Hai. Dah lama sebenarnya aku bersama dengan Digi ni. Sejak dari sekolah menengah lagi tahun 2005 weh sampai sekarang. Cuma tengah-tengah tu ada lah jugak curang, lepas tu bercerai, curang cerai. Tukar MNP ke telco lain lah kadang-kadang bila tengok telco lain macam Celcom bagi pakej internet syok. Kahhhhhh.
Tapi akhirnya kembali juga ke Digi baru-baru ni (taklah baru sangat. Dah nak masuk setahun pon). Mula-mula ambik pakej yang 10G RM80 tu. Kiranya masa tu tengah femes Maxis bagi data sikit tapi harga mahal! Berbondong-bondong pulak lepas tu Digi dengan Celcom bagi 10G data plan sebab Maxis tengah kecoh. Aku pun apa lagi, dah diorang offer kita rembat ah 10G tu. Haha.
Tak sure terbaru, atau aku yg terbaru tengok. Latest diorang bagi 20G pulak dengan harga lebih kurang sama. Kira ko update pakej dari 10 ke 20G. Katanya limited edition, terus deras aku berlarian bercanda di tepian Digi Store semata nak tukar plan. Gila betul mainan Telco Malaysia sekarang. T_T
Tapi sebenarnya bukanlah aku nak bercakap pasal Digi. Mukadimah panjang cerita sebenarnya nak cakap yang hari tu dulu aku ambik pakej Digi, diorang bagi FREE langganan Iflix untuk setahun! Saja je tau-tau aku suka tengok movie, heeeee :D Suka ada Iflix sebab boleh tengok movie atau drama on the go. Tambah-tambah kalau dapat wifi free macam kat airport, korang pepaham je lah kan. Lagi 1, even guna data pun, streaming video lancar & tak tersekat. 1 point utk Iflix.
Ada banyak genre. Setakat ni suka tengok movie action je. Seminggu yang pertama aku pulun tengok Minority Report, Avengers, Captain America, Italian Job dan entah movie macam-macam sampai naik muak. Haha. Ada banyak lagi pilihan movie.
Latest drama tu tak tengok pun. Entah dah season berapa tak sure sama tak macam dalam TV ke tak. Tapi dalam Iflix ni ada drama khas yang ada dalam Iflix je. Exclusive katanya. Only on Iflix.
Dalam ni jugak boleh jumpa drama-drama lama macam Friends yang dah tak ulang tayang kat tv tapi best. Suka Friends ni. Dulu tengok setiap episod kut, hehe.
Merlin full season sampai season 5. Tak khatam lagi.
Selalu aku tengok waktu malam kat rumah atau masa break kat ofis. Sejam tu sempatlah 3 atau 4 movie. Ekeke. Baru-baru ni travel lama sangat kat airport tunggu flight yang delay tu sampai kematu punggung. Layan Iflix je ah kejenya. Nak borak takde geng T_T
Nak download Uflix boleh download dari Playstore / Apple Store. Pengguna Unifi pun ada dapat free 12 bulan langganan kan? Untunglah, dah lah intenet laju. Buat bisnes jual CD pun syok jugak, hehe. Ala-ala masa aku kat uni dulu tahun 2007-2010, masa tu penjualan CD drama-drama ni memang sangat femes. Tak sure sekarang femes lagi jual CD drama tu lagi ke tak. Dulu aku gila support cetak rompak tu sebab murah weh. Drama Korea kan selalu panjang-panjang dan lama nak pengsan episod dia. Diorang boleh jual bundle gitu 1 drama 3 CD dalam RM20 gitu. Gila tak terpedaya membeli? Haha.
Ok, gurau je. :D
Setakat dah ber-Iflix ni, banyak gak drama US best dah khatam. On the way ke Tanjung Piai dalam van 3 jam sepanjang jalan tu aku layan Iflix je. Siap kena perli dengan kawan aku "Ira ko asyik layan cerita perang je. Cubalah ko layan cerita romantik. Baru ada idea nak jadi romantik".
Ceh.
Tapi kalau ada Iflix korang kena layan drama ni weh. Serius best
100
The Last Ship
Merlin
Itu pun kalau ada Iflix lah ye, hahahaha :D. The Last Ship tu ada 3 season. 100 2 season. Merlin 5 season. Hah, mahu muntah darah ko nak habiskan! :D But fret not, boleh je tengok Iflix kat PC, daftar PERCUMA dan boleh nikmati tempoh percubaan selama sebulan PERCUMA. Kalau lepas sebulan tu rasa nak langgan Iflix, bayar RM8/bulan je. Tapi kan. Kalau nak teruskan langganan free tu, ko register je akaun baru guna email lain. Tapi valid sebulan je lah. Pandai-pandailah korang ye, Hehehehe.
Ok nak sambung tengok drama lain pulak. Bye!