Quantcast
Channel: nurulshahira.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 311

Cari kerang

$
0
0
Hari tu teringin sangat nak makan sambal kerang. Sampai dah tahap mengidam gaya dia, haha. Kalau beli dekat pasar tak best sebab kerang dia besar sangat. Atuk kerang besar tapak tangan. Beli 2 kilo dapat 10 butir je. Rugi weh, rugi. Dah ah liat.

Kebetulan pulak Kak Aini ajak keluar cari lauk. Tapi bukan cari kat pasar ye kawan-kawan. Kita cari dekat tepi laut. Fresh from the sea! Hiks :D

Ikan dan seafood murah dan segar di Batu Payung Tawau Sabah

Ikan dan seafood murah dan segar di Batu Payung Tawau Sabah

Dah terlajak sampai penghujung pantai. Nak cari orang jual ikan dengan udang ni senang je. Nampak polisterin putih atau bekas ais tu depan rumah, hah ada lah ikan tu. Ada banyak tempat, mostly rumah-rumah sepanjang pantai.

Masa ni air pasang ke surut. Entah, tak ingat, hehe. Tapi ramai orang tengah memancing. 

Ikan dan seafood murah dan segar di Batu Payung Tawau Sabah

First icebox. Buka-buka terkujat tengok ikan parang besar nau. Kotak ice ni panjang dia panjang meja sekolah rendah tu. Yg student lah, bukan meja cikgu. Kalau meja cikgu entah dah masuk Malaysia Book if Record kut :D

Sekilo berapa eh? Lupa lagi. Tapi macam RM12. Ikan jenahak pun besar gilos. Cari ikan arut tak jumpa pulak. Ikan arut ni ko goreng je, makan panas-panas dengan nasi putih pun dah sedap. Tak sure kat KL panggil ikan arut ni ikan apa.

Ikan dan seafood murah dan segar di Batu Payung Tawau Sabah

Ikan pari besar pinggan. Sekilo RM8.
Ikan fresh baru lepas naik dari laut. Tak sure harga kat pasar berapa. Tapi orang kata kat sini lagi murah dari pasar. Orang katalah. Even bos lama aku pun suka cari ikan-ikan besar cenggini kat sini bawak balik KL. 

Ikan dan seafood murah dan segar di Batu Payung Tawau Sabah

Ikan dan seafood murah dan segar di Batu Payung Tawau Sabah

Ada banyak gerai-gerai kecik sepanjang jalan tepi pantai ni. Salah satu kedai yang kitorang singgah ada jual ni. Bunga tanam dalam botol air. Murah je, 1 bekas tu bunga tengah mekar dalam RM3 je. Ada yg bergantung-gantung tu aku tak ambik gambar. Tapi yg tu paling comel.

Sebelum ni pernah nampak idea tanam bunga dan sayur dalam botol macam ni dalam facebook. Bila tengok real, oh. Senang je rupanya kalau buat sendiri. Potong sikit botol tu nk letak tanah. Tapi tapi tapi kalau malas, boleh beli. Ekeke. Murah-murah je depa jual.

p/s: Aku tak beli pun sebab.....pokok tuan rumah pun tak terjaga, inikan pula pokok baru :D
Pisang goreng cheese sedap

Macam biasa, aktiviti bila sampai Batu Payung. Sanggar cheese ler. Tambah lagi kepok lekor, udang goreng butter, bakso ayam, rojak dengan kelapa 2 biji.

Mentekedarah tak ingat dunia sampai penuh meja. Bila nak bayar tu, adik yg jual kepok siap nak selfie sebab terlampau kagum kakak 2 orang je tapi makanan untuk 5 orang. Patut ah meja sebelah pandang-pandang semacam. Ini mesti diorang fikir, tangki besar punya kakak! Ekekeke :D

Ikan dan seafood murah dan segar di Batu Payung Tawau Sabah

Ikan dan seafood murah dan segar di Batu Payung Tawau Sabah

Ikan dan seafood murah dan segar di Batu Payung Tawau Sabah

Duduk nak menghabiskan makanan dari hari terang sampai malam gelap. Punyalah banyak, haha. Tapi puas hati sebab dapat tengok matahari terbenam. Cantik gila view. Therapy untuk stress.

Lepas tu balik rumah termenung. Ada beli kerang, dan sepatutnya kerang tu aku rebus makan malam cicah dengan kicap cili potong sambil tengok Mentor. Dah siapa nak telan ni?




Viewing all articles
Browse latest Browse all 311

Trending Articles


FORMAT BAHARU SPM – BINA KARANGAN BERDASARKAN PERIBAHASA YANG DIBERIKAN.


Kisah Seorang Gay : Takdir atau Pilihan


Label Papan Kenyataan dalam Bilik Darjah


Novel : Kahwin Ganti 2


MBKS guna WhatsApp terima aduan orang ramai


Pantun Dari Kerana Mata....


Contoh Surat Tunjuk Sebab Mudah Dan Terbaik


Restoran Nur, Sri Gombak


Video Lucah Persis Zul Ariffin Tersebar; Kelab Peminat Mohon Sokongan,...


Kasut Travel Paling Selesa