Short Trip Tanjung Piai | Adam Homestay, Pondok MS Beryani dan Johor Premium Outlets (JPO) | Apa yang best ada di Tanjung Piai ni? Kebetulan ada kerja minggu lepas kat situ, terkeluar soalan ni. Kawan-kawan aku dah eksaited nak pegi, siap buat itinerary okay! Haha. Sekejap je pergi tapi sebab ramai yang ikut dah macam Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel pulak! Kahhhhhhh :D
Hari Ahad tu bertolak ke Tanjung Piai dalam pukul 10 pagi gitu. Seingat aku sebelum ni aku berulang-alik Beranang - Skudai tu dalam 3 jam je. Kali ni nak pegi Tanjung Piai 5 jam weh! Kebas kaki pinggang semua. Tapi apa risau. Biobax kan ada. Sembur-sembur je, hilang lenguh tu semua. Bau pun wangi..
Sempat ko buat iklan, haha :D. Kitorang sewa homestay di Bandar Baru Uda. Adam Homestay JB. Quite nice homestay ni sebab semua dia provide. I loike.
ADAM HOMESTAY JB
Adam Homestay yang kitorang sewa ni ada 3 bilik 2 bilik air. Sesuai sangat datang dengan family. Kitorang duduk kat rumah ni dalam 5 orang. Bilik pink ni, aku duduk sorangggg. weehuuuuu. :D
2 keping gambar ni je yang aku ingat nak snap. Yang lain tak ingat. So aku share gambar dari blog Adam Homestay untuk korang. Yang lainnya dalam gambar kat bawah ni, hanyalah corak cadar. Kebetulan masa kami datang tu, SEMUA cadar dia warna PINK! Dinding pun cat pink. Sesuai sangat dengan gigirl yang datang tu, hehe.
sumber: Blog Adam Homestay
Bilik
Ada 3 bilik semuanya. Master bedroom ada attached bilik air sendiri. Bilik kedua dan ketiga kena share bilik air. Tapi semua bilik katil Queen, lengkap dengan almari baju. Bilik kedua tu je takde almari. Tapi ada rak penyangkut baju kat gambar kedua. Dalam bilik air disediakan juga shampoo dan shower foam. Aku dah angkut sekali travel pack shower foam sendiri, so tak pakai sangat tuan rumah punya.
Dapur
Kat dapur ada peti ais, mesin basuh dan juga penapis air siap. Nak air panas pun ada siap pakej dengan kuali non stick ko, haha. Rajin nak masak silakan masak semua, ekekeke :D. Masa masuk dapur tu aku nampak banyak maggi, biskut, apollo segala. Dalam peti ais ada air kotak! Peh. Best weh.
Tapi rupanya kena bayar! Kahkahkah. Nasib aku tak telan malam tu semua air kotak Ice Lemon Tea 5 kotak! Entah cemana tak nampak senarai harga air depan pintu peti ais tu? Hawau betul.
Aircond
Semua bilik disediakan aircond. Centralized aircond. Patutlah masa dapat kunci tu pelik awatnya ko bagi sekali replika kunci macam hotel tu? Rupanya untuk buat cucuk tempat aircond. Hebat jugak homestay dah ada macam tu.
Kemudahan Lain
Tuan rumah sediakan juga iron with ironing board, TV yang dilengkap Hypp TV dan paling best. Ada Wifi! Puas hati lenjan Wifi dia, hehe. Tuan rumah letak password Wifi kat kunci dan kat modem Wifi tu. Jangan buat-buat tak nampak pulak! :D. Hypp TV tu, memang banyak cerita hantu ke? Semalam aku duduk situ, 3 movie hantu aku tengok. Ke saja je TV ni bagi movie hantu kat kitorang? Kahhhhhhhhh :D
Harga Homestay
Mengikut kepada blog Adam Homestay, harga untuk homestay kat JB macam yang aku duduk ni RM250 untuk weekends dan RM200 untuk weekdays. Apa-apa pun, boleh rujuk blog dan fb Adam Homestay.
Oh ya, selain di Bandar Baru Uda JB, Adam Homestay juga ada beberapa cawangan lain seperti di Johor Bahru, Skudai, Nusajaya, Bukit Indah, Sungai Petani Kedah, Kuantan Pahang dan Kota Kinabalu Sabah.
Adam Homestay
fb: https://www.facebook.com/adamstay/
Whatsapp: 018-7751456
PONDOK M.S BERIYANI BANDAR BARU UDA JB
Lepas check in, letak barang semua dan solat, kami keluar cari makan untuk lunch. Quite late lunch pukul 3 petang. Sebelum keluar tu, kebetulan pula keluar rancangan Makan-Makan JB. Dalam rancangan tu ada jugak review restoran ni, Pondok M.S Beriyani.
