JJCMPenang #Day 1: One Pacific Hotel & Apartments Penang | Akhirnya berjaya juga nak buat short escape ke Penang. Dah lama dah bernyanyi-nyanyi dekat mak kata aku nak pegi Penang. Stress sangat gamaknya masa orang cuti semester aku tak cuti. Bagi can kat mak pak budak nak bawak anak diorang bercuti. Lepas tu stress. Haih. Nyanyi punya nyanyi, minggu lepas tak kira terus ambik cuti 4 hari, book hotel dan wallah sampailah kita ke Penang!
Ni gambar mak aku ambik. Haha. Masa bertolak dari rumah dalam pukul 10.00 pagi gitu. Perancangannya nak bertolak seawal pagi. Tapi itulah. Rancang je kerjanya, pelaksanaannya hampeh.
Bila bertolak pukul 10 tu, masuk highway PLUS dah tengahari. Cuaca panas cerah. Eksaited tengok langit biru, tu yang mintak mak aku ambikkan gambar. Terer gak mak aku ambik gambar tak goyang. Hehe. :D
Memang lepas ni mak jadi mangsa tolong snap gambar le gamaknya kat sini, ekekeke.
Dah masuk Georgetown.
Kan sekarang nak masuk Penang ada 2 pilihan jambatan. Aku pilih guna Penang Bridge dulu sebab straight masuk Georgetown. Lagipun rasanya tak berapa sesak sangat masa aku masuk tu. Sampai sini nampak signboard Rumah P Ramlee. Baru tahu yang Rumah P Ramlee ada kat sini. Aku ingat kat Singapore, kahhhh.
One Pacific Hotel & Serviced Apartments.
One Pacific Hotel & Serviced Apartments ni betul-betul terletak di Jalan Macalister berhadapan dengan Loh Guan Lye Specialist Centre. Tapikan sebenarnya masa aku book hotel ni aku main taram je pilih yang sesuai dengan bajet aku. Nak ambik yang ala backpackers sangat tak sesuai pulak sebab aku bawak mak sekali.
Tapi nanti kat bawah ni aku list satu-satu ya! Adakah aku menyesal memilih hotel ini sebagai tempat penginapan kami untuk 3 hari 2 malam? Tungguuuu!
Tapi nanti kat bawah ni aku list satu-satu ya! Adakah aku menyesal memilih hotel ini sebagai tempat penginapan kami untuk 3 hari 2 malam? Tungguuuu!
Masuk je bilik terus nampak katil super gebu gebas saiz King tu. Masuk, letak beg terus lompat terbaring atas katil. Peh. Heavennya dapat luruskan tulang-temulang selepas 5 jam perjalanan. Padahal ni tengah lapar ni sebab masuk pulau dah lepas pukul 2. Tak lunch lagi.
Apa-apa hal gambar mesti ambik dulu, ye tak?
Oh ye, lupa pulak nak bagitahu. Bilik ni standard room.
Hotel ni boleh dikatakan baru. Everything baru.
Perabot toksah cakap lah. Memang best baru. Katil empuk! Semasa pendaftaran, kita akan diberi 2 access card. Dan access card tu kita akan gunakan bila nak naik lif. Just scan je access card tu dari lif di lobby, automatic dia akan detect floor bilik kita.
Unless korang nak pegi tingkat lain. Tu baru tekan nombor berapa tingkat tu. 1 point untuk keselamatan.
Basic amenities
Basic amenities semua hotel sama je rasanya. Ada disediakan:
- Mini fridge
- Self deposit box
- LCD television
- 2 pair berus gigi dengan ubat gigi
- Cotton bud (Jarang jumpa tapi ada certain hotel sediakan)
- Sabun & shampoo
- Cerek elektrik
- Pengering rambut
- Pengering rambut
- 1 kotak tisu
- 2 mug
- 2 botol air mineral (diberi setiap hari)
- Minuman 3-in-1 (ada teh & kopi)
Cotton bud tu walaupun nampak small gesture, tapi aku suka. Sebab kadang-kadang bila berjalan ni, memang rasa nak korek telinga. Nak beli sebungkus macam rugi. So bila hotel provide, legaaaaaaa cheq ok, hehe.
Ada juga sesetengah hotel yang provide sewing kit set. Macam pelik kenapa nak provide sewing kit kan? Tapi mesti ada yang perlu guna tu. Percayalah. (Sebab aku salah satu orangnya, haha)
LCD TV besar!
Cerek Elektrik & 2 Mug
Mini Fridge
Paling penting toilet dia ada hose. Panjang lagi. Hehe.
Bila ada hose ni memang selesa nak memerutlah kan. Sebab sebelum ni pernah je aku menginap kat hotel yang......toilet tak ada hose! Dalam Malaysia ok. Bukan kat oversea. Even sebelum ni hotel kat Jepun ada je hose. Ni kat Malaysia over kemain.
Tobat terus nak pilih hotel tu. Padahal hotel tu 4 bintang kut. Tak tau lah pulak aku kalau lagi banyak bintang lagi takde hose kat toilet? :D
Thats Loh Guan Lye Specialist Hospital.
Rasanya ramai yang buat treatment di hospital ni yang menginap / their family booking hotel ni. Masa hari kedua sarapan ada customer hotel with wheelchair. For that reason, hotel ni renovate their facilities yang bersesuaian dengan condition macam ni. Dekat bahagian bawah hotel ada 7-11 baru bukak dan farmasi.
Ada laluan untuk wheelchair dari parking ke lobby hotel.
Antara reason lain book hotel ni sebab disediakan kawasan parkir yang agak banyak (sebab banyak hotel area Penang ni parking limited. Seram nak parking kawasan open parking), FREE WiFi dan FREE breakfast for 2.
Bila book through Agoda, banyak hotel yang tak sediakan breakfast. Sobbsssss. Mungkin sebab most of the management tahu yang kita orang datang Penang untuk berjimba dan makan-makan-makan-makan dan makan. Kan? Hehe :D
Nak makan pasembor?
Oh ye, nak try pasembor? Selain Padang Kota dan Gurney Drive, best juga pekena pasembor dan Char Kuey Tiaw kat Medan Selera Padang Brown. Dekat sangat dengan hotel ni. Jalan kaki pun boleh rasanya, haha. Tapi kalau naik kereta pun sesuai sebab disediakan kawasan parkir berbayar dalam kawasan Medan Selera. Bayaran dikira hanya RM0.50/jam. Murah sangat.
.
.
.
Sebelum book hotel / shopping online apa kata daftar di ShopBack? Dengan setiap pembelian / tempahan hotel dari laman ShopBack, kita akan dapat pulangan semula dalam bentuk WANG TUNAI!
Baca kat: http://www.nurulshahira.com/2016/12/berbelanja-dan-dapatkan-cashback-pulangan-tunai-dengan-shopback.html
Daftar ShopBack di: www.shopback.my
One Pacific Hotel & Apartments Penang
177, Jalan Macalister, 10400 George Town, Penang, Malaysia.
Tel : +60 (4) 229 1177 Fax : +60 (4) 229 2177
Email: reservation@onepacific.com.my
Email: reservation@onepacific.com.my