Dapat Juga Refund Shopee | Cara Refund Shopee Disebabkan Barang Tak Sampai | Hai. Akhirnya dah 2 bulan lebih baru dapat notification dari Shopee mengatakan refund yang aku mohon melalui platform Shopee berjaya. Sebenarnya pertama kali juga request refund dari Shopee ni. Pengalaman bertahun-tahun shopping online melalui Shopee tak pernah mengecewakan. Barang sampai dengan selamat walaupun kadangkala lambat. Tapi mungkin disebabkan lambakan barang ditambah pula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam 2,3 bulan ini, macam-macam perkara jadi.
Well, we don't get lucky all the time right?
Sebelum mula PKP hari tu harga hand sanitizer memang naik melambung-lambung kan? Farmasi kawasan rumah dan office pun dah mula habis stock. Serius masa awal-awal tu dah jadi macam tikus berebut beras nak cari hand sanitizer. Aku pun sampai berpeluh jantan berjalan kat farmasi cari. Tapi nan hado stock weh. Pelik betul ada yang mandi hand sanitizer agaknya.
Tapi online platform still ada lagi. Dan harga pun ok. Ngam. So aku order je online melalui Shopee.
Tapi silap aku adalah ..... Aku letak alamat penghantaran ke office. 2,3 hari lepas place order & item dalam proses penghantaran, PKP bermula dan aku tak dapat ke office. Office pun tutup seal like a safe.
So delivery kali pertama gagal.
Dah takde sape nak terima kan?
After that aku call customer service courier tu. Masa awal-awal PKP, talian customer service courier memang pick up weh. Aku rearrange untuk another delivery dan tukar alamat ke area rumah aku. Masa tu katanya boleh tukar. Mungkin masa awal PKP, orang pun belum berpusu-pusu shopping. Barang pun belum melimpah ruah dalam pejabat courier.
Tapi lepas seminggu aku tengok apesal hand sanitizer aku kejung gitu je tak gerak-gerak, aku call dan ...... tak connect pun call tersebut. Kahkahkah. Mesti dah mula hujanan panggilan orang cari barang shopping tak gerak agaknya.
Ramai juga rupanya yang tak dapat barang diorang masa musim PKP ni. Apa nak buat kan, kalau tengok ada orang update lambakan parcel di kebanyakan office kurier, horror tengoknya. Dengan kuantiti longgokan barang yang banyak macam tu, confirm ada potensi missplace & lost. Kalau letak anak kucing celah parcel & bungkusan tu semua, aku rasa anak kucing tu tak mati sesat, boleh bertukar jadi kucing dewasa baru jumpa jalan balik.
BACA JUGA :
Lepas tu aku shopping online benda lain pulak. Takde rezeki, dari 2 item yang aku beli pada hari yang sama, 1 item je sampai. 1 lagi sangkut entah kat mana. STRESS.
Tapi yang kes kedua tu, aku bertuah sebab jumpa seller yang bagus. Dia ambik inisiatif hantar lagi sekali barang yang aku order. Alhamdulillah kali yang kedua tu barang sampai. Status barang yang tak sampai tu?
Entahlah. Kelaut agaknya.
Request Refund Shopee Disebabkan Barang Tak Sampai.
Lepas chat dengan seller shopee, seller cadangkan request refund je. Alhamdulillah seller ok. Sebab ada kes yang bila kita request refund ada seller reject tau! So chat dulu baik-baik. Kalau dah chat seller buat ketegaq, haaa cara paling cepat adalah chat & email shopee.
Selepas request refund, kalau seller setuju nanti akan keluar notification shopee tajuk DISPUTE : ACTION REQUIRED. Haaa kalau keluar notification ini, dah ada hawa-hawa nak dapat refund. Dah boleh bertenang sedikit lepaskan angin kus-kus.
Tekan notification tu, nanti dia keluar tab Discuss. Ada bahagian untuk kita upload bukti kenapa barang tak sampai. Kalau boleh screenshot perjalanan kat mana barang korang sangkut tu, upload kat situ.
Lepas tu korang tunggu aje lah. Kalau tak kepilkan bukti ambil masa lama sikit nak tunggu Shopee verify. Kalau upload chances tinggi cepat Shopee proses refund kita.
Refund Shopee Berjaya.
Dapat notification refund request berjaya, boleh pilih nak ke ShopeePay (perlu aktifkan terlebih dahulu) atau boleh masuk terus akaun bank kita. Kalau pilih nak masuk ke akaun bank, kena masukkan dahulu no. akaun bank.
Fuh, walaupun hanya RM39 tapi duit tetap duit. Dengan RM39, boleh shopping lagi sekali kat Shopee ekekekeke. Semoga kali ini barang aku tak hilang kali ketiga.