Quantcast
Channel: nurulshahira.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 311

Kad PEDULI SIHAT Selangor | Syarat & Kelayakan Untuk Individu & Keluarga

$
0
0
Kad Perubatan PEDULI SIHAT Selangor | Syarat & Kelayakan Untuk Individu & Keluarga | Hai. Berita gembira lagi untuk warga Selangor dengan pengumuman terbaru Menteri Besar Selangor di laman facebook beliau. Selepas Bas Percuma Selangorku dilancarkan kepada orang awam, kini rakyat Selangor bakal menikmati kemudahan Kad Perubatan PEDULI SIHAT Selangor dimana pemegang kad layak menikmati rawatan / perubatan di klinik berdaftar berhampiran rumah masing-masing. Dan dijangka seribu klinik swasta seluruh Selangor akan mengikuti program ini.

Warga Selangor sangat dialu-alukan untuk mendaftar KAD PEDULI SIHAT SELANGOR ini. Ianya PERCUMA dan hanya terdapat di SELANGOR!

KAD PEDULI SIHAT SELANGOR

Kad Peduli Sihat Selangor | Syarat & Kelayakan Untuk Individu & Keluarga
sumber gambar: facebook

Syarat & Kelayakan Memohon Kad Perubatan PEDULI SIHAT Selangor:

1) Warganegara Malaysia
2) Lahir di Negeri Selangor / telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun
3) Hanya borang permohonan yang telah diisi lengkap dan ditandatangani permohonan serta melampirkan dokumen yang diperlukan sahaja yang akan dipertimbangkan dan diproses.

Borang permohonan boleh diisi secara dalam talian (BORANG PERMOHONAN) atau boleh didapati di pejabat ADUN berdekatan.

Kad Peduli Sihat Selangor | Syarat & Kelayakan Untuk Individu & Keluarga; Borang Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor

Kad Peduli Sihat Selangor | Syarat & Kelayakan Untuk Individu & Keluarga; Borang Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor
Borang Permohonan Kad Perubatan PEDULI SIHAT Selangor

KATEGORI A (KELUARGA):
- Untuk suami dan/atau isteri beserta anak-anak (di bawah 21 tahun) yang berkelayakan
- Pendapatan isi rumah : RM3,000.00 sebulan dan ke bawah

Kelebihannya:
- Akan mendapat isi kad bernilai RM500.00 setahun
- Had Gunaan : RM50.00 setiap kali rawatan
- Jenis Rawatan / Perubatan : Tiada had
- Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk satu keluarga / pemegang         akaun utama)

KATEGORI B (INDIVIDU):
- Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang berkelayakan
- Pendapatan individu : RM1,500.00 sebulan dan ke bawah

Kelebihannya:
- Akan mendapat isi kad bernilai RM200.00 setahun
- Had Gunaan : RM50.00 setiap kali rawatan
- Jenis Rawatan / Perubatan : Tiada had
- Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk seorang individu / pemegang         akaun utama)

Untuk pertanyaan lanjut, mohon layari https://pedulisihat.com/ atau hubungi 03-20893911

SAKIT BELAKANG? LENGUH BAHU?


BIOBAX COOL THERAPHY adalah FAST RELIEF SPRAY yang diperbuat daripada 100% bahan organik. Hanya spray dan sapu sahaja! Berkesan melegakan sakit pinggang, sakit belakang, sakit lutut, sakit pinggul, kebas-kebas, kejang, lenguh-lenguh, sakit sengugut, selsema, terseliuh, resdung, tergeliat urat, gout, contraction, slip disc. 

🔆RM80 (sm) termasuk postage untuk 1 botol. 
RM150 (sm) termasuk postage untuk 2 botol.
.
Berminat untuk beli Biobax atau nak jadi dropship/agen/mini stokis Biobax, boleh whatsapp saya 0166384890 (Shahira)



Viewing all articles
Browse latest Browse all 311

Trending Articles