Hi. Sekarang kerap pulak aku pergi Alamanda Putrajaya ni. Hari tu datang dengan kawan, lepas tu datang dengan kakak and anak-anak dara dia. Now pulak datang lagi angkut adik aku 2 orang. Haha. Semuanya sebab nak survey kedai spek. Spek lama aku dah jahanam siap hilang sebelah lens. Dah 3 kali datang asyiklah mata ternampak promosi 50% A-Look Eyewear Alamanda ni. Murah sangat ke hengko 50% okay. Masa nak tengok tu, Sara tarik belon kuning-oren tu sampai roboh. Malu ai okay, terus lari tak sempat survey. Tapi kali ni datang yoshhhhhhh mesti survey jugak spek.
A-LOOK EYEWEAR ALAMANDA PUTRAJAYA
A-Look Eyewear sememangnya antara nama besar dalam dunia eyewear ni. Selain professional service yang ditawarkan, A-Look juga memang membawa latest fashion & trendy eyewear. Memang up-to-date. Antara achievement yang A-Look Eyewear pernah dapat adalah:
- AXISMATICS-ABDO: Best Full Time Student Award - Year 2003
- OPSM-AXISMATICS FBDO: Top Student Award Year - 2003 2nd Prize
- Hans Stepper prize in Best Overseas Student Year - 2003
- Distinction Grade in Eye Refraction Examination
PROMOSI PEMBUKAAN CAWANGAN BARU A-LOOK EYEWEAR ALAMANDA PUTRAJAYA
Kawasan parking budak Amin ni keluar-keluar terus nampak A-Look Eyewear. Hebat nau adik aku ni, hehe. Promosi 50% untuk 2nd pair spek masih berjalan.
Sebelum tu nak beli dulu contact lens yang kaler. Contact lens aku sekarang ni yang colorless tu, asyiklah salah bahagian nak pakai. Yang pakai contact lens tau ah apa yang aku cakap bila salah pakai lens. Tak selesa, buat aku lambat pegi keje je asyik nak terbalikkan lens tu. Cuci lagi. Haishhhhhh. Pagi-pagi buat aku hangin je, haha. Tapi contact lens yang berwarna pandai pulak aku pakai. Tak pernah salah side. Alasan sangat hokay. Kahkah.
Iols amik yang murah-murah je. Blincon sekotak untuk penggunaan selama 3 bulan. A-Look buat promosi beli 2 kotak contact lens untuk 3 bulan penggunaan = RM100. Murah sangat, ambik terus.
Malaysia takde 4 season. Terpaksa fefeling four season pakai contact lense four season, ekeke. Aku pilih summer brown and grey.
Ada hati sangat kaler mata warna warni padahal muka Jawa jugak! Kahkah.
Aku le tu.
STAFF A-LOOK MEMANG BEST
Sambil-sambil aku pilih lens tu, banyak jugak aku tanya Jason pasal cara nak jaga mata. Nak jaga lens. Nak jaga spek. Bagus Jason ni layan je soalan cekadak aku. Dulu masa aku mula-mula belajar nak pakai contact lens tak sempat nak tanya staf tu sebab tengah stress tahan air mata keluar pakai lens tak masuk-masuk mata. Takut weh nak jolok-jolok mata masukkan benda alah tu. Sampai merah bijik mata aku, tak juga masuk contact lens ni.
Tanda-tanda jangan mengada-ngada nak pakai. Tapi ko gatal juga kan? Tu yang terjebak sampai sekarang. Dah berapa tahun ye jebakan contact lens ni?
Habis urusan contact lens, tanya pulak pasal spek. Sebab minggu depan nak pegi Sapporo. Flight 8 hours non-stop. Confirm aku tido mati punya kan 5 jam tu. Gilalah nak pakai lens punya lama tido macam tu. Itu pasal aku nak cari spek baru.
Rupanya ada promosi baru yang mula minggu ni. Promosi laaaaaaagi best untuk rakyat marhaen macam aku. Sebabkan sejarah aku dah buat 3 spek sebelum ni, MAHAL gila. Padahal power tak tinggi sangat pun. Lens pun biasa je. Tapi bayar sampai RM500. Tercekik okay. Sampai trauma aku nak buat spek baru sebab tu tahan pakai contact lens. Bila Jason tunjuk promo baru ni, terus terloncat aku. Haih. Murah sangat ni. Dustakah ini?
PROMOSI CERMIN MATA SEPARUH HARGA
Apa entah nama promo baru ni aku tak tahu sebab board promo tak naik lagi. Jason ni tengah bercerita ah pasal spek yang termasuk dalam promo baru tu. Bukan semua spek ada promo tu, certain je and diorang letak atas rak depan sekali. Korang masuk je terus nampak.
Hah, rak yang tu. Ada 1 je rak, sebelah dia rak Owl.
Owl pada aku sangat BEST!. Ada banyak tema mengikut kesesuaian dan kehendak korang, sporty, premium, elegance.
Light Adaptive Aspheric Lenses. Lens yang bertukar warna gelap bila cuaca terik.
Freedom to Choose
FESYEN CERMIN MATA MAMPU MILIK

Aku dah try, rasanya ada beberapa jenis juga yang kena dengan muka aku. Contohnya kat atas tu. Memang aku amik yang tu pun sebenarnya, haha :D Sesuai dengan muka bulat aku, tapi bila pakai tak buat tudung aku nampak kembang. I loike. Harga pun murah bangat! MAMPU MILIK! Sesuai untuk rakyat marhaen macam aku (Dah sebut tadi daa, berapa kali nak ulang?)
