Baru lepas transfer duit dari akaun Paypal masuk dalam akaun bank. Tak banyak pun transfer, tapi adalah hasil job oversea yang lepas-lepas. Alhamdulillah =)
Untuk pertama kali menggunakan akaun Paypal, mungkin akan alami sedikit kekeliruan. Macam aku lah kan. Tercengang-cengang jugak. Tapi mudah je sebenarnya. Jom. Kita transfer duit dari akaun Paypal ke akaun bank. Nak simpan-simpan sampai berkepuk buat ape? Haha.
TRANSFER DUIT DARI AKAUN PAYPAL KE AKAUN BANK MALAYSIA
1. Mula-mula sekali daftar masuk akaun Paypal.
2. Terus masuk ke bahagian My Account.
3. Untuk perpindahan wang, tekan opsyen WITHDRAW seperti pada kotak merah dibawah.
Baki wang yang ada dalam Akaun Paypal seperti pada bulatan hijau. Baki dah siap convert dalam Ringgit Malaysia (RM) mengikut kadar tukaran semasa USD ke MYR. Macam hari ini, kadar tukaran 1 USD bersamaan RM 3.77.
Ada ditulis dibawah Paypal Balance tu.
Pilih Opsyen WITHDRAW
Keluar bahagian Withdraw Funds.
Boleh pilih nak withdraw dan transfer masuk terus ke dalam akaun bank yang kita set dalam akaun atau transfer masuk ke kad. Untuk kad ni, rasanya Kad Kredit. Not sure sangat. Tapi aku pilih transfer masuk akaun bank je. Senang.
Untuk akaun bank Malaysia memerlukan 2-3 hari bekerja untuk duit clear masuk ke dalam akaun. RM 3.00 dikenakan sebagai service charge jika pengeluaran kurang dari RM400. So, kalau nak jimat RM3.00, kumpul-kumpul sampai lebih RM400 baru withdraw.
Pilih opsyen Withdraw to your bank account.
Baki semasa wang dalam akaun ditulis seperti pada bulatan hitam tu dalam matawang USD. Minimum withdraw adalah 14 USD. Less than that tak boleh rasanya. Boleh klik perkataan minimum yang ada garisan biru bawah dia tu untuk lebih lanjut.
Masukkan nilai berapa USD yang kita nak withdraw pada kotak yang disediakan. Wang akan dimasukkan ke akaun bank yang kita set masa mula-mula register akaun Paypal. Macam aku, Public Bank.
Tekan Continue.
Siap. Akan ada notification Payment Pending 2-3 hari macam pada gambar pertama tu. Selagi x clear wang tak masuk dalam akaun bank, status tu akan Pending. Wang dah masuk baru hilang status Pending tu.
Notification juga dihantar pada akaun email yang korang register untuk Paypal memaklumkan mengenai Withdraw korang. So, kalau dapat email memaklumkan wang dah clear, dah masuk lettew wang korang. Yey.
Senang je kan? ;)