok sebelum itu, jom berkenalan dengan WBF dan kenapa aku sangat gembira bila ia dikuatkuasakan.


WAKTU BEKERJA FLEKSI (WBF) PENJAWAT AWAM





Dengan pelaksanaan WBF ini, penjawat awam boleh masuk kerja bermula 7.30 pagi - 9.00 pagi. Punch in selepas pukul 9.00 pagi dikira lewat. Begitu juga balik kerja. Punch out bermula 4.30 pagi - 6.00 petang. Waktu bekerja cukup 9 jam. 

Kiranya kalau aku punch in pukul 8.05 pagi, aku akan punch out pukul 5.05 petang. 

Dah tak ada istilah lewat / kad merah lagi, yeyyyyyyy. 

Tapi pagi ini, azam aku nak datang awal, punah! Kahkah. Ingatkan dah WBF jalan bolehlah clear sikit, tapi hampeh! Jemnya kalah hari hujan!

Dari TTDI Groove Kajang lagi dah start jem gara-gara kemalangan kecil. Biasalah rakyat Malaysia, pantang ada kereta tersadai tepi jalan semua nak ditengoknya. Jalan jem bukan sebab kereta block jalan, tapi sebab pemandu slow down sibuk nak tengok benda apa jadi. Adeh. Stress ok.

Lepas tu jem Cheras lagi. Ok ini biasa.

Lepas tu memanjanglah aku menghadap jem sampai PJ. Kenyang.

Biasanya jem teruk panjang macam ni kalau hari hujan. Atau KL jem (Biasa KL & Semenyih tak kongsi awan, haha). Ini hari terang benderang jalan kering.

Takpelah, mungkin ramai yang meraikan WBF, hehe. Yang penting Alhamdulillah aku tak lewat hari ini, yeyyyyyyy (padahal sampai office pukul 8.39 pagi okeh! Kalau still WBB mau berjambul aku tengok punch card). 

Tak, aku gembira kut dengan WBF ni. Cuma pening gila mengadap jem pagi tadi. Aku juga percaya ramai yang happy sokmo dengan masa fleksi ni.

Esok-esok rasa nak masuk lambat sikit sebab nak breakfast dengan anak / pasangan, dah tak risau nak kejar pukul 8. 

Atau minggu cuti sekolah nak masuk keje awal 7.30 pagi sebab nak balik awal? Why not kan. Hari-hari biasa masuk 8.30 sebab berkejar hantar anak, sekali sekala nak juga balik awal.

Apa-apa pun, kita tengok pagi Jumaat esok macam mana pula jalan raya ya. Moga-moga tak buat perangai super jem macam pagi hari ni. Amin.

Jadi hari ini aku balik pukul 5.39 petang. 

Disaat semua kawan-kawan dah selesai balik pukul 5 petang, tinggallah aku. Lepas ni mungkin perlu belajar cara nak kunci pintu utama.

Nampak gaya macam berpotensi jadi tukang kunci pintu aku ni. Haha.
Matikla.

P/s: Ada yang superhappy macam aku?











Aktiviti Sebelum Puasa | Mendaki Bukit Broga

$
0
0
Mendaki Bukit Broga Semenyih | Last day sebelum puasa hari tu naik lagi Bukit Broga. Boring duduk rumah ada cuti ape entah tak ingat. Dan saja nak test stamina (poyo gila statement).

Sebenarnya dah naik Broga ni beberapa kali. Banyak juga sebab Broga dengan rumah ni sekangkang kera ja. Tapi macam biasa, gambar selalu peram dalam handphone sampai handphone rosak. Jadi sebelum kejadian lama berulang lagi kita simpan dalam blog sebagai memori. Kahkah. Poyo lagi.


BUKIT BROGA SEMENYIH

Mendaki Bukit Broga Semenyih

Pagi sampai tu terus masuk dalam kawasan parking kelapa sawit ni. Pusing-pusing 4,5 kali tak dapat juga parking. Aduh. Lepas tu pulak termasuk lorong parking manusia yang pentingkan diri. Boleh block jalan keluar hujung satu lagi.

Dah satu hal kena reverse jauh. 

Takpelah. Sabar.

Mendaki Bukit Broga Semenyih

Parking luar tepi jalan raya atau parking dalam ladang sama je. Sama-sama kena bayar Entrance Fee (per person). Setiap orang RM1. So nak lagi selamat & ada ruang, parking je kat dalam.

Mendaki Bukit Broga Semenyih

Padahal kan baru balik dari Maldives. Muka sedia sunburn, lepas tu tambah lagi naik bukit masa panas. Dah macam buntut kuali.

Tapi keyakinan untuk wefie itu tetap ada okeh! 

Mendaki Bukit Broga Semenyih

Tudung yang sama versi dah tak sunburn + lighting on point + filter handphone. Gila flawless. Hahaha.


Mendaki Bukit Broga Semenyih

View masa mendaki. Belum sampai lagi okeh.
Tapi naik lambat, matahari pun dah mula naik. 


Mendaki Bukit Broga Semenyih

Nampak taman-taman perumahan.

Semenyih 10 tahun dulu banding dengan 10 tahun lepas banyak sangat perbezaan dia. Bagi aku cepat sangat naik pembangunannya. Masa mula-mula pindah sini rasa tenang je. Ada jem sikit-sikit itu pun kat Pekan Semenyih hari Ahad pagi & petang. 

Dulu-dulu ayah aku boleh merempit hantar aku balik Sekolah Teknik Kajang dari Beranang setengah jam je sampai. (Tapi lepas tu urut dada marah aku "Lepas ni jangan lambat siap lagi!". T_T).  

Sekarang jangan harap dapat setengah jam. Nak lalu Pekan Semenyih pun dah hazab. Dengan lampu trafik berbelas point. Makan nasi lemak sepinggan pun boleh habis. Now nasib baik ada Highway Lekas. Lekas sikit sampai Kajang. Hiks :D

Mendaki Bukit Broga Semenyih

Ops, nampak pulak tanah botak. Nak buat taman baru lagi lah tu.

By the way, Broga ni pernah tutup sekejap. Tak pasti kenapa. Bila dah buka semula, jalan naik dah lain sikit. Orang kata ada jalan lain nak naik. Aku pun tak pasti. Aku ikut je orang ramai.

Mendaki Bukit Broga Semenyih
Tapau McD nak makan kat atas bukit. 

Mendaki Bukit Broga Semenyih


Mendaki Bukit Broga Semenyih


Mendaki Bukit Broga Semenyih

Naik sampai 1st Peak saja.
Tak larat rupanya aku nak naik bukit lagi. Last time masa naik Bukit Gasing bukan main brag kata fit, tak mengah langsung. Hari tu Broga je dah surrender 4,5 kali berhenti cari nyawa tengah jalan. Kahkah. Epa steady je.

Punyalah pelik, apesal teruk sangat stamina aku? Makin gemuk ke apa? Kemudian baru teringat, masa naik Bukit Gasing tu, aku memang rajin walking keliling taman teman mak. Boleh kata setiap minggu, Sabtu Ahad buat. Itu yang kuat sikit.

Lepas tu lama tinggal. Terus down stamina.
Itulah, benda kena disiplin baru jadi rutin kan? Nampak gaya kena start balik walking & jogging nak build stamina. Kalau tak nanti naik tangga tingkat 3 pun penat (akulah tu).


Mendaki Bukit Broga Semenyih

Kat bawah celah-celah stacking pokok-pokok tu ada orang tau! Nampak tak hujung sana tuuuuuuu?

Tak tahu ikut mana naik, tengah aku berangan-angan tangkap gambar atas batu mengadap situ, dengar suara orang menjerit-jerit gelak. Terer betul cari jalan. 

Tapi serious ada part yang cantik atas ni. Dulu pun Dr. Syed Muzaffar & Dr. Halina buat photoshoot wedding atas ni kan?

Mendaki Bukit Broga Semenyih


Mendaki Bukit Broga Semenyih

Jom turun!
Tak larat nak naik sampai Gunung Tok Wan. 

Nak naik dan turun, ada certain part yang agak tricky dengan laluan baru ni (berbanding laluan lama dulu). Lebih banyak yang curam dan memang perlu gunakan tali. Dan paling ketara, di kaki bukit ada gerai minum air kelapa. Kat situ kena bayar lagi RM1/person. Keseluruhan RM2/person.

Ada tambahan Gerai Bunian (wow sangat nama), ada tempat makan, toilet yang lebih senonoh dan mini zoo. Mini zoo tu ada kambing & binatang ape entah. Boleh beli pallet dan feed kambing tu. Ada juga jual susu kambing fresh.

Mendaki Bukit Broga Semenyih

Siap dukung anak okeh!
Yang pakai selipar je pun ramai. Laju steady je naik turun. 

For your information about Bukit Broga:
  • Bukit Broga diambil dari nama Pekan Broga yang terletak hanya 2km berbanding dengan 8km dari Pekan Semenyih.
  • Ketinggi sederhana, hanya 400m dari paras laut.
  • Dari Seremban boleh melalui Pekan Lenggeng - Pekan Ulu Beranang - Pekan Broga dan ke Bukit Broga atau melalui Pekan Pantai -  Pekan Lenggeng - Pekan Ulu Beranang - Pekan Broga. 
  • Dari Cheras boleh melalui Saujana Impian Kajang susur keluar Pekan Semenyih.
  • Paling mudah ikut Lebuhraya Lekas exit Semenyih.
Makan di Restoran Rimba Buluh Semenyih

Tengahari makan pula di Restoran Rimba Buluh Semenyih. Ke Nasi Lemak Rimba Buluh? Lebih kurang macam tu lah nama dia. Specialty nasi lemak dalam buluh katanya.

Tapi tengahari ada jugak goreng-goreng.
Pagi bakar lemak, tengahari tambah lemak. Apeadekes, esok-esok bakar lemak lagi *entahbilalagi T_T

Makan di Restoran Rimba Buluh Semenyih
Nasi Goreng USA. Not bad.

Makan di Restoran Rimba Buluh Semenyih
Sotong Goreng Tepung.
Dah macam cekodok sotong. Biasa-biasa je.

Makan di Restoran Rimba Buluh Semenyih

Babysitter

$
0
0
Macam dah lama tak cerita pasal student aku. Biasalah, student datang silih berganti. Sekejap je jumpa, tahu-tahu dah habis. Sedar-sedar je dah nak konvo. Eh, sekejap je korang membesar ye? Hahaha.

Dari Tawau dulu membawak ke PJ ni, student aku 99% lelaki. Pernah rasa sekali je dapat student perempuan. Itu pun sekali je. Alhamdulillah kekal kawan sampai sekarang. 

Masa awal-awal aku mengajar dulu. Posting pertama, baru settle konvo dah terbang ke Tawau. Umur pun muda lagi. Masuk kelas, tengok senarai nama, tengok ic. Ehhhhhhhhhhh.. Majoriti student aku sebaya aku. Ada yang lagi tua 2,3 tahun. Mak aih. Seram aku. Nak panggil abang kakak ke macam mana ni? Haha. 

Awal-awal dulu, mungkin sebab muka pun suci murni aku agak diorang ni dapat teka yang aku fresh graduate. Siap main teka-teka umur okeh! Masuk uni tahun berapa. Belajar berapa tahun. Grad tahun bila. 

Teka umur tu exactly pulak tu.

Tapi aku biasalah. 
I cannot confirm nor deny the information.

Hiking Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Cara ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing
Dah tua baru orang tak main teka-teka umur dah. 
Ni baru-baru ni Program Sukan Balapan kat Kuala Langat. Walaupun badan sasa, perangai macam 'comel' lagi. Terpaksa Miss ko jadi babysitter :D

Tapi kadang-kadang aku confuse, aku babysitter ke diorang babysitter aku?

