Waktu Amal dapat pindah, majoriti orang kolej tanya aku okay ke tidak. "Ira okay ke?". Hekhek. Prihatin tanya sebab tahu aku meroyan betul menjak dah nak masuk 4 tahun berkhidmat ni. Tanya dengan lebih prihatin jugak sebab tahu aku dengan Amal macam belangkas kut. Posting sama-sama, dulu pun belajar sama-sama sejak dari matriks. Tetiba Amal pindah meninggalkan kawan dia keseorangan di bumi seberang semenanjung ni? Oh, bagai separuh jiwaku pergiiiiii.
![]() |
Gambar zaman dinasaur weh. Masa ni kita slim lagi. Rinduuuunyaa nak slim balik. |
Masa mula-mula dah masuk 3 tahun, terus berkobar-kobar nak mintak balik semenanjung. Campaklah hat negeri mana kat semenanjung tu, jauh ke dekat utara ke selatan, asalkan semenanjung. Esok-esok nak balik rumah boleh terus start enjin kereta, isi minyak & TnGo dulu. Then zaaasssss. Rempitan 120km membelah highway. Ekeke :D. Kalau sekarang? Habis tiket belon, duduklah kau diam-diam. Kalau tiket over-price pun, duduklah kau diam-diam.
Kalau ada tiket kapal selam kan best. T_T
Masa permohonan dan rayuan kali pertama, which is bulan 4 tahun lepas tidak berjaya. Uhuk uhuk uhuk. Rasa nak menangis tepi bucu katil. Masa tu siap buat entry lagi beritahu kesedihan. Tak berjaya sebab belum cukup 3 tahun. Tak pelah. Dah syarat gitu, kita follow je. Tapi ada je yang dapat even baru setahun berkhidmat ! Cissss.
Permohonan kedua pada bulan 12 tahun lepas juga tidak berjaya. Padahal semasa permohonan kami dibuat, hanya kami berempat yg memohon. Dan semua keempat-empat tidak berjaya. Tahu ada kesilapan teknikal yg membuatkan permohonan tidak berjaya, so rayuan pun dibuat.
But to no avail, you're got no luck at all girls!. Sedih woi, sebab ko dah yakin dapat. Alih-alih tak dapat. There's no other competitor, but yet the application was rejected. Kenapa kauorang tak nak datang Sabah hah! Stress T_T. Siap buat taakulan mantik kata kolej sana x nak terima pensyarah auto pompuan. Padahal pensyarah pompuan ni dulu masa zaman sekolah kerja dia baling kerusi je tau. Setakat nk angkat gearbox, piece of cake kut. Kehkehkeh.
Tapi Itu yg dinamakan tak ada rezeki. Belum sampai masa Allah grant your wish. Maybe ada lagi yg lain yg lebih memerlukan untuk berpindah. Takpa, kita bg seat kita dulu dekat korang. Kita redha dulu. Redha sampai tahap, ada rezeki adalah. Takde kita sabar duduk sini dulu.
Tapi bila baru-baru ni Amal pindah, tiba-tiba rasa rumah tu kekurangan sesuatu. Rumah sewa kami ada 3 bilik utk 3 orang. Aku, Dila, Amal. When Amal takde, one of the pompuan yang suka gelak tengok Korea dah takde. We miss that part.
![]() |
Dila yg paling putih. Amal korang cari yang paling cekeding. Kak Sha pipi paling pau. Yg paling gojes Nantini. |
Now tinggal berdua. When one of us balik kampung or kursus. Eh, tetiba tinggal aku sorang kat rumah ni. Dulu kalau sorang hilang, ada lagi sorang. La ni tinggallah ko sorang kat rumah.
Dulu aku dan Amal satu kelas masa degree, for 4 years. Lepas tu separate sekejap kerja swasta, then interview gomen sesama dekat Putrajaya. Dapat, posting pun tempat sama. Flight pun sama-sama. Housemate sama. Dalam ofis pun meja sebelah-sebelah. Now tell me, korang terkesan tak kalau korang in my shoes?
Terkesan tu ada lah jugak, tapi takdelah sampai menangis bagai nak rak, ye tak? Ekeke :D. Setiap pertemuan ada perpisahan. This is where our path parted. After this pindah dengan Dila pulak. Ouch. Kawan-kawan tempat pertama kali posting memang sentiasa bagi effect duka pada kau..Bagi yg pompuanlah, selalunya. Yang laki aku rasa apa dia kisah, ye tak?
Hati batu T_T
Even kalau pindah tempat baru, confirm akan bermula dengan zero semula. Semua cerita kejayaan kegemilangan kau dulu tinggalkan di belakang. Alone jugak. Bukan ada Amal pun. Bukan ada Dila jugak. Takpe. InshaAllah boleh hadap punya semua tu, as long as dapat pindah semenanjung. Itulah masanya untuk teroka dunia baru, kawan baru pulak. Dan Amal transfer trigger perasaan celaru nak pindah cepat! Haha.
From us 3 orang, 1 dah settle. Dah nak kahwin pun hujung minggu ni. Tapi cam biasalah bukan dapat balik pun. T_T Dan hari ini permohonan transfer telah dibuka. Doakan lagi 2 stooges ni dapat balik semenanjung naaa. Dila to her husband. Aku? Takde husband lagi, tapi family ada. Of course nak balik reconcile dengan family after 14 years in boarding school, matrics, university and kerja 'over the sea', kehkehkeh. Kawan comes and go, tapi family sentiasa jadi priority. Banyak sangat family moment yang aku tertinggal. Too many sampai lost count. Dugaan orang merantau. Biasalah, kan? Kalau dapat tempat kerja dekat dengan family, satu rezeki. Tak dapat jauh sikit, pun takpe. Rezeki jugak. As long as mudah nak balik. Boring dah naik belon =)
Okay. Rasanya post ni terlampau panjang pulak. Padahal nak cakap yang permohonan pindah PPPT dah bermula hari ini sehingga 1 April 2016 ini. All the best.