Quantcast
Channel: nurulshahira.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 311

First Time Buat Ketam Mentega Telur Masin. Menjadi & Senang Rupanya!

$
0
0
First Time Buat Ketam Mentega Telur Masin. Menjadi & Senang Rupanya! | Resepi Ketam Mentega Telur Masin Yang Senang, Mudah & Sedap | Hai. Ada cuti lama sikit hari tu kan sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong  (haa semput menyebutnya) hari tu, saja nak masak ketam. Masak ketam mentega telur masin atau glamor selalu sebut butter salted egg crab gitu.

Resepi Ketam Mentega Telur Masin Yang Senang, Mudah & Sedap | Butter Salted Egg Crab As Simple As 1,2,3

Pada aku, ada 2 makanan yang kalau nak makan, kena makan kat rumah dan dalam keadaan bertenang-tenang. Ketam dan siput sedut. Tak tenteram jiwa rasanya nak menyedut sruuttttttt sruutttttt depan orang ramai. Cannot imagine bunyi-bunyi pelik yang keluar eventhough orang tau kau tengah menyiput sedut 😂

Ketam pulak sebab .... Kena bertenang menikmati isi-isi dicelah ketam. Nak mengetuk sepit lagi memang perlu berjam. Itu sebab kalau makan kat kedai, menu ketam memang tak tengok pun.

Ok, kembali ke tajuk utama. Aku beli ketam nipah 2kg dari kawan. Masa dapat ketam tu memang hidup lagi, jadinya bila masak memang rasa fresh betul, isi padat dan paling best, kebanyakan ketam ada telur ketam. Rezeki bulan penuh agaknya.

RESEPI KETAM MENTEGA TELUR MASIN



Bahan-bahan :
Resepi Ketam Mentega Telur Masin Yang Senang, Mudah & Sedap | Butter Salted Egg Crab
Ketam 1kg
Mentega 1/4bar
Bawang putih 3 ulas
Cili merah 2 tangkai 
Cili padi 7 tangkai
Daun kari 2 tangkai
Susu cair 1/2 tin
Telur masin 2 @ 3 biji *ambil telur merah
Tepung jagung *untuk goreng ketam
Serbuk blackpaper *untuk goreng ketam
Garam
Gula

Cara masak :
1) Bersihkan ketam. Lumur ketam dengan tepung jagung dan serbuk blackpaper. Goreng separuh masak.
2) Panaskan kuali. Masukkan mentega. 
3) masukkan bawang putih, cili merah, cili padi dan daun kari. Kacau supaya bawang tak hangus.
4) Masukkan telur masin yang telah dihancurkan. Boleh guna yang bahagian telur merah sahaja. Tapi aku masukkan juga telur putih 1 biji. Tekstur lebih kasar dan masin kawwww.
5) Daun kari layu, masukkan susu cair. Kacau rata.
6) Masukkan garam dan gula.
7) Kalau rasa dah ok, bila kuah mentega telur masin dah berbuih, tutup api dan masukkan ketam.
8) Gaul rata.

Resepi Ketam Mentega Telur Masin Yang Senang, Mudah & Sedap | Butter Salted Egg Crab As Simple As 1,2,3

Berlemak krim disukai ramai rasanya menu ketam mentega telur masin ni. Butter + susu kan hehe.

Resepi Ketam Mentega Telur Masin Yang Senang, Mudah & Sedap | Butter Salted Egg Crab As Simple As 1,2,3

Isi ketam nipah lebih padat berbanding ketam bunga dan kalau yang suka cungkil isi ketam kat penyepit ketam mesti lagi suka ketam nipah. Sebab penyepit ketam lebih besar dan banyak isi. Alhamdulillah bertenang betul rasanya makan ketam di rumah ni. Sejam jugalah meratah ketam di meja makan. 
Resepi Ketam Mentega Telur Masin Yang Senang, Mudah & Sedap | Butter Salted Egg Crab As Simple As 1,2,3

Viewing all articles
Browse latest Browse all 311