Hiking Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Cara ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing
Hiking Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Cara ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing
Kan dah kata, pensyarahnya yang perangai baby lebih dari budak :D

By the way, kawan aku ada buat bisness aiskrim kon ni. Murah je kon besar ni baru singgit. Kalau kon kecik boleh bagi lagi murah. Kebetulan ada program, dia angkut mesin aiskrim ni bawak ke tepi trek. Laku gila aiskrim. Aku je 5 kali repeat makan. Untung kawan dengan aku. Supportive.

Hiking Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Cara ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing
Jom naik Hutan Pendidikan Bukit Gasing!

Hiking Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Cara ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing
Tak tahu apa motif gambar ni. Nak test camera function kut?

Hiking Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Cara ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing
Ini aktiviti semester lepas rasanya masa diorang ni semester 2.
Sekarang ni dah semester 3. Next semester pergi LI. Then dah habis. Tahu-tahu je nanti aku dah kena arrange surat panggil konvo.

Eh, cepatnya masa berlalu. Kak Gee (cap hitam) tu pun dah pencen. Ni kira last activity dengan student sebelum 'keluar baris'. 
Macam mak aku selalu kata. Sekarang sekejap je masa berjalan. Baru je solat Zuhur, eh dah azan Asar. Betullah tu kan.

Hiking Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Cara ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing
Best Bukit Gasing ni. Dekat dengan office.
Yang penting masa naik ni aku tak pancit okeh. Aku sendiri kagum dengan diri sendiri sebab steady je. Haha. 

Lepas naik Bukit Gasing ni riak gila cakap dengan kawan aku sebab tahun 2016 naik aku pancit separuh jalan. Padahal Bukit Gasing ni bukan extreme pun. Kalau rate kesukaran, lagi rendah dari Beginner okeh!

Kau mampu lagi rendah dari Beginner pun ko pancit? Lepas settle Bukit Gasing, aku naik Bukit Brogadengan Epa, konon dah fit sikit kut? Sekali ya Allah. 5 kali berhenti ambik nafas! Pui.

Hiking Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Cara ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing
Trek best sangat. Even sekeliling bukit ni dah bandar, bangunan rumah orang penuh, hutan dia segar. And pokok keriang banyaaaaak sangat. Ada sekali dulu aku pergi tengah musim keriang, penuh keriang gugur kat tanah. Tapi dah kena pijak oranglah.

Lepas tu ada jambatan besi kat atas tu. Route yang kami pilih memang selalu lalu jambatan besi tu tapi tak naik sampai temple & observation hut. Tinggi nau. Gigil kaki aku nak naik.

Ada sungai jernih gila boleh bawa mandi. Masa kami sampai sungai tu sedang elok je ada parents bawak anak dia mandi. Rupanyakan, ada jalan senang naik kereta ke atas ni. Baru aku tahu. Naif sangat hiking.

Hiking Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Cara ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing
Kanak-kanak riang berjimba kat Jambatan Gantung.
Last route sebelum balik. Student aku ada yang gayat, so memang dia tak lalu jambatan ni. Kalau korang spesis ok tak pening kepala boleh lalu jambatan ni. Settle sini turun bawah sikit terus jumpa rumah orang. Memang dekat gila rumah orang dengan bukit ni.

Ramai yang naik parking tepi jalan je dekat area rumah-rumah ni. Budak-budak naik sendiri pun ramai. Well I guess sebab dekat dengan rumah orang so risiko sesat tu rendah. Ko pusinglah celah mana pun confirm turun jumpa rumah orang. Nak buat aktiviti pelajar pun mudah. Nak mengkaji tumbuhan hutan dan serangga pun mudah. 

Mungkin sebab tu nama dia Hutan Pendidikan Bukit Gasing?


Yakin

$
0
0
Lupa belum cerita pasal open house pemaju rumah yang aku pergi masa last raya hari tu. Last raya tu, raya Aidilfitri tau! Bukan raya haji. Kau mampu cerita raya berbulan lepas baru nak story sekarang? Hebatnya kamu, yakinnya kamu.

Majlis hari Raya THP Properties 2019

Pertama kali sampai Pusat lslam Bandar Enstek sebabkan nak memenuhi jemputan open house. Sejenis kegigihan aku drive sambil guna waze nak sampai sini.

Pada aku jauh juga even sebelah Sepang. Amin selalu ada kerja area sini, berliku okeh jalan nak balik rumah! Setiap kali dia kata keje kat Enstek aku eksyen lebih kata ehhhh dekat je Sepang dengan Beranang. Tapi dia kata jauh dan aku sebagai kakak 'mithali' susah nak percaya omongan adik bongsu. Sekali dah sampai sini baru aku percaya jauh gila dari Beranang untuk berulang-alik sangat tidak ideal. Jadi silakan kau pulang ke Senawang sana.

Majlis hari Raya THP Properties 2019

Makanan banyak gila pilihan. 
Nasi tomato ayam masak merah & acar
Kueytiaw goreng (sedap!)
Aiskrim kon RM1.00
Lemang
Nasi impit
Rendang
Mee kari
Mee / Bihun sup
Roti jala
Kambing (ya ampun feberet!)
Sate

Ape lagi yang aku tertinggal?
Haa, kuih muih. Dan ada lagi yang aku lupa. Biasalah benda dah berzaman baru nak update. 

Majlis hari Raya THP Properties 2019

Tapi prop memang cantik! Ala-ala rumah lama gitu. Banyak benda yang ko boleh jumpa kat pasar karat ada jadi prop. Belakang aku ada basikal level atuk aku. Yang selalu nampak dalam cerita P. Ramlee tu hah pun diorang bawak sini. Yang kelakarnya Sarah lepas tau naik basikal tu. Haha.

Eh aku baru perasan, daun pintu hijau tu sebijik daun tingkap dan pintu rumah kampung arwah nenek aku. Style and kaler sama!

Majlis hari Raya THP Properties 2019

Baby millenia first time jumpa mesin taip. 
Kesian anak buah aku tak dapat merasai zaman kegemilangan mesin taip. Jumpa depan-depan rasa rare gila, haha. Aku dulu-dulu kalau jumpa mesin taip terus feeling-feeling jadi sekretari. Cari sokabar (pun boleh masuk okeh, jahanammmmm mesin) lepas tu entah ape benda aku buat.

Yang paling ingat, dulu-dulu zaman sekolah rendah cyber cafe tu susah gak nak jumpa. Nak buat kerja menaip (kenapa entah tahun 1998 ko dah start menaip assignment?) kena guna typewriter. Sengsara mengenang bila ko salah taip perkataan.

Majlis hari Raya THP Properties 2019

Ini lagi rare Sarah. Even mokcik kau pun tak tau nama dia. On the way nak keluar dewan keluar suara petir aku.

"Sarah jangan jilat kayu tu!" 
Adeh.

Makan durian di Taman Medan, Petaling Jaya

Musim durian lagi. Macam biasa mesti mencekik durian dengan geng hantu durian. Depan office aku ni memang tahap jualan durian boleh dikatakan menggila. Sepanjang jalan raya penuh khemah jualan durian. Harga sebesar-besar kanvas tulis. RM8/kg. Mau tak parkinson hantu durian lalu jalan ni hari-hari tengok durian berlonggok gitu. 

Yang kami makan tu, ioi gred A+. Baru tau gred durian pun macam gred spm. Harga A+ memang potong leher, tapi rasa dia soooooo melting! Nyum! Sedap gila! Bak kata brader durian ni, kalau makan yang gred A+ silakan tutup pintu. Bawah pintu selit kain taknak bagi bau keluar. Taknak bagi jiran tahu.

Tapi bila bandingkan harga dengan tempat lain, area depan office aku ni boleh dikatakan antara termurah. Setiap hari nak balik kerja jalan depan ni jem dengan orang parking tepi jalan nak borong durian. Kalau tahun ni dah tak sempat, tahun depan jangan lupa serbu sambil bawak tupperware. Tapau lah sebanyaknya.

Program Qurban Yayasan Tawfiq bersama Kolej Komuniti Kelana Jaya

Raya haji buat apa?
Aku raya haji kedua dah kerja balik. Tak masuk office pun, join program kolej kerjasama dengan Yayasan Tawfiq buat korban.

Aku kalau balik Sungai Penchala mesti rasa sayu je. Dah banyak gila perubahan pembangunan sampai aku dah tak tau jalan masuk ikut mana. Nasib bff waze tunjuk jalan. Itu pun sikit lagi nak hilang bila masuk Terowong Mont Kiara. Kahkah.

Dulu aku duduk Bukit Lanjan (now tapak LDP) and sekolah kat SK Sungai Penchala. Naik van sekolah asyiklah kena tinggal. So bila dah kena tinggal tu, terpaksalah balik jalan kaki. Samada ikut jalan depan lalu jalan besar Mofaz semua tu, atau jalan belakang bukit hutan berliku yang sunyi sepi. Ko kentut 500 meter kat depan pun orang boleh dengar. Begitulah tahap kesunyiannya.

Ada juga masa-masa aku saja nak balik jalan kaki. Ehhhhh entahlah kenapa kepala otak aku masa tu, dah la balik sorang. Berani-berani lagi jalan 3km lalu bukit hutan tu. Berani ke bebal? Hm. Agaknya dulu tahun 1990an kadar jenayah kurang berbanding sekarang. Tidur pintu tak kunci pun rilek. Sekarang anak buah aku nak main luar rumah pun aku tak yakin nak bagi kecuali ada orang duduk luar sekali dengan diorang.

Jauh aku campak belakang. Haha. Okeh. Kat Tawfiq lembu 5 ekor nak kena korban. Masa aku sampai tu semua dah kena ikat. Korang tau aku nampak je lembu berikat kaki tangan hati aku terus terdetik "kesiannyaaaaa"

Dan dah kenapa senang sangat terdetik kesian ni? Aduiiii tak dapatlah makan daging hari tu. Tengok lembu kena sembelih pun hati aku terdetik benda sama. Adoi kenapa hati aku ni? Bagi chan lah tuan kau makan hati lembu hari ni. Tak tau diuntung betul!

Aku rasa lepas ni tobatlah nak tengok korban lagi. Hati aku ni tak pandai sekolah. Kang manjang aku tak dapat makan daging korban tetiap tahun. Tapi lembu yang dah siap lapah nak siang ok. Even tengok kepala dah bercerai dari badan pun aku steady. Hari tu team Tawfiq masak sedap. Kari daging dan daging kicap. Menangis tengok. 

Shoppping langsir Nagoya

Shopping Nagoya je. Tak sampai tahap Jakel lagi.

Shoppping langsir Nagoya

Ni perbincangan nak cari kaler langsir je tau. Punyalah serius. Bila cerita dengan kawan aku style mak cari langsir, rupanya mak kawan aku pun sama je. Ye kita wanita memang punya bakat terendam yang sama.

Shoppping langsir Nagoya

 Dr gigi bertugas dalam Nagoya.
Ini kali kedua buat dermapen. Nanti kalau rajin aku cerita.

Curry laksa sedap di Ah Cheng Laksa Aeon Nilai
Alor Setar mari!

Curry laksa sedap di Ah Cheng Laksa Aeon Nilai

Jom rasmi Ah Cheng Laksa Aeon Nilai.
Pertama kali aku try Ah Cheng kat Sunway Pyramid. Sedap jugak rupanya curry laksa dia. Kuah pekat. Lepas tu tambah sambal cili, peh kaw.

Curry laksa sedap di Ah Cheng Laksa Aeon Nilai

Eja pun dah terpengaruh makan curry laksa. Overall rasa makanan franchise ni memang sama, samada aku makan kat Sunway atau kat Nilai ni. Laksa Penang pun sedap. Boleh consider makan kalau craving.

