Quantcast
Channel: nurulshahira.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 311

Mencerap Cakerawala di Klana Beach Resort Port Dickson

$
0
0
Mencerap Cakerawala di Klana Beach Resort Port Dickson | Kalau tak disebabkan kerja kena hadiri mesyuarat atau bengkel kerja, jangan haraplah dapat selalu overnight kat hotel. Dapat semalam dua keluar hirup udara segar tepi laut, berubah angin bandar pun dah cukup best rasanya. Recharge energy sambil-sambil buat kerja sikit, ala ape de kes killing two bird with one stone kan. Hehe. Yang kali ini aku ke Pantai Teluk Kemang, Port Dickson dan menginap di Klana Beach Resort Port Dickson

Oh ya lupa nak cakap. Ini adalah entry campak belakang.


KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON

Pagi hari kejadian, ada promosi kolej komuniti di Dataran Teluk Kemang. 2 hari berkampung di Teluk Kemang, aku dengan kawan dah rangka selepas habis je aktiviti promosi di siang hari tu, malam nak berjalan ke mana. Dan pilih hotel mesti dalam range bajet yang boleh claim, ada swimming pool dan free breakfast!

Swimming pool tu yang tak boleh blah. Entah sempat ke tidak nak berendam! Haha.

Hotel dari kompleks bangunan berhadapan dengannya.

KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON
 Kompleks Baitulhilal, Lot 4506, Batu 8, Jalan Pantai
Si Rusa 71050 Port Dickson
No. Telefon: 06-6487888
Laman Web: www.klanabeachresortpd.com.my

Tempah hotel macam biasa di Agoda. Harga dah tak ingat, tapi bolehlah masuk dalam range gred semasa yang aku boleh claim. Klana Beach Resort ni terletak bersebelahan je dengan Pantai Purnama berhadapan dengan laut Selat Melaka. 

Kami check-in hotel waktu petang selepas selesai berkemas khemah untuk promosi esok harinya. Dalam pukul 4 petang macam tu. Dan waktu kami sampai parking yang sebanyak-banyaknya di sekeliling hotel ini agak penuh dengan kereta. Haaaa, kalau nak tahu, parking sekitar hotel ini bukan sekadar memuatkan kenderaan pengunjung hotel sahaja, malah memuatkan kenderaan tetamu lain. 

Nak tahu kenapa aku cakap begitu, hm hm hm. Kena baca sampai hujung yaaaaa.


Bilik kami.
2 katil single dengan pemandangan laut. Spoil sikit sebab ada bumbung depan tu 😟 .  Tapi masih boleh nampak laut dan orang-orang yang berjalan ambik angin.

Come with Wi-Fi (Ini laju gila tak tipu. Siap tak guna internet sendiri sebab Wi-Fi laju sokmo), flat screen TV dan barang buat air. Alah biasalah kettle, gula, teh, kopi semuanya samalah macam hotel lain.

Kerusi ajak membawang



Majalah islamik tau! Bila dah check-in baru tahu rupanya hotel ini dibawah seliaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Cafe InshaAllah halal dan nak berenang di swimming pool kena berpakaian mengikut syariat.Tapi kalau tengok honeymoon package yang ditawarkan agak best!

Jam hijau tu aku beli masa travel ke Sapporo, sekarang dah hilang sebab tertinggal kat Aceh. Huwaaaaaa. Tinggal kenangan je lah dalam gambar.



Ada cermin wajib bergambar


Bilik air

Jamban dengan hose adalah perkara wajib.

Overall puas hati dengan keadaan bilik. Katil empuk, bersih dan aircond sejuk. Tak lupa kerusi oren menyala di tepi sudut itu. Memang bagi inspirasi nak deco rumah pakai warna-warna menyerlah gitu.

Petang lepas siap solat, terus tukar baju nak terjun POOL! Yeahhhhhhh. Pool ada 3, pool khas untuk budak, wanita dan lelaki. Ye kawan, diorang memang buat pool asing untuk korang terjun mandi-manda.

