Quantcast
Channel: nurulshahira.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 311

Semakan Keputusan SPM 2015 Secara Online dan SMS

$
0
0

Semakan Keputusan SPM 2015 Secara Online dan SMS


Semakan Keputusan SPM 2015 Secara Online dan SMS

Keputusan SPM bagi sesi akademik 2015 diumumkan bermula esok, Khamis 3 Mac 2016 mulai jam 10.00 pagi. Seramai 440, 682 orang calon yang telah mendaftar menduduki SPM di 3,501 pusat peperiksaan seluruh negara boleh mula mendapatkan keputusan peperiksaan SPM mereka dari sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Semakan Keputusan SPM 2015 Secara Online dan SMS

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2015 MELALUI SMS

Seperti tahun-tahun lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan SPM melalui mySMS dengan menaip:-

SPM <jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran 
& SMS ke 15888

Perkhidmatan mySMS ini akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi, Khamis 3 Mac 2016 hingga Rabu 9 Mac 2016, jam 11.59 malam


SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2015 SECARA ONLINE

Selain perkhidmatan mySMS, calon juga boleh membuat Semakan Keputusan Peperiksaan SPM 2015 Secara Online dengan melayari laman sesawang:-


Sila masukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda sempang (-) dan Nombor Angka Giliran tanpa selang di ruangan yang disediakan. Semakan keputusan SPM 2015 secara Online menerusi portal rasmi Lembaga Peperiksaan hanya akan akan diaktifkan bermula pada tarikh dan masa keputusan rasmi diumumkan.  

Semakan keputusan pepriksaan melalui online hanya memaparkan ringkasan keputusan peperiksaan. Slip keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sahaja.

INFOGRAFIK TARIKH-TARIKH PENTING BERKAITAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM SIJIL DAN DIPLOMA BAGI LEPASAN SPM BAGI SESI AKADEMIK 2017/2017



Buat adik-adik yang akan mengambil Keputusan SPM 2015 esok, Kak Sha ucapkan selamat berjaya. All the best. Tenangkan hati, tenangkan jiwa. Lets paint a brighter future =)




Viewing all articles
Browse latest Browse all 311

Trending Articles