Curry laksa sedap di Ah Cheng Laksa Aeon Nilai

Muka hari ke-7 lepas buat dermapen. 
Aku ada update dalam fb muka berparut sebab buat dermapen. Agak scary sebenarnya tau sebab parut tu macam parut luka terbakar pun ada. Kulit ala-ala pakai wrong skincare pun ada. Memang horror.

Nampak tak ada mark hitam tepi pipi kiri aku? Itu adalah kulit mati daripada dermapen tu. Tinggal sikit lagi belum tertanggal. Lepas buat dermapen tu, satu muka aku jadi bersisik macam tu. Dalam masa 7 hari, sikit-sikit kulit mati tertanggal dan kulit baru naik.

Dah 2 kali buat, jauh juga perjalanan nak dapat clear skin, hehe. Parut berlekuk jerawat still ada lagi, cumanya keadaan parut tu tak sedalam kawah bulan. But still visible dan perlukan beberapa siri treatment.

Berani betul aku tadah muka zombie tak siap sambil berjalan window shopping macam ni kan?  Yang penting, muka kena yakin, pedulilah orang tengok apa. Kalau nak fikir apa orang fikir, dah satu kerja aku tahan lelemak berkembang tak makan fastfood! Hahahahahaha.

Cerita Deepavali @ Aeon Nilai

$
0
0
Cerita Deepavali @ Aeon Nilai | Cuti Deepavali dah habis. Sekejap je rasakan padahal aku cuti hari Sabtu sampai Isnin. Kiranya 4 hari full swing gitu. Hari Sabtu tu aku pergi kenduri doa selamat kakak ipar makcik aku (aku panggil Mak Lang. Kadang-kadang panggil CheMoi. Kadang-kadang aku pun naik konfius nak panggil apa) baru lepas operate Cyst. 

Aku tahu bahaya cyst ni, sebab ada sepupu aku pun tahun lepas operate cyst. Detect sebelum nak kahwin. Makcik aku sendiri pun ada cyst. Still follow-up hospital sebab cyst dia kejap kecut, kejap besar. 

Dan Mak Lang ni operate sebab cyst besar sampai sakit tulang belakang tak boleh jalan. Lepas operate, dah keluarkan cyst dalam sekilo lebih berat dia. Boleh bayangkan betapa besar cyst tu? 

Alhamdulillah operation went well. Dan aku pun dah makan lauk kenduri.
Yang bestnya bila pergi kenduri kat kawasan kampung ni adalah ......... Lauk dia banyak, dan best!

Aku sebelum pergi tu dah settle 1 mangkuk maggi. Sampai rumah Mak Lang pun boleh settle nasik 1 pinggan! Lauk ayam goreng berempah, kari kepala ikan, sambal telur, ikan masak lemak cili api, sambal goreng jawa, sambal terung.

Fuh, penuh pinggan okeh!
Dan sambal goreng jawa memang mahvelous! Tak lengkap jadi jawa kalau takde sambal goreng jawa, hehe.

KAFE MASAKAN TERENGGANU ASLI BANDAR KINRARA

Nasi Dagang sedap di Kafe Masakan Terengganu Asli Bandar Kinrara Puchong
Sambung cerita makan-makan. Ini kali ketiga aku makan kat Kafe Masakan Terengganu Asli Bandar Kinrara ni. Officemate orang Terengganu yang bawak, dan memang puas hati makan nasi dagang dia. Sedap!

Kali pertama datang, tak dapat nasi dagang sebab dah habis (datang pukul 10 pagi). Yang tinggal nasi lemak & kuih je. Jadi mission FAILED. Kali kedua datang aku tak makan nasi dagang. Tak ingat pulak kenapa? Ke aku makan benda lain? Tapi yang pasti aku nampak Kak Wawa officemate aku makan, nampak sedap gilaaaa! 

Oh dah ingat. Aku makan nasi lemak.
Jadi yang baru-baru ni datang, semestinya order nasi dagang. Minta extra sambal belacan dan telur mata. Kuah penuh 1 pinggan buat banjir nasi dan Bismillahirrahmanirrahim...... Alahai sedap weh! Ikan aye manis, nasi pun cukup rasa. Tiba-tiba rasa nak cari orang Tganung, baru boleh hari-hari telan nasi dagang kahkahkah.

Antara menu yang ada kat sini :
Nasi Dagang Ori Tganung
Nasi Minyak Gulai Daging
Nasi Kunyit @ Pulut Kuning
Nasi Lemokm Ikan Aye (Ayam pun ada)
Pulut Gaul Nyor + Ikan Kering
Laksam
Pulut Lepa Inti Ikan
Kepok Gonde

Lokasi dia senang je. Kedai ni berada dalam pagar Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara. So Waze je Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara atau Kafe Masakan Terengganu Asli Bandar Kinrara, confirm jumpa. Dari office aku di PJCC Taman Medan ke sini cuma ambil masa 15 minit. Oh ya, silakan datang awal pagi sebab yang first time aku datang pukul 10 pagi nasi dagang settled! Tak dapek nak tolong. Operate hari Selasa - Ahad. Isnin cuti.

DEEPAVALI @ AEON NILAI

Macam biasa, kalau ada perayaan besar kat Malaysia, netizen akan dapat benefit apa? Yesssssss, SALE lah jawapannya, hehehehehe. 

Kejar Deepavali SALE kat Aeon Nilai. Best jugak SALE Aeon, handbag Carlo Rino sampai 50% diskaun (Ye aku muda remaja pakai Carlo Rino aje sudahhhhh). Handbag lain ada jugak diskaun, tapi aku sekadar tengok-tengok je. Aim nak beli benda lain. So handbag tunggu Y.E.S bulan 12 karang.

Sebut pasal shopping ni kan, aku teringat. Awal tahun hari tu aku ada lah kenal-kenal dengan sorang ni. Makcik aku kenalkan. Tak pernah jumpa lagi, tapi text & calling-calling selalu lah jugak. Awal-awal tu ok je. Yang kelakar tu, benda jadi masa nak dekat raya. Nak dekat raya tu, aku rasa memang aku kerap masuk mall. Dan supermarket.

Setiap kali dia call, mesti masa tu aku dalam shopping mall / supermarket. Ada kat Tesco lah. Lepas tu TheStore lah (ini shopping barang rumah malam raya uols). Sebelum tu aku dalam Parkson ikut kakak aku cari baju husband & abah aku. Lepas tu aku dalam Times Square (ini cari blouse).

Seram agaknya dengar aku pompuan yang kuat shopping. Padahal aku window shopping je kut. Serius aku tak beli apa pun. Banyak bawak orang berjalan je. Dan makan-makan. Lepas kena reject baru aku terfikir, adakah mungkin dia fikir aku kuat menghabiskan duit? Boros? Kuat berjoli? Hm. Murung sekejap. 

Kolam Deepavali Aeon Nilai

 Cantik kan Kolam Deepavali Aeon Nilai?

Aku selalu suka tengok design Kolam Deepavali. Sebab selalu design dia cantik-cantik dan very colorful. They tend to use bright color sebab pesta cahaya kan. Dan paling aku suka tengok, sebutir-sebutir kan kaler dia.

Diorang guna ape eh? Beras ke butiran tu? Ke benda lain? Tapi memang sejenis kegigihan okeh nak buat. Sejenis kegigihan nak corakkan dia. Aku memang tak gigih dan kurang kesabaran. Tak kreatif. Jadi confirm aku tak boleh buat benda ni. Dulu Kolam Deepavali ni banyak mall tak pagar / letak tape merah. Sebab nak bagi orang tengok dari dekat. Tapi bila banyak kes Kolam ni kena vandalised dengan budak-budak, dah bertape semua.

Vandalised macam mana? Selalunya disepah-sepahla. Habis berterabur takde rupa macam atas tu. Anak buah aku pun kalau nampak memang tangan diorang gatal je nak usik. Faham sangat kalau budak lain pun rasa geram je nak usik kan. So nak selamat letak tali. Semua orang senang. Dan kita tengoklah dari tepi saja. 

Kolam Deepavali Aeon Nilai
 Bawak bakal pengantin jalan.
Aku nak cari novel je. Ini antara benda wajib kalau aku shopping bila nak release stress. Dan aku bukan shopping setiap bulan. 5 bulan sekali kut? Blogpost pasal release stress ada aku cerita kat >>SINI<<. Bukti benda apa aku beli kalau shopping. Takde apa sangat, mesti korang gelak, haha.

Nasi ayam penyet foodcourt Aeon Nilai
 Makan nasi ayam penyet Foodcourt Aeon. Ok lah rasa dia, bagi aku biasa-biasa je. Best lagi ayam penyet Tesco Semenyih. Tapi paling best ayam penyet Taman U Skudai. Aku rasa benda yang paling aku rindu pasal JB, selain UTM adalah ayam penyet! Hehe.

Aeon Nilai
Aeon Nilai banyak tempat rehat, tempat charge handphone & instagrammable spot.
Hipster design dalam dia, memang aim nak jadi mall yang mesra keluarga. Kalau bawak family, banyak je kerusi nak duduk rehat. Ini sementara tunggu pengantin masuk Eco Shop, duduk jap sambil makan sushi.

Oh ye, sushi dekat dengan Eco Shop (Level 2) sedap! Harga pun reasonable. Next time aku datang lagi aku update.

So, apa cerita cuti Deepavali korang?

IndoMie Mi Goreng Ayam Geprek | Mi Goreng Aje!

$
0
0
IndoMie Mi Goreng Ayam Geprek | Mi Goreng Aje! | Hai, kali ini saja nak rasa Mi Goreng Rasa Ayam Geprek dari IndoMie. Ayam Geprek ni adalah sejenis Jogjakarta cuisine, which is ayam goreng yang dimakan bersama sambal bajak / sambal belacan. 

Kita semua pun tahu pengeluar Mi Goreng IndoMie dari Indonesia ni memang mengeluarkan pelbagai perasa mi segera, terutamanya Mi Goreng. Rasanya yang tak masuk Malaysia pun banyak 😂. So why not kita try yang ada kan?

Jujurnya, aku tak pernah makan ayam geprek. Nasi ayam geprek lagilah, tak pernah makan okey! Yang viral pedas gila ayam gepuk pak gembus pun sama. Aduh. Ketinggalan viral sungguh! Haha.

Jadi, berbalik kepada Mi Goreng Segera Ayam Geprek. Katanya rasa dia should be P.E.D.A.S? Tak pasti, tapi jom try makan. 

INDOMIE MI GORENG AYAM GEPREK

Review Rasa IndoMie Mi Goreng Ayam Geprek

Review Rasa IndoMie Mi Goreng Ayam Geprek
Mula-mula pastilah kena beli dulu dari Tesco, haha. Lepas dah beli, bawak masuk dapur & koyakkan plastik lepas tu masaklah seperti nak masak mi goreng segera.



Rasa IndoMie Mi Goreng Ayam Geprek ni?
Kata orang sepatutnya pedas? Tapi bagi aku rasa dia biasa-biasa je. Ok lah nak buat makan. Tak pedas sangat, pedas Level 1 je. Dalam bungkusan mi goreng instant standard ada 3 paket kecik, which is bumbu / perasa / seasoning, minyak perasa & bawang goreng (dalam kes ni, bukan setakat bawang goreng ada jugak cili)

Nak makan lagi untuk kali kedua buat stok kat rumah?
Tak rasanya. Bagi aku dah rasa sekali cukuplah. Mi Goreng Ayam Geprek ni not bad rasanya, tapi tak mencapai level taste aku. Tapi mana tahu sesuai dengan taste korang?

