Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist | Wangian bercirikan feminin dengan kombinasi fruity (orange & peach) & floral (rose) ini memang asyik! Rezeki nak travel, parcel dari Althea Korea sampai sehari sebelum aku ke Hatyai. Memang tak fikir panjang, terus masukkan dalam beg dan here we go!
Body Mist terbaru dari Althea Korea ini adalah hasil kolaborasi Althea dengan artis terkenal Indonesia, Titi Kamal. Apa yang aku suka mengenai body mist ini, wangian yang lembut, tidak keterlaluan tetapi bau kekal lama di badan. Memang sesuai sangat untuk wanita melayu terakhir, gittew.
Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist
Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist datang bersama Pore Purifying Serum Cleanser. Next blogpost ya aku share pasal Cleanser tu.
Bawa juga Stay Fresh Body Sparkling Mist ni ke office. Lepas solat zuhur kita sembur bagi wangi, baru semangat nak buat kerja 😉
ALTHEA STAY FRESH BODY SPARKLING MIST - BAUAN YANG WANGI DAN LEMBUT
Kandungan utama ros dan orange memang sweet! Bila pakai, rasa ciri-ciri feminin yang berkeyakinan tinggi. Suka sangat! Dan juga, tengoklah saiz botol mist ni, kecil comel sedang elok je masuk dalam beg mekap.
Dapatkan Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist
Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist didatangkan dengan saiz 100ml berharga RM35.00 dan boleh didapati https://my.althea.kr/. Yang bestnya, sekarang ada promo kod FREE SHIPPING dari Korea dengan masukkan kod PBSHIP
Untuk maklumat lanjut & pelbagai promosi menarik, layari :
Facebook : Althea Korea
Instagram : @altheakorea
#TitixAltheaKorea #AltheaAngels #AltheaKorea.