Quantcast
Channel: nurulshahira.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 311

5 Ikon Wisata Bali Yang Wajib Dikunjungi

$
0
0
5 Ikon Wisata Pulau Bali Yang Wajib Dikunjungi | Hi. Yang selalu travel ke Indonesia, mesti sudah biasa dengan perkataan Wisata kan? Tapi mesti ada juga yang kurang pasti apa maksud Wisata. Fret not, lepas ni korang pasti akan tahu kerana selepas ini, aku akan menggunakan perkataan Wisata dari awal hingga ke akhir untuk memperkenalkan 5 Ikon Wisata Pulau Bali Yang Wajib Dikunjungi hari ini.

Wisata atau lebih mudah difahami dengan maksud perlancongan dan Pulau Bali adalah antara destinasi perlancongan / Wisata WAJIB sekiranya korang ke Indonesia. Nampak tak aku besarkan perkataan WAJIB tu? Haha. Wajib okay. 

Pulau Bali menawarkan kepelbagaian wisata yang pastinya memenuhi kehendak pengunjung, dari wisata alam (nature attraction tourism), wisata terpadu (intergrated tourism), wisata kuliner (culinary / masakan), wisata sejarah sehinggalah ke wisata marin yang terdiri daripada pulau-pulau yang cantik dan tempat menyelam. Pendek kata, Pulau Bali menyediakan semua pakej yang kita inginkan, dari keasyikan perasaan menghayati sejarah setempat, menikmati alam sambil dijamu dengan makanan yang maha sedap sehinggalah ke aktiviti mencabar yang mengerah fizikal dan tenaga. Semestinya apa yang aku dan korang mahukan, kan? :)

Daripada pelbagai tarikan yang ada di Pulau Bali, ada beberapa tempat yang sangat popular dan dianggap sebagai Ikon Pulau Bali! Kalau datang Bali, tak jejakkan kaki ke semua tempat ni. Heh, kira tour korang tu tak lengkap okay! Kena datang lagi dan lagi maksudnya, hehe :D

Dan antara tarikan tersebut adalah:-

- Pantai Kuta
- Pura Tanah Lot di Tabanan
- Pura Ulun Danu di Bedugul
- Garuda Wisnu Kencana
- Pantai Sanur di Denpasar

CARA KE BALI dan TIPS PENTING MEMILIH HOTEL MENGINAP

Terdapat beberapa cara yang mudah untuk kita ke Pulau Bali. Antaranya adalah dengan menggunakan feri dengan jarak perjalanan selama 30 minit dari Banyuwangi Baru, Pulau Jawa. Dan jika korang lagi sukakan thrill dan nak explore antara pulau-pulau di Indonesia, dari Pulau Bali, korang boleh menggunakan feri / speedboat untuk ke Pulau Lombok. Masa perjalanan hanya mengambil masa 4 jam.

Selain itu, penerbangan terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai Bali adalah cara yang paling singkat untuk sampai ke Pulau Bali. Dan daripada lapangan terbang, kita boleh sewa kereta ataupun pilih untuk menaiki bas menuju ke hotel yang telah ditempah. 

Ada banyak mode pengangkutan untuk ke Bali dan juga mengelilingi Pulau Bali. Korang boleh pilih samada naik bas (murah) dan dapat menikmati pemandangan sepanjang jalan, atau sewa kenderaan sendiri. Dan kalau korang memilih nak mengembara menggunakan bas dari Gilimanuk (naik feri dari Banyuwangi Baru), perhentian terakhir adalah di Terminal Ubung Denpasar.

Psssstttt... Pilih Hotel di Bali

Adat melancong, kita boleh pilih hotel mengikut kepada budget yang kita nak. Untuk pelbagai pilihan yang ada di Bali samada dari korang nak hotel murah ala-ala backpackers atau hotel mahal ala-ala honeymoon, aku cadangkan korang gunakan traveloka.com. Traveloka ni ada office berdekatan dengan airport Bali. Senang dan aku dah tengok website tu. Peh, dengan hanya serendah RM99 / malam, boleh dapat hotel tepi pantai yang ada swimming pool dan bilik cantik gila. Adoi. Cepat-cepat korang tengok sat gi. Tapi untuk yang merancang percutian mewah, traveloka.com menyenaraikan banyaaaaakk hotel-hotel mewah, antaranya Hotel Courtyard Seminyak. Boleh buka website traveloka dan compare rate per night :)

Pilih hotel yang berdekatan / ditepi pantai pun best jugak. Citadines Kuta Beach Bali di Pantai Kuta misalnya popular dikalangan pengunjung disebabkan hotel menghadap laut. So the view sangat cantik. Nak menikmati sunset dari pantai? Eh. Boleh buat jugak dari hotel okay. 