Review Rasa IndoMie Mi Goreng Ayam Geprek

Next review IndoMie jugak. Siap ada kotak uols.




Pengalaman Semakan atau Audit Maklumat Cukai Pendapatan LHDN

$
0
0
Pengalaman Semakan Maklumat atau Audit Cukai Pendapatan LHDN | Hai, dah sampai penghujung tahun 2019 rupanya kita kan? Sekejap je masa berlalu rasanya macam baru melangkah masuk ke tahun 2019 tup-tup dah hujung tahun. Baru je teringat-ingat isi e-Filing untuk isytihar cukai 2018. Eh, sebut pasal e-Filing, masuk tahun ke-7 kerja ni aku dah merasai Semakan Maklumat Cukai Pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri a.k.a LHDN!

Senarai dokumen semakan maklumat cukai pendapatan LHDN

PENGALAMAN PERTAMA ISI E-FILING

Pengalaman pertama kali isi e-filing untuk tahun taksiran 2016. Kata pertama kali isi kan, isilah e-filing beramai-ramai kat office. Ingatkan aku seorang je yang tak pernah isi, rupanya ramai juga pertama kali! Benda pertama kali ini, dia punya tahap tak tahu dan blur memang tak boleh bawa bincang. Mengharapkan orang tolong bagitahu, hah yang ni boleh tolak. Yang ni boleh tolak. Aku pun main hentam je follow. Tak teringat nak google atau baca maklumat senarai pengecualian cukai.

Selesai tahun 2016, 2017 berlalu dengan jayanya. Dan tahun 2018 pun Alhamdulillah selesai. Tetapi pertengahan tahun lalu aku menerima surat dari LHDN. Berdebar, cuak pakej keluar peluh jantan dalam aircond full blast 18 darjah celcius. Apalah yang aku kena ni kan? Rupanyaaaaa..... Semakan Cukai Pendapatan!
Tahniah. 

PENGALAMAN SEMAKAN / AUDIT MAKLUMAT CUKAI PENDAPATAN

Dapat je surat ni, yesssssss terus teringat memang semasa tahun 2016 aku ada melakukan kesalahan semasa mengisytihar cukai pendapatan. Ada bahagian yang tak sepatutnya ada pelepasan, aku isi. Dan kesalahan ini aku aware dan tahun berikutnya 2017 aku tak isi di bahagian tersebut.

Aku syak disebabkan perkara ini aku terpilih. Tapi tak kisahlah, aku memang mengaku salah aku. Salah isi ke apa, itu semua tanggungjawab sendiri kan? Jadi terima dan ingat lepas ini jangan ulang.

Perkara pertama yang aku buat
- Hubungi Cawangan LHDN yang keluarkan surat tersebut.
- Berunding dengan pegawai berkenaan untuk minta pemanjangan tempoh masa sebab nak cari semula fail-fail dan dokumen. Aku ni nama je duduk office yang sama, tapi dah 3 kali berpindah randah tempat dari Tingkat 1 ke Tingkat 2. Sekarang di Tingkat 3. Fail simpanan aku pun dah carca marba. Ditambah pula surat sampai lambat! Kebetulan pada ketika itu ada cuti yang agak lama, jadinya ada kekangan masa.
- Kalau Cawangan LHDN tersebut dekat, bolah walk-in. Macam aku fail cukai aku berada di Cawangan Tawau, jadi penyelesaiannya e-mail sahaja. Tahu kan yang email pun dikira sebagai sumber rasmi, seperti surat faks?
- Dah serahkan dokumen mengikut senarai yang diberikan, tunggu maklumbalas. Tak lama pun maklumbalas ni, paling lama 2 minggu.

Okay, apa kesalahan yang aku buat pada tahun 2016 dalam borang e-filing?
Kesalahan isi pada bahagian pelepasan ibu bapa. Untuk ibu bapa yang berusia 60 tahun ke atas sahaja anak boleh claim untuk pelepasan ibu bapa. Itu pun dalam 1 keluarga, hanya 1 orang anak sahaja yang dibenarkan. Kalau ada 3 orang adik beradik, bincanglah siapa yang nak declare pelepasan tersebut antara 3 adik beradik. Jadinya disebabkan kesilapan aku sendiri tak baca guideline, kawan-kawan yang lain yang ibu bapa mereka berusia lebih 60 tahun declare, aku pun terikut. Selepas dah hantar, baru aku baca guideline dan tahu. I am sooooo wrong! Part ini aku kena bayar semula RM290.07. 

Tahun 2017
Alhamdulillah sebelum isi e-Filing baca guidelines dulu which part yang boleh buat pelepasan, part mana yang tak sesuai. 

Pada aku, kalau kena kuiri dan terpilih untuk diaudit LHDN, jangan risau. Korang sediakan saja dokumen yang diminta. Akan ada senarai dokumen yang dikepil bersama surat tersebut. Dan di dalam senarai dokumen tersebut, bukannya dia minta semua, hehe. Mungkin ada beberapa item yang menimbulkan keraguan dan dokumen untuk item tersebut sahaja yang akan diminta. Audit ni sebab ada keraguan pada pengiraan cukai. Kadang-kadang terpilih sebab pilihan rawak pun ada. 

Senarai dokumen semakan maklumat cukai pendapatan LHDN
Contoh senarai dokumen semakan yang perlu dihantar ada ditanda.

Selepas kejadian ini (cewah nama), aku belajar untuk simpan dokumen untuk pelepasan cukai dengan lebih baik. Contohnya bil-bil internet & invois bulanan takaful disimpan secara hardcopy dan softcopy dalam googledrive & folder komputer. Begitu juga kalau ada resit-resit pembelian buku, buat salinan softcopy (scan atau tangkap gambar hp) dan kemudian simpan dalam folder yang sama. 

Learnt my lesson well!

Pertama Kali Makan Sotong Bakar Jalan Bellamy / Jalan Istana

$
0
0
Terpaksa akui, walaupun 3 tahun dah kerja di Petaling Jaya, hari ini baru pertama kali Makan Sotong Bakar Jalan Bellamy atau juga orang panggil Jalan Istana. Teringin nak makan ikan bakar dan sotong bakar bellamy dah berbulan-bulan, baru hari ini terlaksana. Punyalah eksaited kalah orang mengandung, haha. 

Kebetulan hari ini memang free sikit. Markah semua dah settle, jadi kita try lunch jauh sikit dari office. Actually tak jauh mana pun Jalan Bellamy dengan Taman Medan. Dalam 15 km sahaja. Kalau aku yang merempit (read : kura-kura jalan lagi laju), dalam 20 minit dah sampai bergantung kepada trafik.

GERAI IKAN BAKAR JALAN BELLAMY

Dengar cerita orang Ikan Bakar Bellamy ni padu. Entah, aku pun tak pasti maksud padu tu merujuk kepada apa. Adakah rasa ikan bakarnya? Atau sambal perapnya? Atau sambal cicah ikannya? Atau harganya? 

Let's cekidaut....

Makan Ikan dan Sotong Bakar Jalan Bellamy / Jalan Istana

Makan Ikan dan Sotong Bakar Jalan Bellamy / Jalan Istana

Rupanya ada banyak deretan gerai kat Jalan Bellamy ni! Dah sampai baru aku tahu, haha. Ingatkan ada 1 gerai gitu je. 

Biasanya yang kawan aku selalu pergi tu, gerai depan sekali, Gerai Seri Menanti. Tapi kebetulan hari ni gerai seri menanti tutup, jadi kami masuk je mana-mana gerai ikan bakar yang bukak. Supposedly sama?

Makan Ikan dan Sotong Bakar Jalan Bellamy / Jalan Istana

Makan Ikan dan Sotong Bakar Jalan Bellamy / Jalan Istana

Banyak gila ikan bakar dan sotong yang dah siap bakar, duduk kat tepi je tunggu orang mintak. Datang je kat depan, maklumkan kat brother yang ada kat tepi tu nak ikan jenis apa atau sotong. Kalau mintak sotong nanti dia guntingkan supaya senang nak makan. Tadi yang aku nampak, ada ikan kembung & pari. 

Dah siap gunting silakan ambik nasik kat tempat lain. Kena masuk dalam sikit ada nampak dapur. Haa, kat sini baru ambik nasi sendiri. Sambal cicah ikan ada kat sebelah tempat bakar ikan. 

Aku pilih S.O.T.O.N.G la, ape lagi. Kata peminat seafood tegar! Dapat je sotong, terus curah sambal. Mandi basah sotong aku.

Makan Ikan dan Sotong Bakar Jalan Bellamy / Jalan Istana

Taraaaaa....
Adakah dia nampak seksi?

Makan Ikan dan Sotong Bakar Jalan Bellamy / Jalan Istana

Inilah sotong yang mandi basah tadi. Yang atas tu sotong kawan aku.
Masa ni tak sempat ambik nasi lagi. Cop meja dan jadi food photographer sekejap.

Makan Ikan dan Sotong Bakar Jalan Bellamy / Jalan Istana
Close-up.

Bagaimana rasa sotong bakar Bellamy yang kami makan hari ni?
Pada aku, yang hari ni kurang kick. Not to my expectation. Hm. Dari segi saiz sotong, memang besar. 1 markah.

Sambal? Ada 2 jenis, sambal kicap cili atau cili merah. Yang merah tu pedas. 

Rasa sotong? Haaa, ini yang kureng sikit. Aku lagi suka kalau sotong tu bakar lama sikit, ada rasa grill. Dan perapan lebih banyak menyelimuti sotong itu. Cewah. Overall, mungkin aku akan datang lagi, dan nak cuba kedai lain pulak. Baru kita boleh bandingkan selayaknya, kan?

Makan Ikan dan Sotong Bakar Jalan Bellamy / Jalan Istana
Geng Menyotong.
Jangan kau tanya kenapa tudung aku macam dilanda angin taufan.

Nak ke sini kena keluar awal. Idealnya sampai pukul 12 tengahari. Sebab selepas 12 tengahari, orang datang nak makan berjujuk-jujuk! Penuh meja! Lepas tu nanti parking penuh, susah gak cari parking. Jalan pun kecik je. Bawak Myvi aku sesuai sangat mencelah. Tapi kalau korang keluar awal sangat dah kenapaaaa? Tak kerja ke? Kahkah.


Gerai Ikan Bakar Jalan Bellamy
Lorong Bellamy & Jalan Istana, Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur





Pengiktirafan Syarikat Multinasional (MNC) dan Korporat Tempatan Melalui Anugerah Superbrands Malaysia 2019

$
0
0

Pengiktirafan Syarikat Multinasional (MNC) dan Korporat Tempatan Melalui Anugerah Superbrands Malaysia 2019

Superbrands Malaysia 2019 meraikan edisi ke-11 dan telah memilih 28 jenama untuk memberi penghormatan kepada jenama terkuat dan paling bernilai di pasaran dalam acara anugerah tahun ini.

Superbrands iaitu badan bebas dan arbiter penjenamaan mengadakan acara tahunannya di Ritz Carlton Kuala Lumpur bersama syarikat multinational (MNC) global dan korporat tempatan terbaik yang merangkumi pelbagai spektrum industri yang berbeza. Majlis ini dirasmikan oleh YB Datuk Ignatius Darell Leiking, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Pengiktirafan Syarikat Multinasional (MNC) dan Korporat Tempatan Melalui Anugerah Superbrands Malaysia 2019
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB datuk Ignatius Darell Leiking
Encik Mike English, Pengarah Superbrands berkata: "Anugerah Superbrands Malaysia 2019, yang dianggap sebagai 'Oscars penjenamaan' dalam dunia korporat, akan menyampaikan anugerah kepada jenama yang menang termasuk ketua pegawai eksekutif, pengarah urusan, pengarah pemasaran dan lain-lain eksekutif pemasaran dan eksekutif perhubungan awam selaku wakil syarikat".

