10 Tips Beli Tiket Penerbangan Flight Murah | Hai. Kawan-kawan selalu tanya sebelum ini, macam mana aku travel dan dapat beli tiket flight dengan harga yang ..... murah?
Aku pernah dapat beli tiket flight ke Acheh hanya RM99 return. Pernah juga dapat beli tiket flight RM109 return ke Brunei. Dan paling best sebelum ini. Aku dapat ke Sapporo Jepun dengan tiket flight return hanya RM350.
Menarik kan? Kalau tanya traveller tegar, yes they know when the suitable time nak beli ticket flight. Ataupun harga yang affordable untuk sektor tertentu.
Tapi untuk traveller biasa (seperti aku), takpe we can practise some tips bila nak dapatkan tiket penerbangan dengan harga yang lebih murah dan masih berpatutan. Ok jom.
Aku pernah dapat beli tiket flight ke Acheh hanya RM99 return. Pernah juga dapat beli tiket flight RM109 return ke Brunei. Dan paling best sebelum ini. Aku dapat ke Sapporo Jepun dengan tiket flight return hanya RM350.
Menarik kan? Kalau tanya traveller tegar, yes they know when the suitable time nak beli ticket flight. Ataupun harga yang affordable untuk sektor tertentu.
Tapi untuk traveller biasa (seperti aku), takpe we can practise some tips bila nak dapatkan tiket penerbangan dengan harga yang lebih murah dan masih berpatutan. Ok jom.
10 Tips Untuk Beli Tiket Flight Murah
Aku kongsikan 10 tips untuk dapatkan tiket flight murah. Cuma peringatan, tak semestinya dengan buat semua tips ini, confirm dapat tiket flight murah. Ini hanyalah panduan, selebihnya bergantung kepada rezeki juga tau!
1) CARI HARI YANG PALING MURAH UNTUK TERBANG
Maksud hari yang paling murah adalah carian harga tiket untuk sebulan biasanya dipaparkan terus di laman web penerbangan. Biasakan untuk scroll dulu pelbagai tarikh berbanding terus menetapkan tarikh tertentu.
Lebih mudah gunakan Skyscanner dan pilih tetapan Whole Month > Cheapest Month. Skyscanner akan mencadangkan tarikh yang menawarkan harga tiket yang paling murah (pada ketika itu) mengikut lokasi yang kita tetapkan.
2) RAJIN GUNAKAN SEARCH WEB ENGINE BERLAINAN
Selain Skyscanner, ada banyak lagi laman web yang membuat perbandingan harga tiket penerbangan seperti:
- Kayak
- Airpaz
- Kiwi
- Cheap Flight
- Google Flights
Pilih dengan hati-hati dan sekiranya harga tiket yang terpampang dalam matawang selain RM, pastikan harga hang ditawarkan berbaloi selepas ditukar ke matawang RM.
3) RAHSIAKAN CARIAN
Gunakan Incognito browser semasa melayari laman sesawang syarikat penerbangan. Banyak kali jadi bila gunakan browser biasa, selepas refresh harga tiket flight bertukar lebih mahal berbanding carian sebelumnya. Rugilah!
4) TEMPAH FLIGHT BERSAMBUNG
Tempah connecting flight berbanding direct flight? Kenapa tidak?
Pilih multicity semasa menetapkan destinasi. Dan bandingkan dengan penerbangan terus. Kadangkala kita akan dapat harga jauh lebih murah. Sebagai contoh, kadangkala penerbangan ke Seoul lebih murah sekiranya transit di Singapura.
[Baca juga] : 5 Perkara Menarik Yang Ada di Kinrara Resort Puchong
5) SENTIASA PEKA DENGAN SALE
Kebiasaannya SALE pada hujung tahun, awal tahun, pada musim-musim perayaan. Oleh itu jangan lupa untuk setting alert dan reminder yang dihantar ke email di laman web perbandingan seperti Skyscanner.
Contoh sale AirAsia
Beli tiket flight AirAsia yang menawarkan AirAsia Free Seat pun berbaloi juga. Zero Fair juga berbaloi kerana kadangkala kita boleh dapat harga tiket yang jauh lebih murah berbanding harga biasa. Jadinya, stay alert.
6) BAYAR DALAM MATA WANG ASING
Bagaimana boleh jadi sedikit murah? Ini kerana kadar tukaran wang semasa memberikan sedikit perbezaan dengan RM. Ramai yang pernah buat dan terbukti berbaloi.
7) TEMPAH TIKET AWAL
Ramai yang selalu tempah penerbangan seawal setahun lebih awal. Ini semua disebabkan syarikat penerbangan menawarkan harga tiket penerbangan murah tetapi waktu penerbangan setahun kemudian.
Tak ada salahnya sekiranya kita boleh menunggu sehingga tarikh tersebut.
8) MENDARAT DI LAPANGAN TERBANG KECIL
Sama konsep seperti layover / connecting flight, mendarat di lapangan terbang yang lebih kecil atau kurang sibuk juga boleh dipraktiskan.
Biasanya harga tiket flight ke lapangan terbang yang 'kurang popular' lebih murah berbanding lapangan terbang utama.
9) GUNAKAN PENERBANGAN TAMBANG MURAH
Ada pro dan kontra untuk tips ini. Selalunya budget flight memang lebih murah berbanding premium flight.
Tetapi, ada masanya tawaran harga premium flight lebih menguntungkan dan perbezaan harga tiket hanya sedikit.
Jadi jangan ingat budget flight sentiasa bagi harga budget ya.
10) BELI TIKET FLIGHT DAN PAKEJ PERCUTIAN DARI AGEN DAN TRAVEL CONSULTANT YANG MEMPUNYAI REPUTASI TINGGI
Untuk yang dah buat semua 9 tips diatas tetapi masih tak berjaya grab tiket flight dengan harga berpatutan? Apa kata follow & add friend reputable agent yang menawarkan tiket flight dengan harga yang kompetitif.
Biasanya agen-agen ini menggunakan point mereka, disebabkan itulah mereka boleh memberikan harga yang lebih murah berbanding harga di laman web.
Banyak juga travel consultant agency yang menawarkan pakej percutian all-in (beserta tiket flight). Dan harga yang ditawarkan juga berpatutan. Tapi ingat ya, cari yang mempunyai reputasi tinggi ( reputable) dan berdaftar.
Baiklah, kalau korang ada tips lain yang menarik untuk dikongsi, jangan lupa share di komen ya 😉.
p/s : Tahun lepas aku ke Maldives dengan kos RM1999 all-in (tiket flight, return boat, hotel, makan dan aktiviti).