Promosi ni valid sampai hujung bulan ni rasanya. Tapi ada syarat okay. Bukan main sebat je semua boleh. Antaranya power <800 dan silau <200. Then korang boleh pilih spek promo ni dan dapat 2 spek dengan 1 harga. Spek yang aku pilih tu harga dia RM198 complete dengan lens. Tapi minggu ni harga dia jadi lagi murah. Gila kentang ah. Tapi kena beli 2 spek okay untuk promo ni. So aku share dengan adik aku.
Nak tahu macam mana promosi ni sebenarnya, sila ke A-Look Alamanda Putrajaya. Baru puas hati tengok dan pilih. Memang banyak sangat pilihan dan up-to-date. Kalau pegi sana jangan lupa carik Jason Lee tu eh. Kata kat dia blogger Sha yang cakap. Mana tau dapat diskaun.
Haha. Tak ah. Memain je. Dah diskaun banyak sangat tu oiii.
Tambahan lagi. Banyak jugak ilmu yang aku dapat bila tanya Jason ni.
Selain dari lense spek biasa tu, aku tanyalah how to reduce pressure kepada mata bila kita drive / tengok PC. Selalunya kalau orang yang silau tinggi, bila drive even dah customize untuk lens silau tinggi, still bila tengok cahaya lampu tu nampak pecah-pecah jugak, betul tak? Silaulah tu.
Advise dia, customize ZEISS Drivesafe lens. Dengan lense ni memang nampak cahaya lebih sharp, more HD. Takdelah nampak lampu pecah-pecah tu. ZEISS ni come up dengan 2 versi. Untuk pemanduan dan untuk PC. Seingat aku, nak customize lens spek kita ke ZEISS ni tak mahal sangat. Affordable.
Sememangnya A-Look Eyewear sangat komited dalam menjaga keselesaan pemakai dan ketahanan produk.
BRANDED EYEWEAR AT SPECIAL PRICE
Mana lagi comey?
Nak fefeling diva pakai sunglasses. Hakhakhak. Banyak gila sunglasses yang cantik-cantik. Branded. Adoi. Rambang mata. Tapi tak beli pun. Pakai je. Ni tunggu bajet lain. Bajet sekarang nak ke Sapporo je dulu.
PROMOSI RAYBAN di A-Look Alamanda Putrajaya ni sekarang hanya RM298 untuk frame dan Crizal lens. Lens crizal ni memang bagi clearest vision untuk pemakai, siap provide protection against scratches, glares, smudges, dust, water dan UV. Tak payah risau sunglasses / spek korang bercalar dengan crizal lens ni.
Tak pun ada juga Armani Exchange RM368. Sama juga AX frame FREE Crizal len. Peminat Oakley pun boleh datang sini survey Oakley. Oakley kat sini memang up-to-date. Best betul.
PERCUMA PEMERIKSAAN MATA
Eja check nak tengok berapa power mata dia sekarang. Mula-mula guna mesin check mata macam kat bawah tu. Result mesin tu agak tepat jugak sebab new, up-to-date machine. Still in range, <800. Boleh beli spek kat depan tengah promo tu :)
Polaroid lens
Adik aku tak beragak nak try semua sunglass. Layankan aje lah.
Okay tak?
Okay tak yang ni? Haha.
Okay. Sebelum habis ni, nak share sikit how to select new specs. Macam aku susah nak pilih spek sebab rasa semua spek yang aku pakai tak sesuai. Bila banyak sangat pilihan spek, lagi stress nak pilih sebab tak tahu mana yang sesuai dengan muka. Rasanya ramai yang macam tu, ye tak? Sini Kak Sha share teknik nak pilih spek yang sesuai dengan bentuk muka.
TEKNIK PEMILIHAN CERMIN MATA TERBAIK MENGIKUT BENTUK MUKA
Muka bulat:
Orang muka bulat (macam Kak Sha) tidak digalakkan untuk pilih frame specs yang berbentuk bulat. Sebaliknya boleh cuba frame berbentuk segi empat, nampak lebih stable dan mature.
Muka berbentuk hati:
Muka cenggini mempunyai dagu yang tirus tetapi dahi lebar. Pilih specs yang ringan dan elakkan polygon frame type (specs yang bentuk macam 6 segi macam tu)
Muka segi empat:
Biasanya orang muka begini dikatakan yang jenis straight, tegas gitu. So elakkan pakai specs yang berbentuk segiempat, round-framed glasses better so that boleh melembutkan ekpressi muka to look more supple.
Muka bujur:
Banyak pilihan yang boleh dipilih orang yang muka berbentuk bujur ni. Sesuai dengan semua jenis specs, cuma kalau muka too long, lebih sesuai pakai wide box-type frames.
Overall memang aku puas hati dengan layanan staf A-Look Eyewear Alamanda ni. Professional dan sabar layan soalan cekadak aku, haha. Okay. Sila berkunjung ke A-Look Eyewear Alamanda Putrajaya untuk kejar CRAZY-Deals ni.
A-Look EyeWear @ Alamanda Putrajaya
Jalan Alamanda, Presint 1,
62000 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan
Jalan Alamanda, Presint 1,
62000 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan
Buka : 10.00 pagi - 10.00 malam
Facebook A-Look : www.facebook.com/alookeyewear
Website A-Look : www.a-look.com.my