Pengiktirafan Syarikat Multinasional (MNC) dan Korporat Tempatan Melalui Anugerah Superbrands Malaysia 2019
En Mike English, Pengarah Superbrands

"Superbrands juga memperkenalkan penerbitan Superbrands yang dinanti-nanti dengan gaya buku kopi meja dengan kandungan profil dua mukasurat untuk  setiap Superbrands di acara tahun ini.
"Acara anugerah ini akan menyerlahkan jenama dan mempromosikan kejayaan mereka serta untuk para eksekutif kanan berkumpul sambil meraikan status Superbrands.
"Kami berasa gembira kerana ramai jenama tempatan yang termasuk peserta baru, telah memasuki senarai Superbrands tahun ini bersama jenama yang diiktiraf secara global. Jenama ini bukan hanya diundi oleh ahli majlis jenama terkenal tetapi juga oleh para profesional pemasaran malalui undian atas talian."
Pengiktirafan Syarikat Multinasional (MNC) dan Korporat Tempatan Melalui Anugerah Superbrands Malaysia 2019

Selepas menjalani kriteria pemilihan yang ketat oleh Majlis Superbrands, lebih daripada 3,000 profesional telah dijemput untuk mengundi bagi calon-calon jenama. Lebih daripada 1,468 jenama utama di Malaysia telah dijaringkan oleh majlis dan melalui pengundian dalam talian, sebelum jenama dengan markah tertinggi diiktiraf sebagai Superbrands.
Hanya jenama yang mencapai tahap pengiktirafan seperti ditetapkan oleh Majlis bebas ini,  layak untuk dimasukkan dalam buku Superbrands Malaysia termasuk rekod sejarah dan pencapaian bagi setiap jenama.
"Jenama terbaik di Malaysia yang terdiri daripada barangan konsumer yang bergerak cepat (FMCG) dan juga perniagaan sekeluarga dipaparkan dalam buku ini. Penyertaan dalam buku Superbrands adalah melalui jemputan sahaja dan ini menampilkan kekuatan yang ada pada sesuatu organisasi dan nilai jenamanya.
“Kesemua peserta program Superbrands berhak menggunakan logo Superbrands dalam kempen pengiklanan, pembungkusan dan lain-lain bahan komunikasi pamasaran. Cerita jenama itu juga dipaparkan di laman web Superbrands,"kata Encik English.
Majlis Superbrands termasuk individu yang telah menunjukkan kebolehan dalam perniagaan dan berpengetahuan tentang pasaran dan perniagaan. Badan korporat yang dipilih sebagai Superbrands menerima kelebihan terutamanya endorsmen tinggi serta bukti ternyata untuk para pelanggan semasa mahupun yang berpotensi, pihak media, pembekal, pelabur dan setaf di setiap jenama dengan ciri-ciri khas yang berasingan.
Pengiktirafan Syarikat Multinasional (MNC) dan Korporat Tempatan Melalui Anugerah Superbrands Malaysia 2019
Penerima Anugerah Superbrands Malaysia 2019
Senarai Penerima Anugerah Superbrands Malaysia 2019 :
1) Acer
2) Apacs Sports
3) April 22
4) Atomy Malaysia
5) Beaute Mori
6) CED
7) Central Sugars Refinery
8) Das Abdul Global
9) Ecoware Al Hardware
10) Fraser & Neave Holdings
11) Jin Ye Ye
12) Little Caliphs International
13) Mamasab Bakery
14) Multimedia University
15) Securido Guard Services
16) Stephen Hansford Petrolub
17) Sun Life Malaysia
18) Sunshine Kingdom
19) The Hijab World
20) Trusted Sharks
21) Ultron
22) V'Asia Cosmetics & Healthcare
23) Wellous
24) Yokohama Batteries






Jom Cipta Kelainan Dengan 5 Idea Resepi Air Fruit Punch Yang Mudah Disediakan!

$
0
0
Jom Cipta Kelainan Dengan 5 Idea Resepi Air Fruit Punch Yang Mudah Disediakan | Aku memang suka air yang bersifat masam manis buah. Minuman yang bersusu kurang sikit. Kalau pergi pasar malam dan nampak air soda gembira (air warna biru yang ada lemon & asam boi & daun pudina) mesti rasa tertarik. Atau pun punch paling simple tapi yang buat aku tambah berkali-kali. Sunquick + sirap. Lepas tu letak ais krim soda sikit. 

Jadi, aku nak kongsi 5 idea resepi air fruit punch mudah dibuat. Untuk apa-apa majlis, mana tahu ada yang nak cipta kelainan, buat air ala-ala mahal hotel sikit kan? Jom follow rapat-rapat.

Link resepi asal disertakan dibawah setiap gambar ya. Kredit kepada tuan punya resepi asal =)

5 Resepi Air  Fruit Punch Mudah

Strawberry Lemonade Punch

Idea resepi mudah dan senang air strawbery lemonade punch
Kredit Asal Resepi : The Cookie Rookie

Resepi ini ada olahan sedikit sebab resepi asal ada dimasukkan minuman keras. Untuk resepi sini dikeluarkan bahan tersebut.

Bahan-bahan :
500g strawberi beku (Masukkan strawberi dalam bekas ais, lagi mudah & senang)
1 botol besar Lemonade
1 botol besar Mountain Dew
Lebihan strawberi beku untuk dimasukkan dalam punch
Hirisan lemon dan strawberi sebagai hiasan
Ketulan ais secukupnya

Cara-cara :
1) Kisar strawberi beku dan lemonade menggunakan pengisar berkuasa tinggi hingga dapat kisaran yang halus.
2) Tuang ke dalam mangkuk punch atau gelas tinggi.
3) Campurkan Mountain Dew dan kacau.
4) Hidangkan dengan hirisan lemon, strawberi dan ais batu.

Sunquick Tropical Soda Blue Punch

Resepi Air Sunquick Tropical Soda Blue Punch
Kredit Resepi Asal : Resepi Citarasawan


Bahan-bahan :
1 botol kecil Sunquick Tropical
1 botol air soda biru Mountain Dew
1 tin kecil tropical fruits cocktail, tapis airnya
1 sudu besar biji selasih, rendam dan tapis
Ketulan ais secukupnya

Cara-cara :
1) Sediakan gelas tinggi atau mangkuk punch.
2) Tuang 2 sudu besar Sunquick oren di dasar gelas.
3) Masukkan ketulan ais diikuti tropical fruits cocktail.
4) Tuang air soda biru perlahan-lahan supaya tidak bercampur.
5) Masukkan biji selasih. Kacau sebelum diminum.

Fruit Punch Mudah

Resepi Fruit Punch Mudah
Kredit Resepi Asal : Myresipi

Bahan-bahan :
1 tin buah-buahan campuran
1 - 2 botol besar air berkarbonat (7 up, ice cream soda atau fanta buah-buahan)
Air gula secukup rasa
Ketulan ais secukupnya

Cara-cara :
1) Campurkan buah-buahan campuran, air berkarbonat, air gula dan ais.
2) Sedia untuk dihidang.


Air Soda Herbs

Resepi Air Soda Herbs Mudah
Kredit Resepi Asal : Asap Dapur

Bahan-bahan :
1 botol besar air berkarbonat ice cream soda
1 tin laici ~ ambil buahnya sahaja kalau nak guna longan pun boleh
2 batang serai ~ dititik
Daun pudina ~ terpulang nak letak banyak mana
1 biji lemon ~ hiris nipis
5 biji asam boi putih
Ketulan ais secukupnya

Cara-cara :
1) Mula-mula cuci bersih semua bahan.
2) Hiriskan lemon nipis-nipis.
3) Sediakan bekas yang bersesuaian.
4) Letakkan daun pudina secukupnya.
5) Kemudian masukkan lemon yang telah dihiris.
6) Masukkan asam boi putih.
7) Masukkan buah laici.
8) Tuangkan air berkarbonat ice cream soda secukupnya.
9) Letakkan ketulan ais jika suka
10) Akhir sekali masukkan serai yang telah dititik perdunya.
Siap! 

Fruits Punch

Idea resepi mudah dan senang fruits punch
Kredit Asal Resepi : FB Dunia Resepi

Bahan-bahan :
1 biji buah prun - potong dadu
30g nenas - potong dadu
30g betik - potong dadu
150g buahan campuran dalam tin
30g tembikai - potong dadu
5 biji anggur
60g nata de coco
200ml air
6 helai daun pudina
Ketulan ais secukupnya
*Saiz 2 hidangan

Cara-cara :
1) Campurkan semua buah-buahan dan nata de coco dan gaul rata.
2) Tuangkan gula sirap dan kacau rata.
3) Masukkan beberapa ketulan ais dan sedia untuk dinikmati.
4) Letakkan daun pudina sebagai hiasan.

Amacam. Cukup 5 resepi untuk 5 hari. Semoga perkongsian ini bermanfaat, memberi idea untuk air minuman yang menarik dan mudah disediakan. 

FamilyMart Dah Ada di Semenyih!

$
0
0
FamilyMart dibuka di Semenyih | Sebenarnya melalui twitter komuniti Rinching/Semenyih ni lah yang aku baru tahu FamilyMart Malaysia akan buka outlet di Semenyih, di Eco Hill Taipan secara tepatnya.

FamilyMart dibuka di Semenyih
Tweet ni aku reply jugak 😂

Ya ampun, perasaan best gila haha sebab FamilyMart mengubat rindu aku kepada LAWSON.

Tahun 2016, aku travel Sapporo. Kat sana aku suka masuk Lawson sebab laaaaaaaagi best!! Dah macam kedai makanan segera sebab makanan dah siap pack. Tinggal nak reheat je. Dan Lawson baaanyak gila. Baru jalan 500m jumpa Lawson lagi. Memanjang kat sana aku try juice. Balik sini rindu Lawson.

Tapi Lawson tak masuk Malaysia. Dan menu FamilyMart dengan Lawson pun lebih kurang sama je, haha. (Padahal kat Lawson aku boleh telan juice & telur rebus je)

Kisah betul.

Sebenarnya kan, tak sangka juga Semenyih dah mula membangun. 10 tahun lepas masih lagi berstatus pekan koboi. Orang kenal Semenyih sebab nak panjat Bukit Broga je.

Lepas tu, satu demi satu francis makanan segera menapak masuk. KFC, McD, Subway, Secret Recipes. Semuanya ni within 5km range aje tau! Dan yang terbaru Tealives dan ... FamilyMart.

Tahun depan Aeon dan Eco Walk Shopping Complex siap. Fuhhhhh. Boleh bertukar status dari Pekan ke Bandar tak?

Kalau boleh, baru bangga nak mengaku urban. Kahkahkah.

Belgium Dark Chocolate Sofuto FamilyMart Malaysia
Belgium Dark Chocolate Sofuto

Baru pergi semalam. Ya ampun manusia penuh! Nak beli oden pun, barisan beratur panjang berlingkar rak! Aku tak mampu nak tambah barisan tu lagi.

Makanya, buat masa ni ini aje lah yang mampu.

Belgium Dark Chocolate Sofuto FamilyMart Malaysia
Yang tak nampak dibalik rak tu barisan orang yang ramai tunggu oden.

Orang Semenyih. Tahniah. Moga lepas ni status kita naik. Ala-ala BBNU. Lepasni nak lepak makan oden dah tak perlu menapak ke Kajang.

Dan semoga bertabah dengan trafik yang semakin menggila pastinya.

Pesanan khidmat masyarakat. Gitu.



Dah Cuba Sosej Keju Korea Viral - Chun di iOiCity Mall Putrajaya?

