Quantcast
Channel: nurulshahira.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 311

Dah pandai selfie

$
0
0
TQVM untuk yang rajin doa Kak Sha korang pergi interview hari tu. Kelakar je rasa, interview pun nak pumpangpumpang. Tapi alhamdulillah, everything went well. Result tak tahulah macam mana, bila dah balik rasa macam over confident tadi. Rasa poyo je tadi "Ye, saya tak kisah". Kemahen. 

Tapi jangan terlalu berharap, nanti meranaaa. Hahaha. Yang bestnya urusan kerja sekejap je, setengah hari Khamis tu. Cuti balik kampungnya berhari-hari. Merapunya lekluleklu berjam-jam. Nikmat donia, peh. Pedulilah kerja tadi tu. Ekekekeke.

1st EFGathering

Sebelum balik tu, button badge #1stEFGathering Exchange Feed Group (EFG) baru sampai Tawau. Sempatlah nak kelebet button badge sebelum balik. TQ Mommy irrayyan.com hantar badge even kita tak pergi 1st Gathering ni. Ingat jugak dekat kita yang kat seberang laut ni =)

Khayra - Sarah dah pandai selfie

Khayra - Sarah dah pandai selfie

Tiap kali balik, mengadap view inilah. Dah seploh juta kali lalu pun still tak tahu ini kat mana. Haha. Tapi suka ambik gambar kat sini sebab dari atas nampak dari sungai-sungai kecik akhirnya bertemu di muara. Dari muara masuk terus laut. Awan pun nampak cantik. Kadang-kadang kalau boring sangat siap boleh tergelak sorang-sorang tengok bentuk awan. Siap visualize awan ni bentuk bear, bentuk burung lah. Bentuk orang tengah sujud. 

Ini membuktikan kebosanan mampu menjadikan seseorang manusia itu keluar dari kotak pemikiran biasa dan menjadi lebih kreatif. Kehkehkeh. Padahal hari-hari biasa kalau ada orang cakap dekat aku awan tu bentuk luar biasa. Ingat aku nak percaya. Takde de.

Balik tu hari Rabu petang, Khamis pagi interview. Jumaat petang pulak gerak Senawang jemput kakak dengan anak dara dia 2 orang balik rumah. Baru 3 bulan tak jumpa, dah lupa terus makcik dia. Sedih hati kita. Lepas tu bawa anak dara ni mandi dekat Wet World Pedas. Tapi serius. Rasanya dulu Tawau ni panas betul. Rasanya kalau duduk luar sekejap pun dah rasa garing. Tapi sejak-sejak musim El-Nino ni, rasanya panas dia kurang sikit. Banyak kali jugak hujan sebelum balik baru-baru ni. 

Sekali bila balik KL, Ya Allah. Panas kering sungguhlah! Kalah Tawau. Dah terbalik pulak cuaca. Aku keluar airport je dah kena tampar udara panas. Adududududu. Balik rumah, hari tu mandi 3 kali sehari. Kawan aku siap mandi 5 kali. 

Sebab panas gontang gitu tu yang bawak anak dara ni main air. Dalam kereta sementara nak tunggu mak diorang siap, selfie dulu sekejap. Sekali ada yang memerhati. Elok je nak masuk dalam skrin selfie kita. Pandai dah diorang 2 beradik ni selfie rupanya. Laju je tangan nak tekan skrin.

Khayra - Sarah dah pandai selfie
Okay, kakak tekan sini kan?

Khayra - Sarah dah pandai selfie

Photobomb gambar Cik Ira sebab muka Cik Ira kembang semangkuk.

Khayra - Sarah dah pandai selfie

Tak cukup dalam kereta, sambung dekat rumah pulak. 
Mula-mula Aya sorang-sorang dulu.

Khayra - Sarah dah pandai selfie

Tak acilah Aya sorang je. Kakak pun nak masuk jugak...

Rupanya bukan setakat pandai selfie depan kamera dah sekarang. Handphone mak dia pun dah serupa handphone mainan. Kejap-kejap dekat kakak, kejap-kejap dekat adik. Entah bila mak dia nak pegang handphone pun tak tau. Abah diorang call pun stress. Ni apesal aku call tak dapat-dapat? Hahaha.

Bila anak dara 2 orang ni ada, sekejap je rasa cuti habis. I is rinduuuuuu.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 311

Trending Articles