Hai. First time aku join aktiviti luar kat kolej baru ni, terus kena tolong orang untuk catat rekod Dunia! Guinness World of Record kut! (Konon nak buat tanda seru? Kahhhhhhh)
Tapi event biasa je lah. Takdelah guna kederat sangat pun sebenarnya. Aku pun datang sebagai pembantu je (padahal surat jemputan kata jemputan khas). Takpe, kita layankan je pihak penganjur suruh buat apa, haha.
Program Kiraan Bunga Fabrik Terbanyak bagi Mendapatkan "Guinness World of Records" Sempena PIIACUF 2016 ni diadakan di Perbadanan Putrajaya dengan usahasama Persatuan Seni Jahitan Kreatif dan Pusat Kraftangan Epal.
Hah, ko tahu Kraftangan Epal? Bukan buah Epal merah atau hijau tu tau! Ni Pusat Kraftangan Epal yang femes dengan jualan mesin-mesin jahitan dan kursus menjahit. Memang sebelum ni dekat Tawau banyak kali juga aku jadi urusetia kursus jahitan melibatkan Epal dengan komuniti setempat. Balik sini pun bekerjasama dengan Epal juga. Memang berjodoh betul nampaknya dengan Epal ni :)
Pemandangan dalam dewan dari meja breakfast aku. Kita apa-apa hal makan free jangan dilepaskan. Sambil-sambil mengunyah tu sambil ambik gambar report kat bos. Baru tak kantoi menelan je kejenya :D
Pagi tu sampai-sampai Putrajaya je hari gelap mendung terus hujan lebat! Menggagau aku carik payung. Kemudian baru teringat yang aku dah keluarkan dari kereta masa bawak payung kecik tu pegi Jepun hari tu. Spoil betul. Tak kan aku nak berlari redah hujan dengan baju batik vogue and eyeliner yang sebulan 3 kali pakai & lipstick baru ni? Rugi ok.
Tapi rupanya abah ada letak payung besar dalam bonet. Syukurrrrrrrr alhamdulillah. Selamat lipstick aku, kehkeh.
Mula mengira bunga-bunga fabrik ni pukul 9.00 pagi. Team Epal semua pakai baju kaler oren tu. Ingatkan jemputan terdiri dari pihak sekolah dan kolej je, rupanya semua agensi diorang jemput. Sempat aku wefie dengan Pegawai Penjara Wanita Kajang. Comel okeh staf Penjara ni kalah aku yang katanya kerja pensyarah ni. Ceh.
Selain tu, ada juga Polis, tapi sebagai pemerhati bebas je.
Ada lebih kurang 6 meja besar dihumbankan bunga fabrik ni. Bunga-bunga ni semua tak salah aku import student yang buat. Tu pasal lah ada yang kecik, ada yang besar, ada yang elok berpin. Yang tak semenggah pun ada gak. Aku baru pegang dah tercabut.
Reject!
You are fired!
Eh. Haha.
Apa-apa hal selfie acara wajib kita! Haha :D
Selfie bila bunga dah tinggal sikit. Tadi masa bunga tengah menggunung atas meja kemain eksaited semua, aku tak sampai hati nak selfie. Kang dikata orang apa kes kau datang setakat nak bergambar, ye tak? :D
Tak bunga kat meja aku ni kira bunga saiz normal, besarlah kiranya. Ada 2 meja yang dapat bunga saiz besar sikit je dari taik cicak. Kau hagak cemana depa melipat bunga tu?
Buntang-buntang mata semua yang mengira.
Satu plastik ada 100 pcs bunga fabrik.
Target yang ni pecahkan untuk mencapai "Guinness World of Records" Kiraan Bunga Fabrik Terbanyak adalah 50,000 kuntum. Cuba korang teka berapa yang kitorang kira semua sekali? Dapat tak pecah target 50,000 tu?
Dapat weh.
63,682 kuntum bunga fabrik.
Tepuk tangan! Hurrayyyyyy.
Lepas tu buat apa pulak dengan bunga-bunga yang dah kira tadi? Takkan buang kan? Membazir kalau buang okay. Dah serupa macam yang dulu nak buat rekod Malaysia Laksa Sarawak tapi in the end buang semua bertan-tan laksa tu. Alasan dia sebab laksa tu tak boleh makan pun. Unedible. Rugi gitu je buang ke longkang.
Dah jadi kawan syaitonnirojim T_T
Tapi kali ini tak. Yang bunga-bunga besar tu semua diorang guna balik untuk hias tempat PIIACUS 2016. Yang bunga kecik saiz taik cicak tu digunakan semula untuk kain yang dilorek Asma Ul-Husna. Bunga-bunga kecik tu dilekat jarum dan cucuk kat kain.
Ar-Razzaq
Yang maha pemberi rezeki
Lepas habis semua Asma Ul-Husna ni siap, kain ni akan diframe kan dan dihadiahkan kepada rumah anak yatim dan rumah kebajikan sebagai hadiah. Aku tak sure lah pukul berapa diorang habis buat hiasan dinding Asma Ul-Husna ni. Sebab dalam surat aku sampai pukul 12 tengahari je jemputannya. Surat cikgu sekolah Putrajaya tu aku tengok sampai pukul 5.
Aik dah kenapa lain pulak timing dia? Ke memang sebenarnya aku ni tetamu kehormat tolong jadi pemerhati bebas je? Pedulilah kan. Yang penting dah siap keje aku. Masa diorang tengah menghias, aku dengan kawan aku keluar dewan bersiap nak balik kolej.
Rupanya ada tapau lunch. Best weh tapau diorang bagi. Chicken Rice Shop ayam besaq gila!
Terus aku senyum gumbira balik kolej. Hoyeah!
Tahniah Epal!
Lepas ni nak pecah rekod dunia yang lain boleh panggil aku lagi. Yang penting ada Chicken Rice Shop, diyakini dan kompem aku datang, ekekekeke :D