Movie Underwater (2020) lakonan Kristen Stewart di GSC iOi City Mall Putrajaya | Sinopsis Filem Underwater (2020) | Hai. Weekend kali ini takde cerita masak sebab tak sempat nak snap gambar. Kelam kabut buat ape entah haha tapi walau kelam kabut, aktiviti makan tetap berjalan lancar. Nak-nak pulak baru lepas gaji kan, laju je kaki jalan cari makan.
Hari Sabtu tu kawan Epa dan adik dia datang rumah. Bermalam satu malam dan plan diorang nak naik Bukit Broga.
Aku?
Terbabas tido sampai pukul 6.30 pagi, orang dah buka pintu nak keluar baru bangun mana nak sempat kejar. Tak tahulah diorang sempat kejar matahari terbit kat atas ke tak. Aku suspek tak sempat.
Lepas hantar kawan Epa balik, oleh sebab baru pukul 3 petang kami decide nak tengok wayang.
FILEM UNDERWATER (2020) LAKONAN KRISTEN STEWART
Image kredit GSC
Sinopsis Filem Underwater (2020)
Filem genre sci-fi ini mengisahkan tentang sekumpulan penyelidik yang harus bertahan dan mencari jalan untuk menyelamatkan diri apabila gempa bumi berlaku dan merosakkan makmal kajian dan stesen cari gali dasar laut mereka.
Kehadiran makhluk misteri merumitkan lagi keadaan mereka yang berada 7 batu di dalam laut.
Favourite genre
Well, aku memang suka filem-filem genre aksi, sci-fiction macam ni. Another genre adalah tentang angkasa lepas dan bencana alam. Korean film kalau buat movie pasal bencana (disaster) memang nampak real. Dan penceritaan pun lebih dekat ke hati. So tertunggu-tunggu jugak movie Ashfall release.
Ok, sedikit review untuk movie Underwater ini...
1) Kristen Stewart rambut pendek giler dalam cerita ni. Nampak boyish sangat sesuai watak technician.
2) Ada banyak scene pakai spenda & bra tau. Pleaselah jangan bawak budak sekolah. Eh jap, movie ni rating 18 ke?
3) Pengarah memang suka zoom arah dada Kristen Stewart ke? Tak memasal nampak sangat dada kawan tu...
4) Rupa makhluk misteri yang menjahamkan stesen dan drill bore 6,000kg tak berapa jelas. Tapi nampak besar gila setinggi bangunan 100 tingkat dan rupa macam sotong kurita?
5) Kalau kebanyakan movie lain bermula dengan keadaan tenang, orang bekerja seperti biasa, movie ni tak. Baru 2,3 minit mula stesen dah kena pressure leak. Terus masuk aksi. Laju.
6) Design underwater suit diorang lebih kurang macam suit angkasa. Ke memang design standard macam tu? Well should be same lah kan sebab aim sama untuk contain oksigen.
7) Dalam setiap movie serius, mesti akan ada 1 orang watak yang lawak sikit, yang jenis cakap lepas. Untuk variasi dan pelepas stress? Yang penting, watak lawak dalam movie ini mati di tengah-tengah.
8) Yang buat stress, masa awal movie, inhabitant untuk stesen tu dalam 300 lebih. Bila disaster, tinggal 5,6 ketul je yang nak fikir macam mana nak survive? Hmm.
9) Dan underwater station ni ada mother station / hq di daratan. Tak ke something wrong when takde contact langsung for a couple of hours?
10) Movie ni kan sci-fi tapi kadang-kadang masa tengok, bunyi tu macam horror movie 😂
11) Ini antara movie yang watak utama korbankan diri supaya orang lain hidup. Eh. Macam kantoi bagitahu pulak. Tapi puas hati dengan ending even watak utama mati.
Well, yang lain kena tengok sendirilah ok. Untuk movie ini, kakak bagi 3.5/5 bintang.
P/s: Yang kelakar pasal movie ni adalah, aku dengan Epa yakin je nak yang pukul 5. Cashier tekan-tekan skrin, settle pilih seat sekali harga tiket RM48 daaaa. Rupanya terambik seat best. Layan je lah hahaha.