Quantcast
Channel: nurulshahira.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 311

Dah Terkena !

$
0
0
Semalam aku ada post pasal sewa rumah sewa aku. Pasal deposit rumah sewa sebenarnya. Aku tanya tuan rumah pasal deposit sebab hujung bulan ni last duduk situ. Nak transfer balik dah. So whatsapp tanya boleh tak waive duit sewa rumah bulan ni. Kira tuan rumah tak payah pulangkan deposit, kitorang tak payah bayar sewa. Senang dua-dua pihak.

Tapi tetiba tuan rumah kata kami tak bayar deposit langsung. Kiranya masuk rumah tu cuci kaki langsung tak bayar apa-apa. Eh. Kau biar betul? Mana ada orang nak bagi sewa RUMAH tak ada deposit kut? Alangkan sewa bilik pun depo selalu 2+1. Musykil aku dengan kenyataan tuan rumah ni. Sebab masa mula-mula masuk bukan aku yang deal bayar semua. Aku cuma tahu, bila housemate aku kata "Weh korang, bayar sewa rumah". Bayar. Done.

Tapi seingat kepala aku memang ada kitorang bayar. Dalam sebulan macam tu. Tanya yang lain memang kata ada. Yang silapnya adalah:

- Tak ada agreement mengatakan sewa berapa bulan, depo berapa.
- Bayar depo cash. Better jangan buat gini. Online transfer lagi selamat.
- Bayar cash, tapi tak mintak resit bukti pembayaran.

Dah terkena bila tuan rumah buat-buat lupa. Kita penyewa nak argue, tapi tak ada bukti bayar. Harapkan ingatan yang jelas. Huhuhuhuhu. Memang jadi pengajaran betul. Lepas ni, kalau tak ada sign agreement sewa, make sure dapatkan resit bukti pembayaran. Dan kalau menyewa, tapi bukan korang yang uruskan payment sewa, jangan buat loklak tak tau bila tarikh bayar sewa, dengan siapa bayar sewa, guna kaedah apa bayar sewa. Mana tau ada lagi tuan rumah yang guna kaedah tradisional lagi. Tetiap bulan meronda rumah mintak sewa sambil buat spot check ala-ala cerita Doremi. Jangan lupa mintak resitttttt. Hehe. Nanti tetiba esok datang meronda lagi mintak sewa. Matikkkkkk.

Kesilapan penyewa semasa mebuat pembayaran deposit sewa rumah
Seksi tuan rumah. Seram ai :D

Menangis tepi bucu katil pun tak berguna lagi.. Jangan diulang kesilapan lampau itu. Kalau tak. Senasiblah kita bagi free deposit sewa rumah.

Huhuhuhuhu berjemaahlah kita sekarang.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 311