Quantcast
Channel: nurulshahira.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 311

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat

$
0
0
Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat | Sambung cerita Trip Tanjung Piai hari tu. Cerita sebelum ni boleh baca di SINI.

 . Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat, Tempat Makan Best di JB, Tempat Menarik di JB, Menu Best di Senibong

Belum sampai JB lagi sebenarnya gambar ni. Tapi setiap kali singgah RnR, suka betul bergambar Rombongan Cik Kiah ni, hehe :D. Masa berhenti di RnR Ayer Keroh ni, baru perasan RNR Ayer Keroh dah siap renovate. Toilet jadi besar gila. Luas siap boleh buat guling-guling. 

Motif nak guling-guling dalam toilet? Kahhhhhhh.

Tangga pun cantik style Melaka bunga-bunga tu. Surau pun lagi selesa. Cuma kedai tak 100% dibuka. So limited choices. Tunggu sebulan dua lagi penuh la kut.

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat, Tempat Makan Best di JB, Tempat Menarik di JB, Menu Best di Senibong

Kalau siang tu kitorang makan beriyani ayam, malam tu of course nak makan SEAFOOD! Biasa di JB, kalau nak makan seafood selain dekat area Danga Bay, paling famous di Senibong.

Perkampungan Senibong ni memang tepi pantai. Cantik view malam sebab nampak Singapore. Memang serius nampak dekat dah Singapore ni sebab asyik menambak laut je kerjanya. Malam cantik sikit sebab nampak lampu-lampu bergerlipan tu semua. Tapi kalau siang ko nampaklah kren-kren tu semua. Heh!

Kitorang booking siap-siap nak makan apa untuk berapa orang. Senang. Haha. Sampai-sampai je duduk makanan terus sampai. Heaven! Buat orang yang tengah kelaparan! :D

Oh ye. Kami makan di Selera Senibong Seafood.

SELERA SENIBONG SEAFOOD

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat, Tempat Makan Best di JB, Tempat Menarik di JB, Menu Best di Senibong

Kalau nak pilih-pilih seafood semua ada kat bahagian luar sebelum masuk kat restoren. Harga dah letak siap-siap kut-kut korang nak tawar-menawar.

Aku tak tengok pun harga ikan semua ni. Kan dah tempah siap-siap pakej makan.

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat, Tempat Makan Best di JB, Tempat Menarik di JB, Menu Best di Senibong

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat, Tempat Makan Best di JB, Tempat Menarik di JB, Menu Best di Senibong

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat, Tempat Makan Best di JB, Tempat Menarik di JB, Menu Best di Senibong

Tadaaaaaa. Sampai dah apa yang kitorang order. Let me recall, apa yang kitorang order. Hm..

Tomyam seafood
Ikan siakap sweet sour
Sotong goreng tepung
Udang dry butter
Ketam blackpaper
Kepah masak pedas
Kailan ikan masin
Pencuci mulut
Air 2 jag

Semua order ni dibuat untuk 2 group

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat

Sotong goreng tepung

Tepung salut sotong ni tak tebal. Just nice. Sedap makan. Tak cicah sos pun sedap dah. Cuma nak komplen. Tak cukuppppp! Hehehe, sedap sangat makan. Ratah je sebelum nasi sampai. Tau-tau dah tinggal sikit.

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat

Ketam blackpaper

Pun sedap hingga menjilat jari! Hahaha.
Kitorang request pengetip tu, terus bahagia mengetip sepit-sepit ketam tu. Kuah blackpaper tu manis. Mungkin ada yang tak berapa suka sangat manis tu. Tapi pada selera aku, sedap dah. Ini licin.

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat

Ikan siakap sweet sour

Ikan rangup dan besar cukup untuk 5 orang makan. Aku yang menghabiskan ikan ni sehingga ke tulang terakhir, kehkeh. 

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat

Kepah masak pedas

Yang ni aku makan sikit je. Kuah dia tak kena dengan selera aku sebab manis jugak. Lagipun isi dia lepas masak kecut aih. Harap cengkerang je besar! 

Tapi ada kawan aku yang suka gila masakan ni. Siap dah bincang macam mana cara masak kepah, nak beli kepah bila balik KL nak masak kat rumah. Hehe.  

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat

Kailan ikan masin

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat, Tempat Makan Best di JB, Tempat Menarik di JB, Menu Best di Senibong

Udang dry butter

Sedap!
Udang besar!
Udang fresh!

Sarang telur tu mahbelous! Aku dulu-dulu pernah nak buat udang dry butter ni. Tapi sarang telur asyik tak jadi macam kat atas ni. Ce share sikit macam mana nak buat supaya sarang telur tu jadi macam kat atas tu. 

Cuma yang kureng best sikit, sepatutnya dalam pakej tu ada seklai dessert. Tak sure dessert apa. So lepas habis makan, ada pulak orang hantar jelly kelapa. Serius ingat jelly kelapa tu dessert yang termasuk dalam pakej kami. Sedap telan sampai habis. Rupanya..

