Misi Mencari Mee Udang BNO, Coconut Shake Pasir Penambang & Kerepek Best di Sabak Bernam | Yeeeee, aku tertunggu-tunggu lagi bila nak pergi Sabak Bernam lagi. Jauh, tapi syoknya sebelum ni pergi sebab dapat makan Mee Udang Pantai Bagan Nakhoda Omar yang SEDAP hingga menjilat mangkuk! Haha.
Last aku pergi Sabak Bernam sebab ada meeting konvokesyen. Dari kolej aku kat Petaling Jaya pun dah ambik masa 3 jam weh. Meeting mula pukul 9, so kena gerak dari office dalam pukul 6.30 pagi gitu. Kalau kat office 6.30 pagi, pukul berapa pulak aku gerak dari rumah?
Solo traveller namanya keluar rumah pukul 5.30 pagi. Biasanya dari Beranang ke PJ kalau jalan clear ala-ala boleh main tenteng macam ni, dalam 45 minit boleh sampai.. Mengantuk tak payah cakaplah bila drive seorang macam ni, ditambah pula jalan clear lagilah mata terkuap-kuap menarik-narik je mintak tidur.
Sampai office, tukar naik kereta kawan dan yuk kita bergerak ke Sabak Bernam.
Baru sampai Kuala Selangor weh. First time sampai sini hari tu, quite jakun. Rumah Api Bukit Melawati ni pun aku belum jejakkan kaki.
Settle meeting semua aku jumpa ex-boss aku yang sekarang dah bertukar ke Kuala Langat tapi join meeting konvo juga. Ex-boss aku ni orang Penang, tapi wife dia memang orang Sabak Bernam. Dan kebetulan meeting kali ni, dia bawak juga wife dia buat teman perjalanan. So aku tanya apa yang best nak makan kat sini. Hehe.
Padahal kan tuan rumah meeting dah sediakan makanan, nak jugak JJCM. Ex-Boss aku cadangkan makan Mee Udang ler. Dah suggest, lepas tu siap tunjukkan jalan lagi uols.
MEE UDANG PANTAI BAGAN NAKHODA OMAR
Dalam perjalanan nak ke pantai tu. Seram pulak aku dengan jalan ni. Jauh berbelok-belok. Ini syukurlah ada orang tolong guide, aku ikut je dari belakang. Kalau drive sendirian berhad mau sesat tak jumpa jalan keluar.
Sampai dah.
Ingatkan jalan horror, Alhamdulillah food court ok, kahkah.
Boss aku kata Mee Udang kat sini sedap. So kami makan kat sini je ikut suggestion bos. Kebetulan masa sampai ni awal lagi. Belum pukul 1 pun. Orang pun tak ramai sangat, sedang elok la order laju je siap.
Sudah pastinya order Mee Udang. Sepuluh kali sebut Mee Udang dari atas tadi kan? Haha. Aku order Mee Udang biasa. Itu pun udang dah melimpah ruah banyak gila. Yang dalam gambar nampak 5 ekor je kan? Dalam kuah tu ada lagi udang menyorok balik mee. Baru orang kata ada udang disebalik mee kan?
Aku kira-kira ada lah dapat dalam 12 ekor udang. Puas hati makan! Tambah lagi best, Boss aku belanja makan laaaaaa. Ya Allah, tak sia-sia datang jauh-jauh pagi-pagi buta. Murah rezeki aku hari tu. Alhamdulillah.
On the way nak balik Boss aku siap bagi direction nak keluar dari situ sebab dia ada nak pergi tempat lain. Aku dengan kawan aku pun ok je sebab sebenarnya lepas makan kami ada agenda lain. Agenda mencari KEREPEK dan COCONUT SHAKE.
Coconut Shake tak ada masalah sebab banyak je orang jual kat tepi-tepi jalan menghala balik ke KL tu. Kerepek ni masalah sikit sebab walaupun banyak juga gerai dan kedai, mana kita nak tahu mana yang best dan sedap kan? Sebelum ni aku pernah dapat kerepek pisang yang tebal, dah tak rangup dan rasa lemau kat Banting. Beli kat kedai kerepek yang femes tau! Bukan tak ada nama punya. So kecewa sikit. Lepas tu even banyak kali mesyuarat kat Banting, tak terpaut pun hati nak beli kerepek lagi dah.
Kerepek Sabak Bernam mak aku kata best! Tanya Boss aku kat mana Kilang Kerepek yang best? Bos aku suggest sini.
KEREPEK INA MURNI SUNGAI BESAR
Tapi kami tak pergi kat kilang dia. Kebetulan jumpa khemah jualan tepi jalan, terus je singgah. Harga pun sama je macam beli kat kilang. kat sini aku beli banyak jugak untuk bawak balik rumah. Sibuk jugak menyoping untuk kawan opis. Pompuan kan, sampai 1 tempat shopping war-war kan 1 kampung.
Kuih kampung banyak tapi aku tak minat. Last aku jumpa kuih ros tu masa zaman arwah nenek aku sihat lagi. Memang kat kampung aje lah aku jumpa. Kalau kat rumah aku jangan harap ler nak ada. Nak buat nye konfirm tak, nak beli pun kitorang tak berapa minat. Abah dengan mak aje lah yang suka makan sebenarnya.
Eh, mula 1 September dah start SST kan? Adeh, berubah tak harga kerepek-kerepek ni nanti sebab this week aku nak meeting kat Tanjung Karang pulak. Haruslah menyoping kerepek buat kudapan lagi.
Bungkus kecik-kecik pun beli jugak bagi tester kat opis. Aku ada beli juga kerepek keladi yang plastik kecik. Sedap jugak, rangup dan yang penting tak gatal tekak. Kerepek sukun aku tak beli untuk diri sendiri, belikan untuk kawan opis je. Lepas tu ada juga singgah Kerepek Masri. Masri kedai dia lagi proper, ada aircond, kedai makan beserta surau! Memang niat dia mintak kauorang yang singgah kedai dia menyoping sambil makan, beribadah dan sambung semula shopping! Haha. Tapi kami tak beli apa sangat pun sebab dah banyak shopping kerepek kat Ina Murni tadi.
Habis menyoping, masa untuk tapau Coconut Shake. Pasir Penambang ni banyaklah hai kedai makan. Coconut Shake pun banyak.
Tengah panas-panas memang syok menyedut coconut shake. Ikut aku tak kisah je beli kat mana, rasa macam sama? Hahaha. Coconut Shake ni yang kedua aku beli. Sebelum ni beli kat kedai lain. Tapi yang kedua ni rasa lagi ok (kat tekak aku la). This week aku singgah beli tempat lain pula, hehe.