Quantcast
Channel: nurulshahira.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 311

Abah

$
0
0
Assalamualaikum.
Dah lama betul tak bersiaran. Tambah-tambah sejak work from home, laaaaagi semakin malas menaip walaupun idea banyak bertalu-talu.

Tapi itulah, kalau dah namanya MALAS.
Ada masa 30 jam sehari pun tak kan digunakan sebaiknya pun! Hadoih!

Perkuburan Islam Kg. Rinching

Sebenarnya, nak kongsi.
Hari ni dah hari ke 128 arwah abah kembali ke pangkuan Ilahi.

How I miss him. Badly.

Siapa yang kenal arwah abah, tahu yang abah garang 'sikit'. Haha.
Garang, tegas tapi hati lembut sangat.
Tambah-tambah dengan family sendiri.
Dengan kawan-kawan.

Kalau bulan puasa, arwah selalu ronda bazar dan beli makanan yang kawan-kawan dia jual.
Support business kawan-kawan katanya.
Dan sekarang yang menurun perangai abah ni adalah anak lelaki tunggal bongsu abah.

Itu yang bila nak dekat waktu berbuka je, sebeban makanan arwah bawak balik.
Bawak balik with a smile tau.
Senyum lebar :)

Same goes kalau kami mintak macam-macam.
Selalu mintak tapau makanan lah, hahaha.
Kalau musim durian tak boleh ceritalah berapa kali arwah beli durian.
Sekali beli tu, sampai 10 bijik!
Mabuk durian terus.
Padahal abah tu kronik diabetes tau!
Tukang beli, tukang kopek durian, tapi nanti dia duduk tepi je teman kami makan.
Abah makan sikit je sebab dah kena warning dengan mak hahaha.

Bila arwah mula sakit starting 2019, on off masuk hospital, check-up memang dah mula terasa lain.
Kemampuan bergerak pun terbatas.
Masa ini pulak tak tahu kenapa kerja memang tengah menggunung.
Sibuknya kalahkan ada syarikat multinasional!

Memang menyesal sangat tau bila ingat balik.
Sibuk kerja, bila balik rumah dah hampir Maghrib.
So malam cepat tidur.
Tak banyak sangat bercakap dengan arwah.
Tapi yang paling ingat sangat, bila berbuka, arwah teman je aku makan berdua.

Bila abah takde.
Tiba-tiba datang satu-satu benda yang abah buat yang kami tak tahu, terkeluar.
Banyaaaaak sangat benda baik ya Allah.
Dan tiba-tiba murahnya rezeki arwah, banyak permohonan untuk business sebelum ini yang agak susah nak dapat, tiba-tiba mudah je.

Bila pergi dobi, ramai pelanggan dobi terkejut arwah abah meninggal.
And they kept share macam mana mesranya abah dengan diorang.
Alhamdulillah, banyak doa yang baik-baik dari orang yang baik-baik untuk arwah.

Dan sekarang.
Pemergian arwah abah ajar aku yang... macam mana sibuk pun, cari masa untuk spend time with family.
Belajar meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Belajar untuk redha dan berlapang dada.
Dan percaya dengan takdir yang Allah dah susun dengan cantik.

Aku selalu fikir yang arwah akan kekal ada lama dengan aku.
Paling kurang pun hingga abah jadi wali aku.
Rupanya tak.
Allah bagi pinjam abah untuk 33 tahun je.
Dan tak sempat jadi wali aku pun. Allahu.

Tapi takpe.
Aku yakin Allah lebih sayangkan arwah lebih dari kami sayangkan arwah.

Dan pemergian abah ajar aku yang tak ada benda yang kekal dalam hidup kita.
Orang datang dan pergi.
Bergantung kepada kita bagaimana kita tinggalkan "our footprint" dalam ingatan mereka yang kita tinggalkan...
Juga jangan pernah paksa untuk orang kekal dalam kehidupan kita, bilamana takdir Allah itu tak membawa kita bersama.

Mohon doakan arwah abah ya kawan-kawan.
Mohon sedekahkan  juga AlFatihah buat arwah abah yang sangat dan paling kami sayangi.

Semoga Allah swt temukan kami semula di keadaan yang paling baik, di tempat yang paling baik dalam redha dan rahmat Ilahi. 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 311