Quantcast
Channel: nurulshahira.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 311

Cabut Gigi Geraham

$
0
0
Dah 2 hari sakit gigi. Sakit berdenyut-denyut di gigi geraham yang berlubang tu, membawak dari semalam hingga ke hari ini. 

Sebelum ini aku pernah share pengalaman buat rawatan akar kan? Hasil selepas 3 kali treatment memang ok. Gigi geraham yang berlubang tu pula dibuat tampalan sementara dan sepatutnya follow-up treatment akar ke-3 kebetulan jatuh pada tarikh hari yang sama aku ke Brunei.

Gigi kita sakit wak, tapi kita dah terlepas ke Brunei.

Jadinya aku minta reschedule dan tunggu tarikh baru. Sementara tunggu tu, aku pun lupa. Lupa juga nak follow-up dengan klinik pasal tarikh baru.

Dan hari ini kemuncak gigi sakit. Tak sempat dah nak ke Klinik Kesihatan. Rasa sakit sangat sampai ko telan air liur pun boleh tersentak! 

Tapi kebetulan pula, makan tengahari gigi tak sakit. Boleh habis nasik sepinggan. Memang dasar tahu nak gemukkan aku! Haha.

Jadi petang semalam terus cari klinik gigi. Berserah je lah, nak tunggu apa lagi? Tunggu sampai berbuih mulut aku menganga tahan sakit? 

Sampai turn jumpa doktor, baru duduk kat kerusi je dah menggigil 1 badan. Kahkah.

Masa jumpa doktor gigi klinik kerajaan pun tak gigil macam ni. Aku tak pasti gigil sebab takut. 

Atau gigil sebab nak bayar harga cabut gigi klinik swasta? Hahaha.

Bius 2 kali sebab bius kali pertama tak jalan. Bila doktor test korek gigi, aku menjerit wehhhhhh. Kahkah. Siap kata, ok ok rasa lagi.

Dapatlah bius kedua.

Dah bius, dah confirm kebas pipi, bibir, gusi semua doktor tu bawak keluar playar.

Omaigad. Playar.

"Nganga mulut besar ye. Kalau dengar bunyi grrrr, krek tu biasa ye. Kalau sakit bagitahu"

Ko rasa bunyi grrrr krek tu apa? Gabra aku.

Sebab doktor lelaki kut, gagah perkasa cabut gigi dah macam cabut paku je gaya. Cuma aku lah, rasa bila playar dalam mulut, sambil goyang-goyang gigi, dengan mulut gusi kebas, macam kena belasah pulak rasanya. Pegang pipi lagi nak check bengkak sebelah ke pipi? Haha.

Overall, proses selepas bius sehingga ke cabut gigi sekejap je. Siap tak sedar gigi dah tercabut. Gitu punya bius.

Sampai ke malam kesan bius tu aku rasa. Sambil kunyah makan nasi, tak sedar tergigit bibir sendiri. Ye lah ingatkan daging ayam 😆

Harga cabut gigi geraham + ubat tahan  = RM120. Oklah jugak kan harga?

Ni ha plastik ubat. Ponstan kemain banyak. Harap-haraplah tak payah makan banyak ponstan. Gusi. Semoga awak tak berdenyut esok ya!

Oh ye, aku pegi ke Klinik Pergigian Zakwan di Semenyih Sentral. Doktor friendly. Recommended! 




Viewing all articles
Browse latest Browse all 311

Trending Articles