$
0
0
Dah Cuba Sosej Keju Korea Viral - Chun di iOiCity Mall Putrajaya? | Cerita hari Selasa lepas sebenarnya. Aku ke Putrajaya lepas settle main ATV dan bermalam di Kemensah (ini nanti lepas ni aku cerita apa yang best ATV Kemensah tu okeh!) untuk mesyuarat. Settle mesyuarat baru dapat borak-borak sekejap dengan Linda, kawan masa aku sama-sama kerja di Sabah.

Padahal petang tu aku plan nak menyinggah FamilyMart yang baru buka kat rumah aku Semenyih. Tapi sebab lama tak jumpa kawan, dah sedap borak, terkeluarlah idea nak bersuka ria kat Putrajaya, kahkah. Tak tahulah fikir apa, sebab Putrajaya ada ke tempat yang sesuai nak bersuka ria selain shopping mall? Kebetulan Astaka Morocco yang aku nak sangat pergi tutup hari Selasa.  So plan kensel. Makanya tinggal plan..... Jalan-jalan cari makan je lah.

Ingatkan masuk iOi weekdays clear. Rupanya tak! Ramai juga manusia. Mula-mula nak makan 4fingers. Yes, aku memang lambat nak try benda-benda viral ni. Haha. Tengah mencari 4fingers nampak orang beratur ramai. Biasalah kan makcik bawang, nampak orang beratur itulah tarikan utama nak singgah. Amendelah yang best sangat ni sampai penuh orang kan?

Makanya termasuklah ke dalam outlet CHUN!

Sosej Keju Korea Viral - Chun di iOiCity Mall Putrajaya
Gambar kredit iOiCity Mall

Menu utama dalam Chun adalah C.O.R.N.D.O.G! Basically corndog ni adalah sosej yang diseliputi batter dan deep fried. Originated from United States dan biasanya memang ada dalam menu American.

Tapi Chun yang kat iOiCity Mall ni pulak datangnya dari Chang Chun Korea dengan tagline Crispy Chewy Sensation. Soooooo, sedap ke idok ni hah yang ramai orang beratur ni kenapa kan?

Sosej Keju Korea Viral - Chun di iOiCity Mall Putrajaya
Menu kredit blog kasihaleeya

Orang ramai tau! Tapi sebab nak juga rasa, jadi sanggup tunggu. Tak memasal je kan haha. Aku ambik Cheddar - Mozza topup Popo Fluff (salut kentang). Combination Cheese Cheddar dan Mozarella kekdahnya. Tapi kalau taknak combine boleh je pilih asing. Macam kawan aku order Mozza Combo topup Curly Crunch (balut mee). Bila dah goreng sebijik mamee monstar.


Sosej Keju Korea Viral - Chun di iOiCity Mall Putrajaya

Mozza Combo dengan air. Cheddar-Mozza ala carte. Sos ada beberapa pilihan, antaranya ketchup, mayo, bbq, thousand island dan ada lagi aku lupa. Silakan letak berapa banyak yang ikut suka. Nasihat aku, silakan letak sos  pada semua bahagian sosej, baru bahagia makan, hehe.



Ramai yang order Mozza. Sebab apa?
Hah sebab ini okeh! Cheese / keju yang boleh ditarik-tarik memanjang gitchuw! Benda deep fried lagi best bila letak sos banyak. Chun ni kan sausage batter yang dalam dia ada cheese kan? Jadinya harus makan semasa panas! Baru asyik haha.


Sosej Keju Korea Viral - Chun di iOiCity Mall Putrajaya


Mozarella cheese yang best makan dikala masih panas.

Aku tak sanggup ambik risiko makan sosej Korea Chun ni sambil berjalan. Sambil nak makan, sambil nak tarik cheese lagi, nak mengunyah lagi. Adeh memang hilang kesopanan kaedahnya. Makanya orang ramai beratur + aircond tak sejuk pun kami tak kisah! Yang penting dapat makan dengan tenang.


Sosej Keju Korea Viral - Chun di iOiCity Mall Putrajaya

Rasa Chun - Sosej Korea Yang Viral di Malaysia ni?
Pada aku, rasa Chun ni oklah. Street food yang nampak wow sebab appearance dan saiz dia. Batter yang salut sausage + cheese tu memang tebal. Kenyang betul rasanya bila dah habis makan tu. Dan diantara combine Cheddar - Mozza dan Mozza sahaja, rasanya yang versi Mozza lagi best sebab laaaagi banyak Mozarella Cheese, hehe.


Coating luar, antara Popo Fluff (kentang) dan Curly Crunch (mee), aku lagi suka kentang. Sebab bila dah goreng, kentang dia jadi ala-ala fries yang berperisa. 

Nak repeat makan Chun lagi?
Dalam masa terdekat mungkin belum lagi tergerak hati nak repeat. Sebab ada part yang kurang menepati citarasa aku. Tapi ramai yang suka sebab dari cara aku dengar customer sebelah dan depan aku bercakap seolah mereka ni regular customer. Dah tahu yang mana lagi sedap, yang mana cheese yang boleh tarik. 

Yang nak try boleh ke outlet Chun di iOiCity Mall Putrajaya Level LG berdekatan dengan outlet Kyochon.



Cuti Jerebu di Pantai Port Dickson

$
0
0
Cuti Jerebu di Pantai Port Dickson | Cerita 2 bulan lepas sebenarnya haha. Eh nak tanya hari tu masa tengah kuat berjerebu korang buat ape? Ye lah selain dari keluar pergi kerja (dah jatuh WAJIB tak boleh elak), hantar anak pergi sekolah, keluar lunch. Korang keluar pergi mana masa jerebu tu? Ke tak keluar rumah? Weekend pun?

Sebenarnya, masa mula-mula jerebu nak start teruk tu, kami tak sure pun IPU boleh naik tinggi sampai 200+. Hari Isnin 9 September tu sempat lagi keluar adik beradik dengan anak buah semua berjimba dekat Port Dickson. Sebelum keluar tu tengok langit memang dah tak nampak biru, tapi sebab cuti lama kesian budak-budak kecik ni mememerap kat rumah, Eja cadangkan pergi Port Dickson. Best gak, pagi tu diorang siapkan makanan sikit, tikar semua and zasssssss kita bertolak.


Berkelah di Pantai Port Dickson

Berkelah di Pantai Port Dickson

Baru kat rumah pun dah heboh nak wefie. Anak buah aku memang over sikit. Pantang orang sua handphone. Sekarang ni dah pandai buat memek muka pula tau! Siapa la yang ajar agaknya, haha.


Berkelah di Pantai Port Dickson

Port Dickson! 
Pelik gak hari cuti PD ni lengang lagi. Kami sampai lengang je siap boleh pilih nak khemah mana. Depan khemah berbayar tu, ada orang bawak khemah sendiri, buat BBQ. Peh. Best gila. Baru betul nama berkelah.


Berkelah di Pantai Port Dickson

Berkelah di Pantai Port Dickson

Anak buah over wefie over lagi, kali ni dengan pelampung lengan. 
Aku pun tak sedar bila diorang pow mak diorang. Tahu-tahu je dah bawak pelampung. 


Berkelah di Pantai Port Dickson

Yang paling kenit ni tak dapat pelampung. Tak sempat beli. Sampai-sampai je orang baru bentang tikar dah lari masuk laut! Pampers pun tak bukak lagi okeh! Makanya berlarilah Amin nak kejar sebab nak buka pampers, haha.

Oh ye, korang pernah dengar tak yang baru ni Boracay ditutup sekejap sebab kotor gila? (Baru ni dah buka semula kepada pelancong). Antara sampah yang diorang jumpa masa bersihkan Boracay adalah ............ pampers. Euwww, pandai bawak anak bercuti, tapi pemalas pengotor! Alhamdulillah masa pegi PD ni tak nampak orang buang sampah atau tinggalkan benda sesuka hati. 


Berkelah di Pantai Port Dickson

Sekali  terjun sekali jadi penjaga budak kecik dalam air sekali! Haha. Eja, Amin & mak tak mandi, diorang duduk je. Aku, Epa & kakak je terjun main dengan anak kakak. 

Makanan kakak  prepare waktu pagi sebelum bertolak. Dan ada jugak yang kami beli buat tambah. Tapi itu pun tak cukup. Lain kali kalau nak pergi mandi laut lagi, bawak makanan laaaaagi banyak, kalau datang ramai buat bakar-bakar pun best, aum, haha. Lepas tu kalau ada budak-budak bawak mainan untuk main pasir buat istana tu (yang ni akak aku kena pow gak dengan anak dia kat situ). 

Aku tengok orang yang naik banana boat melompat-lompat atas air. Memang kawww gila brader banana boat bawak, laju nak mampos! Belum sempat lap dah jatuh semua, haha. Best wooo gitu. Puas hati bayar. Nak naik, make sure naik dengan orang yang enjoy melambung-lambung tu sebab lambungan dia memang lain macam. Kalau yang flying fish lagilah. Boleh terbang tinggi dan terhempas bontot! Kalau pakai gigi palsu, mau tercabut jam-jam tu jugak.

Anak buah aku dah besar ni baru suka air. Dulu masa kecik penakut. Dengan ombak pun boleh lari. Lepas tu tahan dia berdiri je atas pasir tengok je air laut. Takut punya pasal.

Sekarang?
Punyalah suka air sampaikan tiap kali balik rumah abah, abah kena pam kolam diorang adik beradik. Yang kat laut ni kena rendam air baru dia tahu erti penyesalan nak naik ke pantai haha. 

On the way nak balik tu pun tengok orang masih tak ramai. Pelik betul tapi tak perasan tu impak jerebu sebab PD time tu clear langit biru. Rezeki lah agaknya kan? Balik pun jalan clear, Alhamdulillah. 

Jadilah kan trip nak bawak budak-budak berjalan. Bagi diorang hepi, mak, nenek, pakcik dan makciks dia pun hepi juga. Yang penting kita shemua hepiiiiii :D


Cari Barang dan Goodies Kenduri Kahwin di Nilai 3

$
0
0
Cari Barang dan Goodies Kenduri Kahwin di Nilai 3 | Hi! Weekend biasanya tak pergi mana-mana sekarang kecuali jemputan majlis perkahwinan. Selalu pergi sebab teman mak, nak tunggu diri sendiri entah bila. Jadi tolong doakan semoga dipermudahkan ya. Eh. Haha.

2 minggu sebelum tu dah ke Nilai 3 sebab nak buat langsir rumah. Nilai 3 kan boleh siap sehari (dengan syarat jahit lurus). Kalau yang berfesyen tu, nak scallop segala, lamalah sikit kan? Ni datang lagi siap bertambah ahli majlis. Haha.

Jadi baru ni pergi lagi, aim nak survey barang hantaran dan goodies untuk kenduri Eja. Kebetulan Eja kata ada promo jadi apa lagi? Kalau offer best kita beli aje lah terus kan?

Makan masak lemak cili api di Batang Benar Negeri Sembilan

Sebelum berjuang isi tangki dulu. Lokasi kedai di Batang Benar. Aku pernah share pasal kedai ni dalam entry ini. Jadi kalau ada berdekatan Nilai, boleh lajak ke sini okeh.

Makan masak lemak cili api di Batang Benar Negeri Sembilan

Aku ambik ikan patin. Eja siput sedut masak lemak cili api. Mak ambik sayur je sebab katanya nak kongsi lauk kami. Bijak- bijak, haha.

Lepas tu kita penuhkan pinggan dengan ulam dan sambal belacan & sambal tempoyak. Fuhhhhhhhh. Heaven!