Pool wanita bersambung dengan pool budak. Pool lelaki kat belakang pool wanita, dipisahkan dengan penghadang. Tapi yang kelakarnya masa petang kami datang tu, ramai family yang terjun mandi manda. Tapi semuanya masuk dalam pool wanita. Siap ayah-ayah dia pun sama. Aiseh, ini sejenis tak pandai baca papan arahan atau saja je taknak beralih pool.

Sebelum terjun dalam kolam ni, aku masuk dulu bangunan di depan hotel ni. Tadi ada aku cakap kan parking hotel ini memuatkan juga kenderaan pengunjung lain. Hah, sebab ada bangunan ini!

Balai Cerap Teluk Kemang Port Dickson!


Untuk tetamu hotel, kami dapat menikmati kemudahan yang disediakan secara PERCUMA. Ada 2 kemudahan yang pengunjung hotel dapat di sini, antaranya:

Solar Observatory
Pukul 3.00 ptg - 5.00 ptg.

Night Sky Observatory
10.30 mlm - 12.00 tghmlm 


Tak ada rezeki nak mencerap matahari disebabkan petang hari langit mendung. Tapi bolehlah staf Balai Cerap baik hati bagi jugak aku masuk dalam kapsul tengok keadaan kat dalam. Pengalaman pertama ni, ya Allah eksaited gila! Hahaha. Korang dapat bayangkan kalau hari tu memang dapat cerap matahari. Laaaaaaaagi menggila eksaitednya kat situ. Kahkah. Tapi malam dah set jam nak join Night Observatory pukul 10.30 malam.


Malam tu makan kat Restoran Ikan Bakar Mesra. Perjalanan dari hotel ambil masa dalam 7 minit je. Dah nama restoran ikan bakar, pastinya makan ikan bakar uols. 

Kami pilih ikan siakap bako sambal? Ke Portugis nama dia? Rasa sedap, tak cicah sambal kicap pun ok. Ikan pun fresh. Sekor ikan ratah tanpa nasi 2 orang makan. Langsai.


Kita pakejkan dengan air kelapa. Lepas tu tamak rasa setakat ikan tak cukup nak puaskan nafsu perut, kita tambah lagi udang goreng tepung. Dan sayur campur. Tanpa nasi. Konon Diet Atkins 😆😆

Dah  pukul 10.30 malam. Jom mencerap cakerawala.

 Bila nak cerap, bumbung bulat tu terbuka. Besar gila rupanya teleskop. Patutlah boleh nampak bulan penuh ke tak penuh kalau nak raya. Dalam introduction awal, staf balai cerap cerita yang mereka pernah dapat saksikan solar flare. Kejadian tersebut direkodkan dan sekarang semua pengunjung dapat tengok video rakaman tersebut.


Double eksaited wehhhhhhh sebab dapat tengok planet! Sebab selama ni aku memang minat perkara berkaitan aeronautik dan space. Movie like Prometheus, Interstellar memang genre favourite aku. So boleh fahamla kan macam mana tahap eksaited aku.

Boleh take turns nak tengok melalui teleskop tapi tak boleh pegang langsung teleskop sebab itu setting diorang. Best sangat tapi nak naik atas menara ni, ya ampun. Mengah aku naik tangga bertingkat-tingkat. 

Esoknya. Sambil-sambil jaga khemah tu sempat juga lari makan. Makan pulak taknak kalah, mesti nak yang best-best! Laksa Penang & aiskrim kelapa! Muehehehehehe. Aiskrim kelapa adik kedai ni bagi sampai melimpah ruah! Aiskrim berscoop-scoop. Penat aku jaga bagi aiskrim tak mencair.  


Kes makan aiskrim kelapa kat sini lah yang buat aku ketagih nak makan aiskrim kelapa lagi.  Jumpa lagi aiskrim kelapa siap mintak extra kacang. Nyummeh! Pleaselah aiskrim kelapa ada kat mana-mana, with extra kacang untuk aku sorang. Ya ampun.





Viewing all articles
Browse latest Browse all 311

Trending Articles