CITADINES KUTA BEACH BALICitadines kuta beach bali
Sumber Gambar : traveloka.com

IKON WISATA BALI YANG POPULAR

5 wisata yang aku akan share lepas ni memang sangat popular sebagai "daya penarik" di Pulau Bali. Jom kita tengok siapa yang kenaaa :D

PANTAI KUTA
Pantai Kuta Bali, Tempat Menarik di Bali, Tempat Mesti dilawati di Pulau Bali Indonesia
Sumber Gambar : masdonie.blogspot.co.id

Sebut saja Pantai Kuta, kita akan dibayangkan dengan keindahan pantai, dari pasir putih yang bersih, air laut yang jernih, ombak yang tidak terlalu besar dan boleh dimanfaatkan untuk surfing. Beginner atau yang tak pernah surfing pun boleh surfing di Pantai Kuta ni. Pantai Kuta ini merupakan salah satu tempat favourite pelancong menikmati sunset dan merupakan salah satu pantai di Bali yang dikunjungi pengunjung setiap masa! 24 jam!

PURA ULUN DANU di BEDUGUL
Pura Ulun Danu di Danau Beratan Bedugul, Tempat Menarik di Bali, Tempat Mesti dilawati di Pulau Bali Indonesia
Sumber Gambar : hormoz-hotel.com
Pura bermaksud kuil / temple. Selain Pantai Kuta, Pura Ulun Danu di Danau Beratan Bedugul adalah ikon Bali yang selalu diabadikan di brochure-brochure pelancongan Pulau Bali. Pura Ulun Danu ini dikategorikan sebagai unik dan memiliki pemandangan indah disebabkan terletak di tengah danau / tasik. Oleh sebab itu, Pura Ulun Danu yang terletak di Danau Beratan Bedugul termasuk sebagai wisata popular di Bali yang mesti dilawati!


TANAH LOTTANAH LOT BALI, Tempat Menarik di Bali, Tempat Mesti dilawati di Pulau Bali IndonesiaSumber Gambar: tui.nl
Seperti Pura Ulun Danu, Tanah Lot juga merupakan danu / temple, tetapi mempunyai pemandangan lebih eksotik disebabkan kedudukannya yang didirikan di atas batu karang dan hampir berada di tengah laut. Apabila air pasang, kedudukan Tanak Lot ini seolah-olah berada di tengah laut! Tengok gambar pun dah tahu lawa kan Tanah Lot ni :)

Kalau nak tengok sunset yang sangat cantik, boleh ke sini. 


TARI KECAK di GARUDA WISNU KENCANATARI KECAK di GARUDA WISNU KENCANA, Tempat Menarik di Bali, Tempat Mesti dilawati di Pulau Bali IndonesiaSumber Gambar : detik.com
Tari Kecak adalah salah satu tarian yang popular di Bali sekaligus di Indonesia. Di Bali, selain Tari Pendet dan Legong, biasanya pelancong nak sangat tengok Tari Kecak ni dan salah satu tempat yang kita boleh saksikan Tari Kecak adalah di GWK (Garuda Wisnu Kencana). Lokasi Garuda Wisnu Kencana sangat strategik berdekatan dengan beberapa pantai indah di Bali seperti Pantai Balangan, Dreamland, Pantai Padang-Padang, dan Pantai Blue Point membuatkan ia sangat popular sebagai lokasi tari Kecak.


PANTAI SANUR DENPASARPantai Sanur Denpasar Bali, Tempat Menarik di Bali, Tempat Mesti dilawati di Pulau Bali IndonesiaSumber Gambar : piknikdong.com
Selain Pantai Kuta, Pantai Sanur yang terletak di pusat bandar Denpasar juga tidak harus dilupakan. Kalau datang ke sini, kita akan disajikan dengan perahu nelayan, pantai yang bersih dan air yang jernih berkaca. Disini juga kita boleh saksikan pelbagai upacara yang dilakukan oleh penganut Hindu-Bali. Menarik bukan?

Itulah antara 5 ikon wisata Bali yang paling recomended untuk dikunjungi disebabkan nilai keindahan, daya tarikan dan keunikannya yang tersendiri. Rasanya yang dah pernah pergi Bali tu, setuju atau tidak? :)



Viewing all articles
Browse latest Browse all 311

Trending Articles