Makan masak lemak cili api di Batang Benar Negeri Sembilan

Biasalah blogger. Mesti ada gambar wefie satu kahkah. Masa nak cari tempat duduk ni, terserempak pulak dengan jiran mak baru balik Fun Run. Best betul kawan-kawan mak ni, sentiasa ada aktiviti. Yang dulu aku pergi Hatyai tu kan, aku ikut trip kawan-kawan mak lah. [Kuat berborak memang boleh masuk semua group kahkah]

Makan masak lemak cili api di Batang Benar Negeri Sembilan

Gambar kedai. Awal lagi baru pukul 11.30 pun dah mula penuh.

Borong barangan hantaran dan goodies perkahwinan di Thank Q Nilai 3
THANK Q!
Eja tahu pasal promosi Thank Q ni dalam ig. Sebelum ni dah pernah masuk VR Star tapi tak beli apa-apa sebab Eja takde. Ni tuan tanah dah ada, apa lagi terus servey beg goodies dan bunga pahar.

Borong barangan hantaran dan goodies perkahwinan di Thank Q Nilai 3


Borong barangan hantaran dan goodies perkahwinan di Thank Q Nilai 3

Banyak pilihan beg goodies yang cantik-cantik! Tengok harga murah jugak. Tapi mak dah beli beg goodies kat tempat lain cumanya versi takde corak. Kira kosong je lah. Beli masa menyoping pinggan mangkuk untuk kenduri sebab konsepnya beli awal-awal boleh beli sikit-sikit so that nanti tak kena beli sekali harung. Tererkan planning mak?

Tapi itulah, bila dah jumpa yang cantik-cantik, ada banyak saiz & corak rasa hmmm. Nak beli lagi ke?

Kesimpulannya tak beli pun. Kita guna je apa yang dah ada. Jangan membazir ye tak? Lagipun yang dapat goodies bag tu nanti, korang bukan kami hahaha. Dan jangan risau, isi dalam dia tetap gempak!

Borong barangan hantaran dan goodies perkahwinan di Thank Q Nilai 3
Jom tengok bunga pahar / bunga telur!


Borong barangan hantaran dan goodies perkahwinan di Thank Q Nilai 3

Cecantik weh bunga pahar! Dari yang blink blink sampai ke 3 tona, dari kaler lembut ke kaler menyerlah! Harga pun ok sebab banyak promo. Dah pegang yang design ni, jalan depan sikit nampak design lain nak yang tu pulak. Adeh, kepala pusing! Yang Eja pun sama, kejap nak warna teal blue, kejap merah, kejap mint. Dah sama-sama rambang mata, haha.

Borong barangan hantaran dan goodies perkahwinan di Thank Q Nilai 3

Borong barangan hantaran dan goodies perkahwinan di Thank Q Nilai 3

Ada banyak lagi design bunga pahar. Silakan ke ig Thank Q.

Borong barangan hantaran dan goodies perkahwinan di Thank Q Nilai 3


Borong barangan hantaran dan goodies perkahwinan di Thank Q Nilai 3

Yang Thank Q ni pandai. Diorang letak bunga-bunga dah siap gubah tinggi atas rak. Dari jauh dah nampak cantiknya lahai nak letak atas meja kopi. Tak letak atas meja kopi, atas meja makan pun cantik. Eh letaklah dekat mana pun, sebab serius cantik bunga & hiasan daun dia. Kang tak jadi beli barang goodies, bunga pulak dirembatnya. 

Bunga atas ni ada beberapa ton. Cantik kalau letak dalam pasu tinggi letak atas meja kopi. Nak buat bunga tangan pun boleh, tapi kena potong batang dia. 

Jadi minah bunga okeh bila dikelilingi bunga cantik! Rak bunga ni pun depan pintu keluar alahai... Tergugat iman kakak ko. Nak beli, tapi bila teringat anak buah aku.... Hm. Kensel jap.

Last week budak-budak tu balik, tong sampah kecik kepala teddy bear tempat aku buang kapas muka pun jadi bahan mainan. Biasalah budak-budak kan, no problem je nak bagi main. Tapi yang  paling tak disangka adalah.... Tong tu siap dibagi nama.

"Kakak nak bagi nama. Nama dia Mimi" sambil sumbat bunga mak letak dalam tong tu.

Ada jantina okeh! Jadi rasanya kalau aku beli bunga ni, agak-agak apa diorang buat? Dan patut tak beli 'another Mimi'?

Pneumatic Training

$
0
0
Last week untuk kali ke berapa datang untuk training Pneumatic. Eh, kali ke berapa ke? Rasanya baru first time mengasah minda semula tentang Pneumatic lepas habis belajar dulu 7 tahun dulu?

Biasalah dah semakin berusia (ke?) dan lama bekerja kenalah polish skill. Dah lama sangat tinggal memang berkarat dan outdated la ilmu pasal benda alah ni. Datang Shah Alam dari kolej pagi Rabu, eh laaaaa training kat Batu 3 je uols. Tempat aku bermandi peluh tahap gabra keluar air mata dan tempat patah hati. Gitu.

Pneumatic Training di SMC Pneumatic (M) Shah Alam

Sampai pun lambat. Ikutkan dari kolej ke Batu 3 melalui Lebuhraya Persekutuan ambil masa 10 minit sahaja. Disebabkan dekat sangat, pagi tu sempat lagi menceceh sarapan sambil membawang. Lepas tu baru kelam kabut keluar memang lambatlah sampai kan. 

Dapat buku teks & buku amali. Dah lama tak pegang buku teks tau! Eksaited asyik belek, dari kulit ke kulit, haha. 

Pneumatic Training di SMC Pneumatic (M) Shah Alam

Dah mula! 
Nasib baru kat kat muka buku. Kalau dah kat bontot buku, baik tak payah datang.

Pneumatic Training di SMC Pneumatic (M) Shah Alam
Bukti masuk telegram rasmi kerja. Bagi tahu bos kita kerja, dedikasi, rajin, adil, saksama, comel dan cun. 

Pneumatic Training di SMC Pneumatic (M) Shah Alam
Aku tak ingat dulu aku excel ke tidak Pneumatic ni? Macam tak je?

Yang bestnya training ni, buat 1 lepas tu terus praktikal. Sangat bagus cara ni untuk student berkarat seperti aku. Untuk yang mempunyai imaginasi tinggi laaaaaagi bagus, mesti lagi cepat recall.

Aku punya imaginasi  memang tinggi tapi selalunya dia berfungsi ketika perkara lagha, untuk educational macam ni selalunya jem palo 😂 kahkah.

Pneumatic Training di SMC Pneumatic (M) Shah Alam
Exhibition Room.
Dalam ni ada golf simulation. Teringin gila nak try sebab tengok movie Korea, orang kaya je mampu ada golf simulation.

Ke korang ada? Bagilah aku pinjam sekejap. Apa barang orang kaya simpan barang sendiri-sendiri. Sharing is caring khennnnn.

Pneumatic Training di SMC Pneumatic (M) Shah Alam
Dah nak balik kena juga settlekan 1 praktikal. Padahal masa tu dah siap kemas workstation.  Buku dah siap masuk beg, pundi kencing pun dah clear persiapan nak rempuh trafic jam. Kahkah. Masing-masing dah tak sabar nak berdesup lari keluar dari Batu 3. 

Nak lalu Federal lagi, azab memikir trafic jam tu segala. Tapi trainer kitorang tegas, bagus! Haha. Insist juga settlekan praktikal yang dia bagi. But I tell u, they know their product well! Setiap kali buat praktikal, our trainer boleh bagitahu which product yang ada & takde. 

Bagus sangat training personel like this. Dah macam orang sale. Kalau aku tak datang as participant, mungkin aku dah terjebak nak beli some of the instrument.

Yang kelakar lagi, bila ingat balik perangai masing-masing, sebijik macam student sendiri. Manjang nak balik awal 😂

Hot stuff tak? 

Mampos. Haha.

Petang hari kedua baru ingat nak singgah kilang lama tempat aku praktikal dulu. Zaman-zaman hot stuff walaupun berat dah capai 60kg. Bagus juga ada blog rupanya. Boleh aku retrieve cerita lama-lama.  Ada entry cerita pasal Maintenance Department ni kat SINI.

Tahun 2015 waktu yang sama dengan aku, ada 2 orang lagi sama-sama praktikal. Baju biru & baju hitam tu. Memang zaman-zaman masuk air. Kalau jumpa diorang sekarang ni, kompem diorang tak percaya aku dah transform menjadi seorang singa. 


Dah kenapa soalan ini kepada noobies seperti akuuuuuu? 😂

Sampai Lambat Lagi!

$
0
0
Pagi ni sampai office lambat lagi! Ya ampunnnnnnnn, rasa stress gila macam nak patah balik rumah je pagi tadi bila stuck di tengah-tengah jalan tu! Rasa nak marah pun ada, nak menjerit pun ada! Tapi nak marah dan menjerit kepada siapa? Dah la aku sorang-sorang dalam kereta.

Maknanya jerit kepada diri sendiri?
Istighfar kejap. 
Dah lah puasa.....

Patutlah ada artikel mengatakan jalan sesak boleh mengakibatkan stress lantas boleh memendekkan umur seseorang. Ini betul dan diakui. Rasa stress tu bertimbun setiap hari. Perjalanan setiap hari melalui jalan yang sama, dan lalui rutin trafik yang sama. Serius boleh naik gila.

Dan kali ini..... Penyebab jalan jem adalah....

LORI TERBALIK DI SUSUR KE BULATAN BILLION CHERAS.

Dari 6.27 pagi lagi.

Dan jemnya membawa sehingga ke Tol Batu 11 Cheras. Jem tak bergerak okeh! Kalau bergerak pun, sebesar langkah semut. Berapa km agaknya dari Plaza Tol Batu 11 ke Bulatan Billion?

10km! Azabnya nak melepaskan kawasan tu, 2 jam pun tak lepas lagi pagi tadi! Menangis dalam kereta. Hari-hari biasa pun susur nak ke Bulatan Billion melalui Cheras Sentral pun agak sesak. Kadangkala sesak teruk tapi trafik bearable. 

Kali ini unacceptable! Sebab trafik langsung statik. Lori besar terbalik dah cover habis semua jalan!

Padahal dah banyak kali tau setiap pagi waktu puncak lori masuk ke lebuhraya dan alami kemalangan. Atau kerosakan. Itu semua memberi kesan kepada yang berkejar nak masuk office setiap pagi. Masih adakah penguatkuasaan waktu larangan masuk bandar pada waktu puncak kepada lori besar seperti ini?

We do know, even the driver itself takkan nak benda-benda seperti lori terbalik ni jadi. Tapi kalau dah nak jadi kan, nak buat macam mana. Nama pun kemalangan tidak berbau.Tetapi.... kesan kepada perkara tidak diingini .. seperti traffic jam ini kita boleh usaha untuk kurangkan. Seperti itulah. Restriction waktu perjalanan untuk kenderaan berat di waktu puncak. So that if anything happen, bukan pada waktu puncak dan effect kepada pemandu lain kurang.


Dah jam 11.30 pagi pun masih jem. Laluan masih merah.

P/s: Setiap pagi pun on waze untuk cadangan laluan yang traffic bearable. Tapi kali ini memang tak dijangka. Hmmm.