Pondok M.S Beriyani pulak dekat gila dengan homestay. Pucuk dicita ulam mendatang, terus datang sini. Semua lapar sampai dah sampai tahap menggigil.
Kecik je restoran Pondok M.S Beriyani ni. Tapi simple je guna meja kayu panjang macam kat kantin sekolah, hehe. Apa ada hal, yang penting nak makan kan?
Kebetulan masa datang tu, kambing daging semua dah habis. Jadi semua orang order beriyani ayam. Mula-mula sampai kuah dhal tu je, next baru sampai nasi dengan ayam tersembunyi tu.
Ada sorang kawan aku ni tengah buat Atkins, nasik-nasik ni semua a big NO! Dia order ayam beriyani je. Kesian agaknya dia tak makan nasi, adik kedai ni bagi pulak kuah kambing as a compliment sebab tak makan nasik. Haha. Macam-macam. Hentamlah. Makan je.
1 set Nasi Beriyani Ayam RM11.00. Pada aku padan harga dengan kuantiti makanan tu. Banyak dan kenyang gila.
Yang pasti, beriyani ayam Pondok M.S Beriyani ni memang SEDAP! Tengok, sampai aku bold dan tukar kaler biru tuuu, haha. Ayam besar, lembut and juicy. Nasi banyak jugak portion dia, tapi sebab lapar sangat habis sepinggan! Kehkehkeh. Itu yang bahaya sebenarnya bila kita skip makan. Jadi macam ni lah kan. Lapar dan makan banyak.
Not good sayang.
Tapi beriyani ayam ni sedap. Hm.
PONDOK M.S BERIYANI
Alamat: 52, Jalan Padi Emas 2, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru
No. Phone: 012-7702004
JOHOR PREMIUM OUTLET (JPO)
Lepas habis makan, kenyang macam nak tertidur betul rasa dia. Tapi itinerary lepas makan ni rugi kalau tidoq, hehe. Kita nak ke Johor Premium Outlet (JPO)! Huhayyy. First time sampai dekat sini haruslah macam gelabah ayam sikit kan? Haha. Gelabah sebab depa bagi masa 2 jam je nak berjimba, ronda-ronda sambil window shopping dalam ni. Cuba terus terang bagitahu. Tak cukup masa kan girls?
Pergi masa weekends. Ramai orang sebenarnya sebab parking penuh dengan kereta. Tapi apehal gambar yang aku ambik ni sunyi sepi je?
Masuk Chocolat 5D Studio. Tapi tak membeli pun. Harga lebih kurang macam kat luar je. Sebelah Chocolat 5D Studio ada outlet perfume. Lupa dah nama dia. Tapi memang wangi gila kedai ni. Sebatu nak sampai bau wangi perfuma aku dah bau dulu. Sempat jugak merembat 1 botol kecik 15ml Bulgari.
3 botol x 15ml Bulgari baru RM135. Kongsi 3 orang, aku bayar RM45 je. Bolehlah nak berjimat punya pasal :D
Datang jauh-jauh dari KL masuk JPO ko masuk jugak kedai spek! Haha.
Kebetulan datang masa ni, most kedai dalam JPO tengah buat sale. Timberland 50%, Michael Kors pun lebih kurang macam tu. Kawan aku beli wedges Michael Kors sebab ada diskaun 70%. Tak pikir apa dah, terus zassssss.
Tapi aku beli spek je, sebab kebetulan tengah murah. Ada yang tanya aku buat ape nak beli spek banyak-banyak? Jawapan dia sebab aku nak letak kat banyak tempat. 1 kat opis, 1 kat rumah. 1 dalam kereta. Takdelah asyik menggagau carik spek. Senang hidup aku. Pandai x? :D
Penampakan makhluk di bawah cermin...
Ambik juga 1 spek. Total harga lens dan frame termasuk penghantaran ke Sunway hanyalah RM118. Haruslah aku ambik. Lepas tu kami mintak hantar ke cawangan di Sunway sebab tak sempat nak tunggu spek baru siap.
Salesgirl dia bagus. Layan je kerenah kami 3 orang. Start dari periksa mata guna mesin, tak puas hati masuk pula dalam bilik pemeriksaan mata. Syukurrrr masuk buat pemeriksaan mata. Baru tahu rabun aku dah naik. Dah 3.5 weh. Hadoiii. Tapi bila periksa guna mesin tu lagi dahsyat. Dia bagi bacaan 4.75. Menangis gua tengok tinggi nau rabun tuu. Mau aku pakai spek mata tebal! Kehkeh.
Kat mana beli spek murah tu?
Optical 88 cawangan JPO ler. Next time tak sure ada lagi promo tu. Korang kelebet sendiri ah kat situ.
Next itinerary selepas JPO adalah makan malam. Dah sampai JB, agak-agak kat mana kitorang nak makan? Hint dia .....seafood! Dapat agak tak? Hihi. Takpe. Next entry aku sambung lagi.
Bye!