Program Sarapan Percuma (PSP) bagi Murid Sekolah Rendah Bermula Januari 2020 | Hai. Assalamualaikum. Happy new year 2020. Selamat tahun baru 2020 🎉🎉. Alhamdulillah, dipanjangkan usia ke tahun 2020, wawasan 2020 yang sering didengari sedari kecil dahulu.
Dan seperti biasa, menjelang tahun baru semestinya banyak urusan para ibu bapa harus selesaikan. Hal-hal persekolahan, yuran dan buku sekolah. Tak menang tangan kan?
Dalam tak menang tangan tu, ada juga program baru yang dilaksanakan kerajaan yang memberi kebaikan kepada murid-murid. Murid sekolah rendah sebetulnya.
Program Sarapan Percuma (PSP) bagi Murid Sekolah Rendah. Rasanya rata-rata ibu bapa dah tahu mengenai program ini yang akan bermula mulai 20 Januari 2020 ini.
Program Sarapan Percuma (PSP) bagi Murid Sekolah Rendah Seluruh Negara
Program Sarapan Percuma (PSP) bagi murid sekolah rendah merupakan inisiatif terbaru Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyediakan makanan berkhasiat mengikut nilai kalori dan amalan pemakanan seimbang bagi memastikan murid mengamalkan gaya hidup sihat yang meransang tumbesaran.
PSP akan dilaksanakan menggunakan mekanisme Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sedia ada dan penyediaan PSP oleh pengendali kantin sekolah yang terlibat.
Program Sarapan Percuma (PSP) bagi Murid Sekolah Rendah Fasa Pertama Bermula 20 Januari 2020
Pelaksanaan PSP Fasa Pertama akan bermula 20 Januari 2020 ini melibatkan 100 buah sekolah di seluruh negara berdasarkan keutamaan sekolah yang mempunyai peratusan murid B40 tertinggi di setiap negeri.
Maklumat Lanjut Mengenai Program Sarapan Percuma (PSP)
Program Sarapan Percuma ini akan bermula diantara jam 7 pagi hingga 8.30 pagi bagi sesi pagi. Manakala bagi sesi petang, PSP akan bermula diantara jam 12 tengahari hingga jam 4 petang.
Alhamdulillah, selepas ini ibu bapa boleh menarik nafas lega kerana dengan pelaksanaan PSP, anak-anak akan mendapat sarapan yang seimbang dan sihat.