Semangkuk | Port Kacang Pool Gearbox Kambing dan Roti Goyang di Nilai

$
0
0
Semangkuk | Port Kacang Pool Gearbox Kambing dan Roti Goyang di Nilai | Hai, sambung lagi segmen makan-makan. Macam biasa, kalau lokasi mencekik bukan di KL, biasanya di Semenyih. Tapi kali ini, tempat yang aku makan ini  bukan di Semenyih tetapi berdekatan dengannya, iaitu di Batang Benar, Nilai (Bertambah lagi senarai tempat makan best di Semenyih, Nilai dan sewaktu dengannya :)

PORT MAKAN KACANG POOL GEARBOX KAMBING DAN ROTI GOYANG DOUBLE DI NILAI

Semangkuk | Port Kacang Pool Gearbox Kambing dan Roti Goyang di Nilai

Dah lama sebenarnya teringin nak makan Kacang Pool dan Roti Titab. Ramai dah blogger yang kongsikan pasal Kacang Pool. Baik di Penang mahupun di Johor Bahru. Tetapi ralat, bila mana kedua-dua negeri tersebut, aku tak sempat nak cuba. 

Sama juga bila baru-baru ini ke Penang, masih tak sempat cuba. Asyiklah makan breakfast hotel sebab breakfast hotel sedap! Hahaha. Tahu nama roti titab pula semasa AFB buat mini reunion di Ampang. 

Ingat tak cerita Cari Barang dan Goodies Kenduri Kahwin di Nilai 3 baru-baru ini? Semasa makan tu, baru aku terpandang Kedai Semangkuk yang bersebelahan dengan kedai masak lemak cili api nogori ni. Dan....... Dalam menu ada Kacang Pool, Ais Kepal, Roti Goyang, Roti Titab! 

Eh... Ada kat Batang Benar, Nilai sini je? Tak perlu terjah Penang lagi? 

Semangkuk | Port Kacang Pool Gearbox Kambing dan Roti Goyang di Nilai
Kedai Semangkuk. 
Sebelah kiri kedai masak lemak cili padi. Sebelah kanan ada mee celup, nasi ayam dan Tawau cuisine! Rasanyalah sebab baca menu ada nasi kuning ikan. Nanti nak tengok lagi.

Semangkuk | Port Kacang Pool Gearbox Kambing dan Roti Goyang di Nilai

Sini guna SISTEM LAYAN DIRI. Senang je cara dia. Pilih meja > Ambil buku menu > Tulis menu yang kita nak dalam kertas pesanan > Pergi ke Kaunter Bayaran > Bayar.

Settled! Nanti tunggu je pesanan sampai.

Semangkuk | Port Kacang Pool Gearbox Kambing dan Roti Goyang di Nilai

Semangkuk | Port Kacang Pool Gearbox Kambing dan Roti Goyang di Nilai

Tak tahu apa beza Kacang Pool JDT dengan Kacang Pool Gearbox Kambing. Tapi harga jauh beza :D

Semangkuk | Port Kacang Pool Gearbox Kambing dan Roti Goyang di Nilai

Masa datang tu, Laksa Claypot Udang Galah takde. Baru nak cuba.

Semangkuk | Port Kacang Pool Gearbox Kambing dan Roti Goyang di Nilai
Kaunter Bayaran

Semangkuk | Port Kacang Pool Gearbox Kambing dan Roti Goyang di Nilai
Kertas Pesanan

Jadi apa yang kami order? 

Semangkuk | Port Kacang Pool Gearbox Kambing dan Roti Goyang di Nilai

Mee Bandung, Roti Telur Goyang (Bila sampai meja, tinggal 1 je yang masih bergoyang, lagi 1 dah terbaring kepenatan setelah selesai sesi dangdut) dan Kacang Pool Gearbox Kambing!

Semangkuk | Port Kacang Pool Gearbox Kambing dan Roti Goyang di Nilai

Semangkuk | Port Kacang Pool Gearbox Kambing dan Roti Goyang di Nilai
Kacang Pool Gearbox Kambing

Kacang Pool tu makan dengan roti eh? Baru aku tau, kahkah. Mula-mula waiter hantar Telur Goyang dan Mee Bandung. Terakhir baru hantar Kacang Pool dan roti kosong? Nak buat apa?

"Roti tu untuk kacang pool kak"

Kahkah. Maafkan akak dik diatas kebluran akak hal-hal makan ni. 

RASA KACANG POOL?
 Sekali sekala makan breakfast selain nasi lemak, lain machiam rasa dia, haha.  Pada aku ok lah, just nice. Boleh makan sampai habis. And actually, licin mangkuk tinggal tulang je, haha. Oleh sebab pertama kali baru makan, tekak aku kata ok. Dalam kuah kacang tu, ada banyak isi daging. Dan kuah ada rasa manis-manis. Next time boleh makan lagi.

Semangkuk | Port Kacang Pool Gearbox Kambing dan Roti Goyang di Nilai
Telur Goyang. 
1 lagi telur dah kepenatan bergoyang, tinggal 1 lagi masih juara.

Semangkuk | Port Kacang Pool Gearbox Kambing dan Roti Goyang di Nilai

Semangkuk | Port Kacang Pool Gearbox Kambing dan Roti Goyang di Nilai

Semangkuk | Port Kacang Pool Gearbox Kambing dan Roti Goyang di Nilai
Mee Bandung!
Kuah pekat, tapi hari tu kuah rasa banyak sangat udang kering. Tekak aku rasa sedap, tapi kalau boleh kurangkan udang kering lagi ok rasanya. Macam Eja dia tak makan udang kering, even kat rumah pun takde stok udang kering. Kalau nak masak meehon, rencah udang kering tu kita ganti dengan ikan bilis + ayam/sotong. Lauk udang is totally NO! So confirm Eja tak boleh makan mee bandung ni.

Kuantiti wise. Just nice portion untuk seorang makan.

Semangkuk | Port Kacang Pool Gearbox Kambing dan Roti Goyang di Nilai

Alhamdulillah. Kenyang.
Lain kali boleh datang lagi cuba menu lain pulak. Laksa & Bakso hanya ada bermula tengahari. Itu takpe, dah biasa makan. Yang nak makan lagi, ais kepal! Agak-agak meriah tak macam Ais Kepal Penang?

SEMANGKUK 
Waktu Operasi : 8.30 pagi - 6.00 petang
Waze : Semangkuk Batang Benar


Walimah Lagi. Wajib Hadir Jemputan Kenduri Kahwin?

$
0
0
Walimah Lagi. Wajib Hadir Jemputan Kenduri Kahwin? | Biasalah kan, semakin menghampiri cuti sekolah, bulan November dan Disember mesti banyak jemputan kenduri kahwin. Dan Alhamdulillah Sabtu minggu lepas dah mula  sesi gantung kuali, dari  tengahari membawak ke malam gantungannya, haha.

Kawasan perumahan aku ni boleh kata meriah dengan kenduri. Kalau kenduri kahwin pulak, setakat yang aku tahu dah 2 kali buat rewang untuk kenduri. Tak guna katering tau! Masak sendiri kat depan rumah dan yang paling amazing, team rewang ramai! Meriah!

Abah dah angan-angan tau. Next anak perempuan dia kahwin, nak buat rewang jugak! Tak tahan agaknya tengok meriahnya perjalanan kenduri orang, tambah pulak team rewang taman memang ohsem, laaaagilah hasrat membara gitu.

Lokasi dewan perkahwinan di Semenyih - Laman Cinta D' Puteh
Laman Cinta D' Puteh
Jalan Seri Mawar 2, Taman Kim Lai, 43500 Semenyih Selangor

 Jemputan kenduri pertama dalam Semenyih je. Di Laman Cinta D' Puteh.

Cantik Laman Cinta D' Puteh ni. Sebab ala-ala dewan tepi hutan. Tapi dia bukan dewan pun. Tempat majlis dalam manquee tent yang ala-ala jom heboh tu. 

Dengan chandelier, kain gantungan putih, ditiup angin pulak. Aduh. Sempoi. Tetiba teringin garden wedding pulak. Tiberrrr.

Lokasi dewan perkahwinan di Semenyih - Laman Cinta D' Puteh
5 sekeluarga kekenyangan.

Lokasi dewan perkahwinan di Semenyih - Laman Cinta D' Puteh

Lokasi dewan perkahwinan di Semenyih - Laman Cinta D' Puteh

Rasanya sampai awal. Baru pukul 1, tapi pengantin dah bergambar di pelamin.

Kali ni mak tak suruh ambik gambar dengan pengantin. Selalu suruh sebab nak minta seri pengantin kekdahnya. Ye lah, seri anak tak cukup, kita mintak sikitlah dari pengantin, hihi.

Kali ni tak suruh. Adakah aku dah cukup berseri? Kahkahkah.

Lokasi dewan perkahwinan di Semenyih - Laman Cinta D' Puteh
Pintu masuk comel sangat buat latar OOTD.

Lokasi dewan perkahwinan di Semenyih - Laman Cinta D' Puteh
The wonder women.

Lokasi dewan perkahwinan di Semenyih - Laman Cinta D' Puteh
Goodies!
Yang muslim dapat goodies macam yang atas ni. Dalam dia ada mini tasbih dan mini himpunan surah. Non-muslim pulak dapat goodies lain. 

Baguih. Aku pun tak terfikir buat 2 jenis goodies. Takdelah semua orang dapat sejenis sama goodies kan?

Masa kenduri kan, rasa tak selesa dengan pemakaian sesetengah tetamu. Aku sejenis orang yang takut berdepan dengan seseorang yang pakai heavy makeup ataupun seksi. Dan aku jumpa orang yang penuhi 2 kriteria tu, di kenduri ni!

Ternampak seorang kakak ni, terus aku pandang arah lain. Takut okeh. Entahlah, tak taulah sebab aku ni orang kampung ke apa, but until now masih rasa sheram kalau terserempak dengan kakak begini. 

Syukurlah aku bukan lelaki. Kalau tak manjang terlanggar tiang je sebab mata 24 jam terpejam. Kahkah.

Lokasi dewan perkahwinan di Semenyih - Laman Cinta D' Puteh

Kenduri kedua ada ayam gunting singgit! Hotdog singgit! Yang macam kat pasar malam tu.

Teruja menelan ayam gunting, haha sebab ini first kenduri jumpa ada food sampingan ayam gunting. Laksa, cendol, sate, otak-otak, apam balik tu semua biasa. Ini bagi aku baru.

Ke tak baru?

Deco cantik. Pelamin pun cantik. Dan yang best, ada prop! Yey. Laagi best, takde orang pun kat booth prop tu. 

Aku apa lagi, sempatlah bagi sekeping. Eja sekeping sebelum nampak abah, mak dan Epa melepak bawah pokok tunggu driver tengah bergambar prop. Haha.

Best sebenarnya memenuhi undangan walimah ni kan? Satu sebab of course makan freeeeeeeee (i loike. Bagi ❤️ satu), lepas tu side dish banyak jenis. Ada soft icecream [semua pasal makanan je kahkah]. Dua boleh eratkan silaturahim, tautkan kembali ikatan yang dah lama. Jumpa kawan-kawan lama dan baru. Dan yang paling penting, sama-sama rasa happy sebab masjid baru dibina. Semoga semua kenduri yang aku pergi, pasangan-pasangan ini gifted with all the bless in the world. Amin.

HUKUM MEMENUHI UNDANGAN KENDURI KAHWIN?

Yang paling penting, memenuhi undangan walimah ini wajib sekiranya  tiada  keuzuran. Majoriti para ulama menyatakan bahawa hukum memenuhi jemputan perkahwinan adalah wajib. Ini berdalilkan dengan sebuah hadis daripada Ibn Umar R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْوَلِيمَةِ فَلْيَأْتِهَا
Maksudnya: Apabila salah seorang kamu dijemput ke majlis perkahwinan (walimah), maka hadirlah ia.
Riwayat Muslim 1053

 Manakala mengenai keuzuran tersebut, boleh baca di artikel Mufti WPini.

InshaAllah minggu ini ada undangan walimah lagi. Ada 2 kenduri tuuu. Syoknya makan lagi! Hehe.


Viewing all 311 articles
Browse latest View live