Jelly kelapa tu bukan dalam pakej! Haha. Padanlah muka makan tak tanya betul-betul. Dessert kami yang sebenarnya adalah tembikai!. Cuma pandailah strategi kedai tu hantar tembikai lambat, hantar jelly kelapa cepat. Dah termakan kan, haruslah bayar. Balik tu baru dapat tembikai siap bungkus sebab lambat hantar T_T

Pengajarannya adalah, sebelum makan tanya dulu even ko ambik pakej. Hehehe. 

Dah kenyang baru nak meneroka night life di JB. Aku pun konon-konon mengingati kenangan lama lah berjalan kat sini. Ceh. Padahal dulu 4 tahun duduk JB keluar night life ni pun sebab ikut pakcik aku makan je. Kahhhhhh. Mengingati kenangan lama konon! :D

Tapi rupanya dah ada banyak benda baru. Salah satunya ada dah Skrin Angkasa (Sky Screen) yang terletak di Jalan Ibrahim Sultan berhadapan bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

SKRIN ANGKASA (SKY SCREEN)

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat, Tempat Makan Best di JB, Tempat Menarik di JB, Menu Best di Senibong

Macam biasa, banyak kereta. Tapi banyak je kereta berhenti tepi jalan. Semuanya sebab......

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat, Tempat Makan Best di JB, Tempat Menarik di JB, Menu Best di Senibong

Inilah! Nak bergambar bawah Sky Screen ni, hehehe. 

Kitorang pun berhenti sekejap semata-mata nak ambik gambar bawah ni. Gigih tunggu bawah ni semata-mata nak tunggu Bendera Johor keluar. 

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat, Tempat Makan Best di JB, Tempat Menarik di JB, Menu Best di Senibong

Sekeliling Sky Screen ni ada banyak lampu cantik-cantik. Ala-ala I-City. 

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat, Tempat Makan Best di JB, Tempat Menarik di JB, Menu Best di Senibong

Dah dapat! Yey.

Aku ada je selfia bawah bendera ni. Tapi outcome dia tak cantik. Sobsob. Nak letak dalam blog buat bahan kena kecam je! Haha. Lagipun nampak sangat pipi simpan pau dorayaki 3 keping dalam gambar tu. Jadi abaikan. Malas aku nak masukkan.

PASAR KARAT JB

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat, Tempat Makan Best di JB, Tempat Menarik di JB, Menu Best di Senibong

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat, Tempat Makan Best di JB, Tempat Menarik di JB, Menu Best di Senibong

Pasar Karat JB dibuka setiap hari waktu malam sahaja sehingga jam 2 atau 3 pagi. Sebelum ni aku suka pergi sini sebab aku boleh jumpa benda-benda rare atau klasik. Dulu aku pernah jumpa orang jual typewriter lama, telefon lama yang bila nak dail nombor kena pusing-pusing tu. Banyak lagilah.

Tapi this time aku pergi dah rasa Pasar Karat ni macam downtown biasa je. Hmmm. Yang klasik-klasik tu pegi mana? Ke ada masa-masa tertentu je diorang ada?

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat, Tempat Makan Best di JB, Tempat Menarik di JB, Menu Best di Senibong

Datang sini mestilah nak makan Aiskrim Kelapa!

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat, Tempat Makan Best di JB, Tempat Menarik di JB, Menu Best di Senibong

Sebiji kelapa RM 7.

Ni dia aiskrim kelapa!

SEDAPPPPPPnya!
SEDAPPPPPPnya!
SEDAPPPPPPnya!

Request banyak oat bawah tu, kelapa lagi. Dan estra jagung manis! Peh. Nak makan lagi! :(
Makan sambil jalan keliling Pasar Karat ni, habis jugak 1 bekas. Rasa balik tu nak beli lagi 1 round. Tapi tadi dah mentekedarah seafood. Kenyang gila kut. Tapi aiskrim ni memang sedap.

Teringat sampai hari ni. Nak makan pegi sana jauh sangat. Tertengok macam ada aiskrim kelapa kat Sangkaya. Sedap tak korang? Kalau sedap nak pegi try makan. 

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat, Tempat Makan Best di JB, Tempat Menarik di JB, Menu Best di Senibong

Nak balik jumpa auntie ni jual belon sambil berjalan. Sambil berjalan tu boleh pula tiba-tiba dia acu hujung belon tu kat hidung kita.

"Nak beli tak?"

Hahahaha. Comel sangat auntie ni. Terkejut orang tak tahu nak marah ke nak ketawa, ekekekeke :D

Short Trip Tanjung Piai | Selera Senibong Seafood, Skrin Angkasa (Sky Screen) dan Pasar Karat, Tempat Makan Best di JB, Tempat Menarik di JB, Menu Best di Senibong

Harimau lari dari rumah pegi CIMB?

Habis dah aktiviti hari pertama ni. Disebabkan sewaan van kami tamat pukul 10 malam, jadi tak boleh nak berjimba sangat malam-malam ni. nak ronda tempat jauh sangat pun tak boleh. Tak cukup masa. Tapi untuk trip sehari macam ni, rasanya ok dah :)

Esoknya mula dah hari untuk bekerja. Jom balik homestay dulu. Esok kita cerita lain pulak. 
Bye!  :)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 311

Trending Articles