Quantcast
Channel: nurulshahira.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 311

Letupan Bom di Pantai Samila Songkhla

$
0
0
Letupan Bom di Pantai Samila Songkhla | Berdebar aku baca pasal 2 lokasi pelancongan popular Songkhla dibom. Bukanlah 2 tempat sebenarnya, sebab letupan tersebut terjadi di Pantai Samila Songkhla, lokasi yang dimaksudkan adalah di Patung Ikan Duyung dan Patung Tikus dan Kucing.
Letupan Bom di Pantai Samila Songkhla

Letupan pertama terjadi pada jam 10 malam (11 malam waktu Malaysia) dan letupan kedua 10 minit kemudian. Kesan letupan bom tersebut mengakibatkan Patung Ikan Duyung yang jadi ikon pelancongan Wilayah Songkhla terputus 2! Hilang bahagian kaki khabarnya!

Ramai betul pelancong yang nak bergambar kenang-kenangan di situ. Letupan berlaku pada waktu malam, tak dapat aku bayangkan sekiranya letupan berlaku pada waktu siang dengan ramainya manusia berada berdekatan.

Bila ingat balik, dekatnya waktu berlaku letupan dengan waktu kami ke sana.


Aku baru ke Pantai Samila tempohari. Angin kuat sangat dan orang ramai menyebabkan malas nak mendaki batu. Cukuplah dapat bergambar kenang-kenangan dengan Patung Ikan Duyung ini. 

Gambar: Berita Harian

Selepas ini kaki Duyung dah tiada. Pelancong yang berkunjung ke Pantai Samila mungkin terpaksa menunggu untuk proses pemulihan semula patung-patung tersebut.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 311