SERTAI KOMUNITI ZCOOP: FASHION BLOG SEBAGAI SEORANG PENULIS!
Hai. Jika anda adalah seorang yang ingin berkongsi dan memanfaatkan kemahiran dan bakat penulisan kepada jaringan pembaca yang lebih meluas, jangan risau kerana pencarian dan penantian anda sudah tiba ke penghujungnya! Ini kerana ZALORA ingin menjemput anda untuk menyertai komuniti terbaru dan menyumbang sebagai penulis majalah digital mereka.
Majalah ZALORA ZCOOP adalah online fashion blog dimana anda boleh menyumbang pelbagai artikel bermaklumat untuk pelbagai topik! Ye, pelbagai topik mengikut kepada kemahuan anda! Pelbagai kategori seperti fesyen, kecantikan, gaya hidup, pelancongan, karier, kecergasan, perhubungan mahupun hiburan dan anda boleh berkongsi segalanya dengan lebih ramai pembaca, semuanya di ZCOOP.
Ini semestinya peluang terbaik buat penulis yang ingin berkongsi idea kreatif mereka ke suatu tahap yang lebih tinggi. Ini kerana sejak Mac 2015 lalu, laman sesawang ZALORA telah mencatatkan lebih 3.7 juta pengunjung! Pastinya peluang keemasan untuk menyertai pasukan ZALORA sebagai penulis bebas dan mendapat kredit dari hasil penulisan kreatif anda tidak patut dilepaskan!
Dan untuk menambah perasaan bangga, bayangkan perasaan puas tersebut apabila artikel penulisan anda diterbitkan di majalah digital e-dagang terkemuka di Asia. Peluang terbaik bukan?
Berminat untuk turut serta dalam projek menarik ini? Anda hanya perlu menghantar artikel berkaitan dalam pelbagai topik ke Editor-In-Chief Majalah ZALORA ZCOOP Malaysia, Aini di nurul.aini@my.zalora.com bersama pengenalan ringkas diri (dalam 1 perenggan) dan topik yang ingin dibincangkan. Paling menarik, anda boleh memilih untuk menulis didalam Bahasa Malaysia atau English.
Email artikel anda dalam format: [NEGARA] [KATEGORI] - [TAJUK] - [NAMA PENULIS]. Sertakan artikel yang ditulis di bahagian body email (sebagai contoh: 400 patah perkataan untuk artikel berkategori pelancongan) dan boleh sertakan juga beberapa contoh penulisan lain (sekiranya ada). ZCOOP akan membuat penilaian kesesuaian artikel tersebut dan pastinya anda akan mendapat jawapan dari ZCOOP secepat yang mungkin!
Berminat?
Hantar sahaja artikel anda ke alamat email di atas!