Hi! Dah perbaharui insurans kereta dan cukai jalan? Jangan buat-buat lupa ya dan menjadi satu kesalahan memandu kenderaan yang tiada cukai jalan. Dan kalau nak perbaharui cukai jalan kereta, wajib ada Insurans kereta yang aktif.
Kalau sebelum ini, aku memang selalu perbaharui insurans dan cukai jalan kereta menggunakan MYEG. Senang sebab semuanya dihujung jari sendiri, buka website, tekan-tekan, bayar, dan wallah.... Cukai jalan yang baru dihantar ke pintu rumah / pejabat. Sangat membantu untuk orang yang pemalas keluar macam aku, hehe.
Kali ini, saja bertukar angin dan mencuba perbaharui Insurans kereta dengan Takaful Malaysia. Kesimpulan yang aku boleh dapat setelah menggunakan platform Takaful Malaysia untuk perbaharui insurans, ianya memang mudah dan tidak memakan masa yang lama. Serta default information seperti no. chassis boleh dikesan apabila kita memasukkan no. plat kereta dan butir peribadi lain.
PERBAHARUI INSURANS KERETA DENGAN TAKAFUL MALAYSIA
1) Log masuk kehttps://www.takaful-malaysia.com.my
2) Pilih Motor - Get Quote untuk pengguna yang pertama kali menggunakan perkhidmatan Takaful Malaysia.
3) Sign In.
4) Masukkan no. IC baru, no. plat kereta, poskod dan alamat e-mel. Tekan get a free quotation.
LANGKAH 1 - GET QUOTATION
5) Masukkan maklumat kenderaan seperti model dan varian kenderaan. Maklumat seperti no chassis dan enjin automatically detect daripada no plat kenderaan tadi.
6) Masukkan juga maklumat syarikat biaya pinjaman, aspek keselamatan (garage/anti-theft), import typedan aspek keselamatan dalaman.
7) Hanya 2 nama pemandu yang boleh diletakkan di dalam Cover Note secara percuma. Pemandu ke-3 perlu tambahan bayaran.

Tekan Get Quotation

Sum covered (harga kereta semasa). Nilai ini boleh ubah tetapi ada range yang dibenarkan. Pastikan nilai kereta tidak terlalu rendah untuk mengelakkan masalah perlindungan insurans.
Anggaran sumbangan Insuran terpapar di sebelah kanan. Pecahan harga setelah tolak diskaun NCD dan rebat 10%.
Oh ye, GST 6% dikenakan disebabkan masa aku perbaharui Insurans ni pada bulan April, GST masih dikenakan. Selepas itu tekan Continue.
LANGKAH 2 - ADD ADDITIONAL COVERAGE
Di bahagian ni, pengguna boleh pilih perlindungan tambahan seperti perlindungan cermin hadapan (windscreen), tambahan pemandu, perlindungan banjir dan sebagainya.
Untuk cermin hadapan, perlindungan harga cermin bermula serendah RM75 untuk harga cermin RM500. Dan tambahan nama pemandu ketiga RM10/pemandu.
Klik Add to Certificate seperti diatas.
Compensation for Assesses Repair Time (CART)
Sekiranya ambil tambahan CART, mengikut PIDM, pengguna boleh claim RM30, RM40 atau RM50 / hari mengikut cc kenderaan sekiranya kenderaan rosak dimasukkan ke bengkel.
Dah siap pilih perlindungan tambahan , tekan Continue.

Settlekan payment. Boleh guna transfer via FPX atau Debit/Credit Card. Tekan Continue.
Selesai semua pembayaran, akan ada e-mel susulan pemberitahuan status JPJ untuk pembaharuan cukai jalan daripada Takaful Malaysia dan juga e-mel Cover Note.
Status JPJ aku. OK.
Hari seterusnya aku perbaharui cukai jalan menggunakan mesin JPJ. Comel je mesin, ala-ala mesin ATM. Haha. Senang saja cara gunakan mesin ini. Ikut saja langkah demi langkah yang tertera di skrin. Cara pembayaran boleh guna kad debit / kredit. Dalam 3 minit dah siap! Lagi mudah dan cepat berbanding beratur panjang dalam JPJ.
Status JPJ aku. OK.
Hari seterusnya aku perbaharui cukai jalan menggunakan mesin JPJ. Comel je mesin, ala-ala mesin ATM. Haha. Senang saja cara gunakan mesin ini. Ikut saja langkah demi langkah yang tertera di skrin. Cara pembayaran boleh guna kad debit / kredit. Dalam 3 minit dah siap! Lagi mudah dan cepat berbanding beratur panjang dalam JPJ.