Hai. Ingat lagi tak cerita Kak Sha pasal SPM tahun lepas? Ala, yang cerita Kak Sha and the geng (Geng sangat. Padahal 2 orang je) jadi promoter terlatih kepada pelajar dan calon sekolah tu? Actually, cerita sebenar sadis sikit. Cuma kita je yang cerita kelakar-kelakar, haha :D
Cerita tahun lepas tu, cerita sadis dia dah mula pagi-pagi lagi. Kami datang awal sangat satu hal, duduk makan dekat kantin selamba je. Dengan pakai baju korporat, high heels lagi. Orang pandang macam kami alien dari planet Uranus menceroboh sekolah diorang. T_T Cuma silap tak ada name tag sebab masa tu masa rebellious kena paksa buat promosi luar. Dah kau paksa aku, aku taknak pakai nametag. Gitu.
Tapi kan, sebab tak pakai nametag lah cikgu sekolah tu ingat kami ni agen Insurans. Nasib agen Insurans. Kalau agen Skim Cepat Kaya MLM Doploh Tingkat? Matikkklah. T_T. Ingat lagi masa tu baru je nak bukak mulut nak tanya "Cikgu, dewan tempat ambil result SPM dekat mana?"
Tapi yang sempat aku tanya "Cikguuuuuuuuuuu............."
.
Tak sempat. 2 harkat je suara keluar.
.
Selebihnya cikgu tu terus cabut lari. Siap tak pandang belakang langsung. Marathon terus. Apa muka aku tak cukup gojes jadi pensyarah? T_T. Actually nothing wrong kalau betul kami ni agen Insurans. But why must u run cikgu?? Why why why? Sadis sangat rasa. Cerita selebihnya tahun lepas bacalah sendiri. Banjir pulak kalau teringat kembali cerita dulu. Heh :D
Tapi tahun ni, ehem. Dah belajar dari kesilapan lalu. Hari ni Kak Sha datang serba pink. Menyahut saranan Dato Vida uols. Pink itu menawan. Siap nametag. Ehem. Dengan harapan berjaya menawan hati bakal pelajar nanti. Dan juga Cikgu Pendidikan Jasmani. Kehkeh.
Tengah cantas line.
Aku tak tahu lah apa yang budak ni fikir bila aku approach. Semua buat muka kerek. Nak nak lagi budak-budak perempuan. Semuanya bila aku nak bagi je flyers terus geleng-geleng. Eh. Akak bukan nak bagi flyers main kutu dik. Flyers maklumat IPTA kut. Segala benda maklumat dari Universiti, Politeknik, Kolej Komuniti, ILP semua ada dalam tu. Tu pun tak nak?
Tak pe korang. Eksen. T_T
Okayyy, dah ramai yang serbu sampai booth kecik kitorang pun hilang dari radar. Haha. Masa ni baru berjaya rekrut dan bagi penerangan dengan jayanya tapi secara paksaan. Hehe. Korang tak payah tahulah cara paksaan kitorang. Rahsia weh. Nak guna 3, 4 tahun lagi ni. Kang semua orang guna, rugi lah senjata rahsia kami hilang taring :D
Bila tengok muka diorang ambik result ni, teringat pulak zaman - zaman muda mudi dulu masa nak ambik result. Serius takut. Muka pucat je. Datang pun tak ada nak bergurau sangat. Nak bergurau lepas ambik slip lah beb. Baru kenal erti bergurau sebenar :D
Tapi diorang kat sini aku tengok rilek je. Dah macam muka pasrah pun ada. Haha. Yang kerek sikit awal-awal tu, kemain bertukar-tukar slip antara kumpulan. Okay, tahu dah. Tu mesti result gempak. Tahniah lah awak. Murah rezeki. Takpelah awak kerek sikit, yang penting result okay. Iols tak kisah pun =)
Tapi ada yang lagi penting, jadi promoter kali ni, dah tak dianggap agen Insurans lagi dah ! Yey.