Resepi Brownies Kedut Simple Tapi Sedap | Hari-hari terakhir kat sini sempat lagi nak jadi urusetia kursus pendek. Rugi lepaskan sebab kalau jadi urusetia kursus yang dibuat pada weekend (bukan waktu bekerja kita), ada cuti menanti. Sapa nak bagi oii? Haha.
Kak Sha kursus kecantikan. Depa buat start dari cara nak cuci muka, step by step beauty routine, pakai mask, scrub muka, tangan. Semualah. Lepas habis cuci ajar cara nak mekap pulak. Light make up untuk office wear. Best tengok tapi iols tak berapa berkenan. Seksa pulak dressing peserta yang datang. Naik juling matang hakak okay :D. Jadi, banyak masa duduk kat bawah, sambil meronda lokasi kursus masakan. Tu yang termasuk kursus Brownies Kedut ni. Masuk-masuk je Ya Allah......... Sedapnya bau! Menjejes air lir okay. Menyesal tak jadi urursetia kursus ni. Ekekekeke. Tapi yang bestnya, dapatlah juga rasa sepotong dua, dan resepi nak buat senang nak pengsan. Guna 7 bahan asas je! Senang je. Jom buat sebelum puasa ni! Haha.
RESEPI BROWNIES KEDUT WITH NUTELLA KITKAT
Bahan-bahan:-
BAHAN A:
225g Dark Chocolate
135g butter
BAHAN B:
3 Biji Telur Gred A
225g Gula
BAHAN C (Ayak dulu)
220g Tepung Gandum
1 sudu teh Baking Powder
35g Koko
CARA BUAT:-
1) Cairkan Bahan A menggunakan kaedah double boil.
2) Pukul Bahan B dalam bekas lain hingga kembang.
3) Masukkan Bahan A ke dalam bekas Bahan B. Gaul rata.
4) Kemudian masukkan Bahan C yang telah diayak. Gaul rata menggunakan mixer atau guna spatula pun boleh. Kuap balik sampai semua bahan sebati.
5) Kalau guna mixer, jangan lama sangat mix. Brownies ni teksture dia bukan macam kek. Kak Sha lagi suka dia kasar sikit, tak berderai. Better kuap balik guna spatula je.
6) Bakar selama 30 minit pada suhu 160 darjah.
Bila dah masak, biarkan brownies berada atas redai dalam oven tu seketika dalam keadaan pintu oven terbuka. Ini akan menghasilkan tekstur berkedut di permukaan brownies. Sejukkan dalam beberapa jam. Selepas itu, potong kecil. Saiz ikut suka korang.
Hiaskan dengan potongan kitkat dan Nutella.
Dah serupa kotak telur pulak ambil gambar dari angle ni, haha. Tapi yang pasti guna resepi ni, brownies yang dihasilkan tak terlalu manis dan tekstur brownies just nice tak berderai. Bahan pun sikit je.
Brownies tahan selama 4 hari tanpa dimasukkan ke dalam peti sejuk. Tapi ini, sekali buat terus habis kut. Tak sampai sehari, ekekeke.
Antara resepi lain yang best untuk puasa ni:
Biskut lidah kucing / Rainbow cookies
Tartlet : Cheese & Fruit Tart
Antara resepi lain yang best untuk puasa ni:
Biskut lidah kucing / Rainbow cookies
Tartlet : Cheese & Fruit Tart