Quantcast
Channel: nurulshahira.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 311

Kisah Kazim Dijangkiti HFMD

$
0
0
Kes yang dilaporkan untuk penyakit HFMD atau Hand Food Mouth Disease semakin meningkat kan sekarang? Daripada kes di Penang, sekarang ni dengarnya di Selangor pun mula menular.

Teringat beberapa bulan sebelum ini, anak buah bongsu aku, Kazim baru saja sembuh dari HFMD ni. Penyakit HFMD atau dalam bahasa melayu, penyakit tangan, kaki dan mulut memang mudah menyerang dan menjangkiti badan yang mempunyai antibodi lemah.

Pada mulanya, anak buah aku demam. Beberapa hari demam. Bagi makan ubat demam, kebah sikit panas dia.

So, nak jadi cerita one day kakak aku bawak semua anak dia pergi taman permainan. Esoknya Kazim dah demam semula. Kali ni pakej dengan kurang minum susu. Makan lagilah taknak.

Bila dah beberapa hari aku pulak stress anak buah aku asyik merengek. Masa ni dah start keluar bijik-bijik kecik kat tangan dia. Jadi kakak aku pun bawak anak dia pergi klinik.

Nurse check dan kata macam ada tanda-tanda HFMD. Tapi klinik yang kami pergi tu Klinik 1Malaysia, takde doktor. Lupa. Ingatkan demam biasa nak ambik ubat je. 😅

Tapi kakak dah risau sangat sebab anak buah aku dah tak nak makan minum. Call husband dia, then terus shoot ke hospital. Anak-anak dia lagi 2 orang tu tinggal sekejap kat rumah kami.

Malam tu abang ipar call, confirm HFMD. Malam tu kena drip air dulu sebab badan lemah tak menyusu.

Penyakit HFMD ni berpunca dari virus dan akan serang antibodi yang lemah. Mudah berjangkit melalui cecair, jadi cara untuk sembuh? 

Pastikan makan minum supaya tak dehydrated dan kuarantin dari anak yang lain. Kakak aku lepas balik je dari hospital, terus bawak anak buah aku balik kampung. Kuarantin kat kampung, dia nak berlari, larilah 1 rumah. Tapi yang kesian, anak buah tu sorang je kat kampung dengan mak dan nenek dia 😅

Lagi cepat bijik-bijik lepuh HFMD tu keluar lagi bagus. Ada gambar yang kakak hantar masa diorang di kampung. Alahai kesian Kazim tapak kaki penuh bijik air. Gatal lagi.




Dari fb Dr Taufiq Razif

Seram tak baca seorang yang dijangkiti HFMD mampu untuk menjangkitkan 5 orang lagi? Kalau di tadika ni, memang berpotensi 1 tadika dijangkiti. Sebab itu perlunya kuarantin pesakit HFMD.

Tips melegakan ulser mulut HFMD

Penyakit tangan, kaki dan mulut HFMD

Tanda & gejala HFMD

Kesian baby tumbuh bijik-bijik lepuh kat mulut, especially lidah. Kita ada ulser sikit pun dah mengaduh. HFMD tumbuh penuh 1 lidah. Itu penyebab baby / kanak-kanak taknak minum, makan dan menyusu. Bahaya dehydrated.


Infografik punca penyakit hfmd

Infografik komplikasi dan kesan penyakit hfmd

 Boleh menyebabkan buta! Jangan main-main dengan after-effect HFMD.
INFOGRAFIK CARA PENCEGAHAN PENYAKIT HFMD
Infografik KKM

Alhamdulillah pengalaman, sekali terkena inshaAllah kami akan lebih berhati-hati lepas ni. Kazim pun, ikut kata kakak aku dalam banyak lepuh-lepuh dalam mulut dan tapak kaki, masih lagi aktif berlari dan minum susu. Ikut kata doktor kalau aktif dan minum air, kira dah ok lah. Tapi kakak cuti seminggu jugak nak tunggu bijik lepuh tu keluar habis. 

Dengan berita penyakit HFMD makin merebak, rasanya lepas ni aktiviti ke taman permainan kami terpaksa ditunda buat sementara waktu. Jadi, kalau anak-anak buah aku balik, aku nak ajak diorang pergi mana pulak? Hm.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 311

Trending Articles